Showing posts with label Project Final Semester. Show all posts
Showing posts with label Project Final Semester. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Unofficially done.

Assalamualaikum. Alhamdulillah! 10.35 a.m., we're done with our last final exam paper for Diploma. InsyaAllah. Alhamdulillah Alhamdulillah

Teringat waktu dalam Hall tadi, bila invigilator cakap "Anda dibenarkan keluar dewan", everybody stand up and "WOOOOOOOOOOOO!". It was like sorakan kemenangan. Ya Allah, tak sangka cepat masa berlalu. Dah habis diploma (insyaAllah).

Every single person started having tears in their eyes. Penuh Foyer Fakulti dengan student part6. Hugging, capturing pictures, mohon maaf sana sini, sebak semua. All in the mood! Sebaknya rasa. I nearly drop one. I decided untuk stay lama sikit dekat kolej. Because I hate leaving. I hate leaving others. For me, biarlah aku orang last balik. Aku nak tengok semua orang tinggalkan tapak UiTM Kuala Pilah (Beting) ni. Aku nak byebye korang. Fi Amaanillah!

T_T sedih. Sebak. 6 semesters we're in this, together! Kalau korang budak lepasan diploma, korang tahu rasa dia macam mana. Lepas ni, diverse. Akan diverse sangat. Tambah pula Diploma Sains. Degree boleh masuk apa-apa you want. Most of it la. I wish kita semua satu kampus lagi. But I know, it's impossible untuk semua se-campus. Kalau se-campus pun, belum tentu boleh selalu bertembung macam dekat Pilah ni.

Asal pun lain. Bukan semuanya duduk area KL, Selangor. There's Sarawak, JB, Johor, Melaka, Terengganu, Kedah, Perak, Kelantan, Kuantan..

Oh and, Awok. She gave me her Terjemahan yang saya pinjam semester ni. Awok kata dia ada lebih, ambil la. Uwuwuwu terima kasih Awok! Barakallahu fik.

Aku akan ingat korang semuaaaaaa sampai bila-bila! InsyaAllah. Kawan forever weh!

And to those yang masih ada papers, ALL THE BEST! All out! Keep calm, and finish your diploma! Hehe. I wish you all the best! Moga dipermudahkan. Jumpa korang lagi bila Allah said so. ;]

LOTS OF LOVE



Tuesday, April 2, 2013

Precious day in Pilah #25

Assalamualaikum. Hai! Two papers down, 1 to go!! Hoyeahhhh!

For the past few days, lot of memories has been made. With different peoples.. Orang yang sama pun ada. Staying at the faculty till late night with Farah, Farisa, Faiq. Study biology like crazy with help from Syaza, Izzaty, Si Unique Asmahan and Faiq dekat PTAR. Had a hi-tea with Hasreen. Tak la Hi-Tea mana.

It has been such a journey juga la aku nak settlekan paper biology tu. Asal baca je, tidur. Baca, tidur. And end up pagi tadi gelabah gila baru nak finalized everything, Alhamdulillah. Tak dapat jawab 100%, 80% pun dah good! I thank Allah most! Put your trust in Him. InsyaAllah everything will be smooth.

Oh and last night I met someone. Officially kenal la. Selama ni kenal-kenal gitu je. Senyum bila terserempak. Alhamdulillah. Allah led me to him. We shared stories, tanya soalan, berborak panjang la juga. 99% pasal Deen. It's fun knowing people & knowing your Deen!

Bila kita niat nak ber-hijrah, Allah will send good people surrounded you. Awesomee kan? Oh and I asked him, macam mana nak khusyuk solat. Frankly speaking, selalunya tengah-tengah solat, fikiran ke laut, kemudian "e'eh apa aku ni, solat solat". Thank Allah cuz you sedang solat ber-jemaah. Kira tak ada la terlupa/tertinggal apa-apa.

1. Selalu buat solat sunat sebelum & selepas
2. Selalu buat solat sunat taubat
3. Selalu buat solat sunat hajat

All these solat train kita, train mind kita untuk fokus. Dia macam kalau kita nak exam, kita kena buat latihan dulu. InsyaAllah boleh!

And last but not least, my mum, dad, kakak and my eldest brother went to Umrah last saturday (saturday baru lepas ni). Tak berkesempatan nak ikut hantar ke KLIA, sebab I have my first paper at 2 p.m. Alhamdulillah. Ayah ada text, dah sampai semua, and everything okay. I really hope moga pekerjaan Umrah mereka di terima Allah, moga mendapat keredhaan Allah, moga berjalan dengan smooth & moga selamat pulang ke tanah air semula. Aminn ;]



Thursday, March 21, 2013

Precious day in Pilah #24

Assalamualaikum. Last nightttttttt was awesome! Ya Allah. Alhamdulillah. Allah gave me chance untuk pergi Pre-Graduation Dinner. My first ever DINNER. Dulu waktu part1, tak dapat pun pergi Dinner Anugerah Dekan, sebab belum rezeki. Then waktu part3 pun not my rezeki untuk join Dinner Persatuan. Alhamdulillah rezeki dapat join dinner yang teramat lah precious.

MY pre-grad dinner. Rasa fun, rasa awesome, rasa best dapat dinner dengan kawan-kawan diploma yang dah 3 years bersama-sama mendaki.. Ya Allah harini pula my last class for Diploma, InsyaAllah. Rasa sedih la. Sedih sebab akan berpisah dengan semuaaaaaaaaaaa kawan-kawan. Kawan-kawan dah selama 6 semester ni, jumpa setiap semester, bertegur sapa, berborak gembira. =']

Thank youuuuu so much kawan-kawan! Thank you soooooo much Allah! Alhamdulillah. Sekarang ni tinggal work-hard-smart-super untuk final exam yang another seminggu ni. May Allah ease.

Akan rindu sangat semua. Kawan-kawan. Lecturers. Staffs. Cik Fara (hehe). UiTM Negeri Sembilan (Kampus Beting). Semualah! Seronok dapat bergambar dengan kawan-kawan malam semalam. Cuma kenapah aku tak ada ambil gambar dengan Mokhzani... Wehh mana kau wehhh... haha.

Now, i really-really-really want all thoseeeeeee photos yang entah siapa-siapa punya camera tah. Please. I want it all. Kenangan. Sepanjang diploma ni, I learnt so many things, luar dan dalam. Bersyukur ke hadrat ilahi sangat-sangat. Thank you Allah.


Oh and, pagi tadi was our presentation untuk Physics Final Project, and it went well. Alhamdulillah. Smooth. Simple. Madam pun tak berkerut-kerut. Alhamdulillah dipermudahkan.

Selalu pagi-pagi, kalau tak dapat solat dhuha, I will tend to baca Doa Solat Dhuha. Baca dalam tone UNIC bawa tu. Kalau tak ingat arab nya, baca la melayu nya. And everyday, before keluar rumah, baca "Bismillahi tawakal tu ala Allah, La hawla wala quwatta illa billah". Pastu bila masuk rumah, amalkan baca Surah Al-Ikhlas 3kali. Then before tidur, ambil wudu', baca Ayat Kursi, Dua kalimah Syahadah, 3 Qul. Kalau dekat rumah, before makayah or kita masuk tidur, salam cium mereka. ;]

Ini yang saya cuba untuk istiqamah buat everyday.. And I tries to ajak orang lain buat juga. Tapi tak ada la paksa. I just bagitahu, up to you nak buat ke tak. Amalan baik, I share. Buat dapat pahala, tak buat pun tak salah. Cuma recommended la untuk buat! Ohhh and! Not to forget! After solat, amalkanlah Sujud Syukur. ;] Kadang-kadang saya tak buat pun, sebab takut what will others think i'm doing kan

Sebenarnya! Ingatlah, "Jangan fikir apa yang orang fikir, tapi fikir apa yang Allah fikir". Itu la yang I keep on trying to utilize in myself. Masih belum 100% yakin. Astaghfirullahalazim..

Dan, not to forget brothers and sisters, Doa Qunut Nazilah. Orang kita ni, kalau benda dah teruk jadi viral semua baru nak baca doa Qunut Nazilah. Istiqamah la baca. Muslims all over the world, contoh Palestine tu, non-stop berjihad. Kita doakan lah untuk mereka. Everyday. Mana tahu pahala keep on mengalir je non-stop untuk kita nanti.. Wallahualam.


Sunday, March 17, 2013

Precious day in Pilah #23

Assalamualaikum. Pagi tadi I have Physics' Test. My very last physics paper untuk sepanjang diploma ni, InsyaAllah. Alhamdulillah, berkat doa mak serta bantuan dari Allah, boleh la juga jawab. Dan tidak rasa ralat. Walaupun study berselang-seli dengan layan internet sepanjang malam.

I am surely will miss Physics! Aww...

I thought hari ni sabtu, esok ahad. Esok is Isnin. I is so sad face. Literally. ;p

Habis test, stay library with my teammates untuk Final Project Physics, tinggal settlekan thesis & present hari khamis ni. May Allah ease, Aminn.. Saja nak attach gambar slides-in-the-making. Sleknya, muka Wan tak nampak pula. Tapi I won't letak gambar ni for REAL la. Saja nak tambah semangat sambil buat slides.. ;] Thank you mates!






















UPDATED.
Aku saja tunjuk zamir gambar tu, pasti dia kata cantik and rugi muka Wan tak nampak. Therefore, I decided, aku tampal jelah gambar Wan ni. But I'm not pro bab edit thingy, thus, it's obvious aku tampal gambar Wan tu. hahaha























Saturday, March 16, 2013

Precious day in Pilah #22

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini diberi peluang untuk join Daurah. Apa itu daurah? It's like a seminar la. Tapi more to santai-santai sikit. Tak la formal. Tadi pun buat dekat rumah salah sorang brother IKRAM. Aku tak aspect aku akan sendiri hadir. Sebab hari-hari sebelum dan pagi itu juga, i felt malas nya nak pergi. TAPI! Satu je that kept me thinking, and reminding myself. "Faris, kau selalu bagi makan minda, lets bagi makan hati pula.. Dah lama hati kau berpuasa.."

Tadi perkongsian oleh Abang Abu Hanifah, more to Sirah kata Amin. Cerita pasal Dakwah Rabbani. Maksudnya, berdakwah yang menuju ke Allah. Baca (3:79). Kenapa kita buat dakwah? Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri buat dakwah. Dakwah ni dimana kita share-share ilmu. Dari situ kita dapat tarbiyah diri, topup iman kita, persediakan diri kita untuk apa-apa perjuangan akan datang. InsyaAllah.

Dakwah Rabbani ni ada prinsip. Prinsip yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Dakwah ni tak susah. Tak rigid. You can do anything, sharing moment secara langsung atau tidak terhadap seseorang or segerombolan. Contoh macam, Akhlak. Tunjukkan akhlak yang baik. Macam Rasulullah buat dulu. Dari Akhlak yang baik, orang lain boleh tergerak nak revert ke Islam. MashaAllah. Kuasa Allah semua tu.

Haritu pernah dengar dekat Ikim.fm, Ustaz tu cakap "Orang yang tahu, tak semestinya di sedar. Orang yang sedar, InsyaAllah dia tahu". Jadi, jangan assume kawan-kawan kita yang tahu hukum hakam tu sedar. Tanggungjawab kita, as a muslim. Saudara muslim. Mengingatkan satu sama lain. Kita yang dah sedar ni, kena selalu tarbiyah diri, kena selalu topup iman kita. Sebab Istiqamah ini tidak mudah. Ada sahaja possibility untuk kita jatuh semula.

"Buat segala apa yang kami mampu ke jalan Allah, ingatlah macam mana golongan emas (zaman Rasulullah serta Sahabat-sahabat) memperjuangkan Islam, menginfakkan harta ke jalan Allah. Niat Lillahi taala, harapkan redha Allah"

Read (3:146)

Lets keep on berdakwah, tarbiyah, sebab Allah dah janji Islam akan menang. Cuma tak tahu bila. Thus, kita kena keep on usaha. Eratkan ukhwah fillah. Moga kita semua sama-sama masuk Jannahtul Firdaus. InsyaAllah

"Jangan kita lihat orang setelah dia berjaya, sebaliknya, lihatlah macam mana susah payah yang dilalui sebelum dia berjaya"

Hubungan Allah kena KUAT, barulah hubungan dengan manusia kuat.

Ingatlah "Bila kita nak berubah ke arah kebaikkan, Allah akan hantar orang-orang yang baik mengelilingi kita". Alhamdulillah.


Tuesday, March 12, 2013

Precious day in Pilah #21

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi tadi was my last day masuk Laboratory, pakai lab coat semua. LAST weh. Lasttttt InsyaAllah...

And I met NEKO Nara waktu masuk library tadi, and I met Ain Rais dan Faya Hamdan. Masuk library sebenarnya nak siapkan kerja sikit, tapi tahu la, bila jumpa kawan yang dah lama tak jumpa dan akan sukar lagi nak jumpa selalu like always terserempak dalam kampus, aku rela spend time dengan mereka-mereka-mereka dari buat kerja.

You know, tinggal few days je lagi duduk dengan dorang. For yang dah habis praktikal pulak, habis presentation, ramai chow dah. Lagi lah kan. So bila ada chance datang for me to sit back and enjoy every moment yang ada, I WON'T LET IT GO. And I thank you Allah banyak-banyak sebab gave me segala nikmat ni. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ate lunch with Ain and Faya. Took some photos using my UWS. Tak ada smartphone, UWS pun awesome! Thank you Faya Ain for lunch today! ;]


Monday, March 11, 2013

Precious day in Pilah #20

Assalamualaikum.


Harini precious sebab malam tadi we went for a dinner. Six of us. Bertemu, gather kembali, dan taktahu when akan jumpa lagi. Last dinner ber-6 di Kuala Pilah. Semuaaaaa duduk area-area Selangor, KL.. But it doesn't mean we can meet always.. Mesti ada kekangan sana sini,..

Korang! Shah, Zamir, Wan, Opie, Niyah! Thank you for tonight! I decided to be silent the whole night, bukan apa, saja, nak enjoy every bit of the memories.. Seronok dengar korang berborak, bernyanyi dalam kereta, bergurau senda semua. It is fun! So much fun! Alhamdulillah Allah kurniakan korang jadi my friends.. Almost 3 years kita kenal, kita berkawan di UiTM Kuala Pilah, Beting sepanjang mengaji diploma.. Banyak dah memories telah tercipta. Moga kita meet again next time, InsyaAllah ;]

And to all my part6-diploma-science-mates sekalian! All the best okayyy untuk final exam ni! InsyaAllah nanti kita Grad sama-sama tauu! Aminnn Ya Rabbal Al Amin....


Precious day in Pilah #19


Assalamualaikum

Hai! It supposed to be DAYS. Precious DAYS in Pilah. Since khamis yang lepas lagi. Why? Sebab budak-budak praktikal start balik Pilah semula, untuk hantar report and buat Presentation.

Alhamdulillah... dapat jumpa mereka-mereka kembali. Thank you korang sebab balik jumpa kami. Happy-nya wehhhh, jalan3, jumpa budak batch part6! Starts with budak tekstile, then microbs, ladang.. tinggal budak foodtech je tak balik-balik lagi. Ibarat macam 'Sirih Pulang ke Ganggang'. Sebaknya kena say 'Fi Amaanillah' dah.. Entah bila akan kita ketemu lagi kan

Part6 tinggal budak Diploma Sains je tak habis belajar lagi sebab kami ada Final Exam. Ghaaaa serius akan rinduuu sangat3 semua budak diploma 3rd batch UiTM Kuala Pilah. Lotssss of looooooveee~


Saturday, March 2, 2013

Precious day in Pilah #18


Assalamualaikum. 

Harini best! Ada 'Finishing School Module'. Modul paling best sepanjang diploma ni! Tambah pulak dapat fasilitator, Cik Fara, Alhamdulillah. Awesomeee!

Tadi belajar preparing diri untuk kerja. So ada belajar buat resume, belajar macam mana nak jual diri you to company. Oh and, goshhh ada Mock-Interview! Memang la mock je, tapi sumpah terketar-ketar gila. Tremor + Nervous = Trevoussssss. Siap aku terbuat muka cuak lagi lepas habis jawab soalan.

Hah. Apapun, thank you Cik Fara, thank you UiTM sebab preparing us untuk ni semua & provided us knowledge untuk face kerjaya-life. Alhamdulillah ;]

"Dah final semester ni, make sure awak ALL OUT! Sebab kalau tak nanti, awak rasa fatal. Awak boleh buat sebenarnya, tapi tak buat sehabis baik"

At the end of the modul, Cik Fara cakap "Part-6, dah nak grad dah awak. Awak grad, saya pun nak pindah dah. Saya bertukar ke Jengka, atas sebab keluarga. Mak saya sakit, jadi saya nak duduk dekat dengan mak saya. Jadi kita sama-sama BYE-BYE BETING"

"InsyaAllah, awak konvo nanti, saya datang!" (sebak lah waktu dengar ayat ni..)

Terima kasih Cik Fara for everything! Dari saya part-2, dari saya start join program, Cik Fara, Miss Su, banyak membantu. Miss Su dah pindah, Cik Fara pun dah nak pindah. ;'] Will miss moment-moment join programs semua.. 

Terharu Cik Fara ingat nama saya walaupun dulu waktu program, saya budak biasa-biasa je. 

28days left kawan-kawan! ALL-OUT okayyy! #pesanankhasbuatdirisendiri


Thursday, February 21, 2013

Precious day in Pilah #17

Assalamualaikum. Heyhoo! Okay, hari-hari precious, cuma harini extra precious. Sebab harini birthday Zamir Aliff! Wan & Opie ada MUET harini, dorang kan perempuan, jadi, memang ada aje lah masa nak buat kek-cepat or apa-apa yang boleh untuk celebrate ala kadar. 

So they both did a cake named, Polomiloreobury. Haha. Sedappppp! Unexpected! haha. So itu on the evening. Zamir's birthday will be the last Birthday yang dapat disambut bersama- sama before habis Diploma ni. Ghuuuu terima kasih teman-teman! Thank you Allah for everything! Alhamdulillah. And my quiz went well, Alhamdulillah.

 On the night, lepas isyak tu makan dengan Faiq, habis tu lepak di pondok borak-borak, then Aifa lalu, We say Hiiiiiiiiiiii! From there, borak macam- macam! Lamaaa sangat tak jumpa Aifa. So i took this chance untuk update la pasal masing-masing. I felt happy gila sebab dapat spend time dengan kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa. Eventhough i have two tests for tomorrow, aku tak sedikit pun tak rasa menyesal lepak dengan korang tadi!

 Dua tiga menjak since dah tinggal lagi beberapa hari je nak habis diploma ni. Aku lebih suka spend time dengan kawan- kawan, lebih suka buat something yang sendiri rasa happy. Walaupun kalau selak tirai tu, banyak je bangunan runtuh, goyang. haha. Tapi Takpe! Itu masalah aku. Aku pun tak berapa serabut sangat, jadi korang tak perlu risau. I'm fine. InsyaAllah. ;]

 "Allah tempat meminta segala sesuatu" (al-Ikhlas: 2)

 Selalu teringat kata-kata Prof.Dr.Muhaya, "Orang minda besar, masalah jadi kecil". So I really want to be orang yang minda besar! If rasa tak larat gila nak jalan, rasa tak boleh buat, rasa masalah membesar, rasa macam nak mengadu-ngadu, turn to Allah. He always there. Serius! May Allah ease our urusan. InsyaAllah 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah daripada Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan, maka kepada-Nyalah kamu meraung meminta pertolongan" (an-Nahl: 53)

 "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (al-Fatihah: 5)


Thursday, February 14, 2013

59 days to go..

Assalamualaikum. Yeahh lagi 59 hari lagi nak habis diploma. Dan lagi 37 days lagi nak final exam. Gila tak weh! Gila weh... Aku ni macam terkapai-kapai lagi ke apa.. Takpe faris! Usaha! Final semester ni! Harus semangat!!!

Project "Precious day in Pilah" tu baru berapa belas isu.. Hadoi. Ni masih tengah cuti, kena pulun habis-habisan. Lepas ni tak ada cuti dah. Ghaaaaaaa. Akan rindu zaman diploma.. Sangat-sangat! Alhamdulillah dapat lalui hidup sebagai seorang pelajar diploma. Sangat awesome! Sangat cool! Sangat precious! ;]


Tuesday, January 29, 2013

Precious day in Pilah #16

Assalamualaikum. Hai! Arrived at Pilah petang tadi, stay rumah sewa Zamir sekejap, then off to lab biology, 4-6pm. On the night, we continued our physics project dekat atas pentas dataran. Zamir, si Chef, brought along spaghetti. SANGAT SEDAPPP! Alhamdulillah. ;]


Thursday, January 10, 2013

Precious day in Pilah #14

Assalamualaikum. Hari ni hari ke-4 aku keep on surfing/searching for a Bachelor Degree program. Dari abroad ke local.. And I decided untuk stay local. Even nak gilaaaaa pergi abroad (seperti anda lihat di side bar kanan ni ada mention.haha). Hmm, for me, memandangkan my CGPA not that awesomeee! Cuma average. Jadi, kebarangkalian untuk guna duit PAMA (parents) yang banyak tu ada! Dengan IELTS yang kena bayar RM650 tu. Haih.

Besides, health sciences punya Fees mahal. Kalau dekat local dah harga begitu, yang abroad lagi la BEGITU. hahaha. UK & US tu boleh byebye awal-awal la, sebab mahal. Kalau you betul-betul ada keen nak ke sana, boleh je minta pinjaman MARA or etc...

New Zealand landscape scenery dia best! Yuran cheaper la dari Australia. Kira macam ni, NZ < Australia < UK&US. Oh, and yuran pengajian di Turkey pun murah bebanding others!

Okay macam ni, ada banyakkkk je ways nak pergi abroad. Tapi sebab I don't know nak sambung apa secara confirmed-nya. Kalau nak pergi abroad, choose program yang Malaysia not good at. Maksudnya kalau Radiography tu, tak perlu la pergi overseas, dekat Malaysia ni pun dah ada yang bagus-bagus!

Sekarang ni tengah google, mencari program yang suit me dari IPTA ke IPTA di Malaysia ni... Pening tahu tak. Penat nak cari yang best-fit. Phiuww... Sekarang ni, trending dikalangan kami student part6 bila berjumpa sesama sendiri, "Nanti nak sambung apa degree?".

Tidur ke mana, study ke mana, test&quiz ke mana..

Kena buat solat istikharah, May Allah ease. Aminnn ;]



Saturday, January 5, 2013

Precious day in Pilah #13

Assalamualaikum! Harini, seperti yang telah di-niat, tapi ia terjadi dalam keadaan tidak sedar. Kira tak sabotage la. I over slept till 10am. Jadi, tak pergi la main Galah Panjang tu. My phone pun tak ada orang called or message pasal Sukan Rakyat tu. So okay lah! haha

After Zuhur harini, saya, Wan dan Zamir went to Kedai Hardware, Bengkel kereta, Kedai Runcit sebab nak cari bahan-bahan yang kami perlukan untuk Project Physics kami. Alhamdulillah, berjaya la jumpa egg-cartons yang dijual murah sangat3! Dan kotak, dan siap dapat free cushion kereta from bengkel lagi! Baik uncle tu!

After Asar, we'olls start bertukang di belakang Kolej Sri Pilahs.. Buka cushion kereta, ambil foam dia sahaja.. potong kotak, measure sikit-sikit. Sampai kalau orang tengok, kami ni macam buka bengkel pula dekat atas jalan belakang kolej tu. Juniors lalu lalang pun dengan muka yang penuh tanda tanya.. hahaha

I had fun today! Will remember lah semua kenangan manis ni! Thank you Allah! Alhamdulillah. ;]

Precious day in Pilah #12


Assalamualikum! Selamat pagi! So few days ago, hari rabu malam, my blok buat perjumpaan dekat bawah blok. Ada bacaan Yassin sebab ada kes kecurian laptop again. Okay aside from that, MT blok bagi talk sikit pasal aktiviti oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Nama event ni Variation of Intelligence (VOICE). So ada la game indoor&outdoor yang every blok kena hantar wakil.

So disebabkan I'm on my last semester here, nak la masuk apa-apa kan! Aku orang first isi borang untuk Sukan Rakyat. Saya masuk Galah Panjang. Lama tak main Galah Panjang. And the game is tomorrow morning! Ada perarakan bagai, which I LOVE la kawad-kawad ni. haha.

Okay, so memandangkan it is tomorrow, ada la banyak dinosaurs in my tummy. Terus macam-macam rasa, rasa macam tak nak muncul la esok, takut la pulak. Sebabnya kalau selalu main dengan cousins or friends. Ini main for blok. Haruslah lelaki-lelaki lain akan lebih bersemangat kan. Wakil blok! While me, I just nak having fun. Plus, segan.

Haritu punyaaa la excited nak masuk la, saja nak challenge diri la. Tuptup, bila another hours je lagi, teruss rasa nak duduk dalam bilik je for the whole day. Yang MT blok yang uruskan benda ni pun tak contact apa. Tak bagitahu pun esok pakai baju warna apa ke, tunggu dekat mana ke, gerak saing ke.. etc.. Hmm mungkin sebab dia budak baru kut, tak tahu yang dia kena ambil berat pasal benda tu..

Okay on top of others, today is Wan Sharifuddin Birthdayyy (according to Gregorian calendar)!! Wan ni merupakan my friend since tadika. Best la ada kawan macam dia! Borak pun okay, cerita problem pun okay, semua okay. Alhamdulillah. Bersyukur sangat ada kawan macam dia! Terima kasih sebab called aku tadi! It has been a year since kita last jumpa/borak. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur & beri rezeki lagi..

Sekarang ni I have 3 orang kawan yang saya panggil dia WAN. 1. Wan Sharifuddin (kawan since tadika), 2. Wan Noraishah (kawan since sekolah rendah), 3. Wan Nur Adilah (kawan since masuk diploma). ;]


Thursday, January 3, 2013

A day!

Assalamualaikum. At 9.14 A.M., I received a text message from a friend, schoolmate/classmate/coursemate/campusmate, Hasreenajua A.Rahman, informing me about her father. He passed away this morning around 7 a.m. Innalillahi wa innalillahi rojiuun.. Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman & moga dilindungi dari azab kubur & semoga ahli keluarga tabah dan redha atas pemergiannya..

Saya pun terus bangun segar! Terus forward message tu dekat kawan-kawan sekolah, uitm yang kenal dia. Kebetulan laptop terbuka, terus buka facebook, update di sana.

Chat with my classmates, Wan & Zahidah, yang merangkap kawan Hasreen juga.. We decided untuk pergi ziarah. Alhamdulillah harini ada kelas tutorial 1jam je, dah called lecturer minta kebenaran, dia kata okay. Alhamdulillah. So, ajak Zamir shoot ke Ampang around 11.50 a.m. macam tu..

We stayed at the Mosque till habis solat jenazah. Jenazah dikebumikan after asar, around 5.10pm.. On our way back to Pilah, singgah di Leisure Mall, makan & solat jamak di sana.

Sepanjang harini, I experienced satu hari yang penuh dengan input dan iktibar. Alhamdulillah. Sepanjang dalam kereta pergi-balik, waktu makan, kami non-stop berbincang secara random & relax mengenai agama, sekeliling, further study.. MashaAllah. Kira masa kami dipenuhi dengan aktiviti yang sihat dan mengembangkan minda. Alhamdulillah! Tak rasa macam wasted pun. Seharian berjalan ber-4.

I had a great & wonderful day today! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Allah! ;]


Friday, December 14, 2012

Precious day in Pilah #11

Assalamualikum. Harini (tengok tarikh di atas) tak ada kelas, yang ada cuma photo-shoot kelas. Semester akhir, gambar terakhir bersama kawan-kawan Diploma Sains, AS120 6E2. Terima kasih semua kerana hadir! Akan rinduuuuu semua... ;]



Thursday, December 13, 2012

Precious day in Pilah #10

Assalamualaikum. Hai! So today I learned something new in Physics' class. Not really new la, tapi knowledge yang selama ni pandang sekilas je. Do you know that fossil fuel itu terbentuk after 300 millions years? Yes it is. Ia terbentuk hasil dari sisa-sisa kehidupan terdahulu serta geseran dan tekanan di bawah dari dasar laut, maka terjadilah coal/petroluem tersebut. Oleh kerana itu, ia adalah non-renewable energy. Jadi, jangan membazir! Bila dah habis, you need to wait for another 300 millions years, haa mampu? haha. Demand for oil & gas makin meningkat hari by hari, tahun by tahun. Anda rasa berapa lama je natural energy dekat bawah tu mampu bertahan?

Coal akan mengeluarkan carbon, nitrogen, sulphur (not good) dalam quantity yang tak best. Berbeza pula kalau guna nuclear energy, nuclear energy tak keluarkan those chemical yang tak bagus, tapi a bit risky la guna nuclear. Nuclear berasal dari Uranium. Ia kemudian dipecah-pecahkan untuk jadi benda lain. Sangat banyak kegunaan dia. Do you know 1 pound of Uranium = 1 million gallons of gasoline. Nuclear energy ni pula boleh di-reuse and reuse banyak kali. Waste dia pun masih boleh diguna lagi. Sampai ke tahap yang tak boleh dah, ia akan di-store dalam bentuk yang tak boleh decay/radiate.

Nuclear ada radiation. Radiation ni everywhere & everyday kita ter-exposed dengan ia, phone/lampu/kereta/laptop/dll. Cuma dalam quantity yang sikit. Secara purata, seorang manusia akan kena sebanyak 360 milirem radiation setahun. Tapi kalau smokers, 360 + 280 milirem setahun, sebab mereka sedut radiation straight dari cigarette tu. Masih mahu smoke?

Bahaya ya kalau kita exposed dekat radiation dalam quantity yang banyak, it can cause several types of diseases. Dia ada ranking berapa banyak Grey (unit untuk radiation dose) will cause you jadi apa.. boleh google. Pinjam laptop kamarul, broadband dia slow sikit, tak dapat nak attach.

Tonight I stay dekat rumah sewa Zamir/Kamarul/Arul. Saja datang, ziarah.

Tazkirah maghrib semalam, Ustaz cakap, "Close your eyes and imagine darkness without any source of light? Then can you imagine there is no darkness nor light?.. So, how can you imagine how the Creator looks like?"

Renung-renungkan dan mari kita beriman dengan Dakwah Islam ;]
Jazakumullahu Khairan Kathira

Wednesday, December 12, 2012

Precious day in Pilah #9

Assalamualaikum. Hai! Sempat lagi ni untuk hari ni. Ada lagi 15 minit. Haha. Alhamdulillah, dapat terus update hari-hari.

Finally........! I met my housemates.... Rupanya wujud dorang ni. Haha. Mereka ni duduk rumah sewa, bilik dekat kolej ni jadi macam tempat persinggahan la & tempat untuk stay during the final exam period. Alhamdulillah, boleh berborak la dengan dorang ni. Cuma salah sorang dalam sesuatu bilik tu mesti ada yang jenis tak bercakap sangat.

In our house ni ada 3 bilik. Satu bilik 2 katil. Jadi sekarang ni bilik 1st, both budak Bisnes. Baru saya tahu WUJUD weh part-5 Diploma Business Studies dekat pilah ni. Tak pernah tahu langsung sebelum ni! Agaknya dorang ni beberapa kerat je kut, tu yang tak perasan langsung. Both my housemate yang budak bisnes ni SUPER-rajin! Pembersih juga!

Semalam balik dari AGM society, rumah terasa macam bersih gila, lantai licin semua. Rupanya dorang ni bawa mop semua semata-mata nak bersihkan rumah ni. Baiklah korang! Kalau aku ada, boleh aku tolong-tolong sikit.. (rasa bersalah pula tak tolong pape)

2nd room, both budak Diploma Microbiology, part-4. Sorang tu pendiam sungguh. Yang sorang rasa okay la, I've met him once last semester, dia datang bilik, dia kenal my ex-roomate, Safwan, yang dah habis diploma tu. huhu.. Roomate yang sekepala habis!

Our RT tak ada orang pun. Jadi dalam rumah ni 6 orang je la. Tapi yang full-time duduk kolej, 2 orang.

InsyaAllah, nanti lama-lama mula la rapat dengan serumah. Kalau tak rapat gila pun, at least boleh la berborak bicara. Walaupun kosong. ;]

Tuesday, December 11, 2012

Precious day in Pilah #8

Assalamualaikum. Hai! So I owe myself 4 entries. Sebab at least sehari satu entry. Tapi dah skipped sampai la harini. So basically my weekends tak buat apa-apa, sebab tu tak tahu nak update apa. Ini satu kerugian la, sebab tak optimized kan masa yang ada.. Sepatutnya nak jogging with friends on saturday morning, tapi erk iek ork, saya tertidur & malas nak bangun bila dikejut. So they canceled it. =.=' baru berangan nak capture moment pagi di Pilah.

Okay next on Sunday night, ada meeting pertama secara live with committee yang terlibat for a Talk bersama Prof.Ramlan mengenai Program Dana Kecemerlangan Perubatan UiTM-UNHAS. Disebabkan most of the committee tu adalah part6, so we did borak-borak mengenai pathway untuk further degree sana sini, kena buat apa, kalau nak further abroad macam mana, IELTS.. So those yang ada pengalaman tu shared their experiences. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. ;]

Monday morning masuk Lab Instrument. Instrument apa? Instrument untuk analysis. My group main dengan FTIR (fourier transform infrared spectroscopy). Haha boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. But instrument dia lebih alaf baru la! Kalau google gambar FTIR ni, itu yang jenis besar gabak punya. Yang kami guna ni telah di-compact kan. Awesome kan uitm kuala pilah ni! Semua barang-barang dia semua yang berteknologi tinggi! Alhamdulillah.

Today, kelas lecture for Instrument. Saya pernah baca, ia cakap "Kalau kita solat subuh, hari kita akan dimulakan dengan something yang AWESOME!" Dan yes! Alhamdulillah, Ya Allah bersyukur sangat! Walau aku antara orang yang lambat masuk kelas, lambat 5 minit. Bila start kelas, saya rasa sangat bestttttt! Sebab subject tu ada calculation! And calculation tu dah pernah guna last sem, dalam subject Modern Physics. Terusss bersemangat! (Thank you Ya Rabb!)

Tapi taktahu la calculation ada hanya pada bab tu je. BOO.

Last but not least, harini Birthday my sister, kalau ikut calendar Inggeris ni la. HAPPY BIRTHDAY Akak!! Rasanya tahun ni tahun ke-2 saya tak dapat join family celebrate birthday kakak dekat rumah. Next year, InsyaAllah! Jadi ayah posted gambar cake kakak je di FB, buat saya terliuq. Yumm


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails