tag:blogger.com,1999:blog-2080044088885807527.post858205282551438493..comments2023-10-03T19:36:56.582+08:00Comments on Tremendous Odyssey: Oh! tidak...saye kerinkhttp://www.blogger.com/profile/08469168666689735353noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2080044088885807527.post-42010651835837149582008-12-30T21:25:00.000+08:002008-12-30T21:25:00.000+08:00Bagaimana dengan rumah kita pada hari ni?. Sihat b...Bagaimana dengan rumah kita pada hari ni?. Sihat belaka kah orang di rumah sana?. Ada yang sakit kah?.

Aku rindu untuk berada dikampung. Biarpun tak sampai sebulan aku balik ke rumah, tapi perasaan mahu berbual dengan mama sewaktu dia sedang memasak di dapur buat aku mula merinduinya.

"kau sihat ke?" tanya mama di dalam telefon.

"sihat jer" kata aku ringkas.

"mana kau pergi? mama call tak dapat phone kau"

"duk rumah kawan. bateri tak de"

"kau ada duit?"

"ada" kata aku dengan nada yang perlahan.

Sekarang musim kegawatan ekonomi. Aku tidak boleh minta lebih-lebih. Cukup sahaja buat makan aku disini sudah. Asal boleh buat isi minyak kereta dan rokok sudah memadai buat aku.

Selepas mama menelefon, aku segera mengimbau kenangan halaman rumah. Buat aku teringat kembali suasana aman dan tenteram. Jalan tak sibuk kecuali musim raya sahaja. Yang pastinya, aku terbayang mama sedang berdiri di pintu saat aku pulang ke rumah. Selewat mana pun aku sampai, dia tetap sabar menunggu. Yang pastinya, dalam perjalanan, dia akan sentiasa telefon aku, bertanya dimanakah aku sudah berada.

Bayangkan perjalanan dari KL-KB yang memakan masa 6 jam, dia akan selalu bertanya pada setiap kali jam mengenapkan angka.

Kasih sayang seorang ibu. Memang tidak boleh diukur.

Apabila masuk universiti, aku jarang pulang. Bukan tidak mahu pulang, bukan tidak rindu. Tapi hambatan kerja disini buat aku tidak mempunyai masa yang banyak di kampung. Paling lama pun, aku hanya dua minggu di sana. Lalu aku bergegas pulang semula ke kota metropolitan ini.

Masa mula-mula masuk universiti, aku nampak mama menagis. Tapi aku jantan yang keras hati, tidak mahu menagis di depan orang ramai. Aku buat-buat senyum. Tipulah jika kau kata, kau tidak kisah untuk berjauhan dengan ibu kau. Sekuat mana pun kau, apabila ibu kau menyuruh beli bawang, pasti kau akan turuti juga.

Pernah satu ketika, aku mahu keluar ke bandar. Waktu itu aku baru berumur 16 tahun. Zaman tu, aku masih lagi punk rocker. Pakai leather jacket. Tetiba mama memanggil.

"ely beli bawang ngan lada".

Mahu membantah, itu mama. Mahu untuk katakan malas, itu mama. Relakan diri jugalah aku pergi membeli barang di kedai runcit.

Masa aku berumur 14 tahun pula, aku pernah terbaca diari mama. Diari itu adalah buku untuk tahun 1985 - tahun aku dilahirkan. Tak usahlah aku cerita betapa peritnya. Pengalaman itu adalah untuk pengalaman semua wanita yang bakal bergelar ibu. Sudah sahaja membaca diari mama, air mata aku mengalir perlahan. Kemudian teresak-esak. Sehingga keluar hingus.

Bukan mudah untuk lahirkan seorang bayi, lagi merumitkan untuk membesarkannya.

Masih aku ingat, masa sekolah aku tak pernah mengosok sendiri baju. Basuh kasut pun mama yang buatkan. Sebab tu, sampai ke hari ni, aku tak pernah basuh kasut aku. Oh kasih seorang ibu. Memang tidak boleh kau balas.

Aku juga jarang berkomunikasi dengan abah. Bukan kami tidak ada persefahaman. Mungkin kerana abah sibuk. Hanya sewaktu di depan kaca tivi menonton perlawanan bola sahaja membuatkan kami bercakap. Aku jarang berkongsi dengan abah. Sebab abah aku adalah seorang yang dingin. Susah untuk abah mengeluarkan perkataan dari mulutnya.

Memang aku dengan abah terlalu kontradiksi. Sifat mama begitu dominan dalam diri aku.

Masa zaman sekolah, kawan-kawan aku selalu datang ke rumah. Sebab rumah aku tempat lepak. Abah tak kisah kalau aku dan kawan-kawan yang lain merokok. Pesannya hanya supaya tidak nampak dek mama cukuplah.

Mama pula, tergila-gilakan anak perempuan. Aku pun paham benar dengan perasaan itu. Tapi aku tidak boleh jadi perempuan untuk mama. Dan mama pun sudah pasti juga tidak mahu sebegitu. Sebenarnya, mama mahu berkongsi tentang cerita bag tanganya, tentang rantai emasnya, tentang masakkannya dan segala hal ehwal perempuan yang mahu diceritakan diserta hilai tawa. Dengan aku, mama tidak dapat semua itu. Hanya secebis, mungkin.

Kesian mama.

Kadang kala, aku kerap kali juga akan menjadi anak perempuannya. Aku tidak pernah kisah untuk menemanimya pergi ke pasar. Cuma mama paham, waktu pagi bukanlah sesuai untuk aku bangun. Aku juga selalu menemani pergi ke kenduri kahwin, yang menyedihkan, aku terpaksa makan bersama mama di tempat perempuan. Aku tak kisah kalau mama mahu ke kedai emas menengok stuff terbaru. Mama aku memang gila glam.

Mama paling pantang, kalau pulang ke kampung aku tidak makan di rumah. Sebab dia akan memasak makanan kegemaran aku setiap hari. Mahunya dia akan membebel tanpa henti kalau aku keluar time makan. Hobi mama memang suka membebel.

Benda satu lagi mama paling pantang ialah mengalihkan siaran televisyen semasa dia menonton telenovela. Akibat peel itulah membuatkan aku juga berjangkit sama gian menonton drama bersiri Mistress Hermanas.

Kau tahu betapa ibu kau sayang kepada kau. Dan kau tahukah sejauh mana kau sayang kepada ibu kau?. Pernahkah kita melukakan hati ibu?. Berapa lama kita sudah tidak menghubungi ibu? Dan bilakah kali terakhir kita cakap "i love u" kepada ibu kita?.

Apa kata kita sama-sama nyayikan lagu "oh ibu" kepada ibu masing-masing esok. Supaya dia tahu, kita tidak mahu kehilangannya. Bagi aku, mama adalah nyawa aku. Aku bernafas untuk mama yang aku sayangi.Anonymousnoreply@blogger.com