Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Friday, October 5, 2012

3.30 p.m.

Assalamualaikum. Whiskas left us at 3.30 p.m. harini. ;']

I asked Allah waktu doa antara dua khutbah waktu solat jumaat tadi. I asked Him macam ni "Ya Allah, kalau memang masa Whiskas dah tiba, kau ambil lah dia, jangan biarkan dia terseksa lagi. Dan jika umur dia panjang, kau kuatkan lah dia, dan sihat kan lah dia lebih sihat dari sebelum ini".

Allah answered me. Alhamdulillah.

WHISKAS, kita tak sempat jumpa awak. Last kita awak pun waktu awak tengah pakai cone tu lagi. Whiskas, kita tahu, Allah akan jaga awak lagi baikkkkk lagi dari kami jaga awak. BE HAPPY there okay! Teman Tiger & Kenit. Kami satu keluarga sayaaaaaaaaaang awak semua! Terima kasih sebab korang semua, our family jadi sangat FAMILY.

Thank you Allah sebab anugerahkan mereka kepada kami. Thank you sebab benarkan kami berkasih sayang dalam satu circle.

LOTS OF KISSES! xoxo ;]

Wednesday, March 30, 2011

Playing Truant

Tadi bukak blog Yana. Marliyana Khandani. Schoolmate. Ada post dia pasal zaman skema. haha. Pastu dia pegi attach sekali gambar2 zaman sekolah kan. Memang tak la.. AKU PUN RINDU ZAMAN SEKOLAH WEHHHH!!

Yana cerita pasal taktik2 dia ponteng sekola agama dulu kan. Teringat, aku pun pernah. BANYAK KALI. Mak cakap, antara 4 orang adik-beradik, paling malas nak pergi sekolah, FARIS FIKRI. PALING MALAS okayyy.. Dulu nak ponteng sekolah susahhhh sangat weh! Sebabnya kami adik beradik kan umur dekat2, so bila pergi sekolah, mesti sama-sama. Contoh 3 orang pagi, sorang petang. Haa yang pagi ni tak boleh nak ponteng sebab yang petang akan report dekat parents. Yang petang tak boleh ponteng sebab nanti kena report. SUSAH WEHHH!

Dulu nak ponteng, pergi sorok kasut, beg sekolah, pasti nyorok dekat atas katil double decker tu. One day, ayah dapat tahu aku tak pergi sekolah, aku menyorok dalam bilik tengah. LOCK pintu. ayah hempas pintu tu, waktu tu dah cuak gila babeng la kan. Then kena bantai. PANG PANG PANG. patah2 rotan besi tu. So dari awal memang aku dididik supaya takut pada parents. Especially ayah. BRRR zaman sekolah, takut gilerrr dengan ayah. Sekarang dah besar, ayah baik. ;]

YANA! Aku nak attach gambar kau boleh tak? sebabnya aku tak boleh nak upload gambo. lembab.




Bila kisah lama-lama dikupas balik. Teringat pasal blog aku ni. Dah lama dah. Since 2008. 2009 baru bergiat aktif sikit. Ada la kenangan lama-lama dalam blog ni. Rasa macam nak pick satu hari, nak baca balik dari awal. Ya saye mengaku, dulu cara penulisan lain. Kebudak-budakan. Typical. Gedik.

Ada entry tu, i shared my 1st Test punya marks waktu form4. Teruk nauzubillah.
bm =48,
bi =71,
maths =53,
admath =33,
hist =42,
bio =40,
chem =18,
phy =57

Waktu form4 la paling banyak subject failed. Ingat lagi, final exam form4, 6 SUBJECTS failed. Sekarang, dah berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah. Kena belajar dengan ikhlas, kena jaga pointer. Moga dapatlah peroleh segulung certificate Diploma nanti. Amin Ya Rabb ;]

Saturday, January 8, 2011

Rugrats

Tadi online Facebook, nizam IM, nizam cakap dia nervous nak masuk uitm. HEY YAWW! dia dapat uitm n9 jugak. hehe. But then nanti dia belajar dekat kampus melang. Hum, takpe boleh jumpa nanti. InsyaAllah. Then nizam cakap, tadi dia search google 'uitm n9' keluar my picture. UHUM? ada ke? so saye pun pergi la search, tadaaaaaaaaa! tak jumpa, tapi saya jumpa blog seniorita waktu sekolah dulu. Setahun atas saya. Kak Hamizah, sedang belajar di UPM, ambil kos apa tak tahu la, tapi ada pasal haiwan-haiwan. hehe.

*kiri=syaza, atas=redha, bawah= firdaus&mira

Then dalam tuh ada la jumpa, dia cerita pasal member2 sekolah dulu, which is my senior la kan, yang belajar dekat UiTM. Ada yang masuk Penang, Perak, Kelantan, Perlis. Ada yang dapat sama. Kira ada geng la kan.. Disebabkan oleh kebosanan semester ni duduk di Kuala Pilah, saye mula berfikir, kenapa saye tak satu UiTM dengan dorang? baruuu best! Abg Firdaus, uitm penang.. uhmm mesti bestkan uitm penang? Kak Mira, perlis... humm.. farisfikri rindu zaman sekolah ke? entahh la.. Merata-rata budak tasik ada.. Maybe nanti junior2 saya pulak tengok kan, wahh Abg Faris Fikri dekat uitm n9 la.. ececece

Hari silih berganti, umur makin meningkat, masa berjalan pantas je.. Semua ada haluan masing-masing.. Membesarlah Faris Fikri! Kalau kau satu uitm dengar dorang pun, macam dorang layan kau je, dorang mesti ada member2 mereka sendiri kan. But then, for me, sekurang-kurangnya nampak muka dorang once in a while pun okay, menandakan Faris Fikri tak keseorangan la. umhp! dua tahun setengah lagi.. then grad, InsyaAllah. Brrrrr Brrr Brrr tak boleh balik ke sekolah lagi.

Hujung minggu dekat kampus, lagi bosan, super sunyi! Bila Faris Fikri sunyi, dia ingat hometown, ingat orang-orang lama, ingat orang tersayang, ingat zaman sekolah dulu, pastu sedih.. pastu nages.. apakah? Mana Faris Fikri yang melantun-lantun bak kata Hasif. haha. Melantun-lantun ye? tak sangka pulak ramai orang sedar kehadiran saye dekat kampus. Saye happy bila orang happy. Saye melantun-lantun bila environment disekeliling melantun-lantun. haha. Rinduuuuuuuuuuuuu apeni beremosi-emosi ni. SHUT!

Tuesday, November 16, 2010

Farkhan Amim

*paan aku amek tau beberapa gambar kau. I'm not a stalker. hehe
Ini nak cerita pasal kawan saya sorang ni. Tak kenal dia lama. Sekejap je. Only for few months. Kenal dekat UiTM N9. Dia dulu kelas DS1E1. Nama dia Farkhan Amim. Sangat suka kawan dengan dia. And and dulu dia la yang selalu membalas senyuman Faris Fikri yang gila ni. Haha.


Anak kelahiran Johor Darul Takzim. Anak sulung. Harapan ibu bapa untuk mendapat yang terbaik! Anak kepada dua orang dentist. Ayah dia ada clinic gg sendiri. WOAH! Jadi untuk memberikan yang terbaik, Farkhan ikut kata parents dia and FLY TO EGYPT! Lepas raya dia fly with others.. He's taking dentistry. Di mana? Di Mansoura University la. *wink2*

*wana, yan, noli, paan, zul, EH mana wani?
Apa lagi pasal Farkhan, haaa dia ada group of besties while dekat Kopilah. Mereka adalah Noli(yana), Yan, Wana, Wani, Zulfekar(peka). Jadi gabungan nama mereka ber-6 ni jadi la WYP2. hehe.

*DS1E1-ians
Ingat lagi waktu dia nak blah, dia senyap senyap je. besties dia je yang tahu. EKK ingat sikit eh, kampus kita kecik, therefore maklumat tersebar luas, besties dia cerita dekat roomate yang merupakan kawan kepada Wan, then waktu balik rumah cuti raya dengan Wan, Wan bagitau saya while waiting for KTM dekat Seremban. Dan saya bagitau dekat budak2 DS1E2 pulak. haha. Serious rasa macam duhhh! tak sempat nak bergambar dengan Paan. Hampir nak nages dalam KTM tuh. Wan cakap biasa lah tu, nanti panjang umur, murah rezeki, jumpa la balik.

*while at egypt dengan kawan baru ;]
Paan Paan.. baru seberapa bulan kenal kau, rasa macam dah kenal lamaaaaa dah. Anyway, setelah tunggu punya tunggu punya tunggu si FA ni update blog, last last update jugak. Hehe. And nak tahu tak dia cakap apa? baca ni. Saya highlight yeahhh "And Faris Fikri, i akan beli dahulu lomo camera than u do!". Cisss paan, takpe takpe. WANA WANI jomm kita beli dulu (eceh macam ade duit je).

*paan suruh korang pilih nak mana satu, dia tolong recommend kan. hehe
Paan Paan, rindu kau doe.. And i bet your besties miss you more. hehe. EH baru aku ingat, aku takde skype kau. Nanti la nak mintak. Take care Paan, hope kau akan succeed dekat sana! Go Go GGians. hehe ;]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails