Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Friday, August 2, 2024

Insecure financial availability (read: Rezeki)

 Assalamualaikum hai korang, aku going through benda ni, untuk pelbagai episod. Benda ni buat aku berfikir, kadang berhari-hari kerja amanah hakiki tak gerak sebab otak aku, masa aku, aku 'busy' apply kerja sana sini, apply part-time, rasa kusutnya takde financial availability ni. Aku memikir macam mana, macam mana, macam mana. 

Disebabkan hidup sendiri pun uncertain, aku memang put aside soalan nak kahwin ke apa, sebab aku tak ada financial availability tu. Terlaluuu memikir, kadang getus benak fikiran negative aku "Si dia tu xxx, untungnya dapat Intern situ, dapat gaji lebih nilainya dari duit tajaan, duit tajaan pun dapat, tak perlu dia fikir pasal duit" "Si dia xxx tu, tak praktis pun (Muslim), tapi lancarrr mudah je financial dia flow"

Zupzupzup Allah cecepat tegur aku "Tu rezeki dorang Faris, rezeki kau insyaAllah lainlain, masa lain", and not practicing doesn't work for me. Serius, tried & not working, aku memang Alhamdulillah Allah rezekikan kena praktis baruuuuuuuu things fall into places, at the right time, insyaAllah. Ada masa aku sampai level zero expectation dah harapkan usaha sendiri, doa manusia, zero dah idea nak buat apa, WHICH Alhamdullillah it leads to aku bergantung sepenuhhhhnya kepada Allah. Allah rindu kau meminta bersungguh-sungguh dekat Dia, Faris.

Ayat ni aku hold closely "Ya Allah, hanya kepadaMu sahaja aku meminta & memohon pertolongan". 

------------------------------------------

Aku bukan nak bukak aib sendiri, bukan juga nak tagih simpati. Aku cuma nak coretkan struggles aku di sini, untuk aku baca balik di masa akan datang.

Umur 32 tahun ni, kau memang taknak susahkan sesiapa. Even kau sesak tak ada duit, Mak Ayah Abg Kakak tanya, kau tetap akan cakap "InsyaAllah cukuppp, insyaAllah adaa" sebab kau well aware yang semua orang ada keperluan masing-masing. Termasuk Mak Ayah. Dan kau dah 32, take responsibility on your ownself. Memang taknak pinjam duit sesiapa sebab kau kena bayar balik (which uncertain bila akan keberadaan duit tu). Tak best ada hutang dengan orang, rasa unsettle. Apatah lagi fikir soal kahwin, nak kahwin tapi kau mampu ke nak sara anak dara orang? Aku financially unavailable. 

Aku ada simpan-simpan duit, tapi selalu ada je benda yang aku akan terpaksa keluarkan & guna. Jadinya, bila aku kena extend study without no longer ada tajaan, aku jadi runsing. Nak bayar bilik sewa macam mana Faris, nak apply Graduate Visa kena tunjuk Proof of Fund macam mana Faris. Lepas dapat offer Master Thesis haritu baru aku pulun cari kerja part-time. Selalunya apa-apa yang stuck dalam otak aku, aku memang brain-block dari buat benda lain2 till benda ni settle (which pada waktu tu untuk dapatkan Master Thesis & Internship). 5 Bulan ya aku wasted, tak kerja ke apa, Kenapa this kenapa that. Nak menyesal, dah jadi bubur, tapi memang begitu pattern aku (need to find work around benda ni).

Setakat ni ada 3x orang kenalan pelbagai fasa tanya aku: "Faris kau ada Adult ADHD ke?"

Aku taktahu. Aku tak hyperaktif pun, easily distracted & lose focus tu ya. Aku question diri aku lately, aku ada Adult ADHD ke selama ni? Kelmarin baca Reddit orang bercerita, aku rasa resonate. Aku menangis sebab situasi orang tu share tu, sama dengan apa aku lalui zaman degree, zaman kerja. Tapi aku taknak self-diagnose, kena juga usaha pergi rujuk pakar, tahu betul ke, andai ya thennn belajar work around it. MindaKita ada buat online Assessment untuk ADHD Assessment, tengok harga nak bayar tu berfikir 10x, serius takde duit for extra macam ni. Tapi aku book juga book Clinical Interview minggu depan rdv nya InsyaAllah. While kept telling myself, kau memangggg akan suffocate soal duit ni midway, but I need to know to reconfirm, may it helps me navigating myself better insyaAllah.

------------------------------------------


Summer ni by right ada banyak la peluang kerja part-time, di Brussels boleh dapat la insyaAllah. Cuma musim Summer ni European memang wajibalghunnah dorang ni bercuti, maka organisasi yang continue operating tak cukup manpower, maka dia hire la students. Tapi memandangkan aku di Itali ni, peluang English Speaker macam aku, tipis. How I wish I am in Belgium. Takpasti la aku salah percaturan decided untuk pindah sini sebab sewa murah, atau inilah caturan Allah. Aku takpernah impi nak ke Italy ni, tapi aku happy sangat dapat the only offer, dapat datang sini, Landlord dari Syurga, Torino ni dekat dengan Gunung-ganang nature which aku suka tengok view seluas mata memandang, environment baru. Cuma tula, aku belum jumpa kerja part-time, plus no longer staying near city macam di Brussels. Di Torino ni aku duduk jauhhhhhh 1jam dari city center, cuma di sini aku ada basikal Alhamdulillah.

A close friend di Belgium cakap, "Faris, sekarang ni priority kau habiskan belajar ni, kau ada reports pending, retake exam in coming week, ada Master Thesis to submit. Stop fikir pasal duit ni. Kau kena habiskan belajar Oktober ni & baru fokusss cari kerja". Aku setuju, aku faham priority aku lari.

Satu hari tu, aku berfikir "Okay la Faris stopppp! Stop cari kerja apa-apa. Fokus amanah janji yang ni dulu. Bulan-bulan takde tajaan nanti, kau fikir nanti, insyaAllah moga Allah tolong la. Dalam berfikir macam tu, aku fikir jugak "Kalau tak usaha, macam mana nak tawakkal macam tu". Pastu kejap je geng aku tak mencari, bila masuk SMS SMS kena bayar etc etc, aku sambung balikk cari kerja. Cuma belum rezeki, Ya Allah semoga dapatlaaaaa rezeki kerja Part-Time apa-apa in EURO.

Haritu call Kamarul, Kamarul mention "Aku tahu deep inside kau tengah kusut pasal duit ni, nak survive remaining months, tapi kau kena take accountability of your study jugak weh!" syuuuuhhhh laju coklat mencurah-curah ke ladang gandum.

------------------------------------------

Audio Ustazah Fatimah Syarha "Cinta Alat vs Cinta Matlamat", aku dapat dari seorang mahasiswi back waktu zaman degree 2015 dulu haha. Terbakar weh waktu dapat audio ni dulu, aku kept it with me & dengar from time to time.. Aku letak soal kahwin ni aside, until aku Financially Stable.

Semalam, aku dengar balik audio ni. Nafkah zahir, aku masih belum boleh provide. Jadi, kita pause  balik niat apa yang berputik. Pagi ni ada Allah datangkan seorang hamba ni, despite berlalu pergi, dia stay & cakap dekat aku:

"Bernikah tu bukanlah semestinya Allah berikan kekayaan harta tapiii Allah janjikan hamba yang bertakwa & berniat nikah Lillahi Taala, Allah akan cukupkan rezekinya dari source yang tidak disangka-sangka, dan insyaAllah Allah akan adakan jalan keluar buat setiap kesukaran kesulitan. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi hambaNya" 

Corong speaker laptop aku petang ni mengalunkan "Nasyid Nostalgia" dekat YouTube, antara favorite audio aku sering bukak. Harini lagu Nadamurni - Alangkahnya Hidup Bersama Tuhan seolah-olah Allah re-highlight dekat telinga aku apa hamba Allah pagi tadi tu mentioned, soal Rezeki. Lirik part dia mentioned:

Tawakkal kepada Illahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan darinya

Bila takwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korang, semoga kita semuanyaaaaaa Allah rezekikan solat cukup 5-waktu sehari semalam, berjemaah paling best 27x Ganda Pahala. Semoga Allah perluaskan rezeki kita, apa yang sedang kita buat Allah lancarkan & beri kerjayaan & semoga semua hajat kita Allah tunaikan. Ya Allah jauhkan kami semua dari perbuatan/perkara yang dekatkan kami pada Neraka. Sayang korang Lillahi Taala!!!


Thursday, July 2, 2015

15th Ramadhan 1436

Assalamualaikum.
Bismillah. Fa bi ayyi a'laaa irrobbikuma tukazziban.
"Nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?"



#np Butterfingers - Viopipe

It has been awhile. Aku dah lama tak update. Aku dah lama tak jenguk blog ni, baca syok sendiri. Dah lama. Dan pagi ni, Allah bagi aku ilham "pergi la jenguk.."

Aku mencari-cari, meraba-raba semangat. I asked Allah banyak kali pun. Supaya Allah tunjuk la hint apa-apa ke supaya aku kembali bersemangat. Selalu orang cerita, ambil wuduk, buka terjemahan, InsyaAllah Allah will lead you to verse yang memang kena. Well, that does not happen to me, not this time. Allah nak aku go through ups & downs, cari cari cari. One day, He read Ar-Rahman to me, through his servant (on this Ramadhan). He gave me teasers.. Surah by Surah, verse by verse. Alhamdulillah. Today, Allah pertemukan pula aku dengan Surah At-Tahrim, ayat 8. Allahu akbar, kena sangat!

Dan tengah malam ni. Entry aku paling latest on 4th December 2014 (bawah post ni). Rupanya di sini. Di sini ada quote, kata-kata semangat yang aku cari. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


Aku. Tahun ni. Aku menggemarkan diri aku dengar playlist #MuhasabahDiri. Few audio yang aku tahu aku kena dengar selalu. Untuk consistent. Aku cuba avoid dari dengar audio selain tu. Yang rancak-rancak, yang aku suka dengar dulu. Kadang tu bila roomate aku play playlist dia, Allah rindu nya dengan lagu dulu-dulu tu. Aku kedengaran rigid? Tidak. Aku cuba untuk kawal diri. This is my way.

Tapi kadang tu, you just need to listen to the oldies. Bawa kereta, kadang kena juga tengok cermin belakang. Especially lagu Viopipe ni. Yang aku kenali melalui Anthem-Hlovate. Bila dengar, teringat spirit bila kena manisan Iman dari Ilahi, melalui CJ. Allah Allah Allah rindunya kemanisan Iman tu. It has been awhile..

InsyaAllah ada paper EWC661-Report Writing pagi ni at 9 a.m. Moga aku dapat carry along momentum aku waktu satu ketika dahulu. ALLAHU AKBAR

Fi amaanillah. Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah. Assalamualaikum ;]


Scotland

#plannaktidurjam3sekarangdah30minitlewat
#Akukurangkeringmacamdulu
#SalamSahurInadvance

Thursday, June 6, 2013

Coast

Assalamualaikum. Minggu ni minggu terakhir cuti semester. By ahad ni kena balik Pilah dah. For those yang masih mengaji di Pilah la. I am still on holiday.. Tak ada dah balik Pilah. Tak ada lagi dah title cuti semester for me.

Pejam celik, pejam celik, dah sebulan setengah dah aku kerja kopibin tu. Alhamdulillah, berjaya hafal semua alphabet untuk sign language. Belajar dari Kak Niza, dia OKU Pendengaran. I never berborak for real dengan orang OKU before. And beborak dengan Kak Niza sangat la mudah sebenarnya. Tak rasa kekok langsung. Rasa macam berborak dengan orang biasa. Cuma kadang-kadang bila tak faham, dia akan tulis atas kertas.

Sepanjang bekerja ni, bukan sahaja ilmu bekerja sahaja yang Allah beri, Allah juga beri ilmu serta skills sampingan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Disamping menerima ilmu, turut diberi juga ujian.. What I need to do is keep on trying to samakan dacing between Dunia/Akhirat. Ramadhan semakin menghampiri. Entah akan bertemu ke tidak kita. Alang kata kita bertemu, I really hope I have became a better muslim than a year before. InsyaAllah.. kena kuatkan semangat! Jaga hati, topup iman hari-hari. 

"Allahummamla' qolbii mahabattan laka"
Ya Allah penuhilah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu

Starting from today, 6th June, I took 4 days off from work, sebab my cousin is getting married this saturday. Yayayayayay balik kampung! I miss kampung!

I miss my Pilah's friends.. Teman seperjuangan. Now everyone betul-betul membawa haluan masing-masing. Busy dengan kerja part-time, busy dengan life. Rindunya ya Allah! Belek gambar-gambar waktu diploma dekat Pilah.. Alhamdulillah, Allah chose me to lived that life.

Nearly two weeks ago, a friend of mine passed away. He is my bestfriend's brother. He's 24 years old. We aren't that close, but whenever I meet him, I will always hug him! I miss hugging him.. Arwah Hisham bin Abdul Halim. He suffered from Lung and Kidney failure.. Allah loves him more.. Rasa sebak sangat. Tak sangka Hisham that I knew, dah berada di sana. Ya Allah, jagalah Hisham baik-baik di sana yaaaa! I really3 hope we will meet again soon!!!!

Taknak sedih-sedih, nanti Hizzam lagi sedih. Siblings sendiri kan. Kena redha. Allah tak laksanakan sesuatu dengan sia-sia. Everything that happens ada hikmah dia. Allah bantu arwah dari terus menderita kesakitan. Allah bantu arwah permudahkan perjalanan untuk kembali ke 'kampung halaman', yakni Syurga. I miss arwah. I know his family miss him more. Ya Allah, terima kasih sebab bagi pinjam arwah dekat kami all these while. Thank you very much! We had a blast! Alhamdulillah.

Pemergian beliau juga membawa peringatan bagi yang masih hidup. Anytime Allah boleh tarik nyawa kita. We need to be prepared! Hari-hari kena doa moga esok jadi lebih baik dari harini. Hari-hari before tidur kena makesure awak dah solat semua waktu. Hari-hari before tidur kena pastikan you take wudu', baca ayat Kursi and dua kalimah syahadah. Siapa tahu kita pergi tika tidur. Wallahualam..

Al-Fatihah untuk semua tetamu Allah ;']


Monday, January 28, 2013

Don't take it for granted

Assalamualaikum. ;]

This is a reminder for myself and to my brothers & sisters.

As we all known dalam Al-Quran ada banyak cerita-cerita pasal umat-umat terdahulu? Okay, perasan tak every time umat-umat itu ingkar dengan utusan Allah, mereka dapat 'bayaran tunai' from Him. Now, have you ever wonder why, kita, umat Nabi Muhammad S.A.W. bila ingkar arahan Allah, we still alive! Tak ada tiba-tiba 'final destination'..

And, have you ever wonder why in 2004, Dia hantar Tsunami dekat Aceh, and the news spread all around the world dengan pantasnya.. Kita panggil apa? Natural Disaster. And where does the 'natural' come from? It came from Allah, the Creator. Why He sent the Tsunami? He know what we don't know. And Dia nak warn everyone di Dunia dan Dia nak tunjukkan kebesaran Ilahi.

Yet.. mereka, kita masih di-awang-awangan. Ada satu ketika dahulu, Baginda mohon kepada Allah, hold 'bayaran' terhadap umatnya. Why? Sebab Baginda sayang sangat dengan kita. And Allah agreed. Why? Sebab Allah juga turut sayang dengan kita. He's giving us chances.. So many chances.. No payment needed. Free oxygen, etc.. Hoping that one day we will realize and repent. Repent is not a choice. It is an obligation.

Do you want, because of what we do, Rasulullah S.A.W. weep. He will cry because He feel pity for us, our action will lead us to opposite of the Jannah. How can He, a lovely, kind, Prophet tengok umat dia astray.. After all the signs that has been shown to us, from Allah..

All the Malays, yang muslim.. We have been raised in a muslim family, thus sometimes kita rasa "Tak apa, tak ___, aku dah Islam". Do not take it for granted. Haven't you look around? Those Reverts, ilmu Islam mereka lebih mendalam dari kita. I salute them! MashaAllah. Bila dalam Majlis Ilmu, penceramahnya adalah seorang Revert. Yang akan banyak tanya soalan tentang itu-dan-ini dalam Islam, is orang Islam yang dah bertahun-tahun dalam Islam. Tak rasa segan ke? Kita yang sejak kecil dah mengaji Quran, still kekurangan ilmu agama.

Why? Sebab kita take it for granted! Para reverts, once they enter Islam, they work so hard, mendalami Islam. They appreciate Islam macam itu la nyawa mereka. They do lot of researches  readings, untuk fully understand Islam, and live as a Muslim ikut Al-Quran & Sunnah.

Ya, memang benar dalam Ayat Kursi ada sebut "Allah hanya akan beritahu kita apa yang Dia hendak kita tahu". Tapi, kalau kita tak berusaha nak ambil tahu, memang forever la you tak akan tahu.

Allah tak akan ubah kita selagi kita tak ubah diri kita sendiri.

Read the Al-Quran daily, and understand the meaning. Baca terjemahan. If ada tak faham, ask around, Ustaz/Ustazah.

Oh and! Always renew your Syahadah.. Penting! ;]

"There is no Illah except Allah"

JZKK




Sunday, December 30, 2012

Take note: Driver

Assalamualaikum. Alhamdulillah. So last wednesday, my sister still cuti. Company dia cuti 2 hari sempena Krismas. I asked her to be my driver for the day. Nak pergi Post Office, nak pergi kedai gambar..etc Then:

Sis: Amboi! You bawa la sendiri
Me: Uh? Boleh?
Sis: Hmmm bawa lah

Dalam hati, MashaAllah. Alhamdulillah. This will be the first time ever, bawa kereta kakak, luar dari kawasan rumah. Waktu solat Zohor tu, minta tolong Allah banyak-banyak. Kalau kakak serius la cakap tadi, I really need His help. Sebab I am afraid of driving out alone. Even though, memang masa yang di tunggu gila. Sebelum keluar I asked my sister again, "Serius ke ni?". And she replied "Confident ke?".

Memang la gabra. Tapi disebabkan nak sangat drive kereta, I said "Absolutely!". Alhamdullilah. Berjaya drove the car for 5 hours. Oh and I ajak Nizam to accompanied me.

Why I post cerita ni, sebab tadi my friend, WNA, text me. Update pasal tadi dia driving alone dalam hujan ke airport untuk jemput Ayah dia. On her way there, after habis baca Surah Yassin, KEDEBABOOOOMMM, an accident happened right in front of her eyes. The motorcyclist jadi superman. Alhamdulillah, orang tu okay. Tak cedera teruk. Tukang langgar minta maaf dan kata "Maaf saya tertidur".

Nak di jadikan cerita, the same thing ALMOST happened to me on that wednesday. Cuma, saya bukan tertidur, but ter-lepas pandang cermin belakang. Lepas dari traffic light, there's corner, I wanted to go left. I gave the signal to the left, I glanced left side-mirror, tak ada kereta. So I pun ke kiri la, out of nowhere muncul motor, I nearby hit him, tapi I pusing my stereng ke kanan while tengok side-mirror kiri tadi. And I forgot to tengok kanan, Alhamdulillah. Allah woke me! I nearly terbabas ke pokok.

Ya Allah waktu tu jantung ni macam terhenti, rasa macam nak tekan brake! Tapi Allah helped me, dia tenangkan my mind sekejap, so that I can slowly ke kiri semula sebab my simpang tu dah dekat sangat dah. Oh and that abang motor, haruslah dia jeling tajam dekat aku kan. Haha. Sorry bro!

Therefore, Don't forget to baca Bismillah, Doa naik kenderaan and Ayat Kursi before you start your journey. InsyaAllah, Allah will help you along the way.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Wa Atmim Bi Kheir ;]


Thursday, December 13, 2012

Precious day in Pilah #10

Assalamualaikum. Hai! So today I learned something new in Physics' class. Not really new la, tapi knowledge yang selama ni pandang sekilas je. Do you know that fossil fuel itu terbentuk after 300 millions years? Yes it is. Ia terbentuk hasil dari sisa-sisa kehidupan terdahulu serta geseran dan tekanan di bawah dari dasar laut, maka terjadilah coal/petroluem tersebut. Oleh kerana itu, ia adalah non-renewable energy. Jadi, jangan membazir! Bila dah habis, you need to wait for another 300 millions years, haa mampu? haha. Demand for oil & gas makin meningkat hari by hari, tahun by tahun. Anda rasa berapa lama je natural energy dekat bawah tu mampu bertahan?

Coal akan mengeluarkan carbon, nitrogen, sulphur (not good) dalam quantity yang tak best. Berbeza pula kalau guna nuclear energy, nuclear energy tak keluarkan those chemical yang tak bagus, tapi a bit risky la guna nuclear. Nuclear berasal dari Uranium. Ia kemudian dipecah-pecahkan untuk jadi benda lain. Sangat banyak kegunaan dia. Do you know 1 pound of Uranium = 1 million gallons of gasoline. Nuclear energy ni pula boleh di-reuse and reuse banyak kali. Waste dia pun masih boleh diguna lagi. Sampai ke tahap yang tak boleh dah, ia akan di-store dalam bentuk yang tak boleh decay/radiate.

Nuclear ada radiation. Radiation ni everywhere & everyday kita ter-exposed dengan ia, phone/lampu/kereta/laptop/dll. Cuma dalam quantity yang sikit. Secara purata, seorang manusia akan kena sebanyak 360 milirem radiation setahun. Tapi kalau smokers, 360 + 280 milirem setahun, sebab mereka sedut radiation straight dari cigarette tu. Masih mahu smoke?

Bahaya ya kalau kita exposed dekat radiation dalam quantity yang banyak, it can cause several types of diseases. Dia ada ranking berapa banyak Grey (unit untuk radiation dose) will cause you jadi apa.. boleh google. Pinjam laptop kamarul, broadband dia slow sikit, tak dapat nak attach.

Tonight I stay dekat rumah sewa Zamir/Kamarul/Arul. Saja datang, ziarah.

Tazkirah maghrib semalam, Ustaz cakap, "Close your eyes and imagine darkness without any source of light? Then can you imagine there is no darkness nor light?.. So, how can you imagine how the Creator looks like?"

Renung-renungkan dan mari kita beriman dengan Dakwah Islam ;]
Jazakumullahu Khairan Kathira

Friday, December 7, 2012

Precious day in Pilah #6

Assalamualaikum. Selamat pagi! Salam Jumaat! Have a Gardenia Quick Bite for breakfast. Yummy! Jangan lupa untuk baca Al-Kahf, nescaya Allah akan terangi anda sepanjang antara dua jumaat. ;]

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”

Harini tak ada kelas, jadi advencer tu tak bermula lagi. Just to share satu dua pengalaman yang I bet everyone dekat Pilah pernah lalui..

Kalau dekat sini, kolej lelaki la, kalau you stayed up malam-malam till late, sepanjang tu you akan dengar kadang-kala bunyi orang seret kerusi dari bahagian atas. Mula-mula memang ingat budak atas kut yang study. Tapi, bila saya yang duduk tingkat paling atas pun still dengar benda yang sama, faham-faham la. hahahah

Nenek saya cakap, jangan takut! And selagi malaikat & Allah are with me, Alhamdulillah okay je. Just! Don't think about 'them'. Kawasan ni tempat mereka. Kita menumpang je. Kalau awal-awal masuk tu kena tindih, kena ganggu sikit-sikit, anggap la itu sesi pengenalan korang.

Mesti sentiasa ingat tujuan kita datang sini, nak belajar. Bukan sahaja belajar dalam kelas, sepanjang duduk sini, di mana-mana je boleh dapat ilmu baru. Even tengah duduk makan pun.

Contoh, kita makan pakai polystyrene, dekat Anjung, minum pula air kotak/bekas plastik. After makan kita patut buat apa? Mesti la buang dekat dalam tong sampah right? Tong sampah banyak je. Tapi every time saya datang Anjung, ada sahaja orang-orang yang tak bertanggungjawab tinggalkan sampah atas meja. Tolong la aware.

Kalau foreigner yang makan dekat McD pun mereka bawa tray makanan mereka & buang sampah di tempat nya, kenapa kita yang local people ni boleh tinggalkan je sisa/sampah makanan atas meja?

Memang Anjung tu ada Cleaner, memang McD tu ada pekerja untuk bersihkan. Tapi apa salahnya korang tolong sikit-sikit. Dapat pahala tahu tak? Paling kurang pun angkat la sampah sendiri. Allah ada cakap, kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita di dunia & akhirat.

 Semoga korang dapat la sikit ib'rah. Jazakumullahu Khairan Kathira (Jzkk)


Thursday, December 6, 2012

Precious day in Pilah #5

Assalamualaikum. Hai! Yeahh it's 2 in the morning. Tengah marathon Adam&Hawa episodes for this week. Sekarang tengah tengok episode 59..

Okay post ni nak cerita pasal salah dengar. Perkataan baru, tapi seperti perkataan lama dalam kamus saya.

Scene 1; Sewaktu kuliah maghrib
Ustaz: Okay, tahu apa itu 'istighfar'?
Me: (confident) Tahuuuu...
Ustaz: Apa itu 'istighfar'?
Me: Astaghfirullah halazim... (tone medium ke slow)
Ustaz: Ia adalah membersihkan diri selepas hadas kecil/besar

And i'm just like "ohhh salah.....ustaz ni sebut apa sebenarnya?" tapi dalam hati la. Rupanya it's ISTINJA'. Ustaz kata Istinja' ni penting. Especially after urination la. Untuk yang akhi, kena lurutkan zakar dia about 3 times, untuk pastikan semua urine dah keluar. SUPAYA, tiada urine yang terkena pada pakaian, nanti tak boleh bawa ke solat.

Ustaz juga kata, everywhere you go, bawa kain pelekat sebagai backup! Mesti ada kain pelekat ni. Pastu ustaz juga cakap, seluar kalau tak bawa masuk toilet buang air lagi, it's okay. Tapi kalau sudah, better pakai kain pelekat untuk solat. Ustaz juga kata, MUST wear slipper dalam toilet.

Scene 2; Sewaktu kuliah maghrib juga..
Ustaz: Siapa tahu mukallaf tu apa?
Akhi: Seseorang yang baru masuk islam
Ustaz: Itu muallaf. Ini mukallaf (sambil mengeja dalam bahasa jawi)
Ustaz: Untuk jadi Muakkaf ni seseorang mesti ada tiga; Akal, Baligh & telah sampai dakwah Islam kepadanya "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah". Jika seseorang itu beriman dengan dakwah tersebut, maka ia dipanggil Muakkaf Muslim.

Lapangkan hati, bukakan minda, nanti kita dapat ilmu baru. Allah yang share kan dengan kita. Sweet kan? hehe. Alhamdulillah.

Ada apa-apa yang saya salah, boleh share.. Saya pun dengar je, tak buat selidik. Sebab excited sangat nak share dengan orang lain. Jzkk ;]

Tuesday, December 4, 2012

Precious day in Pilah #2

Assalamualaikum. Hai! Janji kena tunai. Hari-hari di Pilah kena di catit. Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk join Kuliah Maghrib. Dalam kuliah tu Ustaz cakap, "Hari-hari kita kena bersedekah, tak semestinya dalam bentuk wang ringgit, dari segi perbuatan, bantuan pun boleh". Ustaz ada juga cakap "Kita kena dekatkan diri dengan Al-Quran, sebab kalau tak Allah akan jauhkan hati kita dengan Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu kawan karib kita di akhirat kelak". Bila hati kita jauh dengan Al-Quran, bila kita nampak Al-Quran, "Oh... Al-Quran". Tak terdetik langsung dalam hati ni nak capai kitab suci tersebut.

Ustaz kata kita kena baca Al-Quran hari-hari. Make it as a routine. Ya Allah indahnya kalau kita dapat hafaz Al-Quran tu.. Bukan senang as you hafal buku biology. Once you buat 'tak senonoh', you will lose ayat-ayat yang you hafaz. Kita kena berdoa banyak-banyak dekat Allah, supaya di dekatkan hati kita dengan Al-Quran. InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal Alamin.

Oh and today, I have class at 2pm, tapi sebab kononnya nak tidur 15 minutes before Zuhur, tuptup, amek kauuuu 3jam! Mission failed! haha. Ini angkara diri yang dah bangun 15 minutes after tidur lalu rasa sekejap sangat, lalu snooze snooze snooze & ke laut. haha. Astaghfirullahalazim,

Emm what else for today.. Oh! I went to HEA (Hal Ehwal Akademik), pergi apply Mini Transcript. Sebab nak try apply-apply sana sini dulu, dorang minta transcript tu. Akak dekat HEA cakap, "Once dah minta, tak boleh apply lagi". And I freaked out! Yela, nanti habis part6, mesti la nak transcript kan.

Rupanya lepas dah teruskan sesi bertanya-tanya till faham, sebenarnya dia macam ni. MINI Transcript ni memang you boleh minta ONCE sahaja. If hilang ke apa, you tak boleh minta lagi. Yes if minta sekarang, ia till part5 sahaja lah. But! Don't worry. Akak tu kata, nanti lepas habis diploma, nak/dah graduate, OFFICIAL Academic Transcript akan diberikan. Hahhhhh Alhamdulillah! Punya la aku cuak mula-mula.

So I need to collect the mini transcript after 3 working days. Jadi hari isnin la kan? Kena jaga elok-elok ni. Laminate, pastu scan semua! ;]

Semalam tidur lewat, sebab rajin sangat pergi surf courses dekat Hotcourses.com.my, from there, pergi la universities punya website.. Macam-macam dah ada on my list sekarang. Alhamdulillah.

Ohhh and before I forget, Ustaz juga cakap "Kalau kita terima berita/benda yang baik, sebut Alhamdulillah. Kalau buruk, sebut Innalillahi wa innalillahi rojiuun"

Bangun pagi, minum air, lepas mandi, pakai baju, pakai kasut, lepas makan, semuaaaaaaaaa kena cakap Alhamdulillah. May Allah berkati segala usaha kita untuk bermujahadah ke jalan-Nya.

SENTIASA MAHMUDAH! Jazakumullahu Khairan Kathira

***************************UPDATED******************************

Wan & Opie treat me cream puffs & chocolate cake on the evening. Katanya BELATED Birthday. Awww so sweet la korang! Even dah lepas lama, still nak celeb. Thank you very much! Memang tak dapat kesan pun korang beli cake tu for me. haha. Kawan dunia & akhirat!

We shared the cream puffs & cake.. Alhamdulillah. Thank you Allah ;]

Wednesday, November 14, 2012

Amalan Sunat Selepas Solat

Assalamualaikum. Ini yang saya dapat simpulkan selepas menonton 15 bahagian mengenai Amalan Sunat Selepas Solat dalam '30 Minit Ustaz Don'. Alhamdulillah.

Kalau saya ada salah mana-mana, tolong beritahu, boleh saya re-create balik, sebab ni pun buat dekat Photoscape. Kalau buat dekat Photoshop, boleh la edit. Huwhuw. Tapi tidak.. Saya buat ni sebab saya nak share dengan semua orang... Ilmu ni kena kongsi-kongsi. ;]

Saturday, December 31, 2011

Say NO to ARAK!

Tahu tak arak merupakan ibu segala kejahatan. If you drink arak, it will cause you so many trouble. Just want to remind you, 10 golongan manusia yang dilakhnat:

  1. Pembuatnya
  2. Pengedarnya
  3. Peminumnya
  4. Pembawanya
  5. Pengirimnya
  6. Penuangnya
  7. Penjualnya
  8. Pemakan hasilnya
  9. Pembayarnya
  10. Pemesannya
Lets keep reminding each other. Stay away from ARAK! Okay? GOOD. May Allah bless us. Aminn ;]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails