Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Different people, different wave

You know, sometimes, bila tengok kawan-kawan yang dahulunya dari sekolah yang hebat-hebat. I felt envy. Sebab dorang dapat pengalaman being in different school. Environment dia. Cara belajar. Orang-orang sekeliling yang hebat lagi aummm. And I wonder why la aku ni tak study hebat-hebat supaya dapat masuk sekolah hebat macam mereka?

Let's pause!

Okay, first of all, I should not bring it up. Sebab itu rezeki mereka. The Creator chose them untuk alaminya. MashaAllah. Alhamdulillah. And! Cuba bayangkan if saya masuk sekolah hebat-hebat after UPSR/PMR... Will I kenal kawan-kawan yang I started to rapat since form4. Then, korang rasa, kalau aku dapat result SPM hebat, korang rasa aku akan kenal tak kawan-kawan UiTM yang juga awesome + hebat + berbilang negeri, budaya, accent tu?

Jadi, ini adalah my takdir or we called it as REZEKI saya untuk alami this way of life. Orang lain tak rasa. Okay maybe ada yang sama. Tapi, we are the chosen one! Those budak-budak sekolah hebat tak rasa apa yang budak sekolah biasa rasa, alami. It is AWESOMEEE!

So, be grateful. Dulu aku nak gila masuk ASiS. Tapi sebab aku pun tak berapa rajin sangat nak belajar, jadi say byebye to ASiS. Mula-mula envy gila bila bukak newspaper, ada gambar budak-budak baru masuk ASiS.

Makin umur meningkat, makin mempunyai sense yang matang. Eceh! Itu Allah yang kurniakan. Alhamdulillah. And now, aku suka gila cari kawan dari different background. Maksudnya dari sekolah hebat kah, tidak kah. Untuk apa? untuk saling bertukar pengalaman. Ini sangat best okayyy! Alhamdulillah. Allah juga kenalkan saya dengan tons of awesome people dari pelbagai cabang. Wahaha.

"Ya Allah, jadikanlah kami diantara orang-orang yang bersyukur.."


Wednesday, February 1, 2012

2.20AM


As Salam. 2.20AM. Mood rindu rindu rindu. Tiba-tiba nampak gambar ni dekat sebelah kiri while surfing the FB. Rindunyaaaaaaaaaaa nasi lemak dekat sekolah ni!!

Nasi lemak RM1
+ Nasi RM0.50
+ Telur Mata RM0.50

= RM2.00


p/s: tengah layan music yang lama-lama, evergreen. ;]

Tuesday, April 5, 2011

i miss u guys.

Just read two blogs that belong to my close friends, N & R. We were classmates from form3 till form5. Coklat mencurah2 ke ladang gandum. I know i should be studying right now.. got physics quiz this afternoon. But, it is necessary to read their blog. Tak suka macam ni. They both are girls. Was a BESTFRIEND! Stick together like water. Serious i missed THEM! Berdua, bersama, rapat gituww..

Start renggang sebab ada salah faham. Satu kelas perasan dorang tetiba jadi silent antara satu sama lain. Till today weh! Sampai harini dua dua senyap. Dua dua segan nak tegur satu sama lain. Kalau hangout, sorang keluar, sorang taknak keluar sebab takut sorang tuh tak selesa bila dia ada. Tapi deep in their heart, aku tahu! Aku tahu korang nak rapat macam dulu balik. Aku tahuu. Infact aku dapat rasa. Aku menangis sorang2 tengah2 pagi buta ni, sebab korang. Aku sedih korang macam ni. Aku sedih kawan aku macam ni. Aku nak korang bersama balik. Aku nak!


Korang, kalau korang baca entry aku ni, come on, pleasee... Aku selalu imagine yang korang akan jumpa, slow talk and hug erat2. (burst into tears). Orang selalu cakap, kawan2 sekolah bukan kawan yang kekal. Aku tolak 100%! Kawan sekolah la kawan paling aku sayang! Kalau ada problem between kita, aku terasa. Aku nages. Kita still in contact till today kan?

Dekat Uni, groupmate aku pun ada problem haritu, dorang terasa, dorang nages, open table then dah okay. Kenapa aku tak rasa feel macam dorang rasa? Aku tak tahu kenapa. Tapi aku betul-betul sedih bila classmate sekolah ade problemo.


I rindu korang. Aku rindu nak keluar dengan korang. Ingat tak dulu? waktu 1st day form4, korang berdua dengan aku, habis sekolah, pergi jalan2 KL dengan baju sekolah.

Wednesday, March 30, 2011

Playing Truant

Tadi bukak blog Yana. Marliyana Khandani. Schoolmate. Ada post dia pasal zaman skema. haha. Pastu dia pegi attach sekali gambar2 zaman sekolah kan. Memang tak la.. AKU PUN RINDU ZAMAN SEKOLAH WEHHHH!!

Yana cerita pasal taktik2 dia ponteng sekola agama dulu kan. Teringat, aku pun pernah. BANYAK KALI. Mak cakap, antara 4 orang adik-beradik, paling malas nak pergi sekolah, FARIS FIKRI. PALING MALAS okayyy.. Dulu nak ponteng sekolah susahhhh sangat weh! Sebabnya kami adik beradik kan umur dekat2, so bila pergi sekolah, mesti sama-sama. Contoh 3 orang pagi, sorang petang. Haa yang pagi ni tak boleh nak ponteng sebab yang petang akan report dekat parents. Yang petang tak boleh ponteng sebab nanti kena report. SUSAH WEHHH!

Dulu nak ponteng, pergi sorok kasut, beg sekolah, pasti nyorok dekat atas katil double decker tu. One day, ayah dapat tahu aku tak pergi sekolah, aku menyorok dalam bilik tengah. LOCK pintu. ayah hempas pintu tu, waktu tu dah cuak gila babeng la kan. Then kena bantai. PANG PANG PANG. patah2 rotan besi tu. So dari awal memang aku dididik supaya takut pada parents. Especially ayah. BRRR zaman sekolah, takut gilerrr dengan ayah. Sekarang dah besar, ayah baik. ;]

YANA! Aku nak attach gambar kau boleh tak? sebabnya aku tak boleh nak upload gambo. lembab.




Bila kisah lama-lama dikupas balik. Teringat pasal blog aku ni. Dah lama dah. Since 2008. 2009 baru bergiat aktif sikit. Ada la kenangan lama-lama dalam blog ni. Rasa macam nak pick satu hari, nak baca balik dari awal. Ya saye mengaku, dulu cara penulisan lain. Kebudak-budakan. Typical. Gedik.

Ada entry tu, i shared my 1st Test punya marks waktu form4. Teruk nauzubillah.
bm =48,
bi =71,
maths =53,
admath =33,
hist =42,
bio =40,
chem =18,
phy =57

Waktu form4 la paling banyak subject failed. Ingat lagi, final exam form4, 6 SUBJECTS failed. Sekarang, dah berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah. Kena belajar dengan ikhlas, kena jaga pointer. Moga dapatlah peroleh segulung certificate Diploma nanti. Amin Ya Rabb ;]

Wednesday, December 1, 2010

It's Me

I just missed school time. Rinduuunya! Rindu nak pakai uniform sekolah. rindu rindu rindu! Rindu nak pergi sekolah. Rindu semuanya! Sangat rindu okay. Rindu kawan-kawan juga. Orang lain tak berapa suka sangat pakai uniform kan? Tapi saya suka. Haha. Sangat suka. Sebab kalau takde uniform, saya memang out-of-idea nak pakai apa. Macam dekat Uni, kan takde uniform macam my sis. So hari-hari pening la, nak pakai baju apa harini, oh baju ni dah pakai semalam, ini dah kelmarin, ouh ouh ouhhhh!

Ini sekolah saya. Dari form1 sampai form5. Ini je la satu-satu nya sekolah yang banyak kenangan. Dulu bercita-cita nak masuk ASiS. Tapi meleset! haha. Ape-ape pun, still, seronok je form4-form5 dekat sini. Lebih matang, lebih mengenali erti kawan. Sayang semua! Terima kasih cikgu-cikgu, tanpa semua, saye tak akan dapat sambung belajar di IPTA.

Guru kelas paling sporting! Puan Hamsiah Othman. Teacher, i miss u so much! You've been such a good mom & teacher to us. We miss and we love you! Ini gambar waktu susun meja nak SPM'09. huhahaha. Serious rindu tengok korang semua pakai baju sekolah. And untuk candidate spm'10, Good Luck! Do your best, strike for the best!

Sunday, June 6, 2010

Time flies..

Salam. Yeahh 3weeks left.. Time flies.. To be accurate, 20days left.. huu.. Lepas tu saya akan join budak-budak UiTM dekat atas tuh and tinggalkan kawan-kawan sekolah.. kawan-kawan sepermainan.. kawan-kawan rapat.. port favourite.. ampang.. kuala lumpur.. dan bermula la journey fasa ke-2 saya.. humm rasa berat hati + sedih nak tinggalkan Ampang + kawan-kawan sekolah, kawan-kawan lama, rumah kesayangan & sofa favourite! haha. Tapi dalam masa yang sama, saya rasa heppy + excited + gerun nak masuk UiTM dan mulakan University Life. Orang kata Uni Life bergantung kepada diri sendiri, Uni Life paling best but paling mudah untuk rosak..

Mudah-mudahan saya tidak akan tergolong dalam golongan orang yang rosak and saya harap sangat budak-budak se-campus semua tidak akan tergolong dalam golongan orang orang yang rosak. Kalau rosak, pulihkan. Dengan jejaknya kaki saya di University, arah tuju saya akan menjadi makin jelas & terang. Saya akan tahu ke mana harus saya tuju, apa matlamat saya & apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan apa yang saya impikan. Moga Allah s.w.t. permudahkan jalan saya dan mudah-mudahan semua nya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kita perlu beristiqamah dalam apa yang kita buat untuk sampai ke menara gading & dalam masa yang sama untuk mendapat keredhaan Allah Almighty.. ;]

Huu harini kakak saya akan pergi posting lagi. Kali ni dekat Damansara Specialist pulak.. 2months and a week.. Disebabkan hari saya daftar uitm nanti hari sabtu & saya nak pergi pagi, kakak tak dapat follow sebab sabtu dia half-day.. Masa Shahmi(my 2nd bro) daftar utem, saya tak dapat pergi sebab masa tuh sekolah.. Masa kakak daftar kpjic saya pun tak ikut sebab tengah sekolah. Dan sekarang saya pulak nak daftar uitm, kakak tak dapat follow, shahmi tak tahu la dia ikut ke tak.. Mak & my Aunties kot yang akan hantar. huu.. Okay la tu, macam nak pergi jauh jauh je. Kuala Pilah je pun which is 2jam dari KL.. humhum. Tadi upacara coklat dengan kakak. huuu nanti ta jumpa dia 2bulan.. hehehe. selalu kalau duduk rumah kekdg 2minggu sekali kakak balik. tak pernah lagi jauh lama lama dengan kakak. tetttt

But still saya harap saya dapat sesuaikan diri dengan environment kat sana. Almaklum lah, kat sana kampung betul betul kampung. Saya pulak dah biasa duduk bandar. Ayah cakap okay la tuh duduk kampung, kurang distraction to focus on study.. hmm ;] Faris Fikri you can do it!! Berusaha, Istiqamah, Bertawakal.. haihhh dalam masa yang sama saya takut la. Okay okay think positive.. SPM dah lepas, tak kesah la sama samaada saya dapat result spm paling rendah antara my coursemate. Tak kira lah berapa banyak budak ex-boarding school yang merupakan my coursemate, I'll do my best.. Semua orang sama ja. Semua 0-0.. haha (tengah muhasabah diri ni.. huhu). Hizzam cakap mula-mula kebanyakan budak2 daily school akan homesick.. huu macam mana la nanti kan. hah! pape je. Yang pasti, kawan-kawan uitm sentiasa ada disamping saya. wahhhh!

Sayang kawan-kawan lama! (click the picture to enlarge) Cepat masa berlalu.. Semua dah membesar.. Semua dah sambung belajar.. Sedih nya huuuuuu... Faris Fikri, life must go on!! ;[ Kawan-kawan, aku sayang korang tau! Korang jangan lost contact okay.. Pape facebook, text phone or call je la okay! Skype je pun boleh. hehe. Huu sedihnya weh ingat kisahkisah kita tahun lepas. Bila lagi la nak jumpa korang kan! Kepada kawan-kawan yang belum ada rezeki untuk sambung belajar tuh, tabah okay! InsyaAllah. Allah dah sediakan tempat yang lagi better untuk korang.. Ada jodoh ada masa kita jumpa lagi yee! Tahun ni Raya Aidilfitri, tak dapat la kita raya sama sama macam tahun lepas dan tahun tahun yang lepas.. keluar pakai baju raya masing2 singgah rumah kawankawan & jalan mengelilingi KL. haha. I hope you guys perform well & excel in your second phase of life! take care. iloveyouall. ;]

Tadi my sis bagitau serba sedikit barang yang perlu & xperlu bawa pergi hostel. haha. Saya yang tanya dia.. Almaklum la, since kecil kalau balik kampung, saya lah paling banyak bawak baju, alasan- "Prepare incase tak cukup baju". Tapi betul jugak la kan, nanti kalau bawak baju cukup cukup, nanti tak cukup macam mana? And and kalau balik kampung, paling sikit bawak baju Shahmi.. atas Shahmi, Kakak Nadia. hahaha. Paling banyak saya lah! huuu. Ye la mana la ada pape experience duduk hostel. So bawak ikut suka je la kan. Kakak cakap tak payah bawak banyak sangat.. Ala kadar je la, then saya cakap "Abes tu kalau tak cukup?".. Laa bukannya tak basuh pun.. ouhh yeah forgot about that. hahaha

sesuai layan lagu ni... THANKS wancun. ;]


p/s; uhh baru ingat tak revise papepun. tinggal 3minggu je lagi. dah almost 6months habiskan masa ber-enjoy and now it's time to start all over again. dah matang sikit kan? pandai2 lah jaga diri okay. dubidu dubidubidubidubidu bidu~~

Saturday, March 13, 2010

Result?

Salam. Okay.. Umm saya tahu semua tertanya-tanya apa saya dapat right? Well.. biase biase aje. Lepas la nak masuk Uni(amin). Tapi tak lepas la nak pergi overseas guna result spm. hahahaha. Uhh rindu nya, dapat jumpa kawan kawan.. Congrats to those who got good result! Go chase your dream!! hehe. And kepada yang kurang berjaya macam saye, don't worry SPM is not the end. Even though korang tak dapat good result, but for sure korang dapat masuk Uni kan? Haa nanti dah masuk Uni, go break your legs la! haha. Don't screw it up. Bina semula semangat korang yang tetiba2 roboh tuh.
mule mula nak masuk...

best student in my class, Chun Keat, 7A's
Aishah Zuber, 7A's. (dia class science1.sesat kat sini.haha)
Siak Hong, 6A's
Mun Theng, 5A's
Farzana, 5A's
Aishah Zain, 4A's

Umm saya tak tahu la nak sambung apa.. kalau layak masuk asasi, saya nak masuk asasi sains hayat. Kalau dapat foundation, saya nak ambil foundation in science. Eh same ke? haha. Kalau ada rezeki bawak A-level, insyaAllah. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukannya.. Redha saja la. ;]

Puan Hamsiah Othman (our Big Boss.haha)


By the way, I'm so thankful to God sebab kurniakan saya result macam ni. Walaupun tak seberapa, but still okay for me. Walaupun tak dapat lepas result my 2nd bro, takpe takpe. haha. And terima kasih kepada semua cikgu-cikgu, rakan-rakan yang support saya dari belakang. Terima Kasih sangat-sangat. Tak lupa juga to my family especially my parents, dorang tak bebel pon, my mum cakap congrats(dengan senyuman ikhlas yang sungguh lebar), then ayah call, ayah cakap tahniah.. My parents cakap, "If you work harder, maybe u will get better result". Huu takpe la. Result ini pun dah okay dah.

Thanks to all my seniors(bukan senior satu sekolah yee. senior yang lebih tua la from me yang study overseas.) yang belajar kat overseas sebab explain briefly to me macam mana life kat sane. Macam mane pathway nak ke overseas.. Um kepada yang dapat scholarship tuh, Tahniah sangat-sangat! Weekends ni ada FACON Education Fair kat KLCC & Karnival MARA kat PWTC. Nak pergi nak pergi! ;]

Hah nak tahu tak, semalam kan saya buat kerja gila siket. Saya bukak website yang nak mohon scholar JPA/MARA tuh, then dah baca dah syarat2. And course yang saya nak tuh, saya tak lepas. hahahaa. Atleast A- 9subjects. huuuu. Jadi dengan sengajanya saya isi jugak borang tuh, pilih jugak course tuh, dan hantar! hahaha. Yeahh maybe you'll think that i'm not suppose to done that. Tapi apa salahnya. hahahaha.

We are the? best best best! We are the? best best best! We are the? best best best! Who's the best? ASiS ASiS ASiS!

hah! i took those from http://oasiskl.blogspot.com, dulu masa PMR, i'm hoping to enter ASiS but then tersasar jauh. hahaha. Bila baca paper pasal budak budak form4 register masuk ASiS, i'm so jealous with them. Tak dapat merasa duduk hostel. huu. tapi bagus jugak tak dapat masuk ASiS, sebab saya dapat peluang duduk dengan my classmate 2tahun, lebih mengenali hati budi masing2. Syukur alhamdullilah saya dapat classmate yang satu kepale, malay chinese and indian. 1Malaysia! ;]

Kawan-kawan IMYGA(i miss you guys already).. huuu rindu sangat sangat lah! And and saya seronok sebab dapat spend time dengan dorang walau sekejap dalam dewan setelah almost 3month tak jumpa.

And the best thing is; Kami Group 3!

Balqis, Anyss, Faris, Noren, Nisa, Reen, Hizzam








Balik tuh singgah KLCC, ingat nak tengok movie ramai-ramai. But then saye kena balik early, jadi saya dengan H singgah Starbucks sajaa..

Last but not least, jumpa korang semua (spm'09 candidate) di Karnival MARA & Edu Fair nanti yeah! take care. ;]

nampak tak coffee tuh dah habes? jadi tamat la cerita kita.. tettt


p/s; i got 361(abc).

Saturday, August 8, 2009

Al-Fatihah.

Salam semua, pagi tadi di sekolah ade berita yang menyedihkan buat semua yang mengenali seorang insan yang bernama ISMADI YAZID yang telah kembali ke rahmahtullah pagi jumaat yang mulia. Semoga roh beliau dilindungi dan dicucuri rahmat. Sesungguh Allah s.w.t. lebih menyayangi beliau. Dari Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita kembali. Sesungguhnya mati itu tidak mengenal umur. Allahyarham Ismadi meninggal dunia pada usia 17tahun. Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah ke pada arwah. Al-Fatihah

p/s; terima kasih. walaupun tak berape kenal dengan ismadi, tp kenal la jugak mane satu die. Untuk pengetahuan kamu semua, Ismadi menghidap Leukemia. Beliau pernah beberapa kali datang ke sekolah tanpa sebarang topi/kain bagi menutupi kepala beliau. Sesungguhnya beliau tidak malu dengan kepala beliau. Sungguh tabah. ;]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails