Saturday, March 16, 2013

Precious day in Pilah #22

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini diberi peluang untuk join Daurah. Apa itu daurah? It's like a seminar la. Tapi more to santai-santai sikit. Tak la formal. Tadi pun buat dekat rumah salah sorang brother IKRAM. Aku tak aspect aku akan sendiri hadir. Sebab hari-hari sebelum dan pagi itu juga, i felt malas nya nak pergi. TAPI! Satu je that kept me thinking, and reminding myself. "Faris, kau selalu bagi makan minda, lets bagi makan hati pula.. Dah lama hati kau berpuasa.."

Tadi perkongsian oleh Abang Abu Hanifah, more to Sirah kata Amin. Cerita pasal Dakwah Rabbani. Maksudnya, berdakwah yang menuju ke Allah. Baca (3:79). Kenapa kita buat dakwah? Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri buat dakwah. Dakwah ni dimana kita share-share ilmu. Dari situ kita dapat tarbiyah diri, topup iman kita, persediakan diri kita untuk apa-apa perjuangan akan datang. InsyaAllah.

Dakwah Rabbani ni ada prinsip. Prinsip yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Dakwah ni tak susah. Tak rigid. You can do anything, sharing moment secara langsung atau tidak terhadap seseorang or segerombolan. Contoh macam, Akhlak. Tunjukkan akhlak yang baik. Macam Rasulullah buat dulu. Dari Akhlak yang baik, orang lain boleh tergerak nak revert ke Islam. MashaAllah. Kuasa Allah semua tu.

Haritu pernah dengar dekat Ikim.fm, Ustaz tu cakap "Orang yang tahu, tak semestinya di sedar. Orang yang sedar, InsyaAllah dia tahu". Jadi, jangan assume kawan-kawan kita yang tahu hukum hakam tu sedar. Tanggungjawab kita, as a muslim. Saudara muslim. Mengingatkan satu sama lain. Kita yang dah sedar ni, kena selalu tarbiyah diri, kena selalu topup iman kita. Sebab Istiqamah ini tidak mudah. Ada sahaja possibility untuk kita jatuh semula.

"Buat segala apa yang kami mampu ke jalan Allah, ingatlah macam mana golongan emas (zaman Rasulullah serta Sahabat-sahabat) memperjuangkan Islam, menginfakkan harta ke jalan Allah. Niat Lillahi taala, harapkan redha Allah"

Read (3:146)

Lets keep on berdakwah, tarbiyah, sebab Allah dah janji Islam akan menang. Cuma tak tahu bila. Thus, kita kena keep on usaha. Eratkan ukhwah fillah. Moga kita semua sama-sama masuk Jannahtul Firdaus. InsyaAllah

"Jangan kita lihat orang setelah dia berjaya, sebaliknya, lihatlah macam mana susah payah yang dilalui sebelum dia berjaya"

Hubungan Allah kena KUAT, barulah hubungan dengan manusia kuat.

Ingatlah "Bila kita nak berubah ke arah kebaikkan, Allah akan hantar orang-orang yang baik mengelilingi kita". Alhamdulillah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails