Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

Monday, September 2, 2024

Friday, August 2, 2024

Insecure financial availability (read: Rezeki)

 Assalamualaikum hai korang, aku going through benda ni, untuk pelbagai episod. Benda ni buat aku berfikir, kadang berhari-hari kerja amanah hakiki tak gerak sebab otak aku, masa aku, aku 'busy' apply kerja sana sini, apply part-time, rasa kusutnya takde financial availability ni. Aku memikir macam mana, macam mana, macam mana. 

Disebabkan hidup sendiri pun uncertain, aku memang put aside soalan nak kahwin ke apa, sebab aku tak ada financial availability tu. Terlaluuu memikir, kadang getus benak fikiran negative aku "Si dia tu xxx, untungnya dapat Intern situ, dapat gaji lebih nilainya dari duit tajaan, duit tajaan pun dapat, tak perlu dia fikir pasal duit" "Si dia xxx tu, tak praktis pun (Muslim), tapi lancarrr mudah je financial dia flow"

Zupzupzup Allah cecepat tegur aku "Tu rezeki dorang Faris, rezeki kau insyaAllah lainlain, masa lain", and not practicing doesn't work for me. Serius, tried & not working, aku memang Alhamdulillah Allah rezekikan kena praktis baruuuuuuuu things fall into places, at the right time, insyaAllah. Ada masa aku sampai level zero expectation dah harapkan usaha sendiri, doa manusia, zero dah idea nak buat apa, WHICH Alhamdullillah it leads to aku bergantung sepenuhhhhnya kepada Allah. Allah rindu kau meminta bersungguh-sungguh dekat Dia, Faris.

Ayat ni aku hold closely "Ya Allah, hanya kepadaMu sahaja aku meminta & memohon pertolongan". 

------------------------------------------

Aku bukan nak bukak aib sendiri, bukan juga nak tagih simpati. Aku cuma nak coretkan struggles aku di sini, untuk aku baca balik di masa akan datang.

Umur 32 tahun ni, kau memang taknak susahkan sesiapa. Even kau sesak tak ada duit, Mak Ayah Abg Kakak tanya, kau tetap akan cakap "InsyaAllah cukuppp, insyaAllah adaa" sebab kau well aware yang semua orang ada keperluan masing-masing. Termasuk Mak Ayah. Dan kau dah 32, take responsibility on your ownself. Memang taknak pinjam duit sesiapa sebab kau kena bayar balik (which uncertain bila akan keberadaan duit tu). Tak best ada hutang dengan orang, rasa unsettle. Apatah lagi fikir soal kahwin, nak kahwin tapi kau mampu ke nak sara anak dara orang? Aku financially unavailable. 

Aku ada simpan-simpan duit, tapi selalu ada je benda yang aku akan terpaksa keluarkan & guna. Jadinya, bila aku kena extend study without no longer ada tajaan, aku jadi runsing. Nak bayar bilik sewa macam mana Faris, nak apply Graduate Visa kena tunjuk Proof of Fund macam mana Faris. Lepas dapat offer Master Thesis haritu baru aku pulun cari kerja part-time. Selalunya apa-apa yang stuck dalam otak aku, aku memang brain-block dari buat benda lain2 till benda ni settle (which pada waktu tu untuk dapatkan Master Thesis & Internship). 5 Bulan ya aku wasted, tak kerja ke apa, Kenapa this kenapa that. Nak menyesal, dah jadi bubur, tapi memang begitu pattern aku (need to find work around benda ni).

Setakat ni ada 3x orang kenalan pelbagai fasa tanya aku: "Faris kau ada Adult ADHD ke?"

Aku taktahu. Aku tak hyperaktif pun, easily distracted & lose focus tu ya. Aku question diri aku lately, aku ada Adult ADHD ke selama ni? Kelmarin baca Reddit orang bercerita, aku rasa resonate. Aku menangis sebab situasi orang tu share tu, sama dengan apa aku lalui zaman degree, zaman kerja. Tapi aku taknak self-diagnose, kena juga usaha pergi rujuk pakar, tahu betul ke, andai ya thennn belajar work around it. MindaKita ada buat online Assessment untuk ADHD Assessment, tengok harga nak bayar tu berfikir 10x, serius takde duit for extra macam ni. Tapi aku book juga book Clinical Interview minggu depan rdv nya InsyaAllah. While kept telling myself, kau memangggg akan suffocate soal duit ni midway, but I need to know to reconfirm, may it helps me navigating myself better insyaAllah.

------------------------------------------


Summer ni by right ada banyak la peluang kerja part-time, di Brussels boleh dapat la insyaAllah. Cuma musim Summer ni European memang wajibalghunnah dorang ni bercuti, maka organisasi yang continue operating tak cukup manpower, maka dia hire la students. Tapi memandangkan aku di Itali ni, peluang English Speaker macam aku, tipis. How I wish I am in Belgium. Takpasti la aku salah percaturan decided untuk pindah sini sebab sewa murah, atau inilah caturan Allah. Aku takpernah impi nak ke Italy ni, tapi aku happy sangat dapat the only offer, dapat datang sini, Landlord dari Syurga, Torino ni dekat dengan Gunung-ganang nature which aku suka tengok view seluas mata memandang, environment baru. Cuma tula, aku belum jumpa kerja part-time, plus no longer staying near city macam di Brussels. Di Torino ni aku duduk jauhhhhhh 1jam dari city center, cuma di sini aku ada basikal Alhamdulillah.

A close friend di Belgium cakap, "Faris, sekarang ni priority kau habiskan belajar ni, kau ada reports pending, retake exam in coming week, ada Master Thesis to submit. Stop fikir pasal duit ni. Kau kena habiskan belajar Oktober ni & baru fokusss cari kerja". Aku setuju, aku faham priority aku lari.

Satu hari tu, aku berfikir "Okay la Faris stopppp! Stop cari kerja apa-apa. Fokus amanah janji yang ni dulu. Bulan-bulan takde tajaan nanti, kau fikir nanti, insyaAllah moga Allah tolong la. Dalam berfikir macam tu, aku fikir jugak "Kalau tak usaha, macam mana nak tawakkal macam tu". Pastu kejap je geng aku tak mencari, bila masuk SMS SMS kena bayar etc etc, aku sambung balikk cari kerja. Cuma belum rezeki, Ya Allah semoga dapatlaaaaa rezeki kerja Part-Time apa-apa in EURO.

Haritu call Kamarul, Kamarul mention "Aku tahu deep inside kau tengah kusut pasal duit ni, nak survive remaining months, tapi kau kena take accountability of your study jugak weh!" syuuuuhhhh laju coklat mencurah-curah ke ladang gandum.

------------------------------------------

Audio Ustazah Fatimah Syarha "Cinta Alat vs Cinta Matlamat", aku dapat dari seorang mahasiswi back waktu zaman degree 2015 dulu haha. Terbakar weh waktu dapat audio ni dulu, aku kept it with me & dengar from time to time.. Aku letak soal kahwin ni aside, until aku Financially Stable.

Semalam, aku dengar balik audio ni. Nafkah zahir, aku masih belum boleh provide. Jadi, kita pause  balik niat apa yang berputik. Pagi ni ada Allah datangkan seorang hamba ni, despite berlalu pergi, dia stay & cakap dekat aku:

"Bernikah tu bukanlah semestinya Allah berikan kekayaan harta tapiii Allah janjikan hamba yang bertakwa & berniat nikah Lillahi Taala, Allah akan cukupkan rezekinya dari source yang tidak disangka-sangka, dan insyaAllah Allah akan adakan jalan keluar buat setiap kesukaran kesulitan. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi hambaNya" 

Corong speaker laptop aku petang ni mengalunkan "Nasyid Nostalgia" dekat YouTube, antara favorite audio aku sering bukak. Harini lagu Nadamurni - Alangkahnya Hidup Bersama Tuhan seolah-olah Allah re-highlight dekat telinga aku apa hamba Allah pagi tadi tu mentioned, soal Rezeki. Lirik part dia mentioned:

Tawakkal kepada Illahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan darinya

Bila takwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korang, semoga kita semuanyaaaaaa Allah rezekikan solat cukup 5-waktu sehari semalam, berjemaah paling best 27x Ganda Pahala. Semoga Allah perluaskan rezeki kita, apa yang sedang kita buat Allah lancarkan & beri kerjayaan & semoga semua hajat kita Allah tunaikan. Ya Allah jauhkan kami semua dari perbuatan/perkara yang dekatkan kami pada Neraka. Sayang korang Lillahi Taala!!!


Tuesday, August 26, 2014

Syawal 30th

Assalamualaikum.

WARNING! This post quite lengthy.. haha

Ada banyak kali attempts untuk update blog, but all end up with no action. Postpone berapa puluh kali tah. So today, nearly at 4 o'clock, Syawal 30th, I force myself, "pls la update something"


Ikutkan nak update panjang-panjang for each event, tapi kerajinan tu dah tak hado. Sekarang rasa macam nak summarize je everything.. So here it goes:

30 Jan - 4 Feb,
Alhamdulillah diberi peluang pergi Kem Penyambung Warisan GPMS, Era-23, GPMS UiTM Shah Alam di Kem 3 Budaya, Asahan, Gunung Ledang.



I was an enormous journey. I met new friends. So awesome journey, experiences, camping for 6 days. And on the final day, we climb the Gunung Ledang. Ya Allah, bersyukur sangat diberi peluang. Walaupun tak dapat sampai puncak, sampai dekat (okay dah lupa nama tempat tu, tapi batu je menyunam, haha, and its so cold atas tu). It took us about 5-6 hours untuk sampai situ. Start naik at 1am, sampai subuh. My group was the first group arrived.

 
Sangat mencabar mental dan fizikal. I nearly quit, tapi saudara-saudara gpms ni sangat la support. Allahu Akbar! Terima kasih abang-abang akak-akak dan rakan seperjuangan. ;]


27 Feb - 1 March,
Alhamdulillah diberi peluang untuk turut serta dalam program MEGA Kem Gerakan Obor (KGO) Johor Darul Takzim di area Pagoh. Kami dibahagikan kepada beberapa group. 5 ke 7 macam tu. Tak ingat. Kita buat Kem serentak. I was placed di SMK SARS 1, Pagoh, Muar. Initially aku ni patut jadi co-fasi. Tapi atas sebab kekurangan fasi + rezeki Allah nak bagi, aku diminta untuk jadi fasilitator oleh Ketua Fasi kami, Kak Semah.



Pengalaman baru untuk aku. Cuaknya weh jadi fasi untuk pertama kali. Ada 9 pelajar form4 & form5 bawah aku. Aku fasi tanpa pembantu. Alhamdulillah berjaya habiskan task dengan average. Huhahaha. Pengalaman pertama, insyaAllah akan diperbaiki skills nya untuk seterusnya.



11 March,
Satu program wajib fakulti aku, Gateway To Excellence (GTE). GTE ni merupakan program untuk students baru masuk. Bertujuan mempekenalkan fakulti kepada mereka.

Pengarah Program GTE sesi kali ni, MPP & Presiden SMF dah decide siapa orang nya. Dan tanpa disangka, ia adalah aku. PERGH, cuak wa cakap lu!! Aku tak pernah mimpi pun nak jadi Pengarah. Aku cuma nak naik step by step.. Tapi ni terus kedebuk dapat postion Pengarah Program.


I did banyak mistakes, and I also learnt many new skills. Terima kasih kepada para committee members yang sangat membantu. Especially rakan smf sendiri, Kecik, wakil-wakil dari societies macam Abg Zaeem, Nadhirah, Atie, Hadziq, Rayhan, sangat amat membantu.


It was super duper busy. Hari pertama kuliah saya diberi task, program akan berlangsung a week after that. Sangat hectic, lari sana sini, I missed banyak sangat kelas waktu early weeks tu.. Alhamdulillah lecturer memahami. Still, biasalah, kawan-kawan la yang selalu marah aku. hahaha. Terima kasih kawan!

21 - 23 March
Aku joined MATTA Fair Selangor 2014 di SACC, sebagai volunteer bersama 3 rakan SMF yang lain. Asalnya untuk students event management, tapi sebab last minute minta orang, dan everyone seems to be busy, jadi SMF backup. Atau dalam kata lain, memang rezeki aku, Mirah Amir, Alex & Kak Wani.


Seronok, cukup untuk aku katakan. Belajar banyak erti bersyukur. Buka mata juga bila attempts into reality punya situation bila orang yang dah duduk atas rasa dia dah cukup besar.


Banyak kenangan manis aku, mira, alex dan kak wani lalui. Jam 6 pagi dah tunggu bas. Ulang-alik Puncak Alam - Shah Alam. Dalam pada masa yang sama kena run program yang berlaku serentak. Ada banyak suara sumbang sana sini. Ada hikmah. Ada hikmah. Apepun Alhamdulillah aku diberi peluang ini.

12-14 April,

Mid-semester break. Aku, Alex, Kaka, Mira & Jazz last minute backpacking plan. Haha. Pergi Penang wehhh! Tak book hotel semua. Hanya dah book flight balik from Penang to KL je. That's all. Haha. Menjadi juga, Alhamdulillah. Unexpected journey. Seronok sangat! Alhamdulillah.











18 April,
Alex's surprised Birthday Partyyyy! Colaboration antara keluarga SMF sendiri. Yayyyyy!!!









29 April,
Majlis Perlantikan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) UiTM, di Dewan Annexe UiTM Shah Alam. Hari kami dapat scroll perlantikan. Walaupun dah nak setahun jalankan tugas. Terima kasih MPP kerana effort anjurkan majlis ni. Alhamdulillah dapat berkenalan dengan beberapa SMF dari fakulti lain. Weehooo!



 2-4 May,
Aku join satu lagi Kem. Bawah fakulti. Nama kem ni, HPS. Stand for High Performance Students. It was held at Dusun Eco Resort Bentong, Pahang. Sebenarnya program ni untuk students yang memerlukan motivasi untuk tingkatkan momentum dalam pelajaran. Walaupun asalnya aku pergi hanya untuk memenuhkan ruang yang ada, but it came out, aku memang memerlukan motivasi macam ni.



Oh and aku jumpa Firdaus Ahmad. Kawan masa diploma. Dia dulu Diploma Foodtech dekat Pilah. Sama batch dengan aku, #BatchKhemahBesar haha. Dia bekerja dengan company consultant. Mengisi masa lapang menimba ilmu sementara menunggu offer dari Univeristi, dan Alhamdulillah dia dah dapat. Tahniah Daus!

10 May,
Darah Melayu. Satu program anjuran GPMS Shah Alam. Was held di Dewan Kuliah 500, UiTM Puncak Alam. Asalnya nak buat di Shah Alam, but due to beberapa cicumstances yang tak dapat dielakkan, Iqbal, selaku Pengarah progam, contact budak puncak alam minta tolong kut-kut boleh adjust buat di Puncak Alam.

Alhamdulillah. Pengalaman yang berharga untuk aku. Dari cuba untuk membantu inilah aku lebih tahu selok belok macam mana nak buat program di sini. Tatacara nya.. Alhamdulillah sangat sangat!


Oh dan. from a committee biasa-biasa, at 3 am in the morning, hari program tu, depa minta tolong aku jadi emcee lelaki. Berganding dengan Ika Kaki (I called her Ika Kaki sebab waktu Kem di Ledang tu, dia sakit kaki, kena pakai bandage) haha. Budak Era aku ni. Student TESL.

Sekali lagi aku diberi peluang yang diluar jangkaan aku. Jadi emcee weh. Nasib baik formal punya emcee. Kalau informal, nauzubillah, taktahu la apa jadi. Pengalaman farisfikri! Pengalaman!

15 May,
Trip kelas.Program Kebajikan ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Program ni bukan sahaja untuk bantu orang orang sana, tapi ia juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama kami satu kelas. Allahu Akbar! Alhamdulillah!



Oh founder rumah ni, Puan Muji, sangat baik orang nya. Dia adalah seorang jururawat. Dah lama bekerja di HKL, dia sedar tak ada Pusat Jagaan Orang Tua yang khusus untuk orang Islam, jadi dia buat satu. Alhamdulillah.

Oh and we went there sepatutnya nak bantu la apa yang dapat bantu. It turns out, they gave us makanan. Hahaha. Terbalik. Puan Muji ni told us "Mak nak each of you ambil susu, dan biskut, tak kesah susu atau biskut apa". Sebab dia kata ada banyak, dan kami pelajar, we need it. Alhamdulillah. Rezeki. Segan pula pasal terbalik jadinya. Apapun, Puan Muji sangat kind! Jzkk Puan Muji! May Allah grant you His Jannahtul Firdaus;]

16-18 May,
Joined another camp. Kursus Pengurusan Organisasi. Di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. It was a camp untuk PLKN. Alhamdulillah ada la juga pengalaman jadi ala-ala budak plkn. hehehehe.



Hmm pastu ada la few events yang aku join. Tolong-tolong rakan SMF punya program. My 2nd semester of degree went AWESOME! Haha. Sangat busy, penuh dengan ups and downs, penuh dengan memories, stay-up dekat bilik SMF till late night, sebab nak siapkan persiapan program. Haha. Terima kasih Alex Kecik Kaka, geng yang kerap stay bilik smf till late.



Kaka, my partner in crime. Kawan sekelas. Teman sama-sama masuk lambat ke kelas. Wahahah. Tak disengajakan. Teman selalu kena marah dengan lecturer sebab asyik muka yang sama je masuk lambat. Teman selalu kena lecture dengan lecturer pasal terlalu busy dengan programs. Dan teman sama-sama pointer drop sem ni. Huhahaha. Moga ia menjadi batu loncatan kita ya Kaka! InsyaAllah!





Oh one of my classmate, got offered a secure job, as occupational therapist dekat PPUM. Alhamdulillah. Tahniah! And we all went out to celebrate ala-ala farewell party dengan iftar. ;]

Pengalaman. Jatuh. Kita perlu jatuh, untuk naik lebih tinggi.

Tahun ni, banyak cabaran untuk aku. Sesungguhnya Allah tak cipta sesuatu dengan sia-sia. Have faith! ;] InsyaAllah









On 10 August, rumah aku ada buat makan-makan kecil-kecilan. Terima kasih buat yang berusaha sedaya upaya hadir. Aku hargai sangat! Haha. Buat yang tak dapat hadir, tak apa, insyaAllah lain kali..





On 12-14 August haritu, aku dan besties went for a trip to Cherating. Dah lama aku tunggu trip dengan besties ni. Since lepas SPM lagi aku dah mention mention bila nak bercuti sesama. Alhamdulillah mak ayah bagi permission. Seronok! Walaupun sekejap, tapi travelling dengan korang, osome!




Walaupun Kuantan tu kampung aku, tapi aku tak pernah berjalan keliling Kuantan. Setiap kali balik rumah Tok, aku akan duduk rumah Tok je.. Haha pasal taktau nak ke mana. Tak tahu jalan semua. Alhamdulillah rezeki dapat jamah di MaBiQ. Selalu Hizzam cerita dekat aku makanan dekat situ sedap, itu yang aku terliuq tu. haha.


Cutisem aku so far, well filled. Alhamdulillah. Cuma terlalu banyak keluar, sampai kurang masa dengan family. Iklan dekat Hot.fm yang mention pasal parents tak rasa anak dia cutisemester pun pasal tiada beza,cukup buat aku sentap. Haha. Minta maaf mak, ayah. I will try to lebihkan masa bersama mak ayah. Rindu nanti bila dah start semester baru..





Oh dan for the past 2 weeks, termasuk minggu ni, aku tolong pakcik aku. Kerja di kantin sekolah. Jadi Acik Kantin aku. Hehe. Seronok la juga. Tak stress pun, relax je. Cuma biological clock aku ni tetap tak berubah, selalu tidur lewat.


Hm, ada banyak lagi aku rasa cerita yang aku nak cerita. tapi dah lupa. sejak dah hampir setahun tak ber-blog, aku dah hilang cara aku selalu type entri. Maaf. Aku membosankan. ;]


Salam Syawal yang ke-30! Maaf Zahir dan Batin. Toqabalallahu minna wa minkum

notakaki: Oh Lily, dah meninggal. Sekarang hanya tinggal Kiki, Mimi, Bell, Fluffy dan Monti je di rumah. Hm. ;']

Thursday, February 14, 2013

59 days to go..

Assalamualaikum. Yeahh lagi 59 hari lagi nak habis diploma. Dan lagi 37 days lagi nak final exam. Gila tak weh! Gila weh... Aku ni macam terkapai-kapai lagi ke apa.. Takpe faris! Usaha! Final semester ni! Harus semangat!!!

Project "Precious day in Pilah" tu baru berapa belas isu.. Hadoi. Ni masih tengah cuti, kena pulun habis-habisan. Lepas ni tak ada cuti dah. Ghaaaaaaa. Akan rindu zaman diploma.. Sangat-sangat! Alhamdulillah dapat lalui hidup sebagai seorang pelajar diploma. Sangat awesome! Sangat cool! Sangat precious! ;]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails