Salam. Dahulu waktu mula-mula masuk menengah rendah, saya tak care pun pasal FAIL. Tak heran. Betul. Mula-mula memang la sedih, tapi lepas tu entah kenapa, buang jauh jauh rasa sedih, and i don't really care pasal FAIL. And sepanjang form4, i failed addmaths, phy, chem, bio.. and sometimes maths, english, sejarah. Terukkk sangat. Sangat teruk.Usia makin dewasa, minda mula berfikir tentang masa hadapan, waktu form5 baru trying to catch-up everything. Alhamdulillah, yang tak faham jadi faham. Well, addmaths, tahu la kan? Betul orang cakap, usaha tangga kejayaan. And waktu Trial XM baru la my addmaths lulus. And SPM, tak sangka dapat B+. Alhamdulillah. Maybe graf turun, tapi yang pasti, Allah bantu saya! ;]
Saban tahun, sepanjang duduk di bangku sekolah, saya cukup cemburu dengan rakan-rakan yang selalu dapat Top10. Top5. Top3. Cemburu dengan mereka yang dapat pergi Hari Anugerah Cemerlang. Naik turun pentas. Me? Bilaa la.. Lepas spm, masuk Universiti, well korang akan rasa sendiri macam mana rasanya nak berusaha sangat-sangat so that dapat Dean's List (DL) waktu first semester. Kenapa 1st semester? Sebab dari 1st sem tuh la pointer korang akan dibawa ke next sem, kalau 1st sem teruk, susah nak naik kan. TAPI JANGAN LUPA BERUSAHA!! INSYAALLAH, ALLAH TOLONG
Masa orentasi dulu, dengar sorang-sorang Senior cakap "Alhamdulillah Dekan" "Alhamdulillah Dekan" "Alhamdulillah Dekan". Waktu tu, teramat membara2 nak dekan weh! betul tak tipu. Waktu tu semua junior membara2 nak dapat dekan. Pertengahan semester, semangat tuh makin mudar dek carry mark yang tak seberapa.. macam2 la. Fiuhhhh
Dulu, waktu pmr, pernah bercita-cita nak masuk ASiS. Harapannn.. Cemburu tengok mereka2 masuk SBP, MRSM.. Dulu saya super-duper malas dari sekarang. Makin membesar ni, tengok kakak2 abang2 yang belajar di Luar Negara, saya pun nakk!! And and, dorang juga pembakar semangat saya supaya tak malas. Supaya sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang saya nak. Waktu dekat kolej, bila malas nak buat assignment/study, bila saya teringat dekat kakak2 abang2 yang belajar overseas, TERUS SEMANGAT wehhh!! TQ sangat dekat korang!!

Saya nak ucapkan terima kasih dekat semua. SEMUA. Parents, Family, Friends, Lecturers.. Saya panjatkan kesyukuran kepada hadrat Ilahi. Alhamdulillah. Terima kasih dekat semua secara langsung atau tak langsung. Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu bertapa gembiranya saya. Saya nak kongsi my happiness with you guys. And and Alhamdulillah I got DL. ;]
Ini 1st time saya dapat keputusan cemerlang. Menangis kegembiraan pagi tu (nages sensorang la kan. haha). Nanti ada Dean's Dinner. It will be my 1st dinner ever. I mean.. yela before this tak pernah langsung dapat cemerlang okay? Tak pernah. I really want to share my happiness with all my friends!! And and i hope i can maintain the status. InsyaAllah. Dan dan, saya nak kamu kamu kamu tahu, saya taknak riak/takbur. Saya taknak pun. Moga dijauhkan dari semua tu. Saya just terlalu gembira, tak sangak, terharu. Nak share dengan korang. Nak LOMPAT LOMPAT sama-sama dengan korang!

TAHNIAH kepada semua student UiTM!! Tak kira la dekan ke tak, TAHNIAH jugak!!! Hanya kepada Allah sahaja kita meminta pertolongan. Sesungguhnya orang yang sentiasa meminta, tak akan dikecewakan oleh Allah yang Maha Esa. Sujud Syukur. ;]
p/s; entah kenapa rasa macam entry ni formal sangat. Tak bersahaja macam biasa. hum

