Showing posts with label abroad. Show all posts
Showing posts with label abroad. Show all posts

Wednesday, September 18, 2024

1 Task je lagi nak Grad Master, InsyaAllah!!

 Bismillah. Aku perlu berdoa sendiri, perlu usaha sendiri. Cuma dalam masa sama, nak minta tolong korang doakan sekali. Semoga aku tak lemah, malas. Semoga aku berjayaaaaaa selesai Master Thesis & pengajian Master ni dengan jayanya dengan heppinyaa dengan bahagianyaaa, semoga ilmu yang diperoleh aku amalkan, aku ajarkan, aku manfaatkan buat diri dan seluruh masyarakat. Dan semoga ada rezeki terbaikkkkk peroleh kerja yang sebaiknyaaaa. Moga lebih dekat dengan Pencipta, dan bukan nikmat istidraj.

 


Friday, August 2, 2024

Insecure financial availability (read: Rezeki)

 Assalamualaikum hai korang, aku going through benda ni, untuk pelbagai episod. Benda ni buat aku berfikir, kadang berhari-hari kerja amanah hakiki tak gerak sebab otak aku, masa aku, aku 'busy' apply kerja sana sini, apply part-time, rasa kusutnya takde financial availability ni. Aku memikir macam mana, macam mana, macam mana. 

Disebabkan hidup sendiri pun uncertain, aku memang put aside soalan nak kahwin ke apa, sebab aku tak ada financial availability tu. Terlaluuu memikir, kadang getus benak fikiran negative aku "Si dia tu xxx, untungnya dapat Intern situ, dapat gaji lebih nilainya dari duit tajaan, duit tajaan pun dapat, tak perlu dia fikir pasal duit" "Si dia xxx tu, tak praktis pun (Muslim), tapi lancarrr mudah je financial dia flow"

Zupzupzup Allah cecepat tegur aku "Tu rezeki dorang Faris, rezeki kau insyaAllah lainlain, masa lain", and not practicing doesn't work for me. Serius, tried & not working, aku memang Alhamdulillah Allah rezekikan kena praktis baruuuuuuuu things fall into places, at the right time, insyaAllah. Ada masa aku sampai level zero expectation dah harapkan usaha sendiri, doa manusia, zero dah idea nak buat apa, WHICH Alhamdullillah it leads to aku bergantung sepenuhhhhnya kepada Allah. Allah rindu kau meminta bersungguh-sungguh dekat Dia, Faris.

Ayat ni aku hold closely "Ya Allah, hanya kepadaMu sahaja aku meminta & memohon pertolongan". 

------------------------------------------

Aku bukan nak bukak aib sendiri, bukan juga nak tagih simpati. Aku cuma nak coretkan struggles aku di sini, untuk aku baca balik di masa akan datang.

Umur 32 tahun ni, kau memang taknak susahkan sesiapa. Even kau sesak tak ada duit, Mak Ayah Abg Kakak tanya, kau tetap akan cakap "InsyaAllah cukuppp, insyaAllah adaa" sebab kau well aware yang semua orang ada keperluan masing-masing. Termasuk Mak Ayah. Dan kau dah 32, take responsibility on your ownself. Memang taknak pinjam duit sesiapa sebab kau kena bayar balik (which uncertain bila akan keberadaan duit tu). Tak best ada hutang dengan orang, rasa unsettle. Apatah lagi fikir soal kahwin, nak kahwin tapi kau mampu ke nak sara anak dara orang? Aku financially unavailable. 

Aku ada simpan-simpan duit, tapi selalu ada je benda yang aku akan terpaksa keluarkan & guna. Jadinya, bila aku kena extend study without no longer ada tajaan, aku jadi runsing. Nak bayar bilik sewa macam mana Faris, nak apply Graduate Visa kena tunjuk Proof of Fund macam mana Faris. Lepas dapat offer Master Thesis haritu baru aku pulun cari kerja part-time. Selalunya apa-apa yang stuck dalam otak aku, aku memang brain-block dari buat benda lain2 till benda ni settle (which pada waktu tu untuk dapatkan Master Thesis & Internship). 5 Bulan ya aku wasted, tak kerja ke apa, Kenapa this kenapa that. Nak menyesal, dah jadi bubur, tapi memang begitu pattern aku (need to find work around benda ni).

Setakat ni ada 3x orang kenalan pelbagai fasa tanya aku: "Faris kau ada Adult ADHD ke?"

Aku taktahu. Aku tak hyperaktif pun, easily distracted & lose focus tu ya. Aku question diri aku lately, aku ada Adult ADHD ke selama ni? Kelmarin baca Reddit orang bercerita, aku rasa resonate. Aku menangis sebab situasi orang tu share tu, sama dengan apa aku lalui zaman degree, zaman kerja. Tapi aku taknak self-diagnose, kena juga usaha pergi rujuk pakar, tahu betul ke, andai ya thennn belajar work around it. MindaKita ada buat online Assessment untuk ADHD Assessment, tengok harga nak bayar tu berfikir 10x, serius takde duit for extra macam ni. Tapi aku book juga book Clinical Interview minggu depan rdv nya InsyaAllah. While kept telling myself, kau memangggg akan suffocate soal duit ni midway, but I need to know to reconfirm, may it helps me navigating myself better insyaAllah.

------------------------------------------


Summer ni by right ada banyak la peluang kerja part-time, di Brussels boleh dapat la insyaAllah. Cuma musim Summer ni European memang wajibalghunnah dorang ni bercuti, maka organisasi yang continue operating tak cukup manpower, maka dia hire la students. Tapi memandangkan aku di Itali ni, peluang English Speaker macam aku, tipis. How I wish I am in Belgium. Takpasti la aku salah percaturan decided untuk pindah sini sebab sewa murah, atau inilah caturan Allah. Aku takpernah impi nak ke Italy ni, tapi aku happy sangat dapat the only offer, dapat datang sini, Landlord dari Syurga, Torino ni dekat dengan Gunung-ganang nature which aku suka tengok view seluas mata memandang, environment baru. Cuma tula, aku belum jumpa kerja part-time, plus no longer staying near city macam di Brussels. Di Torino ni aku duduk jauhhhhhh 1jam dari city center, cuma di sini aku ada basikal Alhamdulillah.

A close friend di Belgium cakap, "Faris, sekarang ni priority kau habiskan belajar ni, kau ada reports pending, retake exam in coming week, ada Master Thesis to submit. Stop fikir pasal duit ni. Kau kena habiskan belajar Oktober ni & baru fokusss cari kerja". Aku setuju, aku faham priority aku lari.

Satu hari tu, aku berfikir "Okay la Faris stopppp! Stop cari kerja apa-apa. Fokus amanah janji yang ni dulu. Bulan-bulan takde tajaan nanti, kau fikir nanti, insyaAllah moga Allah tolong la. Dalam berfikir macam tu, aku fikir jugak "Kalau tak usaha, macam mana nak tawakkal macam tu". Pastu kejap je geng aku tak mencari, bila masuk SMS SMS kena bayar etc etc, aku sambung balikk cari kerja. Cuma belum rezeki, Ya Allah semoga dapatlaaaaa rezeki kerja Part-Time apa-apa in EURO.

Haritu call Kamarul, Kamarul mention "Aku tahu deep inside kau tengah kusut pasal duit ni, nak survive remaining months, tapi kau kena take accountability of your study jugak weh!" syuuuuhhhh laju coklat mencurah-curah ke ladang gandum.

------------------------------------------

Audio Ustazah Fatimah Syarha "Cinta Alat vs Cinta Matlamat", aku dapat dari seorang mahasiswi back waktu zaman degree 2015 dulu haha. Terbakar weh waktu dapat audio ni dulu, aku kept it with me & dengar from time to time.. Aku letak soal kahwin ni aside, until aku Financially Stable.

Semalam, aku dengar balik audio ni. Nafkah zahir, aku masih belum boleh provide. Jadi, kita pause  balik niat apa yang berputik. Pagi ni ada Allah datangkan seorang hamba ni, despite berlalu pergi, dia stay & cakap dekat aku:

"Bernikah tu bukanlah semestinya Allah berikan kekayaan harta tapiii Allah janjikan hamba yang bertakwa & berniat nikah Lillahi Taala, Allah akan cukupkan rezekinya dari source yang tidak disangka-sangka, dan insyaAllah Allah akan adakan jalan keluar buat setiap kesukaran kesulitan. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi hambaNya" 

Corong speaker laptop aku petang ni mengalunkan "Nasyid Nostalgia" dekat YouTube, antara favorite audio aku sering bukak. Harini lagu Nadamurni - Alangkahnya Hidup Bersama Tuhan seolah-olah Allah re-highlight dekat telinga aku apa hamba Allah pagi tadi tu mentioned, soal Rezeki. Lirik part dia mentioned:

Tawakkal kepada Illahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan darinya

Bila takwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korang, semoga kita semuanyaaaaaa Allah rezekikan solat cukup 5-waktu sehari semalam, berjemaah paling best 27x Ganda Pahala. Semoga Allah perluaskan rezeki kita, apa yang sedang kita buat Allah lancarkan & beri kerjayaan & semoga semua hajat kita Allah tunaikan. Ya Allah jauhkan kami semua dari perbuatan/perkara yang dekatkan kami pada Neraka. Sayang korang Lillahi Taala!!!


Sunday, July 7, 2024

Sekali sekala buka Mailbox Uni

Assalamualaikum hai korang, aku ni umum la ek dari aku Diploma dulu, procrastinate dengan aku tiada pisah! Haha. Suka kauttttt banyak-banyak benda, impian tinggi konfidennn semua boleh buat! On top of procrastinating, waktu aku kerja AMEX dulu satu TL ni highlight dekat aku yang aku ni jenis easily distracted! Mula-mula aku in-denial, lepas tu aku agree dengan dia! haha. Legit weh!

And so aku ada pelbagai on my basket right now, aku ambil pelbagai commitment, basket aku penuh. Alhamdullilah pada jam ni, settled satu! Aku pun bukak la email Uni kejap, sebab 03072024 classmate aku tanya pasal info on Forensics & Malware module ni, aku pin chat dia sebab aku belum jawab, ni dah replied baru aku unpin! Aku ni terkenal jugak orang yang lambat reply mesej manusia.

You can imagine bila aku cakap:

I am a procrastinator tegar + easily distracted person + suka sign-up for commitments with overly positive attitude + andai ada 1 item dalam otak aku yg aku rasa penting, benda lain semua aku tolak tepi until benda 1 ni settle! 

Contoh: Aku kena start Internship/Master Thesis Feb 2024. Aku dah start apply since Oct 2023, lepas settle exam on January 2024 aku duk apply apply apply, attend interviews etc. Result keluar, aku tahu aku kena retake 4x Modules, 1x je ada exam August ni, lagi 3x tu aku kena resubmit reports. So aku ada Feb-July 2024 untuk submit reports ni. Tapi, dalam otak aku letak rules macam ni "Dapattttkan dulu internship / Master Thesis offer, thennnn baru buat reports + cari kerja part time"

Bulan berlalu, Jan Feb Mac Apr May, zero offer. Hujung May Alhamdulillah dapattt. Lepastu baru menyesal aku bazir 5 months tak kerja, tak buat report, padahal can do many things. Nasi dah jadi bubur Faris.

Anyway, waktu aku buka email Uni tadi, email bawah ni latest & aku baca dulu:


Zassssss terusssss aku rasa gelabahtetekkkkkk!! Aaaaaaa Thesis.

Okay so basically benda ni tak applicable dekat aku, sebab aku kena extend. Ye aku kena extend 1-2 bulan (so far), life has it own surprises. Menangis ke apa semua aku dah buat, maka aku langgar jee terus okay, insyaAllah mestiiii wajibbbbbb graduate jugak Master ni tahun ni, Aminnn Ya Mujib!!!

Email ni applicable to 99.99% batchmate EMJM CYBERUS 22/24, exclude aku. 0.01% tu adalah batchmate aku sorang tu, nama dia Sadik. Dia orang pertama dah settled weh! Dia dah defense his Master Thesis, dah habis sapsapsoiiii hujung June 2024 baru ni. Akuuuuuuu tabikkkk gila la dia beb!!! Hebat SubhanAllahhhhhh, dia la geng aku sama-sama siputttt waktu 1st year dulu, 2nd year dia accelerated. Aku tumpang bahagia weh! Tho jujur dalam masa sama aku pun berduka, haha. Allahhh, tu rezeki dia Faris, rezeki kau lain pula InsyaAllah. Lain orang lain timeline.


Apepun korang, aku nak minta doakannnnn.. Aku ada 4 Modules kena retake,  Basically all 4x pending ni August la dateline nya. Dalam masa yang sama, aku baru start Master Thesis aku. Aku percaya aku tak push myself hard enough. Keep pushingggg Farisss, keep pushingggg please!! Tanggungjawab amanah, janji ni harus diselesaikan!!

Scattered ye gais story aku lompat2. Konon nak start dari story Perancis, story 1st year. Sekaliii zas aku throw the atom current situation haha. Sebab side buruk2 throughout aku belajar luar negara ni small circle je tahu: keluarga, batchmate, Profs, superrrduper closest friends. 

À la prochaine fois (Until next time) korang!

Sunday, June 30, 2024

Zon Selesa di Perancis


Assalamualaikum hai! Haha. Kenot tutup laptop sebab aku rasa aku nak up gambar orang-orang yang banyakkkkk sangat tolong aku before aku fly ke Perancis. Jay & Manoj ni, husband and wife. Jay orang Kuching, Sarawak. Manoj adalah Indian mainland tapi membesar di UAE and dia kerja lama as lecturers dekat UTP, UMT.

Lepas aku decide untuk ke Perancis, instead of UK, aku search FB "Malaysian in France", join group tu. Aku post macam ni:



Then Jay replied:



Euw aku panggil dia Dee hahahahahahahah

And afterwards ktorg in contact via Messenger, dia dengan Manoj rajinnnn call aku, stay update dengan progress aku, dorang siap terang okay 1st buat ni dulu, nanti settle yang ni baru dorang guide next buat apa. Sebab literally aku takde guideline nak ke mana, buat apa. Jadi, aku sangat-sangat bersyukur Allah hantar Jay & Manoj. Hmmm rindunyaaaaa korang, termasuk Aman! Aman sekali jumpaaaa je terus klik! Ni je nearest Malaysian dengan aku waktu di Perancis dulu. Hampir tiap minggu aku akan naik bas, dari Lorient ke Vannes, untuk jumpa dorang ni. Dan tiap kali tu juga, Jay Manoj Aman akan ambil & hantar aku ke busten. We will walk together. Hmm rindurindurinduuuuuu..

Dec'22 Aman kena pindah Strasboug, pastu aku pulak ke Estonia, then ke Belgium. Jay & Manoj pula berhijrah ke United Kingdom. Tiada lagi my comfort people di Perancis, Vannes menjadi town kenangan memori indah bersama. Alhamdulillah we manageddd to went for short roadtrip ber-4! Sangatttt treasure the memory weh. Now, Aman pun dah habis pengajian dan dah balik MY for good.


Gambar kenangan bersama Mont Saint Michel. Andai korang ke Normandy menghala ke Bretagne, singgah la sini. Cantik, wajib singgah. Setelah setahun aku pengajian di Perancis, Perancis ni sangat besarrrrrrr! Bukan Paris = Perancis. Infact, Paris tu orang local panggil "ile de France" = Island of France (tho dia bukan Island), tapiii orang Malaysia juga boleh translate kepada = Paris di'pulau'kan! hahaha betul weh

France has soooooooooooo many to offer, kalau sebelum ni aku banyak promote UK UK UK, now aku nak promote France. Dorang ada pelbagai permukaan ikut kau minat apa. Aku sendiri tak habis pusing Perancis, dan insyaAllah aku would be happy to return to France again. Rindu, dan orang-orang local dia baikkkk sangat weh. Serius baik. Luar Paris, insyaAllah semua baik baik.

Aku located di Lorient dulu, West France. Area region Bretagne. Tapi orang Malaysia yang biasa, memang akan selalu ingat aku belajar dekat Paris. Ada sorang pakcik ni pernah cakap "OHHH hari hari la pergi Eiffel Tower ya?", ketahuilah Lorient > Paris, by bus adalah 7jam away. Haha. Paling laju naik train 4jam. Dekat Lorient, tiada orang Malaysia. I repeat, tiada. Paling dekat, Jay Manoj Aman ni la. Vannes ni 1jam away naik bas. Rezeki bas Flixbus murmur, 1.99EUR or 2.99EUR je nak pergi Vannes. So yeah, tu aku gigih lari habis kelas naik bas ke Vannes every week. haha


Fast forward 2-tahun kemudian

Assalamualaikum korangggg! SubhanAllah. Kadang aku rasa lost dengan diri, oh okay first thing first! Andai korang perasan, dari aku start blogging 2008 dulu, aku ada letak satu cita-cita yang aku taktahu bila aku akan dakap, which is to study abroad. Alhamdulillah tahun ni, adalah tahun ke-2 aku di bumi Eropah. Weh tak sangka kan! Rezeki Allah bagi, aku dapat scholarship penuh dan currently I am in my final semester of Master Degree. 



Dear my younger self, Alhamdulillah! We made it here! Cuma still in-progress. Semoga rezeki tamat pengajian Oktober 2024 ni, Aminnn Ya Mujib!

Aku rindu la nak type, bercerita pasal what's going on. Untuk rekod memori aku. Aku dah jarang gila share dkt IG, macam entri sebelum ni aku ada mentioned. Banyak gambar, video & situasi yang jadi, aku cuma simpan dalam memori kepala aku yang Allah pinjamkan ni + memory phone. Takde share mana-mana. Dan aku rasa rugi, sebab mana lagi boleh aku menelusuri. 

Waktu awal2 aku fly, aku kerap juga update IG. Lepastu ada kawan degree sorang ni, ktorg takde la rapat mana. Tapi dia cakap dia cemburu sebab aku bujang & boleh study oversea. Dia kata dia dah married, ada anak bini, tak boleh dia nak capai cita-cita dia. Aku ada cakap, insyaAllah doable boleh plan sebab anak dia baru satu & aku memang jumpa ramai je married couple with kids sambung belajar. Tapi kawan aku tu, mungkin situasi dia tak berapa positive jadi dia memang take everything negatively + he legitly believe dia CANNOT proceed with his dream.

Jadi, disebabkan tu juga aku pun mengurangkan post pape dekat IG, sebab aku nak jaga hati orang. Aku jugak takut la terkena 'ain ke kan, indirectly. 

Anyway aku nak summarize dekat sini update diri wahaha!
  • Sejak COVID aku berfikir yang aku kena upskill diri, sebab aku perlu job sekuriti. Aku perlu ada skill yang membolehkan aku boleh masuk memana industri andai current industri affected by pandemic ke apa-apa.
  • Aku mula curate perjalanan aku nak ke mana. Ini jugak hasil didikan AMEX, dekat AMEX memang every year aku kena ada aim baru, nak kemana, nak build skill apa etc. Aku sukaaaaa gila la kerja AMEX, Alhamdulillah.
  • 4 tahun aku dekat AMEX, aku lompat2 masuk pelbagai team. Aku suka semuanya, last team aku join Global Fraud Protection Accounts. Amazingggg FinCrime! Suka weh, sumpah suka
  • Yayasan Peneraju ada buka program Fullstack Cybersecurity, free. Khas untuk yang nak masuk into the field. Kelas dia 6-bulan, setiap sabtu ahad. So Isnin-Jumaat kerja, Sabtu-Ahad kelas. TBH aku applied nak masuk program ni 3x, kali ke-3 baruuuuu rezeki diterima Alhamdulillah. Ujiannya adalah, elok aku dpt offer tu, aku jugak dapat tukar masuk Fraud tu. 
  • Dekat team Fraud ni, budak baru (walaupun kau internal hiring) yang zero Fraud skills, dorang hantar 1st Line yang handle incoming/outgoing Fraud calls. Which also means, it operate 24/7 = Kerja Shift. 11PM-8AM kerja, 9AM-6PM Kelas. Aku human being, jadi memang banyak hari aku pengsan weh dalam kelas.
  • Bagusnya batch aku & sifu, ada buat kelas ulangkaji, nak exam akan buat discussion. Waktu ni aku akan apply cuti, supaya boleh fokus. Alhamdulillah aku lulus semua 4x Certificate tu!!!
  • Rencana awal aku adalah, habis cert, apply kerja dalam bidang & cari pengalaman. Dah ada pengalaman industri, after 1-2 years baru sambung Master. Cari punya cari, HR di MY ni rata-rata akan cakap "We need formal education in IT/Computer Science", maka aku pun mula la lirik-lirik cari nak apply sambung belajar earlier
  • Aku kan memang 10 tahun aim UK, rezeki aku dapat offer Master dekat UK cuma bukan dalam Cyber Security, tapi MSc Computer Science (Conversion) di University of Newcastle, UK. Short dia: NCL. Reason Uni, sebab aku taktahu Object-Oriented Programming (OOP). Sedih, tapi aku positifff sebab aku percaya ini terbaik! Aku memang perlu basic CS ni, cuma aku risau part nak compete in large pool if aku amek CS ni, rather than focus terus ke CyberSec.
  • Rezeki Allah bagi Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdulillah, permohonan MARA GREP aku pun lulusssss! Wehhhhh sumpah sebakkkk. Tinggal nak buat medical check-up, buat Visa & fly ke NCL! Aku siap dah jumpa NCL alumni yang dah balik MY for good, minta advise NCL ni macam mana, area mana sesuai duduk, aku siap dah ada potential housemate sekali ye untuk sewa sekali. Memang like a dream! Aku siap dah berkenalan virtually dengan Malaysian di Newcastle. Sap sap soiii laaa

Tuptup...

Dapat email, keputusan permohonan Erasmus Mundus Joint Master (EMJM) CYBERUS program: Congratulation! You got accepted with FULL SCHOLARSHIP in IoT Cybersecurity specialization, and your 1st Year will start in France.

Terkedu. Aku tidak pernah sesekali imagine I will get Erasmus Mundus weh! It is a prestigious program dari POV aku. Aku versus whole Malaysia la kiranya, sebab dorang pilih 1-3 orang dari negara sama per batch.

Cuba teka aku nak proceed mana?....
Hati aku nak sangat UK, jadi aku memang nak proceed je UK. France ni aku skeptikal waktu tu, aku tak minat France, so hati aku tawar dengan France ni. Despite dia adalah full scholarship.

Benda pertama keluarga aku cakap, MARA GREP aku kena bayar balik & EMJM ni tajaan. Aku tengok muka Kakak aku, Ayah aku, sebab dorang dua adalah guarantor MARA GREP aku. Aku tak sampai hati nak buat dorang susah andai kata pape jadi dekat aku & dorang pulak yang kena tanggung.

So aku start cari student MY yang study dekat France, aku browse di FB, telegram, orang MY di sana. Aku tanya kenapa dorang suka France, apa yang bagusnya/menariknya France. Even sampai Embassy France di KL la aku minta advise, aku kata aku dilemma. Fikir-fikir-fikir, lepas beberapa hari aku decide hantar email pada MARA, aku tarik diri. Pastu aku pulun fokus administration untuk ke Perancis. Tajaan ni hanya bermula bila aku jejak kaki ke bumi Perancis, so persediaan semua tu aku terpaksa tebalkan muka pinjam duit Kakak, duit Mak, aku guna cc aku. Mahal ye last minute beli tiket flight sehala Malaysia>Paris, 4.5k RM, dapat tajaan tu baru sikit sikit aku bayar balik duit Kakak Mak. Alhamdulillah

InsyaAllah next post bebila aku update pasal apa itu EMJM, struktur nya macam mana, then how was pengalaman aku 1st year, macam mana 2nd year tetiba aku dekat Belgium pulak. Pelbagai rezeki Allah golekkan, pelbagai pengalaman, pelbagai cerita.

Korang tolong doakan aku ya. Aku ada 5x report pending, and insyaAllah a Master Thesis + Exam Retake on August. Haha ye seketul farisfikri zaman degree kena resit, hamek kau Master pun kena retake. Cumaaa ada special nya belajar di Eropah ni, insyaAllah nanti aku story sekali system dorang macam mana.

Faris, aku rindu Faris yang suka describe things macam ni, nak kena cari rentak balik je. 00h29 sini, à la prochaine fois! Assalamualaikum


  

Sunday, November 9, 2014

4 a.m. #09112014


Assalamualaikum. It has been awhile.

That day. The day I went back to Malaysia from Heathrow Airport.. I cried an hour on flight. Not sure whether angah perasan ke tak. Haha.

Nages pasal leaving my sister dekat sana. Dulu waktu dia sekolah teknik pun I selalu masuk bilik dia nages nages. Pastu bila dia balik rumah, I seronokkkkkk cerita what's happening sepanjang dia away.

Kakak! I know it's tough, belajar dekat sana, level master pula. Tapi I know you are strong enough with Allah help, insyaAllah. ;') Rabbi yassir wala tu'assir, wa atmim bi kheir

Take careeeeeeeeee!! See you when I see you. Miss you though!

Tuesday, August 20, 2013

I am counting the days babeh!

Assalamualaikum! Ahaaa I am so excited + little bit of nervous nak sambung belajar. Bachelor Degree. Kalau dulu aku selalu impikan untuk 1st Degree di luar negara, tapi plan Allah lagi terbaik! Belum rezeki, mungkin mentally dan physically tak ready untuk berada di luar. Apapun, I am looking forward for this new field I am about to enter this upcoming September! Wohooo

Tadi buka facebook, there's a group special untuk student yang akan masuk UiTM Puncak Alam for September 2013 intake, Kak Maryam (one of the MPP) posted something that makes my adrenaline running lagi laju;


Tak sabar nak masuk kampus besar, tapi takut at the same time sebab I am used to kampus yang comel macam Kuala Pilah. Calming, nyaman, small, not that big, not that small, comfortable la. Easy to adapt. Apapun, PALAM! Here I come!! InsyaAllah ;]

Monday, July 8, 2013

The Heat

Assalamualaikum. Hai! Ya Allah rindunya update blog. I had a blast last night. Had dinner with kawan-kawan UiTM; Wani Akmal, Syira, Aizad Hassan & Zamir. At 9.40pm, layan movie The Heat. Awesome! Kelakar sangat!

Anyway, InsyaAllah Wani is going to fly this 4th Syawal, Aizad pula before Syawal. Buat dentistry n medic, UGM n UNHAS. haha. All the best korangggg! Rasa sangat best dapat jumpa Wani dekat KL. Like seriously KL, because she's living in JB, and currently working in Petrosains. Tapi minggu ni minggu last dia kerja, sebab she's heading back to JB untuk prepare barang semua. All the bestttt future dentist!

Oh and Zamir pun kerja Petrosains. Syira jadi teacher dekat tadika. Me? I am still working with Coffee Bean. It has been 2 and a 1/2 months.. 


Sunday, February 17, 2013

Apa pasal aku nak sangat ke sana?

Dulu, nak sangat belajar abroad, sebab rasa bila ke sana, barulah boleh start move one step mencari erti hidup, mencari kemanisan keindahan Islam. Tapi Alhamdulillah, jumpa dah walau di Malaysia ni. But still, ada impian nak ke abroad juga. Living the life outside comfort zone. Biar ada experience dealing with unexpected. ;]



Friday, January 11, 2013

Entri Untuk Diri Sendiri - Redha (dan terus berusaha!)

Assalamualaikum. Selamat Pagi! ;] Still going to talk pasal sambung belajar. Entri bosan. Tapi nak juga catat. Tahu apa reasons I wanted to further abroad? Reasons dia sebab gambar atas ni...

Tapi main reason is, I want to jadi wakil adik-beradik yang capai apa yang Mak&Ayah capai dulu.. Sebab saya anak last, jadi kalau abang kakak saya tak dapat capai lagi, tanggungjawab saya la untuk capainya kan..

Ayah dulu budak SBP, SDAR. Non of our siblings masuk SBP pun.. Both of my parents 1st degree di Australia (under Dasar Ekonomi Baru).. Setakat ni non of my siblings 1st Degree abroad lagi. Tadi buka facebook mak, ayah, dekat info ada tulis, "Studied in University of Newcastle, Australia" "Studied in University of Canberra, Australia". automatically rasa sebak! T_T

Sedih la! Aku tanam cita-cita nak pergi 1st Degree abroad dari sekolah lagi. Tapi aku tak work hard for it! Enthusiastic sekejap je, lepas tu kembali bersantai. Teringat kata-kata ayah waktu tengok result part5 saya haritu,

"___? tinggal lagi berapa sem ni? Satu?? Macam mana nak pergi overseas ni... (nada hampa)"

Mana ayah tahu saya nak pergi abroad? Sebab I told him waktu nak apply UPU dulu. Saya nak sambung dip.sains sebab ada peluang nak sambung abroad. Tak sangka ayah ingat till today. Hummm malunya!!

Ayah pernah juga cakap, nanti pergi la sambung di Mesir, atau Europe, kawan-kawan ayah ada hantar anak mereka ke sana... Faham tak maksud seorang ayah sebenarnya? Kalau dari sudut saya lah, saya rasa ayah macam segan dengan kawan-kawan lain, sebab anak dorang semuaaa fly... Bukan salah ayah ;]

Saya nak pergi abroad! Saya tahu ayah pun nak suruh saya pergi! Tapi saya tak nak bazirkan duit Ayah! Dengan result yang average ni, SAY NO TO PEMBAZIRAN DUIT! hahaha. Looks like I just have to live with it. Keep on rolling FarisFikri! InsyaAllah, sampai masa nanti, awak betul-betul dah ready nanti, Allah bagi la awak peluang ke sana! Lagi bagus kalau dapat peluang ke Rumah Allah, Tanah Haram, Mekkah. ;]

"Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita! Mungkin Allah tidak memberi results yang besttt untuk fly sebab Iman our masih tak solid. Masih belum ready untuk hidup di dunia luar. Fragile. On the verge of tiang. Boleh jatuh ke kebaikan, boleh jatuh ke keburukan. Kita perlu sentiasa fikir. Allah tak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia.."



Tuesday, December 11, 2012

Precious day in Pilah #8

Assalamualaikum. Hai! So I owe myself 4 entries. Sebab at least sehari satu entry. Tapi dah skipped sampai la harini. So basically my weekends tak buat apa-apa, sebab tu tak tahu nak update apa. Ini satu kerugian la, sebab tak optimized kan masa yang ada.. Sepatutnya nak jogging with friends on saturday morning, tapi erk iek ork, saya tertidur & malas nak bangun bila dikejut. So they canceled it. =.=' baru berangan nak capture moment pagi di Pilah.

Okay next on Sunday night, ada meeting pertama secara live with committee yang terlibat for a Talk bersama Prof.Ramlan mengenai Program Dana Kecemerlangan Perubatan UiTM-UNHAS. Disebabkan most of the committee tu adalah part6, so we did borak-borak mengenai pathway untuk further degree sana sini, kena buat apa, kalau nak further abroad macam mana, IELTS.. So those yang ada pengalaman tu shared their experiences. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. ;]

Monday morning masuk Lab Instrument. Instrument apa? Instrument untuk analysis. My group main dengan FTIR (fourier transform infrared spectroscopy). Haha boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. But instrument dia lebih alaf baru la! Kalau google gambar FTIR ni, itu yang jenis besar gabak punya. Yang kami guna ni telah di-compact kan. Awesome kan uitm kuala pilah ni! Semua barang-barang dia semua yang berteknologi tinggi! Alhamdulillah.

Today, kelas lecture for Instrument. Saya pernah baca, ia cakap "Kalau kita solat subuh, hari kita akan dimulakan dengan something yang AWESOME!" Dan yes! Alhamdulillah, Ya Allah bersyukur sangat! Walau aku antara orang yang lambat masuk kelas, lambat 5 minit. Bila start kelas, saya rasa sangat bestttttt! Sebab subject tu ada calculation! And calculation tu dah pernah guna last sem, dalam subject Modern Physics. Terusss bersemangat! (Thank you Ya Rabb!)

Tapi taktahu la calculation ada hanya pada bab tu je. BOO.

Last but not least, harini Birthday my sister, kalau ikut calendar Inggeris ni la. HAPPY BIRTHDAY Akak!! Rasanya tahun ni tahun ke-2 saya tak dapat join family celebrate birthday kakak dekat rumah. Next year, InsyaAllah! Jadi ayah posted gambar cake kakak je di FB, buat saya terliuq. Yumm


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails