Saturday, September 25, 2010

Open House!

*gambar hiasan*

Salam. Mari-mari jemput datang rumah Encik Rusli & Keluarga. Starting from Zohor onwards. ;]

No. 31, Jalan Melur 16,
Taman Melur,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

p/s; maaf lambat bagitahu. Anyway, sesiapa nak datang, jemput jemput la datang. Mak orang cakap, kalau makanan dah habis, boleh masak lagi. hehe. ;]

Friday, September 24, 2010

Faris Fikri?

Salam. Haha. Yeahhh percaya tak ni Faris Fikri yang sedang online? Percayalah. Tak tipu. Ini first time saya online dekat dalam kampus ni guna lappie sendiri. Broadband takde, so just guna WiFi UiTM N9. Waktu pejabat, tak boleh bukak facebook. haha. Anyway, WiFi ni mula mula nampak laju. Last-last jadi slow slow... Kejap kejap terkeluar, so kena la masukkan username dengan password lagi sekali. haih haihh..

Harini my hallmate tidur awal. Almaklumla, dari semalam tidur lewat, then bangun awal, study sebab exam malam tadi. Uhhh my eyes.. i felt too sleepy la. Tapi assignment CITU (Centre for Islamic Studies) tak habis lagi. Tersengut-sengut dah ni haa.. Bila dah ngantok, mula la meraban. huhu. Esok pagi Ila suruh submit dekat dia.Habisss la aku. SLEEPY

Saturday, September 18, 2010

Rainbow

Salam. Comel tak kek sarawak dekat atas ni? Mak Long Sarawak yang buat. hehe. Memang setiap tahun, mak long mesti pos or bawak balik kek sarawak. Ade pelbagai jenis kek sarawak, macam macam bentuk. comel + sedap + menarik! Leceh juga la nak buatkan sebab dia berlapis2 berwarna-warna. Nak buat satu satu tuh, memang ambil masa la. Mak Long memang buat kek sarawak pun. Dah nama anak bumi kenyalang kan. hehe. Tahun ni Mak Long's family tak balik Melaka, tapi, dorang akan balik bulan 12 nanti. ;]

Guys, harini hari sabtu. Pagi ni balik Melaka satu family sebab ada orang kampung kahwin, ayah nak pergi. Alang-alang balik kampung, hala balik KL hari ahad nanti, ayah hantar saya dengan kakak balik kolej. humhum. Malas ada. Tak sabar nak balik kolej pun ada. Duduk rumah tak pegang buku pun. Tutorial, assignment, notes tak buat buat. teruk betul kan. Padahal the following weeks nye ada test test test then FINAL. hah!

Kawan kawan sihat? Macam mana Raya? Dapat duit raya? Apa theme Raya tahun ni. Saya perasan ramai pakai purple. *wink2* hehe. By next week dah ramai start bekerja macam biasa, belajar macam biasa, yang exam UPSR, PMR, goodluck! Trial SPM pun, good luck! All the best! Buat sungguh2 so that dapat masuk Uni yang bagus bagus. ;]

Ahhh ayah dah turun dah.. My things almost fully packed. Harini tak dapat pergi dua event. Satu, tak dapat pergi open house rumah Amirrur dekat Cheras Baru. Dua, tak dapat pergi tengok show orchestra dekat KLCC pukul 3.30pm harini. hummmmmm! teringin sangat nak dengar.. tengok. bestnye! insyaAllah ada rezeki next time. amiin.

Eh di samping itu, meh nak tolong iklan kan satu Mini Konsert Maher Zain,

Iklan Jualan tiket dah keluar hari ni utk Showcase Maher Zain di Malaysia... apa tunggu lagi, cepat rebut. 1400 seats sahaja buat masa ini! Terhad tu!
Dibawakan khas untuk anda! Showcase Maher Zain, “Save The Soul”
Untuk dapatkan tiket, hubungi :

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)

2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)

3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)

2 tarikh untuk showcase ini :
a) 14 Oktober 2010 (Khamis)
b) 15 Oktober 2010 (Jumaat)

Waktu : 8.00 malam

Tiket : RM 200, RM 150, RM 100 & RM 70

Sesiapa yang ingin menempah tiket, boleh private mesej saya di http://www.facebook.com/aljengkari?v=wall. Sila sertakan nama, no phone, harga tiket dan untuk berapa orang. (Sebelum jam 5 petang)

Kemudian, saya akan memaklumkan kepada pihak penganjur. TQ - akhi fairuz al-jengkari

Note : pihak admin bukan penganjur. kami hanya pemudah cara di sini. TQ (^__^)

Saturday, September 11, 2010

First Raya,

Salam. Hah actually nak post entry semalam which is 1st Raya kan. See see the above picture, gambar semalam. purple! Sepanjang malam tadi online je till 2am kot. tapi terlupa pulak nak post new entry dekat blog. haha. Humhum. HAH! pagi tadi around 11 something, kami pulang ke Kuantan. Took us 4 hours to get here. Harini tak keluar mana mana pun, duduk rumah saja. Esok baru start ziarah menziarah lagi. Akan ada gambar baru pula.. nantikan ;]


p/s; You know what? Semalam pergi solat raya, pandang sekeliling, pasti ada insan yang memakai baju warna purple. Then pergi ziarah-ziarah, ramai pulak sedara mara yang bertemakan purple. And most of my friends pun pakai purple untuk 1st Raya 2010. How about you? purple juga ke? hehe

Thursday, September 9, 2010

Happy Raya Aidilfitri

Salam. Esok dah Raya, mesti ramai dah balik Kampung. And for me and my family, we'll going back to Melaka this afternoon. Five of us. Daddy will arrive at KLIA on friday morning. Therefore, he will take a cab straight to his hometown, Durian Tunggal, Melaka. We miss our daddy! Can't wait to see him and kiss his hand and his cheeks. Hehe. Daddy always ask us to kiss his cheeks besides his hand whenever we want to go out or vice versa. Umm based o my observation, just my sister and me that kiss daddy's cheeks besides mum. Two of our brothers didn't really kiss daddy cheeks, they only kiss daddy hand. Of course, there are guys.. They don't really like those. Me? I'm a boy too.. It just i love my daddy and and i'm the youngest. And and.. because i'm a spoiled brat? hahaha

Anyway, I would like to take this opportunity to ask for your forgiveness to forgive me for what I've done wrong. I didn't mean to hurt someone and i don't mean what i mean that is mean. I want to thanks to all of you for being so patient with my attitude, my anger, my craps, my mutters, my laziness, my ridiculous ideas, my envy, and others. I'm sorry for being late for classes, meeting, date, promises. I'm sorry for being totally spoiled brat to most of you. Thanks for all your concern. Really appreciated it.

Furthermore, I would like to wish to all Muslims, Happy Aidil Fitri, Maaf zahir & batin. Faris Fikri muda lagi, baru 17 tahun lebih, so still layak untuk terima duit raya from those yang berkemampuan kan? hehe. Terpulang la dekat korang, seikhlas hati. ececece. My mum baca my blog sebab nak check my grammer, malunya.. Tapi takpe la, tebal kan muka. hehe. Nowadays, saye sangat suka mengcapap! Haha. I don't know why, but i love to. I want to wear something that would get people's attention. hehe. HEY YOU! MY NAME IS FARIS FIKRI, NICE TO MEET YOU. ;]

Not to forget, to all my campusmates, Happy Holiday! and remember, enjoy your Raya as fun as you can, because after our holiday, we need to gather all our attention to focus on our final which is less than a couple of month from now. Good Luck, do your best! Remember your goal for this semester is to get listed in the Dean's List.

And to those who are on their way going back to their village, hometown, PLEASE DRIVE CAREFULLY! REMEMBER YOUR LOVE ONES.
"Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa, tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira.. Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga.."

I'll miss Ramadhan. For me, Ramadhan is the best month among others and to have to sit an exams during Ramadhan is the best because we can remember what we have learn better. Ouhh Ramadhan, till we meet again next year.. During this year Ramadhan, for the first time i went to Tarawih more than once. I love going for tarawih.. Feels so peaceful with all the Quranic verses.. Alhamdullilah. Staying in the campus help me improves some of my weakness.. humm..

SURPRISE!! (7.50am),
DING DONG! siapa pulak tu? Ehhhhh okayyyy................ Daddy's HOME.

p/s; Jemput-jemput lah datang raya rumah. Before datang, text la dulu. Takut takde dekat rumah. Tahun ni kelihatan seperti orang tak berapa endah soal Kad Raya.. Sekarang dunia dah semakin maju, ramai pengguna menggunakan khimat internet, pesanan ringkas, multimedia, untuk menwakilkan diri mereka bagi memohon ampun dan maaf bersempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Moga kita semua dipanjangkan umur dan berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Aminn ;]

Hello Bebi Black!

Salam. Hah nampak tak nampak tak? Benda baru yang baru je wujud in my life. And akan berada disamping saya until dah sampai expired date dia. haha. Saya bersyukur kehadrat illahi kerana kurniakan nikmat dekat saye. Eventhough lappie ini serba kekurangan and not recommended, its okay. Janji boleh function seperti notebook sudah memadai. And thanks to my mum sebab offered me this lappie. And i agree with it. Thanks mum! Ayah tak tahu lagi ni.. syhh! hehe


Baru je ambil dekat rumah my aunt tadi. Comel je. Dia ada satu warna je which is black. Therefore, i call it 'Bebi Black'. hehe. Umm asalnya ia Vista, i asked my aunt to change it to Win7. hehe. Eventhough saya tak familiar dengan win7. hehe. Emm.. what else aa? Haaa screen dia 12.1inch. Not too big not too small, average. hehe. (WC takde.. sedih sekejap. haha)Tadi my mum cakap;


Mum; Haaa nanti balik kampus tak boleh bawak laptop
FF; Why? i need it
Mum; Nanti kau lalai, nanti asyik duduk menghadap laptop je
FF; Mana ade.
Mum; Ahh kau, dekat rumah 24jam kau melekat depan computer, khayal.
FF; Itu sebab dekat kampus tak online, bila balik, payback time la.
Mum; Ah dulu sebelum masuk uitm pun kau macam tu je
FF; Itu sebab belum masuk, takde benda nak buat. Ni dah masuk, ada la benda nak buat..

(perbualan terhenti di situ. haha)


On the other hand, memang betul pun mak cakap, since balik, saya melekat je depan komputer. Haishhh teruk teruk. Faris Fikri sangat teruk. Tak sentuh assignment langsung. Final dah dekat dah. Astaghfirullahalazim..

BB ni kosong je kan? so saya rasa saya nak beli benda comel2 tampal. Make sure tak terlalu mess. Just make it more colourful. Nanti dah comel, i upload gambar dia yeh. hehe. HAH! Tadi tengok episode akhir Syurgamu Ramadhan. Uhhhh! Haritu sempat tengok once, episode 5. Then petang tadi duduk marathon dengan my sis until episode 13 dan tadi 14. wuhuuuu! Episode paling sedih adelah episode 6.. eh enam ke 7.. macam tu la. haha. Time tuh memang sedih gilaaaa! hingus bagai semua keluar. haha

Wednesday, September 8, 2010

Hangus.Sedap

Salam. Hah, harini tak pergi mana mana. Duduk rumah je, rancang nak bukak buku la, kononnye.. Pepagi buta (pukul 9pagi) dah terpacak depan desktop. hahaha. till 2pm. lari lari mandi. Turun balik, online lagi. Bosan la jugak.. sebab dah takde orang nak layan diriku ini. Then my sis panggil, dia ajak buat kuih. Tu pun sebab ayah yang SERU dia buat. haha. Tapi the problem is, takde telur. My sis suruh saye beli;

Sis; B, pergi beli telur.. Pastu beli topup akak sekali
FF; heh? taknak la. Kena keluar rumah. Malassss
Sis; Alaa kejap je. Pergi la pergi la
FF; kejap lagi pukul 4
Sis; Dah pukul 4 dah la..
FF; heh? eh phone saya.. ouh okay..
Sis; pergi la..
FF; umm kejap kejap, 15menet..

Last last saye tertido atas sofa tuh. hahahaha. pemalas! Pukul 5.30pm terjaga. Dengar my mum dengan my sis cite cite pasal cornflakes dekat dapur. Pastu pergi dapur, kakak dengan angkat badan hiris yang almost hancus tuh. haha. Dia ajak buat cornflakes madu. Tak guna telur. haha. Buat sikit je. Cukup untuk makan gitu gitu je. huhu. 1st masuk oven, suppose 10 minutes, 3 minit pertama;


FF; Mak, kenapa atas oven ni berasap gila gila?
Mak; eh wow! sampai begitu sekali?
FF; Akak.. meh sini tengok..
Sis; Woahhh kenapa berasap gila? Ehhh hangus la!
FF; heh? mana ade.. (tengok dekat2).. eh a'a la!
(and we all laughing. haha. hitam)

Okay.. so tukar tukar, buka api bawah je, masuk 2nd and 3rd dah okay dah. And tadaaa!


Thats all for today. Take care. Salam. ;]

Monday, September 6, 2010

Outing again

Salam. Yeahh harini berbuka dekat VIVO. What is Vivo? mula mula kami (wan, bell, faris) pun tak tahu ape itu Vivo. Aizad yang suggest buka dekat sana memandangkan Kenny penuh. Ouhh lupa nak bagitahu, antara ramai ramai yang rancang nak turun, akhirnya 4 orang sahaja yang tunjuk kan muka. Rancang pukul 9-10 am di hadapan LRT Putra Masjid Jamek, orang 1st sampai tidak lain tidak bukan, Wan Nur Adilah. hehe. pukul 9 pagi dah terpacak dekat situ! Then yang lain lain lambat sampai, paling lambat Faris Fikri, almost 1pm baru sampai. hahahaha.

Bangun pukul 10pagi tu pun Wan telephone tanya dekat mane. hehe sorry sorry! Kebetulan around 10.15 macam tu nizam text ajak teman dia shopping, and i invite him to join us. And he did. YEYY! Tempat mula mula kami serang tak lain dan tak bukan Jalan Tar. Wan, Bell paling banyak borong dekat situ, lebih dari satu banyak la kan. Nizam beli baju.. I bought belt. Which i didn't plan untuk beli dekat situ, sebab semalam dah aim nak beli dekat TS. Next we went to Sogo, Aizad palinggg banyak borong dekat situ. hahaha. So yang tengah sarat berborong setakat ni, Wan, Bel & Aizad.

*beli dekat Jalan TAR, comel kan? tapi i don't think i will wear this belt. hee

Then kami pergi ke TS by lrt star. Nizam balik rumah sebab malam dia keje, so he need some rest. Left 4 of us, pergi TS, saye berlari-lari (propa je) mendapatkan belt kesayangan! hehehe. yeyyyy berjaya! then tunggu amoi tuh oter sebab FF kan kepeng, pinggang nye kecik jee. hehe. Anyway, rasa best sangat sebab berjaya mendapatkan belt tuh! heppi heppi. hehe.

*ini dia belt comel tuh! hehe. And I'll wear this! ;]

Eh lupa nak bagitahu, i also bought MY FIRST SHAVER! hahaha. selama ni dok pinjam sorok sorok my big brother punye. TETT hehe. kali ni, i got my own shaver! yeyeahh! Tak tahu patut ambil yang mana, so i just ambil warna fav. hehe. shaver? yeahh shaver.. hehe ;]

*my 1st shaver. hee tak senonoh. so what? excited 1st time. ;]

See you all again later peeps! ;]

Sunday, September 5, 2010

Shopping!!

Salam. Yeah yeah I'm home. Pagi sabtu, around 10am sampai KTM Bandar Tasik Selatan. Sumpah ramai gilaaaaaa orang beratur nak beli tiket LRT Star. Malas nak beratur dengan sarat barat, call my mum minta tolong ambil. hehe. Gerak dari kampus pukul 7.30 pagi dengan Wan, Neko & Apiz. Wan dengan saya turun dekat KTM Seremban while Neko & Apiz turun dekat Terminal 1. ;]

Anyway, YEAHHH saya dah start cuti. Cuti Raya + Cuti Mid Semester. Cuti cuti jugak, tapi kan, lepas cuti, tinggal lagi 4 weeks untuk class then seminggu study week then FINAL EXAM. brrrrr scaryyy! Anyway, buka cuti juga la ada Test 2 and quizzes. haih haih.

Back to the topic, harini keluar ber-shopping dengan bestfriend tersayang, Hizzam Halim. hehe. Well macam biasa la, saya telat. Kali ni super duper telat. Hizzam tunggu saya almost an hour at the bus stop. So bagi meminta sorry, i treat him with foods. hehe. Sedap tak? Harini just sempat shopping seluar sehelai, baju polo tee sehelai, baju hitam plain sehelai. Ingat nak borong kemeja G2000 yang diimpikan tu sekali, unfortunately, the shirt runs out of my size which is 14 1/2 = XS. hehe. Kukecewa..


Tadi buka dekat RASA klcc makan nasi ayam + waffles.. yummy!

Apa-apa pun, tadi Wan call, Wan tanya nak tak join budak budak UiTM Kopilah shopping esok? Ramai jugak yang join, so rasa macam nak join sekali. hehe. Humm... esok buka dekat luar lagi ke huh? i don't know..

Saturday, August 21, 2010

Kronologi ;]

Salam. Nak tahu tak? hah saya malas la nak update panjang panjang. Actually memang banyak pun cerita yang nak story dekat blog kesayangan. Tapi makin lama makin malas pulak nak update. Maybe sebab cerita tu pun dah makin basi sebab dok tunggu Faris Fikri balik rumah baru online. humhum.

By the way, meh la saye cerita sikit-sikit;


10th August, FBians buat surprise Birthday Party untuk Ucu Opie! actually kami celeb awal sikit which is on Monday malam Selasa. Sebab? Sebab selasa malam tuh dah start solat Terawih. Kenapa tak celeb midnight je? sebab dekat kampus ni, after 11.00pm je, semua student dah kena halau balik kolej oleh Pak Guard & Mak Guard 'tersayang'. tetttt. GARANG GILA!


malam tu memang meriah gila & bising gila sebab ktorg gelak jerit-jerit bagai. Along Shah beli kek and lain2 sebab dia sorang je yang bawa transport balik kolej. Napa panggil Shah, Along Shah? ehem2. Lupa pulak nak bagitau kan. Haritu FBians buat Family Tree special untuk kami yang dah lama kenal before daftar dekat UiTM on 26th June 2010. Nanti saya attach gambar yee..

FAMILY tree!


Back to Kisah B'day Opie, kebetulan malam tu Opie ada kelas malam which habis pukul 10pm, Along Fala yang melengah2kan masa Opie cuz dorang satu kelas kan. Petang isnin tu Along Fala text FBians Family about Party tu and kutip duit. BEST! everything goes according to plan.. Opie terharu then amek gambar, potong kek, (saya yang over makan kek sebab kek tu sedap & kek tu kek coklat). Along Shah beli dua kek, satu makan, then tengah2 saya layan kek tu, Tisha cakap, tepekkan dekat muka Opie, and i did. haha! then start la Cake Fight! then saya tengok borak dengan Wani Akmal, then Walid datang. Tak expect la pape kan, tetiba Walid kira "1..2..3..!", and saya pelik la, ape ke hal nye Walid ni, SUDDENLY! papppppssssss;


memang best! melekit-lekit, berminyak-minyak muka den. Habes rambut den pun keno.. orang2 yang datang anjung nak study jadi RIDSET (istilah syazaliyana), mulut Achik Zamir mula terkumat-kamit. hahaha. then kemas semua, lap lap meja, buang sampah, dah cun dah except lantai.. penuh dengan kek. hihi. turun ramai-ramai, pergi Dataran, dalam perjalanan, dorang ni dok pass pass telur sorang sebijik tanpa pengetahuan Opie, sampa dataran, kami suruh Opie pergi tengah-tengah sebab nak amek gambar, TETAPI realiti nya, Opie di mandikan dengan berbijik-bijik telur + tepung gandum. Mula mula tak sampai hati nak baling telur dekat Opie, tapi saya baling jugak. haha.


Opie tak tergerak, disebabkan rasa simpati, saya pergi dekat opie tanya "okay ke?". Tahu apa dia balas? Ntah mana datang telur yang tak pecah sangat, dia baling dokat den. HAH KAU, tercenggang aku time tu, why me? haha. siot je. But i have fun! Last before bersurai, amek gambar kenangan, sian opie, banyak kali pergi longkang sebab nak termuntah sebab badan dia seriously bau hanyir kata walid. *wink2*

11th Aug, habis kelas tengahari, terserempak dengan Dila & Am & kawan kawan. Jalan dengan Dila, kawan kawan dia jalan depan. borak2 then kawan dia jerit dari depan "Haha Dila, takde orang nak celebrate b'day kau!". And i'm just like, Dila, b'day kau harini ke? Mulamula Dila taknak admit, last last dia angguk.. GOSH! macam mana boleh tak tahu ni.. then saya cepat2 wish & minta maaf. Sampai bilik, saya cepat2 text Alang Wan, tell her about b'day Dila. Wan called, she asked me betul ke? dia rasa bersalah sangat. She thought her b'day is on 13th. Wan called Dila & jumpa hug dia. Wan told me that she cried.. saya pun rasa nak cry. Ktorg dah kenal dila lama dah. uwuwuw SORRY DILA, TAK DAPAT NAK CELEB YOUR B'DAY!! ;[ (p/s; jangan lupa tuntut yr b'day present dkt aku yee)

Early August haritu ada Quiz Maths, and haritu dah dapat marks dia, alhamdulillah, better than before. And on 18th Aug yang lepas, ada TEST 1 for Maths, i did my best.. but still i've done lots of mistakes.. takutnya nak tahu result dia nanti.. On 13th Aug, ada TEST 1 for Chem, i've done my best. Rasa macam nak nages la bila hari rabu haritu Sir cakap benda yang kurang enak di dengar. Dia ada sebut la nama students yang dapat result okay, and my name excluded. Serious nak nages weh! Nama yang Sir tuh sebut semua guys.. Uhh can't wait to see the result next week.

And next week, 23rd Aug, ada TEST 1 for bio pulak. haishhh takutnye! Then then, my hafazan yang tertangguh sebulan dengan Ustazah tuh. brrr.. xhafal lagi.. and and Tuto math yang banyak tertangguh. HAH! Before i forget, gambar class dah dapat dah, YEYYYY!! meh nak attach sekali meh. hehe.


HAH, on 15th Aug, pergi keluar dengan classmate, berbuka dekat luar. Balik naik bus UiTM. Sampai dekat pintu masuk, guard tahan bus suruh berhenti. Yang tak bernasib baiknya, saya TERlupa nak bawak kad matrik. Pergh memang kawkaw la kena saman. Pak Guard suruh turun blablabla. 1st time kau kena saman. Dah la baru 1st sem. takpe takpe, rezeki di Bulan Ramadhan. The next day, saye terus pergi Pejabat Bendahari tanya berapa kena bayar? Then dorang suruh saya rujuk Bahagian Keselamatan. dah pergi tanya Mak Guard, dia tak tahu, then da rujuk Pegawai dia. Then saya dijemput masuk bilik pegawai tu. perghh! dia cakap kompound RM50. boleh mintak kurang, RM25. Then lepas dah slow talk, pegawai tu bermurah hati anggap ianya AMARAN! but still tercatit di dalam rekod saye. haihh..


LATEST NEWS:
• pagi tadi dapat text dari Kak Wati (kak wati balik Bawean ahad haritu sebab mak dia sakit.), Kak Wati cakap, hari ahad malam isnin lepas mak dia meninggal, dia sampai rumah isnin pagi, mak dia tak sempat tengok dia, tapi dia sempat tengok jenazah mak dia. Dia cakap maaf sebab lambat bagitau. Innalillah.. moga roh mak dia berada di dalam golongan orang2 yang beriman,

• tengahari, dapat text dari FBians informing me about Atok kesayangan Opie just passed away this morning. Innalillah.. Setahu saya, orang2 yang meninggal dalam bulan Ramadhan ni the chosen one.. Alhamdullillah la kalau macam tu. ;]

• petang, dapat text dari Alang Wan, wan cakap Along Shah masuk hospital sebab accident. Esok pagi FBians nak pergi jenguk dia. Wan cakap tak teruk sangat. Fiuhh terkejot kot! harap2 la Shah tak cedera teruk sangat. Amiin..

Tadi tengahari kan, hizzam text cakap nanti dia datang rumah amek saye untuk pergi Masjid, uwww lama tak jumpa! rindu rindu. And lama tak solat jumaat dekat Masjid. rasa BESAR sangat & RAMAI sangat orang. hehe. Sebab since masuk uitm, selalu solat dekat kampus je, dekat Surau. Hari jumaat habis kelas pukul 6ptg, so tak dapat la solat jumaat dekat Masjid dekat rumah ni haa.. humhum

p/s; emm ape lagi yang saya tak cerita, ada la sampingan2 kan. haa.. hari rabu malam khamis haritu, Syud inform me pasal hari jumaat semua class cancel, khamis petang pun sama. So after 12noon Khamis, DS1E2 free! itu yang balik Ampang awal tu. hehe. ;]

p/s2; semalam, buka fesbuk, Abg Hamli suggested me a friend. then add, then usha la kan.. ouhh! dia salah sorang pengusaha yang jual lomo camera! goshhh teringat dekat kisah saya nak camera Diana F+ tuh. uww.. bila boleh miliki Diana ni.. ;]

Friday, August 20, 2010

"Kalau dekat rumah, lapar? Just grab apa yang ada, tambah2 bulan puasa, stock makanan banyak. Kalau dekat kolej, lapar? takde makanan, fine. Just grab a novel/manga or buat assignments or report."

p/s; entry penuh akan saye update nanti yeh. Malam ni kemalasan lagi nak type entry panjang berjela. Almaklumla tak balik rumah sebulan. hehe. Eh eh harini hari khamis la, pelik tak? minggu ni balik awal sebab esok semua class cancel. OHH WHAT A LIFE! ;]

Saturday, July 24, 2010

Setelah Sebulan,

Salam. Hai hai hai! Faris Fikri kembali ke Ampang, Selangor, selepas 2minggu tak balik. haha. Selang seminggu baru balik. Okay, total saye duduk kampus dah sebulan. hahaha. Perasan tak? dah sebulan.. tuh gambar atas tuh merupakan Admin Building + Faculty dari pandangan Kolej Sri Pilah 1. Kolej kami atas bukit sikit. So hari hari ulang alik bukit tu.. agak tiring la sebab kena daki bukit tuh. hahah

I'm with Izzuddin & Ila, classmate.

Wani, Arul.. yang tak nampak tuh Syaza. hahahaha

yang kecik dekat belakang tuh la Syaza. ;]

By the way, setelah sebulan berada di uitm kuala pilah, macam macam belajar benda baru. banyak benda telah di ceritakan oleh FBians especially Cik Anis Asila kita & Cik Dila yang rajin betul meng-update blog while dekat kampus. Blogger tegar. haha. Well.. minggu ni merupakan minggu fotografi kelas by kelas. Tapi semua urusan fotografi kita kena buat sendiri. Dah tak macam sekolah dulu, dorang yang aturkan harini kelas ni pukul 8 bla3. Sekarang semua depend on us. huhhh..

Ada la beberapa gambar yang dorang ni amek, yang formal, guys kena pakai blazer (saye panggil ia coat. so when dorang cakap blazer, saye yang terpinga2 apekah itu blazer? haha). Jenjen..

Lolololo ku, Cik Bendahari, Fie (FBians)

With our MATHS lecturer, Sir Zaihan

Guys in DS1E2, sorang takde sebab dia yang ambil gambar, Arul. haha

Girls in the DS1E2, six missing..

Then biaselah, bila dah masuk Uni Life ni, baru la minda kita terfikir soal 'eh laju nya duit ku mengalir..' hahah. Oleh itu, perlu berjimat. Saye belajar cara nak berjimat dari kengkawan lain. Pagi makan roti/biscuit, tengahari makan nasi, malam makan biscuit/roti je. Memang agak ekk kan. Tapi nak buat macam nak, PERLU berjimat. Lebih lebih lagi baru masuk ni, mula la kena beli itu beli ini. Bayar itu bayar ini. Macam macam. Sometimes tu tak dapat kawal nafsu makan, boros. Bila dah boros baru la nyesal tak sudah sebab duit tak cukup nak bayar/beli itu ini. Ish3. Teruk betul Faris Fikri ni. hehe.

Soal buku, Lecturer suggest beli buku itu ini untuk rujukan.. but then, mahal kot buku dia. pastuh tebal tebal. Saye tak beli la.. but then bila tengak my friend punya buku tuh, "aishh buku tebal tebal ni, mahal, kulit dia lembik je, baca ke?". Sebab nya kan, buku tuh dah la mengarang panjang lebar.. ntah baca ke tidak wallahualam. Tapi kalau dah beli tapi tak belek, tak guna jugak kan? By the way, itu buku yang lecturer suggest, untuk kita buat reference. Tapi kalau kita jumpa buku yang kita lagi mudah faham & ia okay, why don't we just buy that book rather than buy buku yang u tak faham kan? humhum.

Buku Biology, RM100. Buku Physics, RM68. Buku Chemistry, RM67. Agama, RM15. Math berbaloi la beli sebab tutorial semua dalam tu kan.. humm tuh la banyak guna duit kan? Ape aje la. By the way, semalam saya balik lewat, tunggu teksi pukul 6, dia tunda 6.30pm. Dah 6.30, dia sampai, ktorang dah angkat barang, dia lalu sengih2 tanpa berhenti sambil mengendong orang lain dalam teksi tu.. Apekah? Then jumpa teksi yang kebetulan ada dalam kampus. Disebabkan dah pukul 7pm, so just take a cab pergi straight to KTM Seremban which SUPPOSE to cost us RM50 rather than RM60. Ape aje la, naik je sebab dah lewat. So 60 divide 3 people, RM20 sorang. okay la tu, perjalanan pun jauh kan.

Hah! before i forget, minggu ni jugak merupakan minggu buat student card untuk budak2 Dip.Science. So thanks to Kad Kertas untuk jasa baiknya selama ni & HELLO to Yellow Card. haha. Nak tahu tak? waktu ambil gambar tuh kan, dia guna camera cikai je (evil2).. Betul.. Camera Digital yang cikai je. Then, posisi ambil gambar tak kena, so most of us gambar ktorg gelap sebelah. hahah.

Kad Matrik/Kertas Sementara. ;]

Student Card! boleh la.. haha

Ape lagi nak cerita? um um.. Haa saye ucapkan takziah to Zaim & Family sebab atoq Zaim meninggal last week.. And and saye simpati dekat my coursemate yang jatuh tergelincir jumaat lepas which is semalam. Next time jangan main glonsor2 sesuka hati u je okay? bahaya. Biar lambat asal selamat. Get Well Soon Buddy!

TADAAA!! Wan terjumpa kembarnya disini. WAN vs ILA

Last but not least, next week, 31st, tak dapat join Tasikians yang lain pergi Karnival Tasik 2010 sebab ada modul. uwuwuwuwuwu.. esok kena balik kampus dah. malasmalas. tetttt

p/s; Balik KL je kena gigit dek nyamuk. Duduk Pilah takde nyamuk pun. Tapi banyak bugs. hahah. And and baru perasan kewujudan LIPAS di Pilah. hateyoucockroach! grrrr

UPDATE 25th July 2010:
uwaaaa nak nages. cuak kot tutorial bio&maths tak siap lagi. Lima surah agama tak hafal serta terjemahan & tafsir dia lagi. report chem&phy tak buat lagi. Apekah? padan muka padan muka. procrastinate tutorial bio&math lagi. pukul 2 kena balik dah. tetttt

Saturday, July 10, 2010

I'm HOME babehhh!!

Salam. Yeyyyyy saya berada di Ampang, Selangor sekarang. hehehe. Ingat nak update malam tadi, tapi serious mengantok. Bangun pagi pulak tetibe dizzy. haishhhh.. Btw, yeahh i'm home! Setelah 2weeks berpuasa dari Facebook & Blog. Here i am! Semalam Merupakan perjalanan yang jauh dari Kampus Kuala Pilah - Ampang, Selangor.

Semalam habis kelas pukul 4 petang. Barang-barang dah siap packed dah. SEMANGAT NAK BALIK! tapi saya bukan homesick okay. huhu. Gerak dari kampus pukul 6 petang naik bus uitm, FREE! pergi Kuala Pilah. Perjalanan sangat jauh merentasi onak dan duri. haha. 7-8km lepas tuh sampailah bustop tempat tunggu bus City-Liner (Pilah-Seremban), RM4.50. Bus macam bus rapid, cuma bus dia kurang best sikit ala ala bus metro la. hahaha bising pulak. Dari Pilah to Seremban ambil masa around 1hour. Then naik KTM pergi Bandar Tasik Selatan, RM5.40.

Sebaik saya tak kena tinggal dek KTM sebab pergi toilet. Thanks to Izzuddin, my classmate, yang call me suruh lari sebab KTM dah sampai. Lari lari nampak sebaris tempat duduk kosong. Izzudin kata pergi depan lagi, tapi saya dah masuk kan. TIBA TIBA.. umm kenapa rasa pelik? LADIES KOC! hahaha. 2girls cakap "duduk je duduk je jangan risau duduk je". Saya pun duduk dengan raguragu takut kena halau/denda. Dah duduk beborak, rupanya dorang pun budak uitm pilah ambil kos yang sama & sama baya. AND yang best nye, sorang girl, Izzaty Rafi, tanya "Eh apa nama kau aa? Kau ada blog kan? Aku pernah baca blog kau. Giler semangat kau nak masuk uitm kuala pilah". Hah? femes jugak Faris Fikri ni rupanya. hahaha. Jadi kami kenal kenal kenal. Dia duduk Shah Alam. Akanku add FB mu. huhu.

Apa apa pun, Thanks to Izzuddin sebab teman saya balik. Semestinya perjalanan dia lagi jauh la sebab dia duduk Shah Alam (sama dengan Zaty Rafi). huhu. Okay sambung balik tadi, dah sampai BTS, naik LRT pergi Cempaka. Sampai cempaka pukul 21:55, terus call Angah (mak yang suruh call okay..haha). Kalau ikutkan dari rumah pergi cempaka ambil masa 10menet je..

Macam nak nages tunggu lamalama, 40 minutes.. Lepas tuh dah sampai, dua dua ragu ragu, itukah dia? haha. ngeng betul. Saya doubt betul ke tuh angah, while angah doubt itukah saya. dodowl je.. Sampai rumah pukul 23:00 kurang 8menet. So total journey naik public transport 4 jam. ish3... Afterall, it's fun! haha. ;]



Okay sekarang buka cerita pasal UiTM Kuala Pilah pulak. Maaf takde gambar, saya tak bawa camera pun. huhu. Minggu Destini Siswa (MDS) bestttttttt!! PM (pembantu mahasiswa) semua best gilerrrr!! Agak sedih MDS dah habis.. HAH! saya jumpa ramaiiiiiiiiiiiiii kawankawan fesbuk. Yeahhh kamii buat komuniti fesbuk. Agak ramai la jugak. So rasa quite best la duduk kampus sebab ramai orang yang saya dah kenal kan including the seniors. Jadi takde la homesick ;]

Tapi yang pasti, Pilah sejukkkk! malam malam kami selalu lepak Anjung Selera Perpatih (nama cafe dia..haha. 2tingkat). Seramai 976 pelajar datang mendaftar untuk sesi July 2010, 40 org daripada nya merupakan student Degree. Dan seperti biasa, student Dip Sains paling ramai around 400++. Ramaikan? haha. Dip Sains terbahagi kepada 18 class. A1,A2,...,I1,I2.. Saya dapat kelas E2. Classmate best! Sorang je member fesbuk yang satu class dengan saya, Fie Salim.

My roomate yang 1st namanya Nazrin Che Saad. Dia orang rawang. Dia ambil Dip Microb. Dah heppi heppi 6 hari duduk serumah dengan Khai, Shah, Wan, Faris (deg) & Naz, habis je MDS, kami di minta pindah keluar dari SP3-33 sebab blok lelaki, SP3&SP4 akan di-isi oleh siswi sebab siswi terlebih ramai. Jadi sekarang ni siswa ada dua blok sahaja while siswi ada 8 blok. Redha.. Asalnya satu apartment, 6org. Sekarang ni 1 apartment siswa ada 8org. Pada sesi reshuffle yang 1st, seramai 58org siswa tak dapat tempat termasuk saya la. So kami menumpang di SP3 Aras 2 selama 3hari. Masa ni rumet saya nama dia Amli. Tak ngam sangat la dengan dia. Dia buat hal dia, saya buat hal saya. hahah. But still serumah dengan Naz&Khai + Acap,Zainul,Amli, --.

Saya nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat dekat Shahrin Azhar sebab dia la tukang kejut saya pagi pagi. Dari SP3-33 till SP3-22. Thanks Shah! Kau memang baik gilerrr! Thanks dekat Naz sebab jadi roomate aku yang best! Thanks to Khai sebab jadi housemate yang satu kepala. Thanks juga kepada Abg Faris Fitri (selalu panggil saya PAEHH) & Wan.. ;]

Lepas UPK (unit pengurusan kolej) buang sinki dekat ruang tamu, dia gantikan dengan katil. Jadi tiba la masa untuk 58org siswa berpindah ke rumah baru. Berpisah dari Khai,Naz,Shah.. ;[ hahaha. Ntah bila la akan terjumpa dengan korang lagi. Dah la semua lain lain kos. Shah ambil Plantation. Khai ambil sains, tapi dia kelas lain. And now rumah saya diami untuk semester ni ialah SP1-41. Setakat ni housemate semua okay la especially Anip!! *wink2*. Anip orang Johor tapi slang Kelantan. pelik tapi benar. hahaha

Umm saya balik ni pun membawa assignment yang sepatutnya tak banyak tapi terjadi banyak. haha. AND AND yang pasti, saya membawa sebakul baju kotor. hahahahaha. Uhh esok kena balik kampus balik.. Journey yang agak jauh.. Go Go Faris Fikri! hehe.

p/s; panjang nye essay. oh lupa! saya kena buat essay "Saya Suka Kembara" satu A4 and submit hari rabu next week. dan dan tidak lupa juga, siapa tahu jenis ikatan/simpulan? share with me please. Kena submit 10jenis + nama dia + kegunaan dia rabu next week. Ni assignment dari Uniform Ksatria Kembara.. humhum. Next week nak masuk hutan, YEYY!. ;]

Friday, June 25, 2010

95% packed!

Salam. Yeyyy 95% packed!! See the above picture, that's all. Ehem2. Okay i lied.. haha. I bring along my school backpack.. then.. um um. thats all!! hahahaha. Uwww i'm nervous! hehe ;]

I bring along these photo's too!! ;]

Take care guys! Will reply your comment soon! Thanks for everything! ;]

I'm going tomorrow...

Salam. ;[. Macam nak pergi jauh jauh je. Kuala Pilah je la sygs! hehe. But still, goodbye my friends.. huu sedih nya. Kenapa sedih ni. Takmo la sedih sedih okay? Korang take care okayy.. blog ni maybe akan jarang update kut. Sebab saya tak bawak lapp(memang takde pun) pun pergi sana. Then kalau saya balik Ampang/KL, saya habaq naa.. Nanti tak sabar nak story pasal kat sane. huhu.

(dalam Grand Mosque Abu Dhabi. cantik gilerr!)

First time ni nak start duduk Uni.. fiiuhhh macam macam rasa ada. Biarlah ia perap dalam hati. Saya gerak esok pagi, harini kerja mem-pack barangbarang je. Eh lupa, nak jumpa Reen sekejap then pergi kedai gambar amek gambar semalam (see i bring along yr pictures tau! huhu). Akan rindu semua orang yang kenal saya.


And saya nak minta maaf dekat semua yang rajin datang BLOGwalking. Nanti saya ada masa saya jenjalan blog korang pulak okay? tinggalkan link okay! Mintak maaf jugak sebab tak berkesempatan comment entry korang. InsyaAllah ada masa saya jalan ookay! take care everybody!

Bye bye Ampang, HELLO KUALA PILAH!! ;]

p/s; Tak dapat tengok England vs Germany sunday ni. Dekat kampus ada tv tak? hehe

Tuesday, June 22, 2010

Cool!!

Lihat la header latest Abg Joe, cool kan? sumpa terpesona gila. Dah macam my rutin la hari hari online je mesti bukak my blog then tengok list dekat sebelah kanan, tengok siapa update then view la blog sekor2. bukak new tabs.. sampai tak muat dah. My mum tengok pun terkejot Woahh banyak nye kau bukak. hahahaha.

Then dah lepas baca & comment sekor2 sampai la akhirnya dekat blog Abg Joe, than my eyes tak blink pun sebab terpesona. And rasa uhh nyesal nya tak online while dekat kampung. Haha. Rasa macam saya orang last tahu la. hahah. but seriously memang terpesona kan? *blink2*

I wonder macam mana Abg Joe susun/letak buttons 'komik', 'videos', tuh kan.. Dah tanya dekat comment Abg Joe tuh, but tak tahu la either dia reply & tell me briefly ke tak. So incase dia lupa or susah nak explain kan, saya nak tanya ni.. hahah. Anyone? siapa tahuu? Put your hand up! yeyyy..

Humhum, saya suka tengok header Abg Joe tuh, sangat menarik tertarik yeahh dia memang THE BOMB. haha. Saya suka tengok je. And one day nak jugak buat something macam tuh BUT tidak akan diletakkan di blog ini, sebab nanti macam menyemak kan. So kalau nak buat header pun, i prefer buat untuk blog lain. domain sendiri ke oor whateva janji bukan di blog ni. hehe. ;]

By the way, thumbs up! to Abg Joe atas kejayaannya. jenjen. Last but not least, siapa pergi gathering GENG BLOGGER pada 10th July 2010 di Taman Tasik Putra Putrajaya? have fun okay! Rasa macam nak pergi tapii segan la. Dorang semua amateur punya blogger. Pastu semua 20 and above. huhh segan segan. Lain la kalau Cik Zida kita turun sekali ke. haha. Eh tapi, nak pergi Putrajaya tuh naik ape? helipkota doremon ke? haishhh..

p/s; Terima kasih dekat Abg Nas sebab wish goodluck to me & my friends for our next journey at UiTM Kuala Pilah. Terima kasih yee Abg Nas, nama TOP JUNIOR tersenaraii.. read his blog for further info. ;]

Saturday, June 19, 2010

Untitled

Salam. Hahhh blog makin lembab tak nak load? sebab kalau lembab, saya ingat nak delete post yang ada video video dekat bawah bawah ni. hahaha. Semak kan? By the way, tadi nampak link pasal POSTER, hahah dulu dulu selalu main main dengan Photoshop dekat desktop rumah. Bila tak tahu nak buat apa je, bukak photoshop. Even though tak reti, main main je la kan, so what? hahaha.

Waktu jumpa link tu, teringat, ehh macam mana la aku buat benda ni ekk.. dah tak reti dah. hahah. dah lama kut tak bukak photoshop. Desktop rumah tuh RAM dia kecik. Mak taknak upgrade.. lembab.. so malas nak bukak dah.. humhumhum. Eh eh saya still berminat nak belajar guna Adobe Illustrator & Adobe Photoshop la.. Ada sesiapa berminat nak ajar saya? Or should i just search it on google.. Saya memang nak belajar guna pon especially Illustrator.. Nak main main.. comel tahu! hahaha. Jealous je pergi mana mana tempat or website yang ada corak comel comel uhhh comel nyeee

Haritu masa keluar dengan Aizad, Aishah & Wan, pergi Youth'10, saya rasa dorang perasan saya suka tengok art&design yang macam mana. hahahaha. banyak comelcomel mase tuh. uwww best nye kalau saya pun dapat buat macam tu.

Eh eh, korang rasa tak my blog dah makin bosan? haha. And my post makin lama makin panjang berjela-jela. Ouhh dah tak rasa seri dah my blog ni. Kalau dulu-dulu, baca blog sendiri rasa seronok, tapi sekarang bila baca blog sendiri rasa bosan sebab panjang2 sangat + tak best langsung. haihhh...

p/s; Haha kelakar tak bila LIKE entry sendiri. heee. biar la orang nak like. huhu. syok sendiri ;]

Linkin Park

Old time favourite! ;]





Yeahhh and others.. uhhh i love LP, SP, and others, but still, i didn't remember the lyrics.. huhahaha

Shut Up!

Lagu saya suka,

Salam. Okay ini hanya beberapa lagu yang saya suka. Fyi, saya suka lagu evergreen. English Evergreen. Malay.. ekk kurang. hahahahahaha. Umm i just share few songs yang saya dengar sekarang ni je..

Rosie Thomas- Say Hello


MYMP- Especially For You


MYMP- Only Reminds Me Of You


And and lagu rockin yang saya suka & saya dengar selalu right after habis paper SPM.. And waktu before ambil result;

Bowling For Soups- High School Never Ends


You want more?? Hahaha next time okay.. Dah lewat ni. Good Morning everyone!! ;]

Blink 182

Salam. hahaha. Nothing. Just nak share few lagu Blink182 je. Emm dulu dulu, saya suka lagi I Miss You.. Siap hafal lagi lyric dia. Still ingat lagi lagu dia. And i learn new verb iaitu Morgue. hehehe. Ini lagu diia...


Bawah ni pulak lagu yang dah lama saya carik and tadi baru jumpa itu pun kebetulan je. I asked my friend, Arif, lagu Blink182 apa yang best.. Then dia suggest la beberapa. Tetiba dengar, eh lagu ni la! hahaha... All The Small Things



Bawah ni pulak lagu pasal perceraian.. Quite okay la.. tajuk dia Stay Together For The Kids..


Emm bawah ni pulak Down. hahah tak tahu nak comment apa. okay la kut lagu lagu ni.. hum


Haa ini sesat. hahah lagu Cemetry by Silverchair.. Okay la. Not bad. ;]


Actually tengah bosan sekarang ni. Waktu di telepon menunjukkan pukul 4:45. huhahahahaha. tetottettot

EH EH!! Saya akan baliik kampung la petang ni. YEYYY!! Balik melaka. dengan abg2 & kak wati. Kakak tak dapat ikut sebab dia tengah posting kan.. Balik sehari je pun.. but still, excited la jugak sebab dah lam tak balik kampung. You know what? tadi Abek D tanya, "Dah telepon nenek dah kita nak balik esok?". Nak tahu kenapa dia tanya? sebab dia hoping nenek masak siap siap. haha. Teringat masa last year, eh last year ke this year, balik kampung, satu family except ayah, kakak la, baru je angkut dia dekat kolej, masuk masuk keta dia tanya "Nenek masak ape?" hahah. dodowl kan..

Thursday, June 17, 2010

YouthSays

Salam. Hahh! Tak tahu la kenapa sehari dua ni saya tengok ramai yang post entry pasal YouthSays. Well, sehari dua ni jugak, saya aktifkan diri di YouthSays. hehe. Tak tahu la. Register YouthSays since masa nak Youth'10 Festival tuh. And semalam baru tergerak hati nak bukak balik. Belek-belek sekeliling. Kumpul Contribution Points(CP). Semalam check ada 99. Asalnya 100. then haritu, saja je try post 'shoutout', pastu tetiba dia tolak 1point. And i'm just like, whatt?! haha.


Tetiba rasa semangat pulak nak cerita apa yang saya tahu pasal YouthSays ni. Em semalam, explore la YouthSays ni. Then ada tab 'community', saya click, then dia keluar la tempat tanya soalan & jawab soalan. Kita boleh create soalan kita sendiri untuk ahli YS yang lain jawab or kita jawab apa soalan yang ada. Even though kedengaran seperti simple & kurang menarik. Tapi best! Ahli-ahli YS yang lain pun okay. Semalam (pukul 2.30 a.m.), saya ingatkan takde orang online, rupa-rupanya ada. Hah! back to the topic. haha.


Saya tergerak hati nak tanya soalan.. So soalan dia ialah "Who got blog?", description dia "Lets share your blog here!". Mula mula ada la dua tiga orang reply, and bagi url. Saya pun bukak la blog dorang. Jalan-jalan.. Then dapat satu comment/teguran dari Senior YouthSays, Akay. Dia cakap, seseorang ahli dilarang tanya soalan yang boleh mewujudkan perbincangan yang kurang baik. Of course la ia ditujukan dekat saya kan. And time tuh i'm just like, huh? why? There's no terms&condition pun pasal nak post new question. Then dia explain-explain, dia cakap topic macam tu dah banyak dah orang buat..

Ia tidak sihat sebab once seseorang tuh nampak share blog, nanti dorang ke arah lain. So kira tak sihat la tu kan. So i apologized to him. Almaklumlah budak baru belajar kan. Learn from trial&error. Then Bro Akay cakap, if admin nampak question ni, and dia spam, automatic saya kena minus 10CP. Masa tuh saya cuak la, sebab yela CP saya baru sikit lepas tu nak kena tolak 10. haihh.. I asked Bro Akay what should i do? Macam mana nak delete question tu? Ada apa2 lagi benda yang saya perlu buat & tak perlu buat ke?

Bro Akay cakap, question/comment tak boleh di delete, sebab bila delete, dia akan minus point korang. So macam lagi rugi la kan. Then dia kata kalau 10CP hilang, boleh je kumpul balik by answering some poll or survey yang ada dekat YouthSays tuh. Actually saya tak tahu pun CP tuh untuk apa, then i asked him, dia cakap CP digunakan whenever korang nak post new POLL or nak post new EVENT or korang nak BID apa-apa, so dia akan deduct CP korang. Then dia cakap for further info, baca dekat FAQ. So saya pergi la jenguk2. hehe.

Tapikan, kebanyakan yang selalu post question tuh malays.. Em so dorang kebanyakan nya guna short form yang short yang tak ramai orang faham. Kena jugak ingat, ini satu Malaysia, ada semua kaum, bangsa, kena la bertimbang rasa. Nak berbahasa malaysia pun, type la dengan betul. I mean, panjang2, formal, yang kaum lain boleh faham. AND you know what? Ada la orang-orang yang sangat bosan maybe, suka post question yang entahapeape. Ish3.

Haa lupa nak mention, everytime korang post new question, korang gain 1CP. then kalau jawab poll or survey yang ada, korang gain 1CP. lepas tu kan ada advertising kan? Haa korang boleh tolong support campaign2 yang ada. Korang just click SUPPORT THIS CAMPAIGN, then tulis ayat2 yang berkenaan, then nanti dia bagi korang link. Link tuh la korang spread kat orang orang. Cara dia macam nuffnang jugak, sekali unique click, korang gain RM0.20. okay la tu kan? lagi better dari nuffnang kut. hehe. Then orang daftar bawah korang, korang gain lagi RM0.20. Not bad. Nanti dah sampai RM50, korang boleh keluarkan duit tuh. Quite fun la hangout dalam YS ni, ada macam-macam competition

BERITA TERKINI: Baru je LOG IN, hahh, my points sudah kena deduct 10CP & Question yang saya tanya tuh dah pun di-delete oleh admin. Huu belajar dari kesilapan. And from now on, kena berjaga-jaga sebab Bro Akay kata, kalau kita keep doing mistakes, korang boleh kena ban dari YS. Katakanlah korang masuk competition then dapat hadiah, hadiah tuh korang tak boleh tuntut sebab korang ada buat perangai. Haa macam tu la. So WE(ahli YS&admin) tak mahu ia berlaku kepada sesiapa pun. Baik sungguh mereka kan? Terharu sekejap hehe. And sekarang nak post shoutout, tak kesah sangat, tolak 1CP je pun. huhu.


So siapa-siapa yang berminat nak join, EH KEJAP! ADA HAD UMUR YAA.. 15-35 years old. hehe. So siapa yang dalam range umur tuh sila sila, JOIN YOUTHSAYS! ;]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails