Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Sunday, June 30, 2024

Fast forward 2-tahun kemudian

Assalamualaikum korangggg! SubhanAllah. Kadang aku rasa lost dengan diri, oh okay first thing first! Andai korang perasan, dari aku start blogging 2008 dulu, aku ada letak satu cita-cita yang aku taktahu bila aku akan dakap, which is to study abroad. Alhamdulillah tahun ni, adalah tahun ke-2 aku di bumi Eropah. Weh tak sangka kan! Rezeki Allah bagi, aku dapat scholarship penuh dan currently I am in my final semester of Master Degree. 



Dear my younger self, Alhamdulillah! We made it here! Cuma still in-progress. Semoga rezeki tamat pengajian Oktober 2024 ni, Aminnn Ya Mujib!

Aku rindu la nak type, bercerita pasal what's going on. Untuk rekod memori aku. Aku dah jarang gila share dkt IG, macam entri sebelum ni aku ada mentioned. Banyak gambar, video & situasi yang jadi, aku cuma simpan dalam memori kepala aku yang Allah pinjamkan ni + memory phone. Takde share mana-mana. Dan aku rasa rugi, sebab mana lagi boleh aku menelusuri. 

Waktu awal2 aku fly, aku kerap juga update IG. Lepastu ada kawan degree sorang ni, ktorg takde la rapat mana. Tapi dia cakap dia cemburu sebab aku bujang & boleh study oversea. Dia kata dia dah married, ada anak bini, tak boleh dia nak capai cita-cita dia. Aku ada cakap, insyaAllah doable boleh plan sebab anak dia baru satu & aku memang jumpa ramai je married couple with kids sambung belajar. Tapi kawan aku tu, mungkin situasi dia tak berapa positive jadi dia memang take everything negatively + he legitly believe dia CANNOT proceed with his dream.

Jadi, disebabkan tu juga aku pun mengurangkan post pape dekat IG, sebab aku nak jaga hati orang. Aku jugak takut la terkena 'ain ke kan, indirectly. 

Anyway aku nak summarize dekat sini update diri wahaha!
  • Sejak COVID aku berfikir yang aku kena upskill diri, sebab aku perlu job sekuriti. Aku perlu ada skill yang membolehkan aku boleh masuk memana industri andai current industri affected by pandemic ke apa-apa.
  • Aku mula curate perjalanan aku nak ke mana. Ini jugak hasil didikan AMEX, dekat AMEX memang every year aku kena ada aim baru, nak kemana, nak build skill apa etc. Aku sukaaaaa gila la kerja AMEX, Alhamdulillah.
  • 4 tahun aku dekat AMEX, aku lompat2 masuk pelbagai team. Aku suka semuanya, last team aku join Global Fraud Protection Accounts. Amazingggg FinCrime! Suka weh, sumpah suka
  • Yayasan Peneraju ada buka program Fullstack Cybersecurity, free. Khas untuk yang nak masuk into the field. Kelas dia 6-bulan, setiap sabtu ahad. So Isnin-Jumaat kerja, Sabtu-Ahad kelas. TBH aku applied nak masuk program ni 3x, kali ke-3 baruuuuu rezeki diterima Alhamdulillah. Ujiannya adalah, elok aku dpt offer tu, aku jugak dapat tukar masuk Fraud tu. 
  • Dekat team Fraud ni, budak baru (walaupun kau internal hiring) yang zero Fraud skills, dorang hantar 1st Line yang handle incoming/outgoing Fraud calls. Which also means, it operate 24/7 = Kerja Shift. 11PM-8AM kerja, 9AM-6PM Kelas. Aku human being, jadi memang banyak hari aku pengsan weh dalam kelas.
  • Bagusnya batch aku & sifu, ada buat kelas ulangkaji, nak exam akan buat discussion. Waktu ni aku akan apply cuti, supaya boleh fokus. Alhamdulillah aku lulus semua 4x Certificate tu!!!
  • Rencana awal aku adalah, habis cert, apply kerja dalam bidang & cari pengalaman. Dah ada pengalaman industri, after 1-2 years baru sambung Master. Cari punya cari, HR di MY ni rata-rata akan cakap "We need formal education in IT/Computer Science", maka aku pun mula la lirik-lirik cari nak apply sambung belajar earlier
  • Aku kan memang 10 tahun aim UK, rezeki aku dapat offer Master dekat UK cuma bukan dalam Cyber Security, tapi MSc Computer Science (Conversion) di University of Newcastle, UK. Short dia: NCL. Reason Uni, sebab aku taktahu Object-Oriented Programming (OOP). Sedih, tapi aku positifff sebab aku percaya ini terbaik! Aku memang perlu basic CS ni, cuma aku risau part nak compete in large pool if aku amek CS ni, rather than focus terus ke CyberSec.
  • Rezeki Allah bagi Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdulillah, permohonan MARA GREP aku pun lulusssss! Wehhhhh sumpah sebakkkk. Tinggal nak buat medical check-up, buat Visa & fly ke NCL! Aku siap dah jumpa NCL alumni yang dah balik MY for good, minta advise NCL ni macam mana, area mana sesuai duduk, aku siap dah ada potential housemate sekali ye untuk sewa sekali. Memang like a dream! Aku siap dah berkenalan virtually dengan Malaysian di Newcastle. Sap sap soiii laaa

Tuptup...

Dapat email, keputusan permohonan Erasmus Mundus Joint Master (EMJM) CYBERUS program: Congratulation! You got accepted with FULL SCHOLARSHIP in IoT Cybersecurity specialization, and your 1st Year will start in France.

Terkedu. Aku tidak pernah sesekali imagine I will get Erasmus Mundus weh! It is a prestigious program dari POV aku. Aku versus whole Malaysia la kiranya, sebab dorang pilih 1-3 orang dari negara sama per batch.

Cuba teka aku nak proceed mana?....
Hati aku nak sangat UK, jadi aku memang nak proceed je UK. France ni aku skeptikal waktu tu, aku tak minat France, so hati aku tawar dengan France ni. Despite dia adalah full scholarship.

Benda pertama keluarga aku cakap, MARA GREP aku kena bayar balik & EMJM ni tajaan. Aku tengok muka Kakak aku, Ayah aku, sebab dorang dua adalah guarantor MARA GREP aku. Aku tak sampai hati nak buat dorang susah andai kata pape jadi dekat aku & dorang pulak yang kena tanggung.

So aku start cari student MY yang study dekat France, aku browse di FB, telegram, orang MY di sana. Aku tanya kenapa dorang suka France, apa yang bagusnya/menariknya France. Even sampai Embassy France di KL la aku minta advise, aku kata aku dilemma. Fikir-fikir-fikir, lepas beberapa hari aku decide hantar email pada MARA, aku tarik diri. Pastu aku pulun fokus administration untuk ke Perancis. Tajaan ni hanya bermula bila aku jejak kaki ke bumi Perancis, so persediaan semua tu aku terpaksa tebalkan muka pinjam duit Kakak, duit Mak, aku guna cc aku. Mahal ye last minute beli tiket flight sehala Malaysia>Paris, 4.5k RM, dapat tajaan tu baru sikit sikit aku bayar balik duit Kakak Mak. Alhamdulillah

InsyaAllah next post bebila aku update pasal apa itu EMJM, struktur nya macam mana, then how was pengalaman aku 1st year, macam mana 2nd year tetiba aku dekat Belgium pulak. Pelbagai rezeki Allah golekkan, pelbagai pengalaman, pelbagai cerita.

Korang tolong doakan aku ya. Aku ada 5x report pending, and insyaAllah a Master Thesis + Exam Retake on August. Haha ye seketul farisfikri zaman degree kena resit, hamek kau Master pun kena retake. Cumaaa ada special nya belajar di Eropah ni, insyaAllah nanti aku story sekali system dorang macam mana.

Faris, aku rindu Faris yang suka describe things macam ni, nak kena cari rentak balik je. 00h29 sini, à la prochaine fois! Assalamualaikum


  

Thursday, December 26, 2019

Quick update since the last update (title "2017")

Assalamualaikum. Hai, aku pinjam laptop Kakak sebab niat nak settle kan kerja freelance (kemain!) simple design in Adobe Illustrator. It is more to FREE-lance. Alhamdulillah aku tahu la basic guna AI masa zaman-zaman aku jadi Exco Publisiti Multimedia waktu degree dulu. Apa aku taktahu, aku YouTube je. I'm not really an illustrator ya. Selalunya aku buka AI ni bila orang sekeliling aku memerlukan design di dalam format .ai . Jadi aku ni hanya membantu merealisasikan keperluan orang dengan skill yang aku ada.

Dulu pernah la zaman belajar, aku nak cari extra income, aku promote dekat kawankawan aku boleh tolong realisasikan resume cecantik, dengan syarat requester kena bagi aku sketch how they want it to be. Sebab, aku tak kreatif pun. Jadi aku cuba boleh bantu realisasikan impian kreatif orang je. haha.

--------

Malangnya laptop kakak ni berat, jadi nak work on .ai macam harapan je. Walaupun using portable software.

--------

Aku tiba-tiba rasa nak note down ayat-8 Surah Tahrim tu somewhere. Dan tangan aku type "blogspot.com". Tak boleh nak login, dia kata password salah. haha. Alhamdulillah dia boleh send dekat phone number. Ya aku masih guna phone number lama wahai teman, jadi kalau rasa dah lost-contact tu, aku masih di sini, HELLO je.

--------

So short update lepas entri yang 2017 tu. Ya aku failed paper OB tu, dan aku masuk Part-8 degree, di mana semester tu aku ambil paper OB & Research untuk kali yang ke-3 (last shot weh!). Sepanjang sem tu aku memang practice apa yang aku pernah tengok kawan aku buat; Setiap kali jumpa orang, minta tolong orang tu doakan aku. Tak kisah la orang baru kenal ke dah lama kenal, minta je tolong doakan. Sebab we never know mungkin doa dia tiada hijab.

Dugaan sem tu, kan aku dapat Supervisor baru untuk research aku. She's a Doctoral level.. mak mak person, okay la she helps. However on 1st Ramadhan aku dapat WhatsApp dari dia kata "Find another supervisor". Gila weh aku rasa waktu tu! Lagi 24-hari macam tu je sebelum final submission. Blank. Nak cari mana weh supervisor last minute macam tu. Rezeki waktu tu lecturer fav budak Health Admin, Sir Shahril tengah prep for his departure sambung PhD di Ireland. Dia takde jaga students sem tu, and aku WhatsApp minta tolong dia if he could help me final review je. Sebab aku dah siapkan, cuba need supervisor untuk review and buat final amendment sebelum Viva. Alhamdulillah berkat doa orang & bulan Ramadhan, Sir Shahril sudi tolong aku. We met at Masjid Asy-Syakirin KLCC (sebab waktu tu weekend), dia review paper aku sebelum Tarawih. Then met few times dekat Uni.. sebab sem 7 & 8 aku ulang-alik Ampang-Palam.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah July 2017 aku berjaya tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan dengan jayanya! Paper OB lulus, Viva went well (panel dia siap highlight lagi "Oh awak la student yang tak lulus lulus tu" hah apejela janji LULUS!).

Sept-2017, Sir Shahril flown to Ireland. Tolong doakan moga dia tamat PhD dengan jayanya Allahumma aminnn..

--------

Rezeki habis degree tu, aku dapat panggilan turut serta volunteer SukanSEA Kuala Lumpur 2017. Disebabkan aku takde komitment, memang aku datang bertugas hari-hari siang sampai malam. Bahagia dengan ketua & team Bilik Gerakan SukanSEA, macam family. Sebulan aku berkampung dengan dorang dekat situ. Rakan kenalan baharu aku jumpa, bahagianya rasa. Sedihnya nak berpisah. Rezeki lepas tu ada ParaGames 2017, aku sambung bertugas for another month. Jadi totalnya 2-bulan aku berkampung situ, duduk bawah seliaan Puan Intan Saruza (Kak Intan) & Puan Azrina Aliman (Kak Nina).

Habis ParaGames 2017, aku join beberapa adhoc program, such as BudiForward Streetstore, ShopFree. TMO Birdpark..

October ada iklan keluar pasal MYCorps Mission 5: Sudan & Lubnan. Aku beranikan diri untuk apply je as General Volunteer. Better apply dari aku menyesal. Aku dah tengok kawan-kawan volunteer aku pergi Misi-misi ni. Ridzuan-Cambodia. Ajeerah-Lubnan. Zahidah-Bangladesh. Aku rasa terpanggil untuk apply & this is what I want, my soul interest.

Aku sambung kisah ni next entri ya, macam dah panjang sangat pulak entri ni. haha

Wednesday, February 8, 2017

2017

Assalamualaikum.

Dear self, to be honest I felt a bit sorrowful as I opened my "Part 6" folder and saw a folder by the name of "Final Dissert". I am about to enter Part-8 next month, and I am still doing my research, continuing, but this time with a new supervisor. It has been a year since the day I started the academic project. At first I felt sad to think that I am not able to graduate on the same time with my classmate, on the other hand, Allah grant me this one feeling of peace. Allah strengthen my heart Alhamdulillah, I had expected that it isn't my time yet, plus I am too waggy-wiggy take everything too simple.

I am thankful for being the chosen one. I loveeeee the fact that I am still a student, able to enter UiTM Puncak Alam, see the development, able to have me-time in the library, I appreciate every single second. Alhamdulillah. Indeed Allah is The Best Planner!

"I doubt you can finish it."

"You never learnt your lesson Faris, I thought you would change, be better, 6 months Faris, you buat apa?"

"Awak tak bodoh, awak pandai, awak cerdik. Tapi masalah awak adalah komitmen"

Who have thought that I will need to extend a year for my degree, InsyaAllah may this time, I really learn from all the lesson Allah have showed me, like really take it for real. O Allah, I admit I am too duniawi oriented before, and I am extremely grateful for this test, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Despite I need to go through the same subject for 2 consecutive semesters (plus 1 more insyaAllah this March), I am thrilled for the adventure, the journey, people that I met, friends that I made, activities that I did with surroundings, I couldn't thank Allah more.

Bak kata Abang Teme Abdullah, "Ia kekal dongeng jika engkau tidak mula berjalan"

So farisfikri, cut the crap out, stop wasting more time, kick-your-ass for real. Dr.Su & Mdm Fish kata "This is your last shot Faris Fikri,"

InsyaAllah I have an appointment with my new supervisor in 9 hours left, and I am trying to finish my Chapter 1-3 amendment to defend my proposal. Please pray that I am consistent with the commitment and momentum to finish what I have started, and may tomorrow (kejap lagi dipermudahkan, moga SV baru yang I never meet before ni lembut hati, sudi membantu dan mentarbiyah farisfikri)

Oh and, this 17Feb will be the day that tells whether or not I need to repeat my OB subject. I have the gut that says I flunk the paper. Whatever it is, I am looking forward to it, if I flunked, InsyaAllah I will makesure I do my superduper best effort next semester, if not the degree scroll won't be mine (because it will be my 3rd Attempt).

For those yang taktahu, UiTM punya academic rules, boleh seat the same paper 3x sahaja. Kalau kali ke-3 fail, tak kisah la pointer 3.99 ke or u are in your final semester ke, automatically gugur taraf, dismiss from the study. Moga diberi kekuatan Iman untuk menempuh segala ujian cabaran dan dugaan dunia ni. Moga lebih dekat dengan Sang Pencipta.

Moga semuaaaaaaaaaaa ilmu yang dipinjamkan memberi manfaat.

Alhamdulillah ala kulli hal.





Thursday, July 2, 2015

15th Ramadhan 1436

Assalamualaikum.
Bismillah. Fa bi ayyi a'laaa irrobbikuma tukazziban.
"Nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?"



#np Butterfingers - Viopipe

It has been awhile. Aku dah lama tak update. Aku dah lama tak jenguk blog ni, baca syok sendiri. Dah lama. Dan pagi ni, Allah bagi aku ilham "pergi la jenguk.."

Aku mencari-cari, meraba-raba semangat. I asked Allah banyak kali pun. Supaya Allah tunjuk la hint apa-apa ke supaya aku kembali bersemangat. Selalu orang cerita, ambil wuduk, buka terjemahan, InsyaAllah Allah will lead you to verse yang memang kena. Well, that does not happen to me, not this time. Allah nak aku go through ups & downs, cari cari cari. One day, He read Ar-Rahman to me, through his servant (on this Ramadhan). He gave me teasers.. Surah by Surah, verse by verse. Alhamdulillah. Today, Allah pertemukan pula aku dengan Surah At-Tahrim, ayat 8. Allahu akbar, kena sangat!

Dan tengah malam ni. Entry aku paling latest on 4th December 2014 (bawah post ni). Rupanya di sini. Di sini ada quote, kata-kata semangat yang aku cari. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


Aku. Tahun ni. Aku menggemarkan diri aku dengar playlist #MuhasabahDiri. Few audio yang aku tahu aku kena dengar selalu. Untuk consistent. Aku cuba avoid dari dengar audio selain tu. Yang rancak-rancak, yang aku suka dengar dulu. Kadang tu bila roomate aku play playlist dia, Allah rindu nya dengan lagu dulu-dulu tu. Aku kedengaran rigid? Tidak. Aku cuba untuk kawal diri. This is my way.

Tapi kadang tu, you just need to listen to the oldies. Bawa kereta, kadang kena juga tengok cermin belakang. Especially lagu Viopipe ni. Yang aku kenali melalui Anthem-Hlovate. Bila dengar, teringat spirit bila kena manisan Iman dari Ilahi, melalui CJ. Allah Allah Allah rindunya kemanisan Iman tu. It has been awhile..

InsyaAllah ada paper EWC661-Report Writing pagi ni at 9 a.m. Moga aku dapat carry along momentum aku waktu satu ketika dahulu. ALLAHU AKBAR

Fi amaanillah. Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah. Assalamualaikum ;]


Scotland

#plannaktidurjam3sekarangdah30minitlewat
#Akukurangkeringmacamdulu
#SalamSahurInadvance

Monday, September 1, 2014

Swing-ing

Assalamualaikum.

This morning, I frankly ask my mother, "Mak, mak tahu Pricewaterhouse tak?"

Mak cakap "Apa taktahu pulak"


And.............................. I started to get excited cerita pasal I have a friend, dah graduated from Chemical Engine, blablabla, n now masuk accounting firm. I told my mother how excited I am.. And about my current studies.. about last semester, and previous.. about how I am passionate when it comes to NUMBERS la in general nya..

Well, I keep on mourning pasal my degree ni banyak theory la, banyak membaca la, subject yang excited me so far adalah accounting tu. Seronoknya Allah je yang tahu bila wujud subject tu dalam senarai subjek semester-2. The only subject yang aku jadi diri aku. Maksud aku, aku tak rasa malas nak study, aku rasa berbaloi stay-up study memalam, rasa semangat membara-bara study.

Allahu akbar! 

Mak cakap "Tak kesah la nanti nak masuk mana"

AHA! Alhamdulillah. Selama ni bila aku cakap pasal accounting semua ni, mak akan cakap "Tak payah la masuk accounting, you will be bored, everyday hadap numbers, benda yang sama bila dah kerja nanti". Indeed aku agree dengan apa mak kata. Betul. That is based on her own experiences. Dia dah quit kerja pun at the age of 40++.

Tapi tadi. Dengar mak cakap macam tu. Tiba-tiba aku rasa sebak. Teary eyes.. Haha. Aku cakap dengan mak, InsyaAllah, I want to finish my current degree dulu, kerja dalam field degree aku ni dulu minimum 2 years, lepas tu baru decide nak buat apa untuk serterusnya.

"...Boleh jadi kamu suka sesuatu, tapi ia amat buruk bagi kamu.. Dan boleh jadi kamu benci sesuatu tapi ia amat baik bagimu. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kamu tidak tahu...."

Aku. Mungkin minat nombor. Perakauanan mungkin bukan untuk aku. Cuma ia menguja aku.

Cuba la kau tanya aku matematik. kalkulus. statistik. Subjek yang I used to love and score. Aku dah lupa. Aku taktahu dah macam mana nak buat. Aku buntu. Rasa stress pula. Aku nak ajar orang yang perlu bantuan. Tapi aku dah tak ingat apa apa. Rasa kecewa dengan diri.

Maaf. ;]

Tuesday, August 26, 2014

Syawal 30th

Assalamualaikum.

WARNING! This post quite lengthy.. haha

Ada banyak kali attempts untuk update blog, but all end up with no action. Postpone berapa puluh kali tah. So today, nearly at 4 o'clock, Syawal 30th, I force myself, "pls la update something"


Ikutkan nak update panjang-panjang for each event, tapi kerajinan tu dah tak hado. Sekarang rasa macam nak summarize je everything.. So here it goes:

30 Jan - 4 Feb,
Alhamdulillah diberi peluang pergi Kem Penyambung Warisan GPMS, Era-23, GPMS UiTM Shah Alam di Kem 3 Budaya, Asahan, Gunung Ledang.



I was an enormous journey. I met new friends. So awesome journey, experiences, camping for 6 days. And on the final day, we climb the Gunung Ledang. Ya Allah, bersyukur sangat diberi peluang. Walaupun tak dapat sampai puncak, sampai dekat (okay dah lupa nama tempat tu, tapi batu je menyunam, haha, and its so cold atas tu). It took us about 5-6 hours untuk sampai situ. Start naik at 1am, sampai subuh. My group was the first group arrived.

 
Sangat mencabar mental dan fizikal. I nearly quit, tapi saudara-saudara gpms ni sangat la support. Allahu Akbar! Terima kasih abang-abang akak-akak dan rakan seperjuangan. ;]


27 Feb - 1 March,
Alhamdulillah diberi peluang untuk turut serta dalam program MEGA Kem Gerakan Obor (KGO) Johor Darul Takzim di area Pagoh. Kami dibahagikan kepada beberapa group. 5 ke 7 macam tu. Tak ingat. Kita buat Kem serentak. I was placed di SMK SARS 1, Pagoh, Muar. Initially aku ni patut jadi co-fasi. Tapi atas sebab kekurangan fasi + rezeki Allah nak bagi, aku diminta untuk jadi fasilitator oleh Ketua Fasi kami, Kak Semah.



Pengalaman baru untuk aku. Cuaknya weh jadi fasi untuk pertama kali. Ada 9 pelajar form4 & form5 bawah aku. Aku fasi tanpa pembantu. Alhamdulillah berjaya habiskan task dengan average. Huhahaha. Pengalaman pertama, insyaAllah akan diperbaiki skills nya untuk seterusnya.



11 March,
Satu program wajib fakulti aku, Gateway To Excellence (GTE). GTE ni merupakan program untuk students baru masuk. Bertujuan mempekenalkan fakulti kepada mereka.

Pengarah Program GTE sesi kali ni, MPP & Presiden SMF dah decide siapa orang nya. Dan tanpa disangka, ia adalah aku. PERGH, cuak wa cakap lu!! Aku tak pernah mimpi pun nak jadi Pengarah. Aku cuma nak naik step by step.. Tapi ni terus kedebuk dapat postion Pengarah Program.


I did banyak mistakes, and I also learnt many new skills. Terima kasih kepada para committee members yang sangat membantu. Especially rakan smf sendiri, Kecik, wakil-wakil dari societies macam Abg Zaeem, Nadhirah, Atie, Hadziq, Rayhan, sangat amat membantu.


It was super duper busy. Hari pertama kuliah saya diberi task, program akan berlangsung a week after that. Sangat hectic, lari sana sini, I missed banyak sangat kelas waktu early weeks tu.. Alhamdulillah lecturer memahami. Still, biasalah, kawan-kawan la yang selalu marah aku. hahaha. Terima kasih kawan!

21 - 23 March
Aku joined MATTA Fair Selangor 2014 di SACC, sebagai volunteer bersama 3 rakan SMF yang lain. Asalnya untuk students event management, tapi sebab last minute minta orang, dan everyone seems to be busy, jadi SMF backup. Atau dalam kata lain, memang rezeki aku, Mirah Amir, Alex & Kak Wani.


Seronok, cukup untuk aku katakan. Belajar banyak erti bersyukur. Buka mata juga bila attempts into reality punya situation bila orang yang dah duduk atas rasa dia dah cukup besar.


Banyak kenangan manis aku, mira, alex dan kak wani lalui. Jam 6 pagi dah tunggu bas. Ulang-alik Puncak Alam - Shah Alam. Dalam pada masa yang sama kena run program yang berlaku serentak. Ada banyak suara sumbang sana sini. Ada hikmah. Ada hikmah. Apepun Alhamdulillah aku diberi peluang ini.

12-14 April,

Mid-semester break. Aku, Alex, Kaka, Mira & Jazz last minute backpacking plan. Haha. Pergi Penang wehhh! Tak book hotel semua. Hanya dah book flight balik from Penang to KL je. That's all. Haha. Menjadi juga, Alhamdulillah. Unexpected journey. Seronok sangat! Alhamdulillah.











18 April,
Alex's surprised Birthday Partyyyy! Colaboration antara keluarga SMF sendiri. Yayyyyy!!!









29 April,
Majlis Perlantikan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) UiTM, di Dewan Annexe UiTM Shah Alam. Hari kami dapat scroll perlantikan. Walaupun dah nak setahun jalankan tugas. Terima kasih MPP kerana effort anjurkan majlis ni. Alhamdulillah dapat berkenalan dengan beberapa SMF dari fakulti lain. Weehooo!



 2-4 May,
Aku join satu lagi Kem. Bawah fakulti. Nama kem ni, HPS. Stand for High Performance Students. It was held at Dusun Eco Resort Bentong, Pahang. Sebenarnya program ni untuk students yang memerlukan motivasi untuk tingkatkan momentum dalam pelajaran. Walaupun asalnya aku pergi hanya untuk memenuhkan ruang yang ada, but it came out, aku memang memerlukan motivasi macam ni.



Oh and aku jumpa Firdaus Ahmad. Kawan masa diploma. Dia dulu Diploma Foodtech dekat Pilah. Sama batch dengan aku, #BatchKhemahBesar haha. Dia bekerja dengan company consultant. Mengisi masa lapang menimba ilmu sementara menunggu offer dari Univeristi, dan Alhamdulillah dia dah dapat. Tahniah Daus!

10 May,
Darah Melayu. Satu program anjuran GPMS Shah Alam. Was held di Dewan Kuliah 500, UiTM Puncak Alam. Asalnya nak buat di Shah Alam, but due to beberapa cicumstances yang tak dapat dielakkan, Iqbal, selaku Pengarah progam, contact budak puncak alam minta tolong kut-kut boleh adjust buat di Puncak Alam.

Alhamdulillah. Pengalaman yang berharga untuk aku. Dari cuba untuk membantu inilah aku lebih tahu selok belok macam mana nak buat program di sini. Tatacara nya.. Alhamdulillah sangat sangat!


Oh dan. from a committee biasa-biasa, at 3 am in the morning, hari program tu, depa minta tolong aku jadi emcee lelaki. Berganding dengan Ika Kaki (I called her Ika Kaki sebab waktu Kem di Ledang tu, dia sakit kaki, kena pakai bandage) haha. Budak Era aku ni. Student TESL.

Sekali lagi aku diberi peluang yang diluar jangkaan aku. Jadi emcee weh. Nasib baik formal punya emcee. Kalau informal, nauzubillah, taktahu la apa jadi. Pengalaman farisfikri! Pengalaman!

15 May,
Trip kelas.Program Kebajikan ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Program ni bukan sahaja untuk bantu orang orang sana, tapi ia juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama kami satu kelas. Allahu Akbar! Alhamdulillah!



Oh founder rumah ni, Puan Muji, sangat baik orang nya. Dia adalah seorang jururawat. Dah lama bekerja di HKL, dia sedar tak ada Pusat Jagaan Orang Tua yang khusus untuk orang Islam, jadi dia buat satu. Alhamdulillah.

Oh and we went there sepatutnya nak bantu la apa yang dapat bantu. It turns out, they gave us makanan. Hahaha. Terbalik. Puan Muji ni told us "Mak nak each of you ambil susu, dan biskut, tak kesah susu atau biskut apa". Sebab dia kata ada banyak, dan kami pelajar, we need it. Alhamdulillah. Rezeki. Segan pula pasal terbalik jadinya. Apapun, Puan Muji sangat kind! Jzkk Puan Muji! May Allah grant you His Jannahtul Firdaus;]

16-18 May,
Joined another camp. Kursus Pengurusan Organisasi. Di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. It was a camp untuk PLKN. Alhamdulillah ada la juga pengalaman jadi ala-ala budak plkn. hehehehe.



Hmm pastu ada la few events yang aku join. Tolong-tolong rakan SMF punya program. My 2nd semester of degree went AWESOME! Haha. Sangat busy, penuh dengan ups and downs, penuh dengan memories, stay-up dekat bilik SMF till late night, sebab nak siapkan persiapan program. Haha. Terima kasih Alex Kecik Kaka, geng yang kerap stay bilik smf till late.



Kaka, my partner in crime. Kawan sekelas. Teman sama-sama masuk lambat ke kelas. Wahahah. Tak disengajakan. Teman selalu kena marah dengan lecturer sebab asyik muka yang sama je masuk lambat. Teman selalu kena lecture dengan lecturer pasal terlalu busy dengan programs. Dan teman sama-sama pointer drop sem ni. Huhahaha. Moga ia menjadi batu loncatan kita ya Kaka! InsyaAllah!





Oh one of my classmate, got offered a secure job, as occupational therapist dekat PPUM. Alhamdulillah. Tahniah! And we all went out to celebrate ala-ala farewell party dengan iftar. ;]

Pengalaman. Jatuh. Kita perlu jatuh, untuk naik lebih tinggi.

Tahun ni, banyak cabaran untuk aku. Sesungguhnya Allah tak cipta sesuatu dengan sia-sia. Have faith! ;] InsyaAllah









On 10 August, rumah aku ada buat makan-makan kecil-kecilan. Terima kasih buat yang berusaha sedaya upaya hadir. Aku hargai sangat! Haha. Buat yang tak dapat hadir, tak apa, insyaAllah lain kali..





On 12-14 August haritu, aku dan besties went for a trip to Cherating. Dah lama aku tunggu trip dengan besties ni. Since lepas SPM lagi aku dah mention mention bila nak bercuti sesama. Alhamdulillah mak ayah bagi permission. Seronok! Walaupun sekejap, tapi travelling dengan korang, osome!




Walaupun Kuantan tu kampung aku, tapi aku tak pernah berjalan keliling Kuantan. Setiap kali balik rumah Tok, aku akan duduk rumah Tok je.. Haha pasal taktau nak ke mana. Tak tahu jalan semua. Alhamdulillah rezeki dapat jamah di MaBiQ. Selalu Hizzam cerita dekat aku makanan dekat situ sedap, itu yang aku terliuq tu. haha.


Cutisem aku so far, well filled. Alhamdulillah. Cuma terlalu banyak keluar, sampai kurang masa dengan family. Iklan dekat Hot.fm yang mention pasal parents tak rasa anak dia cutisemester pun pasal tiada beza,cukup buat aku sentap. Haha. Minta maaf mak, ayah. I will try to lebihkan masa bersama mak ayah. Rindu nanti bila dah start semester baru..





Oh dan for the past 2 weeks, termasuk minggu ni, aku tolong pakcik aku. Kerja di kantin sekolah. Jadi Acik Kantin aku. Hehe. Seronok la juga. Tak stress pun, relax je. Cuma biological clock aku ni tetap tak berubah, selalu tidur lewat.


Hm, ada banyak lagi aku rasa cerita yang aku nak cerita. tapi dah lupa. sejak dah hampir setahun tak ber-blog, aku dah hilang cara aku selalu type entri. Maaf. Aku membosankan. ;]


Salam Syawal yang ke-30! Maaf Zahir dan Batin. Toqabalallahu minna wa minkum

notakaki: Oh Lily, dah meninggal. Sekarang hanya tinggal Kiki, Mimi, Bell, Fluffy dan Monti je di rumah. Hm. ;']

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails