Showing posts with label awesome. Show all posts
Showing posts with label awesome. Show all posts

Thursday, December 26, 2019

Quick update since the last update (title "2017")

Assalamualaikum. Hai, aku pinjam laptop Kakak sebab niat nak settle kan kerja freelance (kemain!) simple design in Adobe Illustrator. It is more to FREE-lance. Alhamdulillah aku tahu la basic guna AI masa zaman-zaman aku jadi Exco Publisiti Multimedia waktu degree dulu. Apa aku taktahu, aku YouTube je. I'm not really an illustrator ya. Selalunya aku buka AI ni bila orang sekeliling aku memerlukan design di dalam format .ai . Jadi aku ni hanya membantu merealisasikan keperluan orang dengan skill yang aku ada.

Dulu pernah la zaman belajar, aku nak cari extra income, aku promote dekat kawankawan aku boleh tolong realisasikan resume cecantik, dengan syarat requester kena bagi aku sketch how they want it to be. Sebab, aku tak kreatif pun. Jadi aku cuba boleh bantu realisasikan impian kreatif orang je. haha.

--------

Malangnya laptop kakak ni berat, jadi nak work on .ai macam harapan je. Walaupun using portable software.

--------

Aku tiba-tiba rasa nak note down ayat-8 Surah Tahrim tu somewhere. Dan tangan aku type "blogspot.com". Tak boleh nak login, dia kata password salah. haha. Alhamdulillah dia boleh send dekat phone number. Ya aku masih guna phone number lama wahai teman, jadi kalau rasa dah lost-contact tu, aku masih di sini, HELLO je.

--------

So short update lepas entri yang 2017 tu. Ya aku failed paper OB tu, dan aku masuk Part-8 degree, di mana semester tu aku ambil paper OB & Research untuk kali yang ke-3 (last shot weh!). Sepanjang sem tu aku memang practice apa yang aku pernah tengok kawan aku buat; Setiap kali jumpa orang, minta tolong orang tu doakan aku. Tak kisah la orang baru kenal ke dah lama kenal, minta je tolong doakan. Sebab we never know mungkin doa dia tiada hijab.

Dugaan sem tu, kan aku dapat Supervisor baru untuk research aku. She's a Doctoral level.. mak mak person, okay la she helps. However on 1st Ramadhan aku dapat WhatsApp dari dia kata "Find another supervisor". Gila weh aku rasa waktu tu! Lagi 24-hari macam tu je sebelum final submission. Blank. Nak cari mana weh supervisor last minute macam tu. Rezeki waktu tu lecturer fav budak Health Admin, Sir Shahril tengah prep for his departure sambung PhD di Ireland. Dia takde jaga students sem tu, and aku WhatsApp minta tolong dia if he could help me final review je. Sebab aku dah siapkan, cuba need supervisor untuk review and buat final amendment sebelum Viva. Alhamdulillah berkat doa orang & bulan Ramadhan, Sir Shahril sudi tolong aku. We met at Masjid Asy-Syakirin KLCC (sebab waktu tu weekend), dia review paper aku sebelum Tarawih. Then met few times dekat Uni.. sebab sem 7 & 8 aku ulang-alik Ampang-Palam.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah July 2017 aku berjaya tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan dengan jayanya! Paper OB lulus, Viva went well (panel dia siap highlight lagi "Oh awak la student yang tak lulus lulus tu" hah apejela janji LULUS!).

Sept-2017, Sir Shahril flown to Ireland. Tolong doakan moga dia tamat PhD dengan jayanya Allahumma aminnn..

--------

Rezeki habis degree tu, aku dapat panggilan turut serta volunteer SukanSEA Kuala Lumpur 2017. Disebabkan aku takde komitment, memang aku datang bertugas hari-hari siang sampai malam. Bahagia dengan ketua & team Bilik Gerakan SukanSEA, macam family. Sebulan aku berkampung dengan dorang dekat situ. Rakan kenalan baharu aku jumpa, bahagianya rasa. Sedihnya nak berpisah. Rezeki lepas tu ada ParaGames 2017, aku sambung bertugas for another month. Jadi totalnya 2-bulan aku berkampung situ, duduk bawah seliaan Puan Intan Saruza (Kak Intan) & Puan Azrina Aliman (Kak Nina).

Habis ParaGames 2017, aku join beberapa adhoc program, such as BudiForward Streetstore, ShopFree. TMO Birdpark..

October ada iklan keluar pasal MYCorps Mission 5: Sudan & Lubnan. Aku beranikan diri untuk apply je as General Volunteer. Better apply dari aku menyesal. Aku dah tengok kawan-kawan volunteer aku pergi Misi-misi ni. Ridzuan-Cambodia. Ajeerah-Lubnan. Zahidah-Bangladesh. Aku rasa terpanggil untuk apply & this is what I want, my soul interest.

Aku sambung kisah ni next entri ya, macam dah panjang sangat pulak entri ni. haha

Friday, March 21, 2014

Lets start with January 2014


Assalamualikum. Hai semua! Alhamdulillah berjaya juga pujuk diri ni buka blog. Looks like aku hutang banyak kisah dekat sini. Tak apa kita keep it sweet & short okay?

Alhamdulillah banyak sangat rezeki Allah bagi. Tak terkira langsung. Orang exam sebulan, kami exam seminggu, iaitu minggu terakhir peperiksaan. How cool is that! haha.

So during the exam, macam-macam cara aku tidur, housemate aku je tahu macam mana aku tidur. Dorang kata aku flexible. Haha. Ye weh, tidur mana asalkan boleh. Yang pasti! Bukan atas katil. Aku siap ber-camping bawah meja belajar, tidur dalam sleeping bag semua. Haha, kenangan betul!

Sepanjang exam week, baru aku realize, IT IS NOT THAT HARD la subjects aku ni. Cuma aku ambil masa panjang sangat nak adapt, nak betulkan emosi, nak terima kenyataan.. Tak apa, belajar! Sepanjang exam week juga, aku selalu pujuk diri "Tak apa faris, habis je exam! Ada dua trip SMF waiting for you!"

Few more days for trip, dapat mesej berantai, Trip was postponed. Berduka aku waktu tu.. Alhamdulillah exam end on 18th January, malam tu ada meeting terakhir dengan legend-legend SMF yang akan menamatkan pengajian ijazah... up till today, I miss them all. huu











Tuesday, March 12, 2013

Precious day in Pilah #21

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi tadi was my last day masuk Laboratory, pakai lab coat semua. LAST weh. Lasttttt InsyaAllah...

And I met NEKO Nara waktu masuk library tadi, and I met Ain Rais dan Faya Hamdan. Masuk library sebenarnya nak siapkan kerja sikit, tapi tahu la, bila jumpa kawan yang dah lama tak jumpa dan akan sukar lagi nak jumpa selalu like always terserempak dalam kampus, aku rela spend time dengan mereka-mereka-mereka dari buat kerja.

You know, tinggal few days je lagi duduk dengan dorang. For yang dah habis praktikal pulak, habis presentation, ramai chow dah. Lagi lah kan. So bila ada chance datang for me to sit back and enjoy every moment yang ada, I WON'T LET IT GO. And I thank you Allah banyak-banyak sebab gave me segala nikmat ni. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ate lunch with Ain and Faya. Took some photos using my UWS. Tak ada smartphone, UWS pun awesome! Thank you Faya Ain for lunch today! ;]


Sunday, December 16, 2012

Friends + Values

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Yesterday (please refer to the above date.tq), I went out with my besties! Some of them la. Tak semua. Sepatutnya saya tak balik pun minggu ni, tapi sebab my closest best-friend tu balik & asked for me untuk balik sebab dia nak final exam dah. Lagi pun dah lama tak jumpa, so saya pun balik la.

On the morning, we went to Red.Box at Plaza Lowyat. Keluar rumah around 11 a.m. and sampai semula ke rumah at 3 a.m. the next day. Ahah! Gila keluar sakan! Ayah siap warning my mum lagi, "Next time, jangan bagi faris keluar sampai lewat malam". My mum tak kesah pun, sebab dia dah biasa. Tapi seriously! Tiring sangat ke apa. Rasa macam nak seret-seret je kaki waktu tu.

Apapun, thank you very much guys! I had fun yesterday! Happy, happy juga. Keluar tu jangan lupa tunaikan your duty. Solat. Sebab itu sangat penting ya untuk tahu di mana Surau berdekatan bila keluar.

And one more thing, whenever you're going to perform prayer, do invite others (your friends) to join you. If they said "Kau pergi la dulu, kami nak ke ____" or mereka kata "Jangan lupa doakan aku yaaa!" and decided to not joining you. PLEASE jangan kutuk/benci mereka. Instead, please please please, DO MAKE A DOA for them. May Allah bukakan hati mereka, terangi hati mereka dengan Nur. InsyaAllah.

Tanggungjawab kita sebagai kawan adalah;
1. Mengajak membuat kebaikan
2. Mengingatkan tentang kewajipan dll
3. Menasihati tentang apa-apa perkara untuk kebaikan
4. Mendoakan kesejahteraan mereka

Manusia ini hamba Allah. Kita ditugaskan untuk menjadi Khalifah di bumi Allah. Tugas kita adalah untuk berdakwah. Mengingatkan manusia lain, marilah kita sama-sama menuju ke jalan Allah. Bermujahadah ke jalan-Nya. Moga Allah memberkatinya & memberikan kita pahala.

Orang yang pentingkan diri sendiri dalam membuat kebaikkan, pahala dia kurang. Macam jawab MUET, bila you dominate the group discussion, say HELLO to low marks!

Jazakumullahu Khairan Kathira ;]

Friday, May 4, 2012

Pinhole Camera Outing - Outcome

As Salam. Ahhh mengantuknya, tapi ku gagahkan juga sebab nak update pasal outing Pinhole hari ahad lepas. It went well, Alhamdulillah. Ni hasil dia, TADAAA!!! It was fun la borak-borak, minta tunjuk ajar here & there, tanya soalan pape nak tanya, jumpa orang-orang lama tak jumpa. ;]

front view.

back view.

from top view. (dua tiang itu adalah tiang 'rewind' & 'forward')

Okay as you can see, tadaaaa!! hahaha. kalau nak ambil gambar, tarik benda hitam tu ke atas, then tolak ke bawah semula. It is COOL tahu tak!!! 1st time buat d.i.y. punya camera. Thanks to Lomorangers for teaching me how to make one. It tooks 4 hours to complete it! hahaha hebat tak. Oh anyway, korang boleh je adjust lain-lain sendiri.

Di nasihatkan oleh yang pakar, better guna FRESH film rather than expired kalau nak guna pinhole camera. ;]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails