Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Lets start with January 2014


Assalamualikum. Hai semua! Alhamdulillah berjaya juga pujuk diri ni buka blog. Looks like aku hutang banyak kisah dekat sini. Tak apa kita keep it sweet & short okay?

Alhamdulillah banyak sangat rezeki Allah bagi. Tak terkira langsung. Orang exam sebulan, kami exam seminggu, iaitu minggu terakhir peperiksaan. How cool is that! haha.

So during the exam, macam-macam cara aku tidur, housemate aku je tahu macam mana aku tidur. Dorang kata aku flexible. Haha. Ye weh, tidur mana asalkan boleh. Yang pasti! Bukan atas katil. Aku siap ber-camping bawah meja belajar, tidur dalam sleeping bag semua. Haha, kenangan betul!

Sepanjang exam week, baru aku realize, IT IS NOT THAT HARD la subjects aku ni. Cuma aku ambil masa panjang sangat nak adapt, nak betulkan emosi, nak terima kenyataan.. Tak apa, belajar! Sepanjang exam week juga, aku selalu pujuk diri "Tak apa faris, habis je exam! Ada dua trip SMF waiting for you!"

Few more days for trip, dapat mesej berantai, Trip was postponed. Berduka aku waktu tu.. Alhamdulillah exam end on 18th January, malam tu ada meeting terakhir dengan legend-legend SMF yang akan menamatkan pengajian ijazah... up till today, I miss them all. huu











Wednesday, August 21, 2013

They have flown to Makassar

 
Assalamualaikum. Di sini aku nak mention, untuk kawan-kawan yang dah fly ke Universitas Hassanddin, Makassar, Indonesia, last saturday & sunday, I AM HAPPY FOR ALL OF YOU!!

Maaf tak dapat hadir lambai-lambai korang di LCCT that day.. Aku doakan korang semua berjaya dalam apa sahaja yang korang usahakan! Aku gembira, terharu, excited, korang dapat sambung cita-cita korang untuk menjadi seorang Doktor Perubatan.

It is hard, belajar ilmu Allah. Ingat, Manjadda Wajadda. Sesiapa yang berusaha, dia pasti akan mendapat hasilnya. Niat, Lillahi Taala. Moga Alla mempermudahkan urusan korang!

Now who says diploma graduate can't pursue medicine? hehe

Banyak universiti tak terima student diploma masuk perubatan. I don't even know why. Hanya selected Unis je yang bagi peluang budak diploma sambung perubatan. Di Malaysia, sangat teramat competitive untuk sambung bidang kritikal. Alhamdulillah, UiTM dan UNHAS bekerjasama memberikan peluang alternative bagi pelajar yang keen nak further medic dengan membuka tawaran setiap tahun.

Salam Lebaran ke-14! ;]


Tuesday, August 20, 2013

I am counting the days babeh!

Assalamualaikum! Ahaaa I am so excited + little bit of nervous nak sambung belajar. Bachelor Degree. Kalau dulu aku selalu impikan untuk 1st Degree di luar negara, tapi plan Allah lagi terbaik! Belum rezeki, mungkin mentally dan physically tak ready untuk berada di luar. Apapun, I am looking forward for this new field I am about to enter this upcoming September! Wohooo

Tadi buka facebook, there's a group special untuk student yang akan masuk UiTM Puncak Alam for September 2013 intake, Kak Maryam (one of the MPP) posted something that makes my adrenaline running lagi laju;


Tak sabar nak masuk kampus besar, tapi takut at the same time sebab I am used to kampus yang comel macam Kuala Pilah. Calming, nyaman, small, not that big, not that small, comfortable la. Easy to adapt. Apapun, PALAM! Here I come!! InsyaAllah ;]

Thursday, August 1, 2013

Officially unemployed,


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Yesterday was my last day holding a title as a Barista dekat Coffee Bean. Harini duduk rumah. InsyaAllah iftar dengan kawan-kawan diploma UiTM..

Pengalaman bekerja 3 bulan di Coffee Bean sangat la awesome! I learn many things.. Including basic sign language. I am learning from mistakes.. Alhamdulillah. Saya berjaya took some pictures with kawan-kawan Coffee Bean, Wisma Selangor Dredging. Here goes;

 *with Bikram


*Kak Niza & Geetha





TQ ;]
p/s: my own apron, cap & name tag went missing few days before 31st haritu, dekat dalam Surau KLCC. Wallahualam mana pergi beg tu sekarang. Didn't tell u the story about my missing beg sebab tak penting pun, dan anggaplah ia dugaan Ramadhan.

Monday, July 22, 2013

BM235

Assalamualaikum. Hai! Just nak update. I am no longer a science student after 5 years holding the title. hehe. Rasa sedih sikit sebab I am going to leave sciences.. Nampaknya health science is not my rezeki uh?

Tak apa, kan Allah kata, dalam Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 

Still, kadang-kadang rasa macam tak nak attend. Rasa macam nak apply la IPTS pun takpe. But, why not try je masuk. Mana tahu boleh ngam. Hehe. InsyaAllah. Aminnn. Here it goes....:


Apa itu Health Admin? Ini synopsis,



Monday, July 8, 2013

The Heat

Assalamualaikum. Hai! Ya Allah rindunya update blog. I had a blast last night. Had dinner with kawan-kawan UiTM; Wani Akmal, Syira, Aizad Hassan & Zamir. At 9.40pm, layan movie The Heat. Awesome! Kelakar sangat!

Anyway, InsyaAllah Wani is going to fly this 4th Syawal, Aizad pula before Syawal. Buat dentistry n medic, UGM n UNHAS. haha. All the best korangggg! Rasa sangat best dapat jumpa Wani dekat KL. Like seriously KL, because she's living in JB, and currently working in Petrosains. Tapi minggu ni minggu last dia kerja, sebab she's heading back to JB untuk prepare barang semua. All the bestttt future dentist!

Oh and Zamir pun kerja Petrosains. Syira jadi teacher dekat tadika. Me? I am still working with Coffee Bean. It has been 2 and a 1/2 months.. 


Monday, June 10, 2013

Congratulation guys! - UGM

Assalamualikum. On my way back home tadi, Wan Nur Adilah texted me, informing me a GOOD NEWS! Three of my good friends, kawan-kawan Pilah, budak Dip.Sains berjaya lulus entrance exam Faculty Dentistry, Universitas Gadjah Mada! Ya Allah. Tahniah korangggggg! Future-future dentist ni!


Aku tumpang gembira dan bersyukur korang dapat UGM ni!! Korang dah tahu laluan korang, kami yang lain masih tergantung, taktahu apa nasib kami kelak.. Huhu. Apepun, tawakal tawakal! ;]




Sunday, May 5, 2013

Counting the days till 9th May 2013

Amek kau! Gigit jari aku. Counting the days....... Ya Allah moga semua orang mendapat keputusan yang cemerlang! InsyaAllah. Amin amin amin ya rabbal al amin!


Thursday, February 21, 2013

Precious day in Pilah #17

Assalamualaikum. Heyhoo! Okay, hari-hari precious, cuma harini extra precious. Sebab harini birthday Zamir Aliff! Wan & Opie ada MUET harini, dorang kan perempuan, jadi, memang ada aje lah masa nak buat kek-cepat or apa-apa yang boleh untuk celebrate ala kadar. 

So they both did a cake named, Polomiloreobury. Haha. Sedappppp! Unexpected! haha. So itu on the evening. Zamir's birthday will be the last Birthday yang dapat disambut bersama- sama before habis Diploma ni. Ghuuuu terima kasih teman-teman! Thank you Allah for everything! Alhamdulillah. And my quiz went well, Alhamdulillah.

 On the night, lepas isyak tu makan dengan Faiq, habis tu lepak di pondok borak-borak, then Aifa lalu, We say Hiiiiiiiiiiii! From there, borak macam- macam! Lamaaa sangat tak jumpa Aifa. So i took this chance untuk update la pasal masing-masing. I felt happy gila sebab dapat spend time dengan kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa. Eventhough i have two tests for tomorrow, aku tak sedikit pun tak rasa menyesal lepak dengan korang tadi!

 Dua tiga menjak since dah tinggal lagi beberapa hari je nak habis diploma ni. Aku lebih suka spend time dengan kawan- kawan, lebih suka buat something yang sendiri rasa happy. Walaupun kalau selak tirai tu, banyak je bangunan runtuh, goyang. haha. Tapi Takpe! Itu masalah aku. Aku pun tak berapa serabut sangat, jadi korang tak perlu risau. I'm fine. InsyaAllah. ;]

 "Allah tempat meminta segala sesuatu" (al-Ikhlas: 2)

 Selalu teringat kata-kata Prof.Dr.Muhaya, "Orang minda besar, masalah jadi kecil". So I really want to be orang yang minda besar! If rasa tak larat gila nak jalan, rasa tak boleh buat, rasa masalah membesar, rasa macam nak mengadu-ngadu, turn to Allah. He always there. Serius! May Allah ease our urusan. InsyaAllah 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah daripada Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan, maka kepada-Nyalah kamu meraung meminta pertolongan" (an-Nahl: 53)

 "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (al-Fatihah: 5)


Friday, February 15, 2013

Jumaat hari yang penuh keberkatan

Assalamualaikum. Harini, Alhamdulillah, sungguh bersemangat aku pergi Solat Jumaat. Lepas solat, Alhamdulillah, waktu nak pakai selipar tu, aku pandang belakang, ternampak Abang Shafri dengan Abang Asnita tengah berborak. Aku pun ringan mulut, tegur, salam, berdiri join dorang berborak. Rupanyaaaa dorang pun UiTM-ians! Hahaha seppppp!

Abang Shafri baru habis degree Finance. Abang Asnita tu tengah 2nd year degree Pengurusan Tanah dan Ameniti. Aku pun interview la dorang habis-habisan. Aku kan nak ambil degree, InsyaAllah.. Aku minta la suggestion dorang apa yang tengah market sekarang? Dorang kata sains komputer, software engineering.. Aku pun hapeee lagi, TOINGGGG! Keluar idea untuk apply USM tu.

USM punya no.pin tu mahal, RM40. Aku pun fikir dua tiga lima kali. Tapi sepupu aku cakap, ia merupakan pelaburan untuk future. Aku pun, okaylah. So nanti kena buat 4 choices. Aku ni kalau boleh nak kampus Penang! Induk! Besarrr... hahaha.

So sekarang ni baru ada dua dalam otak aku. Audiology n Computer Science.

On the other side, semalam Kak Piqa sent me pictures sebagai teaser untuk Medical Imaging. Ghaaaa nampak best weh! Kak Piqa cakap banyak practical, which aku love la kan! Ya Allah, terus aku tukar application untuk penerapan UiTM tu, letak MI 1st choice! haha. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, redha. ;]


Thursday, February 14, 2013

59 days to go..

Assalamualaikum. Yeahh lagi 59 hari lagi nak habis diploma. Dan lagi 37 days lagi nak final exam. Gila tak weh! Gila weh... Aku ni macam terkapai-kapai lagi ke apa.. Takpe faris! Usaha! Final semester ni! Harus semangat!!!

Project "Precious day in Pilah" tu baru berapa belas isu.. Hadoi. Ni masih tengah cuti, kena pulun habis-habisan. Lepas ni tak ada cuti dah. Ghaaaaaaa. Akan rindu zaman diploma.. Sangat-sangat! Alhamdulillah dapat lalui hidup sebagai seorang pelajar diploma. Sangat awesome! Sangat cool! Sangat precious! ;]


Tuesday, February 5, 2013

Em-goi

Assalamualaikum. Hai! I've been home for 4 days now.. Sabtu petang lepas angah+cousin ambil dekat UiTM. I have been sicked since dekat rumah lagi.. hari ahad, 27th Jan. Sakit tekak.. sampai UiTM waktu lab bio dah start bertukar-tukar suara. Esoknya demam teruk. Dan demam.. dan demam.. dan demam.. dan Alhamdulillah, harini dah tak demam. Tapi masih batuk dan selsema.

Saya plan nak balik UiTM semula esok. Kawan-kawan cakap, "Tapayah balik la, cuti terus sampai habis CNY, hari jumaat takde kelas pun..".. I have to balik UiTM. Duduk rumah jadi macam tak cukup baju, sebab banyak dekat UiTM. haha. CNY pula kami cuti seminggu. ghaaaa orang lain cuti seminggu, aku cuti 2 minggu + 4 hari. Hahahaha berbekalkan 1 hari MC. Mampu?

Cuak betul aku kut tiba-tiba nanti UiTM keluar surat "Pengajian anda di-extend!". Nauzubillah min zalik... seminggu lebih tak attend kelas, rasa Ya Allah ruginya... banyaknya aku tertinggal... Tinggal less than 2 months nak Final Exam.. (wuuuu menangis aku nanti).. Tapi! Kena ingat! Everything happens for reasons.. Redha, Tawakal. ;]

I still haven't buy any pin number untuk sambung degree... Adakah ini one of the thing-that-should-let-it-be? I don't know.. I want to buy, tapi tak ada effort pun untuk pergi beli.

Akhirkata, I would like to give my gratitude to my fellow UiTM friends yang sangat super kind, care, helpful, loveable, concern!! Terima kasih wehhh, terharu sangat.. Will miss korang lepas habis diploma ni!

Aku sangat susah nak demam. Jarang. Bila kena sekali, zuppppppp seminggu kau! Thank you mak ayah sebab suruh makan, sediakan, this and that, kakak for being 'physio-in-the-house' ;]

Jzkk



Saturday, January 5, 2013

Precious day in Pilah #13

Assalamualaikum! Harini, seperti yang telah di-niat, tapi ia terjadi dalam keadaan tidak sedar. Kira tak sabotage la. I over slept till 10am. Jadi, tak pergi la main Galah Panjang tu. My phone pun tak ada orang called or message pasal Sukan Rakyat tu. So okay lah! haha

After Zuhur harini, saya, Wan dan Zamir went to Kedai Hardware, Bengkel kereta, Kedai Runcit sebab nak cari bahan-bahan yang kami perlukan untuk Project Physics kami. Alhamdulillah, berjaya la jumpa egg-cartons yang dijual murah sangat3! Dan kotak, dan siap dapat free cushion kereta from bengkel lagi! Baik uncle tu!

After Asar, we'olls start bertukang di belakang Kolej Sri Pilahs.. Buka cushion kereta, ambil foam dia sahaja.. potong kotak, measure sikit-sikit. Sampai kalau orang tengok, kami ni macam buka bengkel pula dekat atas jalan belakang kolej tu. Juniors lalu lalang pun dengan muka yang penuh tanda tanya.. hahaha

I had fun today! Will remember lah semua kenangan manis ni! Thank you Allah! Alhamdulillah. ;]

Thursday, January 3, 2013

A day!

Assalamualaikum. At 9.14 A.M., I received a text message from a friend, schoolmate/classmate/coursemate/campusmate, Hasreenajua A.Rahman, informing me about her father. He passed away this morning around 7 a.m. Innalillahi wa innalillahi rojiuun.. Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman & moga dilindungi dari azab kubur & semoga ahli keluarga tabah dan redha atas pemergiannya..

Saya pun terus bangun segar! Terus forward message tu dekat kawan-kawan sekolah, uitm yang kenal dia. Kebetulan laptop terbuka, terus buka facebook, update di sana.

Chat with my classmates, Wan & Zahidah, yang merangkap kawan Hasreen juga.. We decided untuk pergi ziarah. Alhamdulillah harini ada kelas tutorial 1jam je, dah called lecturer minta kebenaran, dia kata okay. Alhamdulillah. So, ajak Zamir shoot ke Ampang around 11.50 a.m. macam tu..

We stayed at the Mosque till habis solat jenazah. Jenazah dikebumikan after asar, around 5.10pm.. On our way back to Pilah, singgah di Leisure Mall, makan & solat jamak di sana.

Sepanjang harini, I experienced satu hari yang penuh dengan input dan iktibar. Alhamdulillah. Sepanjang dalam kereta pergi-balik, waktu makan, kami non-stop berbincang secara random & relax mengenai agama, sekeliling, further study.. MashaAllah. Kira masa kami dipenuhi dengan aktiviti yang sihat dan mengembangkan minda. Alhamdulillah! Tak rasa macam wasted pun. Seharian berjalan ber-4.

I had a great & wonderful day today! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Allah! ;]


Monday, December 24, 2012

Drive-thru outing

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Harini saya di-drove-thru oleh Kamarul & Zamir. Ahahaha. I received a called from Kamarul at 12.30pm, asking for me to get ready. Nak pergi mana? Pergi lunch! Which waktu tu I just had my lunch with mum. Haha.

Tapi nak join je la sebab this is our very first time hanging-out together waktu cuti. Percaya tak? Percayalah!

So we went for lunch in Wangsa Walk, arrived there at 2.15pm. Pergi makan dekat mana tauuu...? FULLHOUSE. That was the first time three of us makan di Fullhouse. And that was also the first time for me and Kamarul makan di Restorant/Cafe yang sebegitu harganya. hahaha. Nasib baik ada Lunch Hour Special Sets.. Oh and Kamarul belanja the dessert! yummy



Alhamdullilah diberi peluang mengjalani hari ini bersama mereka serta pelbagai acara. Arrived home before Maghrib. Seronoknya GUYS-DAY-OUT!! Kamarul & Zamir ni antara kawan-kawan yang GENG la dekat UiTM. Terima kasih kawan! Terima kasih Tuhan! ;]


Wednesday, December 19, 2012

Teknologi dari Library,

Assalamualaikum. I opened my email, and I received an email from PTAR (Perpustakaan Tunku Abdul Razak) UiTM. Reminding me mengenai pemulangan buku yang saya pinjam.

Haih! Terkejut aku, first time dapat email dari PTAR. Berteknologi tinggi sungguh! Syabas! ;]

p/s: i owe myself 5days of post. will update later. currently busy with physics' mini-thesis proposal.


Wednesday, December 5, 2012

Precious day in Pilah #4

Assalamualaikum ya akhi & ya ukhti! hehe.

Okay what I did today was basically pergi kelas at 10 a.m., jumpa classmates lama, lecturer masuk, introduce herself & little bit about Inorganic Chemistry (IC) that we will learn with her this semester. Dalam kelas tu ada sorang senior yang repeating, scary tak? hahaha.

Subject ni senior-senior kita-orang semua ambil waktu part6. BUT, code mereka adalah CHM360. And our's, batch yang seakan tikus-eksperimentasi, mereka upgrade jadi CHM361. Yesssss beza dia 1 sahaja! TETAPI, hahaha, mosttttt of the content berbeza. It's a new code. Therefore tak ada pastyears. And I was like, haaaaaaa? whyyy? "WAIT! entirely berbeza sangat or masih boleh guna notes/slides dorang?" and the lecturer cakap "Mostly berbeza, yang sama pun sikit-skit". Nasib badan.

Katanya those yang ambil CHM360, they had difficulties bila masuk degree nanti. Sebab tak sama content dia. So, yang CHM361 ni nanti, tak ada lagi difficulties sebab ia 'ngam' la dengan degree punya. Haha.

After class, I ikut Zamir balik rumah sewa dorang, jumpa Kamarul & Arul. Aaaaa lamanya tak jumpa! Bilik master bedroom dorang dah macam kapal pecah dah. Air non-stop turun dari atap. Tambah-tambah lagi musim hujan ni. All their stuff semua berkulat sebab lembab sebulan since they left the house for semester break. Musibah kan. Innalillahi wa innalillahi rojiuun. Kesian dekat Kamarul la sebab buku-buku dia palinggg banyak terkena kesan nya.. I told them, if nak stay, minta aunty tu discount la sewa rumah. Not fair kan tak boleh guna 1bedroom yang boleh muat 3orang.

Then we went for lunch dekat Kak Lang Di Rimba. We met Syu yang sepanjang sem lepas tak jumpa. Sebab dia bercuti satu semester, operation. Sekali dengan Syu, ada Ila & Kay. Alhamdulillah, sedap sekali-sekala makan dekat luar ni. Thank you Zamir sebab rajin bawa aku keluar! ;]

At 2 p.m. ada kelas Biological Diversity, guess what? Pergi tanpa tahu di mana kelas. They I called a friend, and she said "Kelas tak ada la, lecturer ada meeting" and we were like, "Ohkay...nak buat apa ni, jom lepak onestop". We chitchat dekat bakery, sambil jumpa-jumpa kawan-kawan yang lalu lalang. It's a good day la! I am glad that I'm living it. hehe

Tonight ada meeting, so early kan involve with meeting ni. Meeting with Society of Science (SCISIS). It's between Class Representative (Class Rep.) dengan persatuan Diploma in Science ni. Ai class rep, ahahaha abestu dah ada 3 orang je guys dalam kelas tu, sorang nak fokus study, sorang baru letak jawatan dari badan tertinggi (nak kasi dia relax pula, so biarlah I.hehe).

Jzkk



Precious day in Pilah #3

Assalamualaikum. Selamat Pagi! Hai. Okay harini nak cerita pasal hal dalam rumah. Hahahah. Sepanjang yang saya sedar la, only me and my rumet je yang exist dalam rumah ni. Semester ni saya dapat roomate baru, junior. Course yang sama, dia part2, tapi umur dia 19. Dulu dia masuk matriks. Takpa, banyak je budak yang keluar matriks dan masuk Diploma dekat sini. ;]

Emm, orang nya baik. Tak kenal dia lagi la sebab baru 3malam satu bilik dengan dia. Huhu. We did borak kadang-kadang. Dia la yang suka tanya soalan. And saya pulak sukaaaa jawab soalan. Mesti dia bosan kan, asyik dia je tanya soalan. Tuipuci.

On the first day banyak la sikit borak, sebab baru kenal. Tapi sekarang dah kurang. Sebab saya asyik duduk depan laptop, online, pakai headphone. Haha. I did that sebab nak tahan mata from kembali tidur after Subuh. Sorry ya roomie!! Oh, he called me Abang. Thank you! Sebab jarang budak junior 19tahun nak panggil aku abang. Even saya tak act macam seorang abang pun, thank you!

Dia sangat powerrrrrr english! He have a blog, fully written in english. Saya dah baca few posts, best la! And I am terpesona. English dia sangat best! He told me dia nak sambung TESL nanti.. Tapi dia tak bercita-cita nak jadi pendidik pun one day (baca dekat blog dia.hehe). Hmm, mungkin Alif ni down kut sebab diploma ni ada calculus, which dia tak berapa nak perform sangat. Don't give up!! I have a friend yang super-fanatik-gila dengan calculus, Kamarul. And I dah asked him boleh tak tolong my roomie bila-bila, and he said, MY PLEASURE! ;]

So Alif, kalau perlu mentor, I have a friend! Okay? Terus maju jayaa! ;]

And me, nak mandi nowwwwwwwwww, I have Inorganic Chemistry class at 10 a.m. yang aku konon nya pagi ni nak view slides dulu, tapi hampeh. (Another mission failed!)


Thursday, November 22, 2012

Senior Year,

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Berjaya juga sampai ke tahap ni. Dapat juga lihat nombor '6' tertera di screen! My final semester, InsyaAllah. Kalau ada rezeki, dapat la join senior-senior nanti..

For the past two days, tuesday & wednesday, I went to UM, Pesta Tanglung. Helping my Aunt & Uncle berniaga. Every peniaga there were Chinese.. We were the only Malay stall there. Oh and ada satu Mamak stall..

And yesterday (few hours ago), while I was calling for customers (we're selling sausage & water melon juice), there were 3 sisters came near our stall.. One of them looked very familiar to me. She wanted to buy the Juice. While my cousin preparing the juice for her,

I : Degree ke?
Her : Ha'ah (feeling anxious)

I : Baru masuk ke?
Her : Ha'ah

I : (my adrenaline started to pumped), Dulu diploma yaa?
Her : Ha'ah....... (she's wondering..)
I : Diploma Sains yaa?? UiTM Negeri Sembilan?
Her : Ehhhhhh ha'ah lah!!!! Dah agak dah! Patut la rasa macam kenal je tadi (excited tone)

I : Best friend Kak Syafiqah Jasmin kannn? Hahaha tu la kita pun takut-takut salah orang tadi (super excitedd)
Her : Buat apa sini?
I : Tolong pakcik/makcik berniaga
I : Akak ambil course apa dekat sini?
Her : Sama macam Syafiqah, Medical Imaging (a.k.a. Radiography)

I got tremendously excited that moment! I met my senior!! Ya Allah, I am very proud of her! Sebab berjaya melayakkan diri masuk Universiti Malaya (UM). That's mean, Diploma student from UiTM also can!! Malaysia Boleh! ;]

p/s: My application to become one of the Pembantu Mahasiswa has been approved. But I tarik diri for some reasons... Sorry  Juniors! See you on 3rd December

Sunday, October 14, 2012

Semester 5 - FIN

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tamat la sudah final exam untuk semester ni. Sekali gus tamat-lah sudah Semester-5 Diploma saya.. One more semester to go! Wohooooo

Secara jujurnya.. Secara realiti-nya, I felt heartless.. Tak rasa happy, tak rasa sedih.. Cuma macam "Uh? Habis dah". Haa macam tu ekspresi dia.

Dan bila orang tanya, "Macam mana paper kimia tadi?" and I will answer like this "YAYYY Dah habisssssss!". That's mean, I really don't want to comment anything about it. Berserah je yeee! ;]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails