Saturday, August 21, 2010

Kronologi ;]

Salam. Nak tahu tak? hah saya malas la nak update panjang panjang. Actually memang banyak pun cerita yang nak story dekat blog kesayangan. Tapi makin lama makin malas pulak nak update. Maybe sebab cerita tu pun dah makin basi sebab dok tunggu Faris Fikri balik rumah baru online. humhum.

By the way, meh la saye cerita sikit-sikit;


10th August, FBians buat surprise Birthday Party untuk Ucu Opie! actually kami celeb awal sikit which is on Monday malam Selasa. Sebab? Sebab selasa malam tuh dah start solat Terawih. Kenapa tak celeb midnight je? sebab dekat kampus ni, after 11.00pm je, semua student dah kena halau balik kolej oleh Pak Guard & Mak Guard 'tersayang'. tetttt. GARANG GILA!


malam tu memang meriah gila & bising gila sebab ktorg gelak jerit-jerit bagai. Along Shah beli kek and lain2 sebab dia sorang je yang bawa transport balik kolej. Napa panggil Shah, Along Shah? ehem2. Lupa pulak nak bagitau kan. Haritu FBians buat Family Tree special untuk kami yang dah lama kenal before daftar dekat UiTM on 26th June 2010. Nanti saya attach gambar yee..

FAMILY tree!


Back to Kisah B'day Opie, kebetulan malam tu Opie ada kelas malam which habis pukul 10pm, Along Fala yang melengah2kan masa Opie cuz dorang satu kelas kan. Petang isnin tu Along Fala text FBians Family about Party tu and kutip duit. BEST! everything goes according to plan.. Opie terharu then amek gambar, potong kek, (saya yang over makan kek sebab kek tu sedap & kek tu kek coklat). Along Shah beli dua kek, satu makan, then tengah2 saya layan kek tu, Tisha cakap, tepekkan dekat muka Opie, and i did. haha! then start la Cake Fight! then saya tengok borak dengan Wani Akmal, then Walid datang. Tak expect la pape kan, tetiba Walid kira "1..2..3..!", and saya pelik la, ape ke hal nye Walid ni, SUDDENLY! papppppssssss;


memang best! melekit-lekit, berminyak-minyak muka den. Habes rambut den pun keno.. orang2 yang datang anjung nak study jadi RIDSET (istilah syazaliyana), mulut Achik Zamir mula terkumat-kamit. hahaha. then kemas semua, lap lap meja, buang sampah, dah cun dah except lantai.. penuh dengan kek. hihi. turun ramai-ramai, pergi Dataran, dalam perjalanan, dorang ni dok pass pass telur sorang sebijik tanpa pengetahuan Opie, sampa dataran, kami suruh Opie pergi tengah-tengah sebab nak amek gambar, TETAPI realiti nya, Opie di mandikan dengan berbijik-bijik telur + tepung gandum. Mula mula tak sampai hati nak baling telur dekat Opie, tapi saya baling jugak. haha.


Opie tak tergerak, disebabkan rasa simpati, saya pergi dekat opie tanya "okay ke?". Tahu apa dia balas? Ntah mana datang telur yang tak pecah sangat, dia baling dokat den. HAH KAU, tercenggang aku time tu, why me? haha. siot je. But i have fun! Last before bersurai, amek gambar kenangan, sian opie, banyak kali pergi longkang sebab nak termuntah sebab badan dia seriously bau hanyir kata walid. *wink2*

11th Aug, habis kelas tengahari, terserempak dengan Dila & Am & kawan kawan. Jalan dengan Dila, kawan kawan dia jalan depan. borak2 then kawan dia jerit dari depan "Haha Dila, takde orang nak celebrate b'day kau!". And i'm just like, Dila, b'day kau harini ke? Mulamula Dila taknak admit, last last dia angguk.. GOSH! macam mana boleh tak tahu ni.. then saya cepat2 wish & minta maaf. Sampai bilik, saya cepat2 text Alang Wan, tell her about b'day Dila. Wan called, she asked me betul ke? dia rasa bersalah sangat. She thought her b'day is on 13th. Wan called Dila & jumpa hug dia. Wan told me that she cried.. saya pun rasa nak cry. Ktorg dah kenal dila lama dah. uwuwuw SORRY DILA, TAK DAPAT NAK CELEB YOUR B'DAY!! ;[ (p/s; jangan lupa tuntut yr b'day present dkt aku yee)

Early August haritu ada Quiz Maths, and haritu dah dapat marks dia, alhamdulillah, better than before. And on 18th Aug yang lepas, ada TEST 1 for Maths, i did my best.. but still i've done lots of mistakes.. takutnya nak tahu result dia nanti.. On 13th Aug, ada TEST 1 for Chem, i've done my best. Rasa macam nak nages la bila hari rabu haritu Sir cakap benda yang kurang enak di dengar. Dia ada sebut la nama students yang dapat result okay, and my name excluded. Serious nak nages weh! Nama yang Sir tuh sebut semua guys.. Uhh can't wait to see the result next week.

And next week, 23rd Aug, ada TEST 1 for bio pulak. haishhh takutnye! Then then, my hafazan yang tertangguh sebulan dengan Ustazah tuh. brrr.. xhafal lagi.. and and Tuto math yang banyak tertangguh. HAH! Before i forget, gambar class dah dapat dah, YEYYYY!! meh nak attach sekali meh. hehe.


HAH, on 15th Aug, pergi keluar dengan classmate, berbuka dekat luar. Balik naik bus UiTM. Sampai dekat pintu masuk, guard tahan bus suruh berhenti. Yang tak bernasib baiknya, saya TERlupa nak bawak kad matrik. Pergh memang kawkaw la kena saman. Pak Guard suruh turun blablabla. 1st time kau kena saman. Dah la baru 1st sem. takpe takpe, rezeki di Bulan Ramadhan. The next day, saye terus pergi Pejabat Bendahari tanya berapa kena bayar? Then dorang suruh saya rujuk Bahagian Keselamatan. dah pergi tanya Mak Guard, dia tak tahu, then da rujuk Pegawai dia. Then saya dijemput masuk bilik pegawai tu. perghh! dia cakap kompound RM50. boleh mintak kurang, RM25. Then lepas dah slow talk, pegawai tu bermurah hati anggap ianya AMARAN! but still tercatit di dalam rekod saye. haihh..


LATEST NEWS:
• pagi tadi dapat text dari Kak Wati (kak wati balik Bawean ahad haritu sebab mak dia sakit.), Kak Wati cakap, hari ahad malam isnin lepas mak dia meninggal, dia sampai rumah isnin pagi, mak dia tak sempat tengok dia, tapi dia sempat tengok jenazah mak dia. Dia cakap maaf sebab lambat bagitau. Innalillah.. moga roh mak dia berada di dalam golongan orang2 yang beriman,

• tengahari, dapat text dari FBians informing me about Atok kesayangan Opie just passed away this morning. Innalillah.. Setahu saya, orang2 yang meninggal dalam bulan Ramadhan ni the chosen one.. Alhamdullillah la kalau macam tu. ;]

• petang, dapat text dari Alang Wan, wan cakap Along Shah masuk hospital sebab accident. Esok pagi FBians nak pergi jenguk dia. Wan cakap tak teruk sangat. Fiuhh terkejot kot! harap2 la Shah tak cedera teruk sangat. Amiin..

Tadi tengahari kan, hizzam text cakap nanti dia datang rumah amek saye untuk pergi Masjid, uwww lama tak jumpa! rindu rindu. And lama tak solat jumaat dekat Masjid. rasa BESAR sangat & RAMAI sangat orang. hehe. Sebab since masuk uitm, selalu solat dekat kampus je, dekat Surau. Hari jumaat habis kelas pukul 6ptg, so tak dapat la solat jumaat dekat Masjid dekat rumah ni haa.. humhum

p/s; emm ape lagi yang saya tak cerita, ada la sampingan2 kan. haa.. hari rabu malam khamis haritu, Syud inform me pasal hari jumaat semua class cancel, khamis petang pun sama. So after 12noon Khamis, DS1E2 free! itu yang balik Ampang awal tu. hehe. ;]

p/s2; semalam, buka fesbuk, Abg Hamli suggested me a friend. then add, then usha la kan.. ouhh! dia salah sorang pengusaha yang jual lomo camera! goshhh teringat dekat kisah saya nak camera Diana F+ tuh. uww.. bila boleh miliki Diana ni.. ;]

Friday, August 20, 2010

"Kalau dekat rumah, lapar? Just grab apa yang ada, tambah2 bulan puasa, stock makanan banyak. Kalau dekat kolej, lapar? takde makanan, fine. Just grab a novel/manga or buat assignments or report."

p/s; entry penuh akan saye update nanti yeh. Malam ni kemalasan lagi nak type entry panjang berjela. Almaklumla tak balik rumah sebulan. hehe. Eh eh harini hari khamis la, pelik tak? minggu ni balik awal sebab esok semua class cancel. OHH WHAT A LIFE! ;]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails