Showing posts with label sweet. Show all posts
Showing posts with label sweet. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Precious day in Pilah #21

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi tadi was my last day masuk Laboratory, pakai lab coat semua. LAST weh. Lasttttt InsyaAllah...

And I met NEKO Nara waktu masuk library tadi, and I met Ain Rais dan Faya Hamdan. Masuk library sebenarnya nak siapkan kerja sikit, tapi tahu la, bila jumpa kawan yang dah lama tak jumpa dan akan sukar lagi nak jumpa selalu like always terserempak dalam kampus, aku rela spend time dengan mereka-mereka-mereka dari buat kerja.

You know, tinggal few days je lagi duduk dengan dorang. For yang dah habis praktikal pulak, habis presentation, ramai chow dah. Lagi lah kan. So bila ada chance datang for me to sit back and enjoy every moment yang ada, I WON'T LET IT GO. And I thank you Allah banyak-banyak sebab gave me segala nikmat ni. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ate lunch with Ain and Faya. Took some photos using my UWS. Tak ada smartphone, UWS pun awesome! Thank you Faya Ain for lunch today! ;]


Thursday, December 13, 2012

Precious day in Pilah #10

Assalamualaikum. Hai! So today I learned something new in Physics' class. Not really new la, tapi knowledge yang selama ni pandang sekilas je. Do you know that fossil fuel itu terbentuk after 300 millions years? Yes it is. Ia terbentuk hasil dari sisa-sisa kehidupan terdahulu serta geseran dan tekanan di bawah dari dasar laut, maka terjadilah coal/petroluem tersebut. Oleh kerana itu, ia adalah non-renewable energy. Jadi, jangan membazir! Bila dah habis, you need to wait for another 300 millions years, haa mampu? haha. Demand for oil & gas makin meningkat hari by hari, tahun by tahun. Anda rasa berapa lama je natural energy dekat bawah tu mampu bertahan?

Coal akan mengeluarkan carbon, nitrogen, sulphur (not good) dalam quantity yang tak best. Berbeza pula kalau guna nuclear energy, nuclear energy tak keluarkan those chemical yang tak bagus, tapi a bit risky la guna nuclear. Nuclear berasal dari Uranium. Ia kemudian dipecah-pecahkan untuk jadi benda lain. Sangat banyak kegunaan dia. Do you know 1 pound of Uranium = 1 million gallons of gasoline. Nuclear energy ni pula boleh di-reuse and reuse banyak kali. Waste dia pun masih boleh diguna lagi. Sampai ke tahap yang tak boleh dah, ia akan di-store dalam bentuk yang tak boleh decay/radiate.

Nuclear ada radiation. Radiation ni everywhere & everyday kita ter-exposed dengan ia, phone/lampu/kereta/laptop/dll. Cuma dalam quantity yang sikit. Secara purata, seorang manusia akan kena sebanyak 360 milirem radiation setahun. Tapi kalau smokers, 360 + 280 milirem setahun, sebab mereka sedut radiation straight dari cigarette tu. Masih mahu smoke?

Bahaya ya kalau kita exposed dekat radiation dalam quantity yang banyak, it can cause several types of diseases. Dia ada ranking berapa banyak Grey (unit untuk radiation dose) will cause you jadi apa.. boleh google. Pinjam laptop kamarul, broadband dia slow sikit, tak dapat nak attach.

Tonight I stay dekat rumah sewa Zamir/Kamarul/Arul. Saja datang, ziarah.

Tazkirah maghrib semalam, Ustaz cakap, "Close your eyes and imagine darkness without any source of light? Then can you imagine there is no darkness nor light?.. So, how can you imagine how the Creator looks like?"

Renung-renungkan dan mari kita beriman dengan Dakwah Islam ;]
Jazakumullahu Khairan Kathira

Wednesday, December 5, 2012

Precious day in Pilah #4

Assalamualaikum ya akhi & ya ukhti! hehe.

Okay what I did today was basically pergi kelas at 10 a.m., jumpa classmates lama, lecturer masuk, introduce herself & little bit about Inorganic Chemistry (IC) that we will learn with her this semester. Dalam kelas tu ada sorang senior yang repeating, scary tak? hahaha.

Subject ni senior-senior kita-orang semua ambil waktu part6. BUT, code mereka adalah CHM360. And our's, batch yang seakan tikus-eksperimentasi, mereka upgrade jadi CHM361. Yesssss beza dia 1 sahaja! TETAPI, hahaha, mosttttt of the content berbeza. It's a new code. Therefore tak ada pastyears. And I was like, haaaaaaa? whyyy? "WAIT! entirely berbeza sangat or masih boleh guna notes/slides dorang?" and the lecturer cakap "Mostly berbeza, yang sama pun sikit-skit". Nasib badan.

Katanya those yang ambil CHM360, they had difficulties bila masuk degree nanti. Sebab tak sama content dia. So, yang CHM361 ni nanti, tak ada lagi difficulties sebab ia 'ngam' la dengan degree punya. Haha.

After class, I ikut Zamir balik rumah sewa dorang, jumpa Kamarul & Arul. Aaaaa lamanya tak jumpa! Bilik master bedroom dorang dah macam kapal pecah dah. Air non-stop turun dari atap. Tambah-tambah lagi musim hujan ni. All their stuff semua berkulat sebab lembab sebulan since they left the house for semester break. Musibah kan. Innalillahi wa innalillahi rojiuun. Kesian dekat Kamarul la sebab buku-buku dia palinggg banyak terkena kesan nya.. I told them, if nak stay, minta aunty tu discount la sewa rumah. Not fair kan tak boleh guna 1bedroom yang boleh muat 3orang.

Then we went for lunch dekat Kak Lang Di Rimba. We met Syu yang sepanjang sem lepas tak jumpa. Sebab dia bercuti satu semester, operation. Sekali dengan Syu, ada Ila & Kay. Alhamdulillah, sedap sekali-sekala makan dekat luar ni. Thank you Zamir sebab rajin bawa aku keluar! ;]

At 2 p.m. ada kelas Biological Diversity, guess what? Pergi tanpa tahu di mana kelas. They I called a friend, and she said "Kelas tak ada la, lecturer ada meeting" and we were like, "Ohkay...nak buat apa ni, jom lepak onestop". We chitchat dekat bakery, sambil jumpa-jumpa kawan-kawan yang lalu lalang. It's a good day la! I am glad that I'm living it. hehe

Tonight ada meeting, so early kan involve with meeting ni. Meeting with Society of Science (SCISIS). It's between Class Representative (Class Rep.) dengan persatuan Diploma in Science ni. Ai class rep, ahahaha abestu dah ada 3 orang je guys dalam kelas tu, sorang nak fokus study, sorang baru letak jawatan dari badan tertinggi (nak kasi dia relax pula, so biarlah I.hehe).

Jzkk



Tuesday, December 4, 2012

Precious day in Pilah #2

Assalamualaikum. Hai! Janji kena tunai. Hari-hari di Pilah kena di catit. Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk join Kuliah Maghrib. Dalam kuliah tu Ustaz cakap, "Hari-hari kita kena bersedekah, tak semestinya dalam bentuk wang ringgit, dari segi perbuatan, bantuan pun boleh". Ustaz ada juga cakap "Kita kena dekatkan diri dengan Al-Quran, sebab kalau tak Allah akan jauhkan hati kita dengan Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu kawan karib kita di akhirat kelak". Bila hati kita jauh dengan Al-Quran, bila kita nampak Al-Quran, "Oh... Al-Quran". Tak terdetik langsung dalam hati ni nak capai kitab suci tersebut.

Ustaz kata kita kena baca Al-Quran hari-hari. Make it as a routine. Ya Allah indahnya kalau kita dapat hafaz Al-Quran tu.. Bukan senang as you hafal buku biology. Once you buat 'tak senonoh', you will lose ayat-ayat yang you hafaz. Kita kena berdoa banyak-banyak dekat Allah, supaya di dekatkan hati kita dengan Al-Quran. InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal Alamin.

Oh and today, I have class at 2pm, tapi sebab kononnya nak tidur 15 minutes before Zuhur, tuptup, amek kauuuu 3jam! Mission failed! haha. Ini angkara diri yang dah bangun 15 minutes after tidur lalu rasa sekejap sangat, lalu snooze snooze snooze & ke laut. haha. Astaghfirullahalazim,

Emm what else for today.. Oh! I went to HEA (Hal Ehwal Akademik), pergi apply Mini Transcript. Sebab nak try apply-apply sana sini dulu, dorang minta transcript tu. Akak dekat HEA cakap, "Once dah minta, tak boleh apply lagi". And I freaked out! Yela, nanti habis part6, mesti la nak transcript kan.

Rupanya lepas dah teruskan sesi bertanya-tanya till faham, sebenarnya dia macam ni. MINI Transcript ni memang you boleh minta ONCE sahaja. If hilang ke apa, you tak boleh minta lagi. Yes if minta sekarang, ia till part5 sahaja lah. But! Don't worry. Akak tu kata, nanti lepas habis diploma, nak/dah graduate, OFFICIAL Academic Transcript akan diberikan. Hahhhhh Alhamdulillah! Punya la aku cuak mula-mula.

So I need to collect the mini transcript after 3 working days. Jadi hari isnin la kan? Kena jaga elok-elok ni. Laminate, pastu scan semua! ;]

Semalam tidur lewat, sebab rajin sangat pergi surf courses dekat Hotcourses.com.my, from there, pergi la universities punya website.. Macam-macam dah ada on my list sekarang. Alhamdulillah.

Ohhh and before I forget, Ustaz juga cakap "Kalau kita terima berita/benda yang baik, sebut Alhamdulillah. Kalau buruk, sebut Innalillahi wa innalillahi rojiuun"

Bangun pagi, minum air, lepas mandi, pakai baju, pakai kasut, lepas makan, semuaaaaaaaaa kena cakap Alhamdulillah. May Allah berkati segala usaha kita untuk bermujahadah ke jalan-Nya.

SENTIASA MAHMUDAH! Jazakumullahu Khairan Kathira

***************************UPDATED******************************

Wan & Opie treat me cream puffs & chocolate cake on the evening. Katanya BELATED Birthday. Awww so sweet la korang! Even dah lepas lama, still nak celeb. Thank you very much! Memang tak dapat kesan pun korang beli cake tu for me. haha. Kawan dunia & akhirat!

We shared the cream puffs & cake.. Alhamdulillah. Thank you Allah ;]

Monday, April 16, 2012

SE to : WNA & others,

Assalamualaikum. This entry is special to WNA & others.

Okay, first and for most, I am used to that thingy. What thingy? those name-calling yang people called me. Since primary school. And I am okay with it. Not really okay, but I am trying to pretend it is okay so that my mind won't think about it anymore, therefore I can live happily ever after, eceyy. Mind-setting people, mind-set!

Okay, ever since primary school, I've never ever ever reported any gangguan emosi/mental to my family or teachers. I just tak suka report-report. Malas. Not me. "Cikgu dia buat saya...." erkkk. Itu kalau dah desperate gilaaaaaa baru report dekat cikgu, but i will never report at my parents. Ewwwwww, yukkkss! Saya memang anak bongsu, tapi saya tak suka report2 hokayyy.

Selepas itu, masuk Form4-Form5 Alhamdulillah I can manage my feeling well whenever ada those 'jnsdjch' people calling me ksakjwdkj. Tak rasa marah, just kadang-kadang dalam hati sumpah seranah la of course! hahahaha. Alah budak-budak my batch yang dulu selalu DID IT pun dah makin matang, cuma some of budak-budak juniors yang SUPERstup*dos je.

Masuk UiTM, Ya Allah, Syukur ke hadrat Ilahi, rasa peace gilaaaaaaaaaaaaa ke apa! Seriously dah takda dah suara-suara sumbang kedengaran. Alhamdullilah! But tak syok la life kalau tak ada ups & downs. Takan la forever je you nak bahagia kan, itu dalam syurga la. InsyaAllah. Ia appear kembali waktu 2nd intake budak baya kami & juniors. 1st intake selalu budak-budak baik, matang. 2nd intake je, biasalah nakal-nakal sikit.

Selalunya kalau dengar orang panggil those sweety words, I won't pandang pun. Sebab malas nak layan. Kalau layan, nanti makin menjadi-jadi, jadi biarlah dia senyap sendiri. Tetapi, sebab dah lamaaa tak dengar, tiba-tiba terdengar, I just toleh la nak cari dari mana ia datang, tuptup, hummm a group of adik-adik comel rupanya. Biarlah, mereka tak matang lagi ;]

Dalam kes macam ni saya prefer berdiam diri dari melawan. Lain pula dengan kawan saya yang dua orang tu.. haha. S & N. Dorang pantang, habis nanti kena dengan mulut mereka. huwhuw (tak digalakkan yee)

Erm next, soal I AM A POSITIVE PERSON. Actually guys, I am not entirely positive all the time okay? Tak normal la kalau putih memanjang. Kan? Okay, at certain time, yes, saya bersikap positif, tarbiyah diri sendiri. Tapi at certain time, I need others to remind me to think positive. Saya pernah je bersikap negative, tapi saya selalu terdengar/dengar orang sekeliling cakap words yang buat saya berfikir, OH FARIS, YOU SHOULDN'T ACT LIKE THIS AND THIS.. Siapa yang bagi saya dengar, of course la ALLAH S.W.T. Alhamdulillah.

What else aa? Ahhh, I am really grateful ada kawan-kawan macam korang semua. Tak semua orang suka kita, jadi kita tak boleh suruh orang suka kita. Kawan-kawan selalu ada by my side. WNA, terima kasih sebab perkara ni, awak sampai mengalirkan liquid jernih. Such a true friend la you! miawmiaw. haha.

Last week punya status, saya bukan minta simpati, it just, bila terdengar tu, rasa sakit hati (rawrr rawrr), my mum's phone pun dekat, ter-update la ia. Lepas post tu rasa, eh betul ke ni, first time aku bagitau dekat public. I should fikir betul-betul. Tapi sebab dah post, tak kisah la you delete or what, people dah baca. Tak semua pun, ada juga yang dah baca kan.

Kadang-kadang tu saya rasa segan, bukan segan apa, tapi segan dengan parents anak-anak kecil itu. Segan kalau parents dia terdengar anak dia cakap benda macam tu. Sebab nanti, mesti la parents dia lagi super-segan dengan saya. Can u imagine it? Alhamdulillah mak dia tak dengar haritu, and and, I act macam biasa je la.

I can forgive, I just can't forget. ;]

Friday, September 16, 2011

CONGRATULATION!!


As Salam. Would like to congrats Kak Yasmin & Abang Najib for their marriage last august. I just knew about this after reading brother Fendi old posts. huhu. They are sweets like potatoes! Lomographer tegar ni tauuu.

I remember the first time i met both of them, was on 25th December 2010. The day where LomoKids (newly known as Effekts) organized an event called Lomomatrix at Taman Tasik Titiwangsa. I asked for their direction, to get to the place where there's bunch of people who were in love with analogue. This was my first time joining an event, and gathered with all the lomographers.

Semoga berkekalan sehingga ke syurga. Aminnn

The photo i took from Fendiology. Thank you ;]

Thursday, May 5, 2011

Goodbye dear UAE ! We'll miss you so much

Ayah nak balik Malaysia dah. For good. Aku pula yang sedih sebab ayah nak tinggalkan kawan-kawan, tempat kerja, tanah UAE yang dah 4tahun berkepit dengan ayah. From 2007 till today. Sekarang ayah dekat Dubai International Airport dah. Flight delay mak cakap. By tomorrow morning InsyaAllah sampai.

On the other hand, tak dapat dah nak berjimba ria dekat Dubai lagi. Takpe la, next time InsyaAllah. To my daddy's friends, THANK YOU VERY MUCH! See you all again next time.

Saturday, April 2, 2011

Kawan-kawan

Tadi bukak blog Mimi, Hamizah Hamidon. Entry baru, woot woot! Semalam dorang ada Annual Dinner TEXSAS (Textile Society of Applied Science). Untung la annual dinner kan. SCISIS (Society of Science) je takde kan.. Anyway, mereka2 nampak sangat hebakk di dinner tersebut. Makanan dia pun nampak menarik gilaa.. Fees yang dorang bayar pun tak mahal sangat, berpatutan.

Disamping happy-happy ni, ada sedihnya juga. Memandangkan course dorang kena guna BANYAKK mesin. And selama ni pun dorang lab, mesti kena naik bas uitm hantar pergi Shah Alam. Jadi starting next semester mereka akan dipindahkan ke Shah Alam juga. Mengikuti jejak langkah senior2 dorang yang dahulunya Pilah-ians, sekarang Shah Alam-ians.

Sedih weh. Serius. Now & Forever - Richard Marx pulak keluar kan. Sedih dorang kena transfer shah alam. Dorang redha je. Yela taknak susahkan uitm lagi ke hantar dorang ke sana ke mari. Papepun, aku doakan korang semua berjaya la dekat sana. moga kita jumpa lagi. ...

Baru kenal dua semester. Rapat. Jumpa je MESTI tegur. Selalu kalau ada trip, dorang join, tapi saye tak dapat join, mesti clash dengan something. Esok, ada trip pergi Broga Hill. Mereka sepatutnya join sekali, tapi dorang ada kelas ganti. Apekah? Aku pergi wehh, mana korang? Takde rezeki lagi. Takpe lah. Nanti kalau aku datang Shah Alam, bawak la aku jalan-jalan sana okayyy... Terima kasih. Nanti jangan lupa tangkap gambar dengan aku tau. aku nak buat kenangan. akan rindu korang always! Good Luck for Final! ;]

Wednesday, March 30, 2011

Playing Truant

Tadi bukak blog Yana. Marliyana Khandani. Schoolmate. Ada post dia pasal zaman skema. haha. Pastu dia pegi attach sekali gambar2 zaman sekolah kan. Memang tak la.. AKU PUN RINDU ZAMAN SEKOLAH WEHHHH!!

Yana cerita pasal taktik2 dia ponteng sekola agama dulu kan. Teringat, aku pun pernah. BANYAK KALI. Mak cakap, antara 4 orang adik-beradik, paling malas nak pergi sekolah, FARIS FIKRI. PALING MALAS okayyy.. Dulu nak ponteng sekolah susahhhh sangat weh! Sebabnya kami adik beradik kan umur dekat2, so bila pergi sekolah, mesti sama-sama. Contoh 3 orang pagi, sorang petang. Haa yang pagi ni tak boleh nak ponteng sebab yang petang akan report dekat parents. Yang petang tak boleh ponteng sebab nanti kena report. SUSAH WEHHH!

Dulu nak ponteng, pergi sorok kasut, beg sekolah, pasti nyorok dekat atas katil double decker tu. One day, ayah dapat tahu aku tak pergi sekolah, aku menyorok dalam bilik tengah. LOCK pintu. ayah hempas pintu tu, waktu tu dah cuak gila babeng la kan. Then kena bantai. PANG PANG PANG. patah2 rotan besi tu. So dari awal memang aku dididik supaya takut pada parents. Especially ayah. BRRR zaman sekolah, takut gilerrr dengan ayah. Sekarang dah besar, ayah baik. ;]

YANA! Aku nak attach gambar kau boleh tak? sebabnya aku tak boleh nak upload gambo. lembab.




Bila kisah lama-lama dikupas balik. Teringat pasal blog aku ni. Dah lama dah. Since 2008. 2009 baru bergiat aktif sikit. Ada la kenangan lama-lama dalam blog ni. Rasa macam nak pick satu hari, nak baca balik dari awal. Ya saye mengaku, dulu cara penulisan lain. Kebudak-budakan. Typical. Gedik.

Ada entry tu, i shared my 1st Test punya marks waktu form4. Teruk nauzubillah.
bm =48,
bi =71,
maths =53,
admath =33,
hist =42,
bio =40,
chem =18,
phy =57

Waktu form4 la paling banyak subject failed. Ingat lagi, final exam form4, 6 SUBJECTS failed. Sekarang, dah berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah. Kena belajar dengan ikhlas, kena jaga pointer. Moga dapatlah peroleh segulung certificate Diploma nanti. Amin Ya Rabb ;]

Thursday, January 20, 2011

Ariff's Farewell

Salam. Last night, i spend my whole SLEEP TIME with Ariff & Farid. My first and my last time, step into Ariff's room. Starting from today, 20th January 2011, Ariff isn't Kopilah-ians anymore..He will be transfering to UiTM Lendu, Melaka. Why? Because his application to change his course has been approved by UiTM. He decided to continue his studies in Mass Communication instead of Technology Textile. Ohhh I will miss him.. We just started to get close to each other.. He such a nice friend. I love to be friend with him. I am comfort with him. Haha. When Ariff & Farid bergabung, fuhhhh MERMAID MERMAID!! hahaha. They are dem hilarious. They make spontaneous humors. I love it so much!

We didn't have any chance to snap a picture together.. Ahhh why i do not own a camera. I mean digital camera. To capture those moment that i would like to kept. Hahhhh.. Anyway, we were gossiping all night long.. Then me and ariff exchanged our past stories.. I asked him a lot. How he started his first business. Do you know that Ariff, eventhough he's still a teenager like me.. Like 19 years old HELLO! he already own his own businesses. Yela yela, memang la ada je orang lain buat business. Tapi Ariff, for me, he's different. Ahh i adore him on how he manage to gain his own income di usia muda. humhum

ARIFF!! Good Luck dekat sana. Rindu rindu la dekat aku dengan Farid. haha. Moga kau dapat kawan baru yang baik-baik, and not a back-stabber. Pergi chase your dreams! And and jangan lupa, apa yang kita bet, strive to get 4.00 FLAT!! InsyaAllah. And Ariff, if you're reading this, nak cakap TERIMA KASIH for the AmbiPur.. Sangat wangi bau dia.. Bau ROSE! Rawrrr hehe. Saaaaaayang kau weh! Ada masa jom la hang-out together with Farid while semester break nanti ke kann.. InsyaAllah.

Around 5 a.m. We were just finish watching WET DREAM 2. baru la semua dah sleepy gilaa.. Farid dah tertidur-tidur dah. Ariff cakap solat subuh dulu baru tidur. Then we had a big hug.. uwuwuwu apeni emosi emosi ni. Haha. Cakap bla3, then saya naik tangga ke tingkat 4. Sampai rumah 41, pegang tombol pintu.. PEKKK! (adehh dorang kunci ke pintu nih?). Call Hanif 3 kali tak angkat. Tengok scenery, cantik nya, Subhanallah. Bulan pun cantik. Bersandar je la dekat dinding luar tuh tak tahu nak buat apa.

KREK KREK.. (ehh ada bunyi la dekat dalam..) TOK TOK TOK! TOK TOK TOK! SEKELEPAPPPP, KECIK KECIK..

A: Laa kau pergi mana?
B: Eh tak tidur lagi? Pergi rumah kawan, dia nak blah dah esok..
B: Call Hanif, dia tak angkat. Ingat semua orang dah tidur, tetiba terdengar bunyik dekat dalam, so ketuk la.. hehe
A: Aku ingatkan siapa la ketuk-ketuk tadi..
B: Napa tak tidur lagi?
A: Ohh baru habis tengok movie.
A: Kau nak tidur ke? Kau tak payah la tidur, nanti kau bangun lambat.
B: Umm tak kut, dah pukul 5 lebih. Pukul 8 dah start LDK kan.. Nanti waktu ceramah tuh tidur la. hehehe
A: Okay.. um nih napa kau ke hulu ke hilir nih?
B: Tak tahu nak buat apa..
A: Main la laptop..
B: Memang nak main, tapi laptop bawah bantal, mirul tidur atas bantal tuh..
A: Laa amek je la.. Jap aku tolong..

ZAPPPPP!! EH MIRUL, TIDUR TIDUR, SAMBUNG TIDUR..

A: Nahh.. Senang tu pun nak kena aku ambilkan ke..
B: Heee terima kasih!!
A: Selamat hari raya!
B: Uh? Raya apa? Thaipusam? Itu Anip..
A: Hahaha a'a, esok kau bagitau dia happy thaipusam..
B: Nak tidur dah ke?
A: A'a.. aku takde LDK esok pagi.
B: Ohh a'a la kan..
B: Eh tak pergi Batu Caves ke esok?
A: Tengok la kalau Anip pergi, aku ikut la.
B: Ohh okay, SELAMAT MALAM!! selamat pagi. ;]

Ehh mana aku letak battery laptop ni aa.. Ahh dalam beg. Eh takde.. Manakah? Ahh guna power supply je la. Turn ON laptop, pinjam headphone Anip, duduk atas meja study. Tengok line wifi uitm takde, aisehhh.. Dengar music je la. Main Spider Solitaire. Game yang digemari oleh me and my mum bila bukak computer then tak tahu nak buat apa dah. Haha. Internet takde.. Dah nak masuk hari ke-4 tak online. Didn't care much punn.. Tergerak hati nak update blog, so type dulu dekat dalam Notepad, nanti ada line, copy&paste la dekat belog.

6:33 A.M. already.. Take care everybody! Moga-moga lah ceramah pagi ni bosan, boleh la tidur dalam Lecture Theater nanti. hahahaha. Not to forget, to those who celebrate THAIPUSAM, HAPPY THAIPUSAM!!. Assalamualaikum ;]

Wednesday, December 1, 2010

CKN

Happy 20th Belated Birthday Kak Yann!!! Hehe comel kan. Sama birthday with me. Kak Yan ni kawan my sis waktu sekolah rendah dulu. I really really hope dorang rapat macam dulu dulu i saw them dekat sekolah rendah dengan kakak sorang lagi tu, unidentified. Akak, see see.. how much Kak Yan missed u! Ohhh touched my heart. And about CKN. Haha i asked my sis and she said she forgot what CKN means (while laughing b'cuz she knows there's something about it).. Then i asked Kak Yan, CKN mean Cikgu Khairul Nizam. Hahaha. Mesti ada pape ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails