Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Daurah + Jaulah


Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulillah, I had a great, wonderful, full of good memories & InsyaAllah closer to Allah, 24 hours jaulah with friends. Muiz, Imran, Fadilah, Shima, Zie & Sartilla. Serta I met few people along the journey. MashaAllah. SubhanAllah. That is all that I can describe.


Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan kami. Moga segala input yang diperoleh, dapat diamalkan, serta mendapat keredhaan Allah Azza Wa Jalla.


We started our journey at 7.30am, sewa kereta Alza sehari, heading to International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak, to attend a seminar called "Untuk Kita Pendosa". Ada 5session dalam tu. Start with Hilal Asyraf (Untuk Kita Pendosa), Pakcik Rosdi Baharom (Dosa & Kesannya Pada Hati), Saudara Azlan Shah Nabees Khan (Taubat Yang Sebenar), Diana Amir (Pengalaman Berubah) & end with Ustaz Fauwaz (Tafsir Hadith Pembunuh 99 Orang).

The seminar end at 6.50pm. Allah invited us untuk solat zohor & asar di Masjid IIUM, Alhamdulillah. MashaAllah the architure.. SubhanAllah. We continue our journey by meeting Imran's cousin, Syabil & Syazwan. Solat Maghrib di Masjid nearby Melati & Lepak makan burger bakar dekat Melati. Then Imran naik bus to Kemaman, and we send Sartilla ke rumah kawan dia. Solat Isyak di Masjid As-Syakirin Gombak.



The remaining, we decided to overnight. Memandangkan sewa sehari, 24 hours, is way more cheaper than sewa by hour. So we went to:

-Bukit Ampang
-Downtown Cheras
-Round around city centre
-Uptown Shah Alam
-KFC Seksyen 7 (tidur dekat parking lot)
& finally at 4.30am we went to Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Once again Allah invited us to one of His's House. MashaAllah. Wangi nya masjid tu sama macam wangi nya Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam. Tapi Masjid SAAS ni wayyy more subhanAllah!!! Rasa bersyukur sangat diberi peluang untuk Solat Subuh berjemaah & ziarah Masjid ni. Sangat meriah, penuh dengan activity islamic (ada summercamp sedang berlangsung dalam perkarangan masjid tu). I would like to go again next time. Nak ajak my sister, families pergi sekali.




Bestnyaaa! Hanya Allah sahaja yang tahu how I felt. Nikmat-nikmat yang tak pernah putus kunjung tiba. Bersyukur sangat! dan Alhamdulillah we're safely arrived at UiTM Puncak Alam at 8.50am. ;]

Moga kita semua ber-istiqamah dalam usaha menuju ke Allah SWT. Dan semoga Allah redhai, rahmati, setiap saaat kita semua. Aminn Ya Rabbal Al Amin.

Study Week just started yesterday. My final examination will be on 11th-18th January 2014.
Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Wa Atmim Bi Kheir ;]

Tuesday, April 2, 2013

Precious day in Pilah #25

Assalamualaikum. Hai! Two papers down, 1 to go!! Hoyeahhhh!

For the past few days, lot of memories has been made. With different peoples.. Orang yang sama pun ada. Staying at the faculty till late night with Farah, Farisa, Faiq. Study biology like crazy with help from Syaza, Izzaty, Si Unique Asmahan and Faiq dekat PTAR. Had a hi-tea with Hasreen. Tak la Hi-Tea mana.

It has been such a journey juga la aku nak settlekan paper biology tu. Asal baca je, tidur. Baca, tidur. And end up pagi tadi gelabah gila baru nak finalized everything, Alhamdulillah. Tak dapat jawab 100%, 80% pun dah good! I thank Allah most! Put your trust in Him. InsyaAllah everything will be smooth.

Oh and last night I met someone. Officially kenal la. Selama ni kenal-kenal gitu je. Senyum bila terserempak. Alhamdulillah. Allah led me to him. We shared stories, tanya soalan, berborak panjang la juga. 99% pasal Deen. It's fun knowing people & knowing your Deen!

Bila kita niat nak ber-hijrah, Allah will send good people surrounded you. Awesomee kan? Oh and I asked him, macam mana nak khusyuk solat. Frankly speaking, selalunya tengah-tengah solat, fikiran ke laut, kemudian "e'eh apa aku ni, solat solat". Thank Allah cuz you sedang solat ber-jemaah. Kira tak ada la terlupa/tertinggal apa-apa.

1. Selalu buat solat sunat sebelum & selepas
2. Selalu buat solat sunat taubat
3. Selalu buat solat sunat hajat

All these solat train kita, train mind kita untuk fokus. Dia macam kalau kita nak exam, kita kena buat latihan dulu. InsyaAllah boleh!

And last but not least, my mum, dad, kakak and my eldest brother went to Umrah last saturday (saturday baru lepas ni). Tak berkesempatan nak ikut hantar ke KLIA, sebab I have my first paper at 2 p.m. Alhamdulillah. Ayah ada text, dah sampai semua, and everything okay. I really hope moga pekerjaan Umrah mereka di terima Allah, moga mendapat keredhaan Allah, moga berjalan dengan smooth & moga selamat pulang ke tanah air semula. Aminn ;]



Monday, March 18, 2013

Shoutul Harokah - Bingkai Kehidupan

Assalamualaikum. Heard this song for the very first time this morning. In the library. Zahidah showed to me satu karangan luahan hati seorang sahabat kepada Arwah Abang Iman Shafiq Abd Rahman yang telah dijemput Allah kembali kepada-Nya petang sabtu kelmarin. Saya dapat tahu mengenai Arwah serba sikit pun sebab baca through status Encik Erfino Johari di facebook subuh Ahad semalam. Even I've never met him, tak pernah kenal langsung, tak pernah bersua, tapi dari membaca wall Facebook Arwah, saya pun turut rasa hiba.. Bergenang airmata. Ya Allah, engkau tempatkanlah beliau bersama golongan-golongan orang yang beriman serta tempatkanlah beliau bersama-sama orang yang mati syahid.

Sesungguhnya, arwah merupakan seorang pendakwah yang sentiasa berusaha, beristiqamah mentarbiyah berdakwah serta menjalankan Syahadatul Haq dengan orang-orang disekelilingnya. MashaAllah..

And one of sahabat arwah attach rangkap kata-kata yang mereka selalu cakap. Which ada dalam lagu Bingkai Kehidupan ni. Ayat ini touched me. I asked Zahidah apa maksud dia, and she showed me the lyrics..   ;']


Allahu Ghayatuna,
(Allah adalah tujuan kami)
Ar-Rasul Qudwatuna,
(Rasulullah teladan kami)
Al-Qur'an Dusturuna,
(Al Qur'an pedoman hidup kami)
Aljihad Sabiluna,
(Jihad adalah jalan juang kami)
Al-mautu fi sabilillah, asma'amanina.
(Mati di jalan Allah adalah, cita-cita kami tertinggi)

Semua ni, memang banyak link dengan apa yang Abang Abu Hanifah share waktu Daurah sabtu yang baru lepas ni. Kira sabtu kelmarin merupakan input, dan apa yang berlaku ni merupakan contoh-contoh bagi mengukuhkan pemahaman.

Jzkk. Al-Fatihah

Saturday, March 16, 2013

Precious day in Pilah #22

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini diberi peluang untuk join Daurah. Apa itu daurah? It's like a seminar la. Tapi more to santai-santai sikit. Tak la formal. Tadi pun buat dekat rumah salah sorang brother IKRAM. Aku tak aspect aku akan sendiri hadir. Sebab hari-hari sebelum dan pagi itu juga, i felt malas nya nak pergi. TAPI! Satu je that kept me thinking, and reminding myself. "Faris, kau selalu bagi makan minda, lets bagi makan hati pula.. Dah lama hati kau berpuasa.."

Tadi perkongsian oleh Abang Abu Hanifah, more to Sirah kata Amin. Cerita pasal Dakwah Rabbani. Maksudnya, berdakwah yang menuju ke Allah. Baca (3:79). Kenapa kita buat dakwah? Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri buat dakwah. Dakwah ni dimana kita share-share ilmu. Dari situ kita dapat tarbiyah diri, topup iman kita, persediakan diri kita untuk apa-apa perjuangan akan datang. InsyaAllah.

Dakwah Rabbani ni ada prinsip. Prinsip yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Dakwah ni tak susah. Tak rigid. You can do anything, sharing moment secara langsung atau tidak terhadap seseorang or segerombolan. Contoh macam, Akhlak. Tunjukkan akhlak yang baik. Macam Rasulullah buat dulu. Dari Akhlak yang baik, orang lain boleh tergerak nak revert ke Islam. MashaAllah. Kuasa Allah semua tu.

Haritu pernah dengar dekat Ikim.fm, Ustaz tu cakap "Orang yang tahu, tak semestinya di sedar. Orang yang sedar, InsyaAllah dia tahu". Jadi, jangan assume kawan-kawan kita yang tahu hukum hakam tu sedar. Tanggungjawab kita, as a muslim. Saudara muslim. Mengingatkan satu sama lain. Kita yang dah sedar ni, kena selalu tarbiyah diri, kena selalu topup iman kita. Sebab Istiqamah ini tidak mudah. Ada sahaja possibility untuk kita jatuh semula.

"Buat segala apa yang kami mampu ke jalan Allah, ingatlah macam mana golongan emas (zaman Rasulullah serta Sahabat-sahabat) memperjuangkan Islam, menginfakkan harta ke jalan Allah. Niat Lillahi taala, harapkan redha Allah"

Read (3:146)

Lets keep on berdakwah, tarbiyah, sebab Allah dah janji Islam akan menang. Cuma tak tahu bila. Thus, kita kena keep on usaha. Eratkan ukhwah fillah. Moga kita semua sama-sama masuk Jannahtul Firdaus. InsyaAllah

"Jangan kita lihat orang setelah dia berjaya, sebaliknya, lihatlah macam mana susah payah yang dilalui sebelum dia berjaya"

Hubungan Allah kena KUAT, barulah hubungan dengan manusia kuat.

Ingatlah "Bila kita nak berubah ke arah kebaikkan, Allah akan hantar orang-orang yang baik mengelilingi kita". Alhamdulillah.


Sunday, February 17, 2013

Apa pasal aku nak sangat ke sana?

Dulu, nak sangat belajar abroad, sebab rasa bila ke sana, barulah boleh start move one step mencari erti hidup, mencari kemanisan keindahan Islam. Tapi Alhamdulillah, jumpa dah walau di Malaysia ni. But still, ada impian nak ke abroad juga. Living the life outside comfort zone. Biar ada experience dealing with unexpected. ;]



Monday, January 28, 2013

Don't take it for granted

Assalamualaikum. ;]

This is a reminder for myself and to my brothers & sisters.

As we all known dalam Al-Quran ada banyak cerita-cerita pasal umat-umat terdahulu? Okay, perasan tak every time umat-umat itu ingkar dengan utusan Allah, mereka dapat 'bayaran tunai' from Him. Now, have you ever wonder why, kita, umat Nabi Muhammad S.A.W. bila ingkar arahan Allah, we still alive! Tak ada tiba-tiba 'final destination'..

And, have you ever wonder why in 2004, Dia hantar Tsunami dekat Aceh, and the news spread all around the world dengan pantasnya.. Kita panggil apa? Natural Disaster. And where does the 'natural' come from? It came from Allah, the Creator. Why He sent the Tsunami? He know what we don't know. And Dia nak warn everyone di Dunia dan Dia nak tunjukkan kebesaran Ilahi.

Yet.. mereka, kita masih di-awang-awangan. Ada satu ketika dahulu, Baginda mohon kepada Allah, hold 'bayaran' terhadap umatnya. Why? Sebab Baginda sayang sangat dengan kita. And Allah agreed. Why? Sebab Allah juga turut sayang dengan kita. He's giving us chances.. So many chances.. No payment needed. Free oxygen, etc.. Hoping that one day we will realize and repent. Repent is not a choice. It is an obligation.

Do you want, because of what we do, Rasulullah S.A.W. weep. He will cry because He feel pity for us, our action will lead us to opposite of the Jannah. How can He, a lovely, kind, Prophet tengok umat dia astray.. After all the signs that has been shown to us, from Allah..

All the Malays, yang muslim.. We have been raised in a muslim family, thus sometimes kita rasa "Tak apa, tak ___, aku dah Islam". Do not take it for granted. Haven't you look around? Those Reverts, ilmu Islam mereka lebih mendalam dari kita. I salute them! MashaAllah. Bila dalam Majlis Ilmu, penceramahnya adalah seorang Revert. Yang akan banyak tanya soalan tentang itu-dan-ini dalam Islam, is orang Islam yang dah bertahun-tahun dalam Islam. Tak rasa segan ke? Kita yang sejak kecil dah mengaji Quran, still kekurangan ilmu agama.

Why? Sebab kita take it for granted! Para reverts, once they enter Islam, they work so hard, mendalami Islam. They appreciate Islam macam itu la nyawa mereka. They do lot of researches  readings, untuk fully understand Islam, and live as a Muslim ikut Al-Quran & Sunnah.

Ya, memang benar dalam Ayat Kursi ada sebut "Allah hanya akan beritahu kita apa yang Dia hendak kita tahu". Tapi, kalau kita tak berusaha nak ambil tahu, memang forever la you tak akan tahu.

Allah tak akan ubah kita selagi kita tak ubah diri kita sendiri.

Read the Al-Quran daily, and understand the meaning. Baca terjemahan. If ada tak faham, ask around, Ustaz/Ustazah.

Oh and! Always renew your Syahadah.. Penting! ;]

"There is no Illah except Allah"

JZKK




Friday, January 11, 2013

He replied! ;]

Few hours after I posted entry below, keluar la post ni di Timeline Facebook. See how much Allah loves you! ;] Alhamdulillah


Entri Untuk Diri Sendiri - Redha (dan terus berusaha!)

Assalamualaikum. Selamat Pagi! ;] Still going to talk pasal sambung belajar. Entri bosan. Tapi nak juga catat. Tahu apa reasons I wanted to further abroad? Reasons dia sebab gambar atas ni...

Tapi main reason is, I want to jadi wakil adik-beradik yang capai apa yang Mak&Ayah capai dulu.. Sebab saya anak last, jadi kalau abang kakak saya tak dapat capai lagi, tanggungjawab saya la untuk capainya kan..

Ayah dulu budak SBP, SDAR. Non of our siblings masuk SBP pun.. Both of my parents 1st degree di Australia (under Dasar Ekonomi Baru).. Setakat ni non of my siblings 1st Degree abroad lagi. Tadi buka facebook mak, ayah, dekat info ada tulis, "Studied in University of Newcastle, Australia" "Studied in University of Canberra, Australia". automatically rasa sebak! T_T

Sedih la! Aku tanam cita-cita nak pergi 1st Degree abroad dari sekolah lagi. Tapi aku tak work hard for it! Enthusiastic sekejap je, lepas tu kembali bersantai. Teringat kata-kata ayah waktu tengok result part5 saya haritu,

"___? tinggal lagi berapa sem ni? Satu?? Macam mana nak pergi overseas ni... (nada hampa)"

Mana ayah tahu saya nak pergi abroad? Sebab I told him waktu nak apply UPU dulu. Saya nak sambung dip.sains sebab ada peluang nak sambung abroad. Tak sangka ayah ingat till today. Hummm malunya!!

Ayah pernah juga cakap, nanti pergi la sambung di Mesir, atau Europe, kawan-kawan ayah ada hantar anak mereka ke sana... Faham tak maksud seorang ayah sebenarnya? Kalau dari sudut saya lah, saya rasa ayah macam segan dengan kawan-kawan lain, sebab anak dorang semuaaa fly... Bukan salah ayah ;]

Saya nak pergi abroad! Saya tahu ayah pun nak suruh saya pergi! Tapi saya tak nak bazirkan duit Ayah! Dengan result yang average ni, SAY NO TO PEMBAZIRAN DUIT! hahaha. Looks like I just have to live with it. Keep on rolling FarisFikri! InsyaAllah, sampai masa nanti, awak betul-betul dah ready nanti, Allah bagi la awak peluang ke sana! Lagi bagus kalau dapat peluang ke Rumah Allah, Tanah Haram, Mekkah. ;]

"Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita! Mungkin Allah tidak memberi results yang besttt untuk fly sebab Iman our masih tak solid. Masih belum ready untuk hidup di dunia luar. Fragile. On the verge of tiang. Boleh jatuh ke kebaikan, boleh jatuh ke keburukan. Kita perlu sentiasa fikir. Allah tak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia.."



Sunday, December 16, 2012

Friends + Values

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Yesterday (please refer to the above date.tq), I went out with my besties! Some of them la. Tak semua. Sepatutnya saya tak balik pun minggu ni, tapi sebab my closest best-friend tu balik & asked for me untuk balik sebab dia nak final exam dah. Lagi pun dah lama tak jumpa, so saya pun balik la.

On the morning, we went to Red.Box at Plaza Lowyat. Keluar rumah around 11 a.m. and sampai semula ke rumah at 3 a.m. the next day. Ahah! Gila keluar sakan! Ayah siap warning my mum lagi, "Next time, jangan bagi faris keluar sampai lewat malam". My mum tak kesah pun, sebab dia dah biasa. Tapi seriously! Tiring sangat ke apa. Rasa macam nak seret-seret je kaki waktu tu.

Apapun, thank you very much guys! I had fun yesterday! Happy, happy juga. Keluar tu jangan lupa tunaikan your duty. Solat. Sebab itu sangat penting ya untuk tahu di mana Surau berdekatan bila keluar.

And one more thing, whenever you're going to perform prayer, do invite others (your friends) to join you. If they said "Kau pergi la dulu, kami nak ke ____" or mereka kata "Jangan lupa doakan aku yaaa!" and decided to not joining you. PLEASE jangan kutuk/benci mereka. Instead, please please please, DO MAKE A DOA for them. May Allah bukakan hati mereka, terangi hati mereka dengan Nur. InsyaAllah.

Tanggungjawab kita sebagai kawan adalah;
1. Mengajak membuat kebaikan
2. Mengingatkan tentang kewajipan dll
3. Menasihati tentang apa-apa perkara untuk kebaikan
4. Mendoakan kesejahteraan mereka

Manusia ini hamba Allah. Kita ditugaskan untuk menjadi Khalifah di bumi Allah. Tugas kita adalah untuk berdakwah. Mengingatkan manusia lain, marilah kita sama-sama menuju ke jalan Allah. Bermujahadah ke jalan-Nya. Moga Allah memberkatinya & memberikan kita pahala.

Orang yang pentingkan diri sendiri dalam membuat kebaikkan, pahala dia kurang. Macam jawab MUET, bila you dominate the group discussion, say HELLO to low marks!

Jazakumullahu Khairan Kathira ;]

Thursday, December 13, 2012

Precious day in Pilah #10

Assalamualaikum. Hai! So today I learned something new in Physics' class. Not really new la, tapi knowledge yang selama ni pandang sekilas je. Do you know that fossil fuel itu terbentuk after 300 millions years? Yes it is. Ia terbentuk hasil dari sisa-sisa kehidupan terdahulu serta geseran dan tekanan di bawah dari dasar laut, maka terjadilah coal/petroluem tersebut. Oleh kerana itu, ia adalah non-renewable energy. Jadi, jangan membazir! Bila dah habis, you need to wait for another 300 millions years, haa mampu? haha. Demand for oil & gas makin meningkat hari by hari, tahun by tahun. Anda rasa berapa lama je natural energy dekat bawah tu mampu bertahan?

Coal akan mengeluarkan carbon, nitrogen, sulphur (not good) dalam quantity yang tak best. Berbeza pula kalau guna nuclear energy, nuclear energy tak keluarkan those chemical yang tak bagus, tapi a bit risky la guna nuclear. Nuclear berasal dari Uranium. Ia kemudian dipecah-pecahkan untuk jadi benda lain. Sangat banyak kegunaan dia. Do you know 1 pound of Uranium = 1 million gallons of gasoline. Nuclear energy ni pula boleh di-reuse and reuse banyak kali. Waste dia pun masih boleh diguna lagi. Sampai ke tahap yang tak boleh dah, ia akan di-store dalam bentuk yang tak boleh decay/radiate.

Nuclear ada radiation. Radiation ni everywhere & everyday kita ter-exposed dengan ia, phone/lampu/kereta/laptop/dll. Cuma dalam quantity yang sikit. Secara purata, seorang manusia akan kena sebanyak 360 milirem radiation setahun. Tapi kalau smokers, 360 + 280 milirem setahun, sebab mereka sedut radiation straight dari cigarette tu. Masih mahu smoke?

Bahaya ya kalau kita exposed dekat radiation dalam quantity yang banyak, it can cause several types of diseases. Dia ada ranking berapa banyak Grey (unit untuk radiation dose) will cause you jadi apa.. boleh google. Pinjam laptop kamarul, broadband dia slow sikit, tak dapat nak attach.

Tonight I stay dekat rumah sewa Zamir/Kamarul/Arul. Saja datang, ziarah.

Tazkirah maghrib semalam, Ustaz cakap, "Close your eyes and imagine darkness without any source of light? Then can you imagine there is no darkness nor light?.. So, how can you imagine how the Creator looks like?"

Renung-renungkan dan mari kita beriman dengan Dakwah Islam ;]
Jazakumullahu Khairan Kathira

Friday, December 7, 2012

Islamic Sharing : Self-protection 1

Assalamualaikum. Ayat atas ni saya tak pernah tahu apa maksud dia. Tapi di ajarkan oleh seorang kakak senior waktu sekolah dulu.

Waktu tu saya form4, dia form5. Kadang-kadang balik sekali. Jalan kaki kan. Dan selalunya sepanjang jalan itu ada anjing banyak. Dah lumrah sejak kecil budak melayu takut anjing. So there's one day, kakak ni kata, pakcik dia kata whenever kita rasa takut, takut dengan anjing ke apa ke, baca ayat ni dengan yakin.

So I did amalkan it till today. Harini baru tahu ia dari Surah Al-Masad. Surah yang selalu la juga dibaca. Tapi tak pernah perasan ia adalah sama. And Allah turunkan ayat ni sebab Abu Lahab ni mencerca Rasulullah s.a.w..

Click for full story
As related from several written accounts, when the Prophet was commanded to present the message of Islam openly, he ascended the Mount Safa one morning and called out aloud the people of Quraish. When the people had assembled, the Prophet said:

"If I was to warn you of an army behind the mountain that came to attack you, would you believe me?"
They replied: "Yes, we find you the most truthful amongst us."
Then the Prophet said to them: "Verily, I am a warner sent to you all before the coming of a severe torment."
From the crowd, Abu Lahab spoke and exclaimed: "Damn you! You called us for this? May you be destroyed!"

Saya still tak tahu sangat apa kaitan cerita ayat ni dengan boleh bantu kita against benda yang kita takut. Apapun, sepanjang saya amalkan ayat ni, every time anjing datang dekat, dia akan senyap, dan berpatah balik.

Pernah satu ketika lepas balik Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ampang. Jalan kaki, lalu sebelah lori besar untuk jalan di padang, dari jauh dah intai dah ada tak anjing, tak nampak. Bila lalu sebelah, Allahu Akbar! Kuat betul bunyi nyalakkan anjing, saya automatically baca "Tabbat yada abi lahabiw watab" non-stop sambil jalan slow-slow. Dalam hati mengharap sangat Allah tolong, mengharap sangat tak di apa-apakan oleh anjing itu.

Alhamdulillah.. anjing kembali reda, dan saya tarik nafas panjang. Berjalan seperti biasa. Moga sedikit sebanyak share ni, dapat bantu anda juga! ;]




Precious day in Pilah #6

Assalamualaikum. Selamat pagi! Salam Jumaat! Have a Gardenia Quick Bite for breakfast. Yummy! Jangan lupa untuk baca Al-Kahf, nescaya Allah akan terangi anda sepanjang antara dua jumaat. ;]

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”

Harini tak ada kelas, jadi advencer tu tak bermula lagi. Just to share satu dua pengalaman yang I bet everyone dekat Pilah pernah lalui..

Kalau dekat sini, kolej lelaki la, kalau you stayed up malam-malam till late, sepanjang tu you akan dengar kadang-kala bunyi orang seret kerusi dari bahagian atas. Mula-mula memang ingat budak atas kut yang study. Tapi, bila saya yang duduk tingkat paling atas pun still dengar benda yang sama, faham-faham la. hahahah

Nenek saya cakap, jangan takut! And selagi malaikat & Allah are with me, Alhamdulillah okay je. Just! Don't think about 'them'. Kawasan ni tempat mereka. Kita menumpang je. Kalau awal-awal masuk tu kena tindih, kena ganggu sikit-sikit, anggap la itu sesi pengenalan korang.

Mesti sentiasa ingat tujuan kita datang sini, nak belajar. Bukan sahaja belajar dalam kelas, sepanjang duduk sini, di mana-mana je boleh dapat ilmu baru. Even tengah duduk makan pun.

Contoh, kita makan pakai polystyrene, dekat Anjung, minum pula air kotak/bekas plastik. After makan kita patut buat apa? Mesti la buang dekat dalam tong sampah right? Tong sampah banyak je. Tapi every time saya datang Anjung, ada sahaja orang-orang yang tak bertanggungjawab tinggalkan sampah atas meja. Tolong la aware.

Kalau foreigner yang makan dekat McD pun mereka bawa tray makanan mereka & buang sampah di tempat nya, kenapa kita yang local people ni boleh tinggalkan je sisa/sampah makanan atas meja?

Memang Anjung tu ada Cleaner, memang McD tu ada pekerja untuk bersihkan. Tapi apa salahnya korang tolong sikit-sikit. Dapat pahala tahu tak? Paling kurang pun angkat la sampah sendiri. Allah ada cakap, kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita di dunia & akhirat.

 Semoga korang dapat la sikit ib'rah. Jazakumullahu Khairan Kathira (Jzkk)


Thursday, December 6, 2012

Precious day in Pilah #5

Assalamualaikum. Hai! Yeahh it's 2 in the morning. Tengah marathon Adam&Hawa episodes for this week. Sekarang tengah tengok episode 59..

Okay post ni nak cerita pasal salah dengar. Perkataan baru, tapi seperti perkataan lama dalam kamus saya.

Scene 1; Sewaktu kuliah maghrib
Ustaz: Okay, tahu apa itu 'istighfar'?
Me: (confident) Tahuuuu...
Ustaz: Apa itu 'istighfar'?
Me: Astaghfirullah halazim... (tone medium ke slow)
Ustaz: Ia adalah membersihkan diri selepas hadas kecil/besar

And i'm just like "ohhh salah.....ustaz ni sebut apa sebenarnya?" tapi dalam hati la. Rupanya it's ISTINJA'. Ustaz kata Istinja' ni penting. Especially after urination la. Untuk yang akhi, kena lurutkan zakar dia about 3 times, untuk pastikan semua urine dah keluar. SUPAYA, tiada urine yang terkena pada pakaian, nanti tak boleh bawa ke solat.

Ustaz juga kata, everywhere you go, bawa kain pelekat sebagai backup! Mesti ada kain pelekat ni. Pastu ustaz juga cakap, seluar kalau tak bawa masuk toilet buang air lagi, it's okay. Tapi kalau sudah, better pakai kain pelekat untuk solat. Ustaz juga kata, MUST wear slipper dalam toilet.

Scene 2; Sewaktu kuliah maghrib juga..
Ustaz: Siapa tahu mukallaf tu apa?
Akhi: Seseorang yang baru masuk islam
Ustaz: Itu muallaf. Ini mukallaf (sambil mengeja dalam bahasa jawi)
Ustaz: Untuk jadi Muakkaf ni seseorang mesti ada tiga; Akal, Baligh & telah sampai dakwah Islam kepadanya "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah". Jika seseorang itu beriman dengan dakwah tersebut, maka ia dipanggil Muakkaf Muslim.

Lapangkan hati, bukakan minda, nanti kita dapat ilmu baru. Allah yang share kan dengan kita. Sweet kan? hehe. Alhamdulillah.

Ada apa-apa yang saya salah, boleh share.. Saya pun dengar je, tak buat selidik. Sebab excited sangat nak share dengan orang lain. Jzkk ;]

Tuesday, December 4, 2012

Precious day in Pilah #2

Assalamualaikum. Hai! Janji kena tunai. Hari-hari di Pilah kena di catit. Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk join Kuliah Maghrib. Dalam kuliah tu Ustaz cakap, "Hari-hari kita kena bersedekah, tak semestinya dalam bentuk wang ringgit, dari segi perbuatan, bantuan pun boleh". Ustaz ada juga cakap "Kita kena dekatkan diri dengan Al-Quran, sebab kalau tak Allah akan jauhkan hati kita dengan Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu kawan karib kita di akhirat kelak". Bila hati kita jauh dengan Al-Quran, bila kita nampak Al-Quran, "Oh... Al-Quran". Tak terdetik langsung dalam hati ni nak capai kitab suci tersebut.

Ustaz kata kita kena baca Al-Quran hari-hari. Make it as a routine. Ya Allah indahnya kalau kita dapat hafaz Al-Quran tu.. Bukan senang as you hafal buku biology. Once you buat 'tak senonoh', you will lose ayat-ayat yang you hafaz. Kita kena berdoa banyak-banyak dekat Allah, supaya di dekatkan hati kita dengan Al-Quran. InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal Alamin.

Oh and today, I have class at 2pm, tapi sebab kononnya nak tidur 15 minutes before Zuhur, tuptup, amek kauuuu 3jam! Mission failed! haha. Ini angkara diri yang dah bangun 15 minutes after tidur lalu rasa sekejap sangat, lalu snooze snooze snooze & ke laut. haha. Astaghfirullahalazim,

Emm what else for today.. Oh! I went to HEA (Hal Ehwal Akademik), pergi apply Mini Transcript. Sebab nak try apply-apply sana sini dulu, dorang minta transcript tu. Akak dekat HEA cakap, "Once dah minta, tak boleh apply lagi". And I freaked out! Yela, nanti habis part6, mesti la nak transcript kan.

Rupanya lepas dah teruskan sesi bertanya-tanya till faham, sebenarnya dia macam ni. MINI Transcript ni memang you boleh minta ONCE sahaja. If hilang ke apa, you tak boleh minta lagi. Yes if minta sekarang, ia till part5 sahaja lah. But! Don't worry. Akak tu kata, nanti lepas habis diploma, nak/dah graduate, OFFICIAL Academic Transcript akan diberikan. Hahhhhh Alhamdulillah! Punya la aku cuak mula-mula.

So I need to collect the mini transcript after 3 working days. Jadi hari isnin la kan? Kena jaga elok-elok ni. Laminate, pastu scan semua! ;]

Semalam tidur lewat, sebab rajin sangat pergi surf courses dekat Hotcourses.com.my, from there, pergi la universities punya website.. Macam-macam dah ada on my list sekarang. Alhamdulillah.

Ohhh and before I forget, Ustaz juga cakap "Kalau kita terima berita/benda yang baik, sebut Alhamdulillah. Kalau buruk, sebut Innalillahi wa innalillahi rojiuun"

Bangun pagi, minum air, lepas mandi, pakai baju, pakai kasut, lepas makan, semuaaaaaaaaa kena cakap Alhamdulillah. May Allah berkati segala usaha kita untuk bermujahadah ke jalan-Nya.

SENTIASA MAHMUDAH! Jazakumullahu Khairan Kathira

***************************UPDATED******************************

Wan & Opie treat me cream puffs & chocolate cake on the evening. Katanya BELATED Birthday. Awww so sweet la korang! Even dah lepas lama, still nak celeb. Thank you very much! Memang tak dapat kesan pun korang beli cake tu for me. haha. Kawan dunia & akhirat!

We shared the cream puffs & cake.. Alhamdulillah. Thank you Allah ;]

Friday, November 23, 2012

Solat Jenazah

Assalamualaikum. Harini, pagi-pagi lagi ada dengar announcement dari Masjid Ubudiah. Informing ada orang meninggal dunia malam tadi. Wanita.

"Nama ____, isteri kepada ____. Akan dimandikan dan dikafankan pada jam 11.00 pagi. Sesiapa yang nak menziarah, boleh datang ke lorong ___, nombor rumah____".

Innalillah wa inna lillahi rojiuun.

Setiap manusia akan kembali ke rahmatuallah one day. Kita kena sentiasa bersedia. It can be in another 1 second. "Setiap yang tua pernah melalui zaman muda. Tapi tak semua yang muda akan melalui masa tua".

I am still reading a book, tajuk dia Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat. Banyak sangat info baru yang Allah share with me through this book. Alhamdulillah. I need it. And I should share it with others. Because I want to go to Jannah tul Firdaus. And I want all of you untuk bersama-sama kita ke sana. InsyaAllah.

I am still learning. I am still doing mistakes. I am still not so solid. Every time I feel like I don't have the strength, I read "La hawla wala quwata illa billah". It means, There is no power nor strength but in Allah.

The evil/syaitoon laknatullah will always trying their best untuk jauhkan kita from Dia. Jauhkan kita from getting to The Jannah. And they always ganggu kita while kita solat. Dia goda kita, they make us berfikir tentang benda lain ketika dalam solat. Membuat kita tidak khusyuk.

Awak tahu tak, Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Mula-mula sesuatu yang dilenyapkan dari umat ini ialah khusyuk, sehingga kamu tidak lagi melihat di kalangan mereka seorang pun yang khusyuk".

Orang-orang yang khusyuk dalam solat ini, mereka akan mewarisi syurga Firdaus, yakni kekal di dalamnya. MashaAllah. Semoga kita semua dilindungi dari khusyuk yang munafik. Iaitu seseorang yang menperlihatkan tubuhnya seakan-akan khusyuk, padahal kalbunya tidak khusyuk sama sekali. Astaghfirullah halazim

And today, is the first time in my life, I join solat jenazah. Tak berniat pun. Tapi sebab Allah bring me to it. Alhamdulillah. Baru tahu tiada saf wujud untuk solat jenazah. Huu.. Selama ni I tried untuk elak membaca mengenai Solat Jenazah, sebab setiap kali terbaca tu, mesti waktu malam. HAHAHA.

Okay tu je. Jazzakumullahu Khairan Kathira ;]



Wednesday, November 14, 2012

Amalan Sunat Selepas Solat

Assalamualaikum. Ini yang saya dapat simpulkan selepas menonton 15 bahagian mengenai Amalan Sunat Selepas Solat dalam '30 Minit Ustaz Don'. Alhamdulillah.

Kalau saya ada salah mana-mana, tolong beritahu, boleh saya re-create balik, sebab ni pun buat dekat Photoscape. Kalau buat dekat Photoshop, boleh la edit. Huwhuw. Tapi tidak.. Saya buat ni sebab saya nak share dengan semua orang... Ilmu ni kena kongsi-kongsi. ;]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails