Showing posts with label lomo camera. Show all posts
Showing posts with label lomo camera. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Pinhole Camera Outing - Outcome

As Salam. Ahhh mengantuknya, tapi ku gagahkan juga sebab nak update pasal outing Pinhole hari ahad lepas. It went well, Alhamdulillah. Ni hasil dia, TADAAA!!! It was fun la borak-borak, minta tunjuk ajar here & there, tanya soalan pape nak tanya, jumpa orang-orang lama tak jumpa. ;]

front view.

back view.

from top view. (dua tiang itu adalah tiang 'rewind' & 'forward')

Okay as you can see, tadaaaa!! hahaha. kalau nak ambil gambar, tarik benda hitam tu ke atas, then tolak ke bawah semula. It is COOL tahu tak!!! 1st time buat d.i.y. punya camera. Thanks to Lomorangers for teaching me how to make one. It tooks 4 hours to complete it! hahaha hebat tak. Oh anyway, korang boleh je adjust lain-lain sendiri.

Di nasihatkan oleh yang pakar, better guna FRESH film rather than expired kalau nak guna pinhole camera. ;]


Tuesday, April 24, 2012

Pinhole Camera Outing - by Lomorangers

As Salam/Good Evening.

Ahaaa the above conversation, secara tak sengaja ter-jealous-kan RUN okayhh! hahaha. Ampun ye Run!

Anyway, The Lomorangers will be helding a Public Event called DIY Pinhole Camera & Outing sempena World Pinhole Day! When & Where is it?

When : 29th April 2012
Where : KLCC Park

Ape itu PINHOLE?
http://en.wikipedia.org/wiki/Pinhole_camera

Apa itu World Pinhole Day?
http://www.pinholeday.org/org/

What you need to bring?
1. Gunting / Pisau
2. Gam
3. Black marker
4. Pin
5. Kepingan tin air minuman
6. Canister besi
7. Filem berISO rendah
8. Getah
9. Tape hitam
10. Duit (untuk bayaran material yang akan dicetak untuk 'mencipta' kamera pinhole anda sendiri)

Material tu pihak Lomorangers akan sediakan, you just kena bawa duit, less than RM5 kata Kak Rem. Oh and you kena inform Kak Rem Munir yang you nak material tu atleast before friday can ah? Lagi cepat lagi better la.

Ini Kak Rem punya FB : http://facebook.com/rem.munir
Pin tu, jarum peniti boleh, pin tudung also can.
Canister besi tu, keronsong filem yang sudah kosong (boleh minta di kedai gambar)

Segala semua info & gambar saya ambil dari FACEBOOK. Thank you. ;]

p/s; contoh bentukp pinhole camera untuk that day ada dalam FB Kak Rem, ;]

Saturday, August 13, 2011

ON SALE!!

As Salam. SIAPA ADA BAPAK GULA?? Nak pinjamm. Tapi tak mampu nak bayar balik la dalam masa terdekat. Ansur-ansuran boleh lah. hehe. Tawaran hangat ni. Sedih la tawaran ni keluar time takde duit langsung. DIANA DELUXE KIT ni kalau dekat semuaaaaaa kedai jual RM1000. Ini member rangers jual Rm650 je. Tak pernah digunakan lagi tau. ;[

*mampu tenung je gambar tu. huhu

Saturday, June 4, 2011

Memoir at UiTM

I did capture few happy moment while dekat uitm last semester. Almaklum la, baru bawak UWS kann. So total gambar dekat uitm, around 86. itu pun penuh dengar gambar groupmate. Rasa macam this sem nak bawak lagi, and tambahkan muka-muka dalam filem tu. Sebab semua gambar ni akan ku simpan untuk jadikan kenangan.

So guys! get ready, will shoot you whenever i meet u. Tapi minggu awal-awal ni tak bawak lagi kut, takde modal nak beli filem. haha. Kali ni, nak ikut kata mereka, bring your camera wherever you go. Like serious MUST bring! Sebab dah jadi berdozen kali dekat saye, at certain moment suddenly u rasa macam, this should be in frame! tapi tak bawak camera kan. So what to do, simpan dalam otak je la.

Mana tahu nanti, dah kawen, anak enam, hujung minggu cuti, boleh buka lagu-lagu slow motion sambil belek2 gambar zaman belajar. Kannn? betul tak Hasifullah & Wan Adilah? hehe


Friday, April 22, 2011

Recesky DIY Skin

Menarik kan? DIY Recesky Skin. Nak buat jugak, tapi tak tahu macam mana nak lekatkan antara bulatan2 lensa tuh. HUM. Dah dapat nak aktiviti cuti sem! haha

*Envy*

Ya Allah! Napa semua nak angkat Holga 135BC dalam masa terdekat ni? iamsoenvywithyouguys! okay fine. saye bersyukur dah ada apa yang ada. recesky pun tak ter-usik lagi kan. Indeed, still, envy giler weh korang, sorang2 angkat Holga 135BC dengan pengetahuan aku. Tanpa pengetahuan aku, lagi la aku envy kan. Sangattt.

Mula-mula, Mimi, dah selamat sampai kat tangan dia pun. Next Shafiza, coming soon.. Then Cik Farhana Zafian kita. Haiii takpe faris, sabor sabor. Yang sedia ada pun u tak terbahagi cinta sama rata. AKU PURA-PURA JE ENVY DENGAN KORANG. fullstop.

Wednesday, April 13, 2011

Keracunan-kah?

As Salam. hahahahahaha. Tak tahu la whether i should laugh sekarang ni or tak. Okay i shouldn't. Because i didn't follow what I've schedule down for my preparation before final. Ah tapi rasa nak tergelak sangat, tapi macam evil pulak gelak over. Not because of my personal problem la, tapi sebab.......

FARIS FIKRI BERJAYA RACUN orang!! Racun mengenai apa? pasal LOMO la of course. hehehe. Siapa yang terkena racun? EHEM2, Ms.Hamiza Hamidon (sila angkat tangan anda). TAHNIAH! hehe. Dia dah planning nak own one dalam masa yang terdekat ni. huhu. Aminnnn. Hope kau tak menyesal-lah and HAVE FUN! Kalau kau betul-betul minat, sure you will have FUN! Yeah mula2 akan keluar la modal, then kalau 1st trial banyak gambar tak jadi jangan putus asa, aku pun 1st trial ada gambar yang 90% covered with my finger. Daaaaaa~~


Saturday, April 9, 2011

My Analogue

Okay today I just want to show you my analogue camera. I'm just a noob lomographer. I started playing lomo since Dec 2010. It has been almost 5 month. And i would to stay playing lomo. Why? Because it's FUN! Every time you capture a moment, the picture produced will not have the same effect. The effect are unpredictable. You will feel the joy once you've have seen your outcome. No matter how much i spent, it is worth! ;]

This is my 1st camera. Lomo Aqua if i'm not mistaken. Tapi sayang, tak sempat guna, TERrosakkan. hehehe. rawrrrr

This is my 2nd. Ultra Wide & Slim. Bought it from LomoKaki. RM110. I've been using this since December. Got it as a present from my parents for getting Dean's List. Thank you! I have loads 7 rolls of film in this UWS. It lens is WIDE and it gives my photo such a vignette.

This is my 3rd. Recesky TRL. It's a D.I.Y. (do it yourself). You will have the experience building a TRL yourself. Need to be patience while building it. Recesky is also known as Gakkenflex Clone. The function between Recesky and Gakken is the same. Bought it for RM90 from ROFLCAM. Go take a look at their product. I mean, what they sell. Sure you will be attracted. There's tons of other analogue camera sell by ROFLCAM. And their price are reasonable. Thank you ROFLCAM! ;]

I just bought this last week. It is cute. Fascinating. WOWW... I feel very excited once i looked at the mirror that reflect the object infront. Ingat tak benda yang kita buat waktu standard 6 dulu? Apa nama dia aa.. haish tak ingat. -scope something. haha

Faris Fikri own this. I will try to divide my love equally. Mwahmwah XOXO ;]

Tuesday, April 5, 2011

Recesky D.I.Y. TRL



Comel kan camera ni? takde pape. saja je tunjuk. Comel. Menarik. Do it yourself. Twin Reflex Lens. Boleh multiple exposure. Live view. ;]

SAYA

Lapa la. Tak tidur malam. Lapa pulak pagi ni. Tengok gamba ni ada banyak warna. menarik perhatian! Harini kelas pukul 8.30. Sempat lagi update blog ni. Suka baca blog, tapi tak suka baca benda akademik. Tak suka menghafal benda yang boring. Suka mengira, tapi tak suka bila tak tahu kira.

Tak sabar nak main main manja dengan analogue camera! ;]

Tuesday, March 1, 2011

LomoPiknik Zoo Negara


As Salam. Nak bagitau korang haritu. Tapi takde masa. Ni LomoRangers akan mengadakan satu LomoPiknik di Zoo Negara pada 5hb March ni. Ohhh Allah, I hope tak ada angin arah melintang. Nak pergi nak pergi. Maluuuuuu tapi mahu. Haha. Malu sebab takde member. HUMP! Harap-harap hari jumaat ni dapat balik awal, then siap2, beli film bagai, then keluar hari sabtu. Dan yang terbaiknya kan, the following week tuh penuh dengan test. TERBAIKKK!

Korang-korang, yang berminat nak berlomo-an sambil ber=piknik berramai2, jom la join. Ticket Zoo korang tanggung sendiri la ye. Ni for more info, PLEASE! Read it here. Thank You. ;]

p/s; i feels sangat seronok bila ter-list dalam committee LomoRangers. You know bila u on the list, rasa macam lagi semangat. haha. excited weh, rasa macam part of them. Alhamdulillah. ;]

p/s/s; tadi baca blog Hidayat Isa. Dia punya dream dari dulu, iaitu nak belajar di Kobe University, Japan. FarisFikri ada dreams macam tu tak? hum

Friday, December 31, 2010

Developed!

Salam. Hey guys! We meet again. Just want to inform you guys that i already uploaded my lomography photos in my facebook account. Do check it out, you will find there's some photos that have my finger included. Forgive me for that, i didn't realized it till i developed it. hehe. Anyway, you can check it out here, makesure you log in first, and be my friend, because i've change the album privacy from everyone to friends only. huhu.

Sorry guys, but don't worry. Will upload it in my lomography.com account & my flickr account soon.

My 1st Trial (Kodak Gold 200)

My 2nd & 3rd Trial (Agfa CT Precisa & Kodak Ultramax)


Thursday, December 30, 2010

Krekkk Krekkk

KREKKK KREKKK.. bunyi yang dikeluarkan. Sangat comel okay! Lebih-lebih lagi waktu ramai-ramaikan. Time buat lomomatrix tuh, kan semua pakai analogue camera, hahhh masa nak shoot tuh, tak ke semua kena krekkk krekkk benda tuh. Bunyi dia sangat best. Sangat comel. Korang pernah dengar kan waktu nak kerat keratan attendant dalam dewan exam tu. Hahh bunyi dia macam tu la. Seronok kan?

Anyway, petang tadi pergi Wangsa Maju, ditemani bff, Hizzam Halim, pergi sana buat apa? Pergi Foto Mega. Buat apa? Well... develop film la. haha. First time weh, okay kali ni tak sesat. Kami print map, kami salin alamat. And and sangat dekat dengan LRT Wangsa Maju okay. Jalan kaki je. Nak terima kasih dekat Abg Konductor bus metro 49, sebab bagitau mana dia Desa Setapak tuh. huhu. Dekat je.. And and dah jumpa fotomega, and esok menanti.. Esok datang semula ambil hasil dia. hehehe.

Saya ada 3roll, so cuci semua la kan. Dua negative film, satu slide. So yang negative tuh saya cuci color je. Yang slide tuh kita kasi CROSS-PROCESS!

Normal - Develop+Scan = RM14
Cross-Process - Develop+Scan = RM15

Tak tahu la apa akan jadi. Mesti most of the picture akan BLUR. sebab Faris Fikri kan punya tangan yang bergetar. Hehe. Uncle Tremor. huhu. Humm.. rawr! And and, lepas balik dari Wangsa Maju, pergi KLCC, rancangan ZAPPP!! pergi tengok movie. hahah. Cerita Narnia!!! Bestttt. Suka suka suka. I miss NARNIA.... uwuwuwuw ;'[ Last movie with Hizzam before farisfikri balik uitm. huhu. Jumpa lagi nanti tau hizzam! Will miss u la kawan! mwah mwah (huggie!!)

Monday, December 27, 2010

Lomomatrix'10

Semua gambar di atas dan di bawah di ambil dari Facebook Bro Demang & Bro Farid.

Okay kawan kawan, Semalam (Sabtu 25/12/2010), saye attend Lomomatrix yang dianjurkan oleh Lomokids di Tasik Titiwangsa!! Wuhuuuu!! Berani mati pergi sorang-sorang. Takde teman pun. Malam sebelumnya dah excited tahap gaban dah nak pergi, pagi tuh tetiba doubt pulak, pukul 9 baru mandi. Sampai LRT Titiwangsa pukul 10.10am, took a taxi, unfortunately, uncle taxi pergi bawak tempat lain. Haihhh dah la time tuh cuak gila takut lewat + kena tinggal. Boleh pulak bawak pergi HOTEL istana budaya, ada ke? orang cakap istana budaya. Adehhh sampai area2 pavillion pulak tuh weh. grrrrr. dah la meter dia cepat gila naik. sampai istana budaya rm12. GILA WEH! Haritu rm4.50 je. Geram kut, last2 negotiate la dengan dia, dapat rm6. wuhuuuu Alhamdulillah.

Sampai dah BSLN, pulak mana tah perkarangan dia, tak nampak orang kumpul2 pun. kena tinggal dah ke aku ni? tengok jam pukul 10.40am. Tanya pakguard, dia kata belakang, dah sampai belakang, entah mana ada perkarangan, carpark ada la. Ahh nampak couple ni, pangkat abg&kakak la, tengah tunjuk ke atas, ;

A: emm bang, nak tanya, tahu tak mana perkarangan?
B: adik nak pergi event apa?
A: lomomatrix
B: ah sama la dengan kitaorang, tengah carik dorang jugak ni
A: ohh okay.. (ikot bontot dorang. hehe)
B: nama apa?
A: ahh Faris..
B: Najib..
A: ohhh okay..

Naik atas tangga tuh, ah nampak Faisal, so betul la itu perkarangan dia. Sampai situ, nampak mamat ni pakai topi cookiemonster, macam peramah, adehhh tetiba segan pulak nak tegur dia. Sudahhhh tak tahu nak tegur sapa. Tak kenal sesape pulak tuh, nak tegur segan, semua nampak veteran je kan. Text reen:

F: reen, dah sampai, dah jumpa dah dorang, tapi takde kawan doe, segan pulak tuh, apa harus aku buat ni? dah macam orang bodo dah berdiri jee.. segan malu malu malu!
R: ah TOILET TOILET! pergi toilet!
F: uh? dahh mana pulak toilet dia... nak pusing belakang pun segan, aku ni haa pandang jela bumbung istana budaya...
R: pergi toilet pergi toilet! buat hal kau sendiri
F: (pusing.. gerakkk masuk dalam. ah jumpa toilet! masuk dalam tempat bowl tuh, kunci pintu, duduk)
F: wehh, makin lama makin ramai ohh..
R: carik mustakim? mana mustakim? yang comment status kau pagi tadi?
F: uh? gila. mana la aku tahu muka dia macam mana. dodowl
R: muka? muka siapa?
F: uh? muka apa?
F: ohhhh ah mustakim tuh. mana la aku tahu muka dia macam mana.
R: ohhh..

Then ulang alik la, kejap keluar, kejap masuk dalam pastu Faisal nampak, dia cakap thanks sebab datang. Then dia suruh bergaul la dengan orang lain. Jangan segan-segan. Then dia kenal kan dengan Fendy, Mimm, Munir.. Haha i just shake hand and smile. Betul segan + malu kottt.. Datang sorang sorang mati kutu... Last-last main la keluar masuk keluar masuk. masuk toilet keluar toilet. sandar dekat dinding.. Kebetulan Faisal masuk, dia tanya "ehhh kenapa lari?", uh hehehehe. (sengih je yang mampu.huhu)

Around 12pm something, Faisal panggil semua, then time tuh dah ramai gilaaa.. I heard total yang datang 49 orang.. wuhuu. not to forget ada 4 orang chinese. best kan campur2 kaum! Then gerak ramai-ramai pergi Tasik Titiwangsa, ah macam biasa, orang yang keseorangan still jalan sorang2. Sadis betul. then sampai tasik, buat bulatan, start ice breaking.. hahh sebaik tak kaku, ah time tuh la baru tahu mana satu mustakim. heheh. HEYY HOOO!

Buat bulatan besarrrrrrr... kebetulan duduk sebelah mustakim pulak kan, Alhamdulillah la. ada teman nak berborak, then dia kenal kan member kampus dia, Kak Shaza. Hi hi hi! Hah itu sebelah kiri, on my right hand side, wife Bro Demang. huhu seronok jugak duduk situ. And sangat seronok kan at last dapat jugak bukak mulut. Borak3 la. Sambil tu dengar Faisal & Shafiq briefing. Shafiq ambil attendant semua, then ambil gambar sorang-sorang guna lomolitos dia. huhaha.

Jadi dari situ, WE BEGAN OUR SESSION!! ikuti photo-photo di bawah okay;

*mana farisfikri?? ahh okay tersorok disebalik faisal (berpayung). haha


*hambek kau! malu2 sangat nak tego orang tinggal-lah dikau sensorang. haha, mustak pergi mana tah time ni, wife's bro demang pun taktahu mana.






*Bro Demang yang hujung kanan tuhh. ;]

Gambar-gambar aksi tidak ku upload sebab rasanya korang kena tunggu video tuh nanti, baru la GEMPAK! hahahaha. anyway, bawah ni menutupi entry ni. diulang sekali lagi yee, gambar-gambar ni semua diambil dari Bro Demang & Bro Farid. Okay? Umm belum mintak kebenaran lagi. aisehh esok pagi la. maaf


After all, they make my day! Sangat BESTT, FUN! Can't wait for next session. And selamat berkenalan wahai kawan-kawan baru!!! seronok dapat kenal. ;]

Mood: Now & Forever - Richard Marx

p/s; mood lagu tuh takde kena mengena pun. farisfikri suka dengar lagu-lagu begini, kebetulan dia play pulak kan, rasa macam fit it la lagu ni mendayu-dayu dengar gambar-gambar yang ada. huhuhuhu ;'[


Thursday, December 23, 2010

Lomography Talk by LomoKids

Salam. Hey guys! Just got back from Lomography Talk by LomoKids dekat Balai Seni Lukis Negara(BSLN). Talk tuh began at 4pm till 6pm. After that, me, Wana, Wani & Daidai pergi Sogo. Uwwww year end sale!! Tapi tak bawak duit lebih, so tak jeling2 pun. Ah pastu tadi nampak Adik Syahrol a.k.a. Adik Dann. Dia kerja dekat tempat perfumes.. Tak tegur, takut salah orang. hahaha

Anyway, back to the topic, quite fun la pergi talk tuh. Kami lewat 20 minutes, but still tak miss pape sangat pun. Talk tuh berlangsung dalam auditorium. Ini first time kami jejak BSLN, mula-mula salah masuk, pergi masuk Istana Budaya, no wonder pelik semacam kenapa banyak orang2 dewasa pakai batik. HAH!

Ahh what i get from the Talk? Emm 1st thing 1st, dapat jumpa secara live dengan orang-orang kuat LomoKids. Tak semua, just few of them. Then tahu la serba-serbi latar belakang LomoKids ni. Tadi ada Abg Jibam, Abg Moqh, Encik Anip, Faisal, Iyann (adik abg moqh), Mimm(icon lomo dalam Fokus SPM 2009).. pastu ada la lagi, tak ingat nama. haha

Sejarah LomoKids, starting from 2006.. eh yeke? or 2004.. macam tu la. haha. Dorang start join event Rantai ni since 2006. Dengan adanya Rantai, dorang dapat spread more pasal Lomography to others. Malaysian people ni tak berapa tahu menahu sangat bab Lomography ni. But still, ada RAMAIIII lomographer dekat Malaysia ni, cuma tak ter-unite. haha. Ah, ni, LomoKids start dengan 4org. Then lama-lama berkembang la.

Macam mana nak jadi ahli LomoKids? Nak join nak nak?! Abg Moqh kata, whoever yang join LomoKids, either dekat group facebook or else, automatically dia bergelar ahli LomoKids. Haa lebih kurang macam tu la. So untuk kenal lebih dengan lainlain, korang kena la active turun if dorang ada buat pape.. outing ke, event ke. Nanti InsyaAllah korang akan rapat gituwww. 2010 ni merupakan tahun LomoKids berehat sebentar. So next year, get ready guys, LOMO ON! haha. Dorang cakap nanti maybe dorang nak buat bengkel or whatsoever yang interesting, AYUH JOIN!

Another thing about LomoKids, kenapa nama dia LomoKids? Abg Moqh cakap, dedulu, waktu mereka ber-4 ni pergi outing, shooting lomo.. orangorang sekeliling panggil dorang 'budak lomo'. Lalu ditranslate kan ke english, jadi la LomoKids.. Budak? okay realitynya, ada semua generasi.. anak muda, bujang, dewasa, bapak orang, bujang telajak pun ada (bro jibam punye ayat).

About camera, okay macam ni, semua camera yang guna film, itu dipanggil ANALOGUE CAMERA. LOMO camera merupakan nama brand sesebuah camera tuh. Ni abg jibam bagi example, NIKE&ADIDAS, kalau kasut tuh nike, nike la dia kan, bukan adidas. haa macam tu la. Camera itu dipanggil Lomo Camera sebab dia punya brand namanya LOMO. Yang HOLGA tuh, Holga camera. Yang Superheadz, Superheadz camera. Fungsi mereka semua ni SAMA SAHAJA! Nama brand dia je lain. Yang penting, semua nya namanya Analogue Camera.

No such thing DIGITAL LOMO CAMERA. Tak ada okay? Analogue Camera/Lomo Camera merupakan camera yang menggunakan film sahaja. Yang digital tuh, bukan lomo lah. Means dia digital, dia punya effect dah sedia ada, alahh ni, macam korang guna camera digital biasa, then edit je dekat computer. Haaa macam tu la, Iyan cakap, kalau nak TRUE punyer, guna la the TRUE analogue camera. ;]

Pastu apa lagi yee? haa dorang ada la cerita pasal nak develop film.. Then pasal chemical2.. Common chemical adalah C-41. Pastu ada la cerita pasal cross process. Then i asked them what is the different between 'slide film' dengan normal film. Then dorang cakap kalau guna film ni, tak ada limit.. means that, kalau korang nak develop sebesar2 klcc tuh pun, still cantik je. Kalau digital camera kan ada megapixel tuh kan? haaa itu kan terlimit tuh. Ni, dorang cakap, tengok magazine National Geographic, haa mereka semua guna film camera, lagi cantik! *wink2*

Ah pastu kan, Faisal cakap, kalau korang nak kasi vignetting, korang ambil gambar waktu matahari terpacak.. then posisi dia macam ni.. MATAHARI.. KORANG.. OBJECT.. Makesure bayang2 korang tuh ade dekat depan korang. Haa nanti insyaAllah jadi la vignett tuh.. aww!

Lomography is all about experimental, berani la buat benda-benda pelik, it's fun! Such as, genggam/komot2 kan film before you develop it, ia akan meninggalkan effect yang unpredictable. Ahh do you know that you can develop a film by using COFFEE & VITAMIN C? Youtube ada video-video on how to do it. hehe interesting isn't? Nak buat benda-benda pelik, tak tahu macam mana? Internet ada disekeliling anda. Type-in sahaja. And and veteran cakap, dekat utube ada video dia. Ahh pastu Bro Jibam kata, dia pernah guna Condom, untuk menggantikan cover dalam air. I mean, kan ada cover camera untok masuk underwater tuh kan, haa dia takde cover tuh, so dia replace guna CONDOM. wahahah muat ke? i don't know, muat la kut. hehehe.

Anything else? Ni, kan korang nak pergi develop kan, kalau korang pergi kedai biasa, Jangan lupa cakap dengan orang tuh, if anything happen, gambar jadi or tak, TOLONG JANGAN SENTUH APA-APA. Sebab itu la hasil yang unpredictable tuh. kan kan kan? haha. Umm apa lagi yee tapi tak ingat. haha. Ini pun baru teringat. nanti ada lagi, saye update yee. hehe.

Guys, last but not least, nak invite semuaaaa kawan-kawan yang berminat, mari la turun ke BSLN sabtu ni. Pukul 10am. LomoKids nak buat LOMOMATRIX! Super cool weh!! Apa itu lomo matrix? korang tengok video dekat bawah ni ehh, COOLIO!! Umm faisal kata, kumpul dekat depan BSLN, then gerak ramai2 pergi Titiwangsa. wuhuuuu best weh! nak joinnn.. tapi takde camera doo. Tapi dorang kata datang je, JOIN! jom jom jommmmmm!!



p/s; Ah nak tambah, harini sahaja, saye dapat 2 orang kawan baru! Faisal & Mustakim. Rancak berborak2 dengan mereka di FB. hehe. Sebelum ni dah kenal dengan Adik Aisyah.. Haziq Farid.. Edmund Li.. Zaki.. Wandy.. dan lain lain. haha

Thursday, December 16, 2010

Gravity RantaiArt Festival

Ouh! Nak pergi weh. Alhamdulillah sempat lagi pergi before balik uitm. Kalau boleh nak pergi waktu Sue Anna Joe bagi photography talk tuh. Dia sangat femes. Sumpah baru tahu pasal dia semalam. Mula-mula baca blog HBPS, cerita pasal kak PS pergi Maysaa Fashion Show.. Then ada la gambar-gambar, then kak PS cakap kalau nak tengok lagi gambar klik link countthethread.blogspot.com so i did. And bukak la blog Sue Anna Joe ni.

Dia nampak biasa je. Nampak cool gila, a mother to a son. Super cool! And super femes! I like her photograph.. sangat cantik.. And cara dia approach people pun macam senang je. And semalam jugak saye kenal Maria Elena. Haha kakak ni sangat selamba. Cool jugak! And she's HILARIOUS! Gabungan Kak PS, Kak Maria & Kak SAJ = BOOOOMM! begitu stylish dorang ni. See see muslim also can be fashionable sambil tutup aurat tau. So girls, tak teringin ke? hehe

THE MOST, nak pergi Lomography Workshop by Lomokids. Oh my Allah Almighty, ini wajib pergi! Hari khamis, 23rd dec. Sempat sempat. Wana Wani bring me along with u guys okay! Nak ikut!! Korang nak tahu more pasal schedule RantaiArt Gravity ni? HERE IS IT. See you guys there, InsyaAllah. ;]

p/s; siapa pergi?

Wednesday, December 15, 2010

Berani mati

Pagi tadi, after subuh. Dengan guts yang tak seberapa ada, berani mati pergi roll balik film yang sudah pasang di dalam Macek Pink tuh. Sebab apa? Sebab nak tengok either shutter tu terbukak tak if saye press the button.

And yeah, TAK TERBUKAK langsung. Jadi kononnya nak jadi hero la kan, pergi la main bukak2 screw. Ingatkan boleh fix la kan.. kot nye la dia senang macam nak fix shutter Diana F+ tuh. Then, okay fine kena bukak screw dalam lagi, malas la. kang tak tahu pasang pulak. Okay tak, actually, tak tahu macam mana nak bukak tu tu tu yang halang daripada bukak tepi lens tuh. Grrr dah la saye ni jenis kalau geram, tarik je sekuat hati. So, i stop.

Eleh bukak takat tu pun saye dah patahkan button nak rewind tuh. Plus, geram giler tak dapat nak screw balik screw yang super-duper kecik tu dekat dalam tempat letak film. HAH! At the end, pasang je apa yang dapat pasang, then simpan dalam kotak balik. Film dia, masuk balik dalam silinder & simpan dalam refrigerator. Why? veteren cakap ia akan membantu film mengekalkan warnanya. Wallahualam.

Dan dan dan, now i know, next time, kalau nak beli, dekat kedai yang tak sediakan warranty. Try tekan button capture tuh, and tengok shutter dia terbukak tak? MUST TRY! If not, u the one yang rugi.

p/s; tadi wannuradilah called, dia cakap tadi HEP called her, tanya, "Awak nak jadi PM tak?". Oh my goshh when is my turn??


Trott trott

Excited betul muka. Gambar ni dah lama. Ahh my mission semalam BERJAYA!! yuhuuu. Harini pun nak lebih better dari semalam kalau boleh. And and you know what? Semalam baru perasan apa yang buat saye tidur lewat. Actually waktu waktu macam ni saye dah sleepy dah, but THEN, online.. tahan mata kejap... tahan lagi.... tahan tahan tahan...

Pergi dapur, MAKAN NASI/ROTI, segar semula! kembali online. Entah bukak ape je. Kadang-kadang pergi membalas kunjungan blogger2, kekadang layan facebook yang bila makin lewat makin bosan tuh. Dengar lagu.. Dulu ada la nak skyping dengan orang. Sekarang tak lagi. Hum.

Semalam, before offline, pergi la search pasal how to repair lomo camera bla3 kan. Sebab saye rasa camera tuh macam tak boleh guna sebab dia tak keluar kan bunyi. So semalam jugak, i post a topic dekat LomoKids punya FB, and tadi ada la veteren2 tolong jawab. Dorang cakap, just try je capture apa-apa, sampaiiii habis film tu then pergi develop. DON'T THINK, JUST SHOOT!

Bila dah develop nanti, tahu la either camera tuh rosak or still berfungsi. OKAY.. Ikut cakap veteran2. Ahhha! Esok.. hehe. TAK SABARNYA!! Esok i will just stay at home.. Taknak gerak. Why? Nak tunggu POSLAJU datang. Tunggu apa? A parcel. Apa dia? SECRET! hehehe. ;]

p/s; tadi uninstall YM, then install balik. and... takkeluarpapehuruflagilagilaaaaa

Saturday, December 4, 2010

Journey to The *Click* Shop

photo by the*click*shop
Salam. Haha. Ini la misi UTAMA saya harini. And, alhamdulillah, mission accomplish! Thanks to my bestfriend, Hizzam Halim, yang sudi teman. Gerak dari rumah pukul 8.30 pagi, then naik bus pergi LRT Ampang, then pergi Masjid Jamek, then tukar LRT Putra untuk ke Taman Bahagia. Sampai Taman Bahagia (which is the 2nd last station), as Nicole & Syed said, take a bus or a cab. So Hizzam and me decided to take a bus. Syed said, the shop located nearby the LRT, not too far. Kami pun naik la T626 as been told. If you all nak pergi, I suggest TAKE A CAB yang berlambak dekat depan tu.

Dalam jantung ni dupdapdupdap sebab nervous. Haha! Kejap-kejap check duit, nak makesure bawak ke tak. haha. Lepas 15minutes dalam bus, rasa macam ehhh jauhnya la kedai ni, keluar masuk lebuhraya. Syed kata dekat je. I hafal dia stop yang ke-3, sambil tu, me and hizzam pandang kiri kanan tengok2 akan kedai emas Poh Kong. Sampai stop yang ke-3, we decided untuk turun, eventhough tak nampak langsung Poh Kong nye. Jumpa aunty sorang ni, tanya dia, "Excuse me aunty, do you know where is the Poh Kong?". "Poh Kong? emm Poh Kong only located at SS2". SS2 tuh la yang kitaorang nak pergi. "Then where are we?", "This is Uptown". HUH? Oh my.. apa itu uptown. Eh jap, oh dekat sini la Uptown Damansara. "Do you know how can we get to SS2?", "I'm sorry, i don't really know", "Ohh thank you aunty".

Terus jalan kehadapan dengan Hizzam till we saw SS21. Oh yeahh kami di SS21. We are lost! totally lost. Jauh pulak tu, nak pegi SS2, tuptup sampai SS21.

Hizzam: Faris, kau ada alamat dia tak?
Faris: Ohh my... lupa nak bawak & print la.
Hizzam: Erghhhh kau memang pandai
Faris: Haha mana nak tahu. Tak teringat.
Hizzam: Bukan ingat, fikir.
Hizzam: Jom carik siapa yang boleh online tolong tengok kan alamat tu.

Kami berusaha telephone kawan sorang-sorang, ada yang tengah tido lagi la, ada yang bz la. Haha. And and thanks to Abg Sabri sebab berjaya dengan A.S.A.P. nya. hehe! Okay dah ada alamat, next? Tunggu bus dekat seberang, lamaaa gila, yang ada bus U U U and U. Dalam otak saya nak bus T626 je. haha. Tompang tanya amoi, dia kata SS2 tak jauh dari sini. Ohh lega la sikit dengar, dia suggest naik teksi. So tunggu la cab after 20 minutes baru dapat cab. And alhamdulillah, pakcik ni baik, dia ada GPS lagi tu, pakcik tu beli sendiri. And alhamdulillah about 5-10 minutes later sampai la tempat yang dituju, RM6.00. okay la tu kan?

YEAHHH dah nampak kedai tu. macam takut-takut je nak masukkan. Sebab dari luar serious tak nampak macam kedai ni bukak. Ragu-ragu bukak ke tidak. Tapi memang dia bukak pun, sabtu 9am-6pm. Masuk-masuk je,

Faris: Hiii!!
Them: Hi Welcome
Faris: Emm i would like to buy some film.
Adrian: Here it is..

photo by the*click*shop
Hizzam: Oh my God! Comelnyaa... (keliling kedai tengok camera)
Faris: Comel kan? Haa ni la Diana F+ tu, ni blackbird fly, ni holga, ni UWS, bla3..
Hizzam: Ohh so comel!

Saye pergi pilih film.. Ehh film yang mana aa nak haritu.. Kodak Ultramax, JUMPA! Agfa.. JUMPA! Lagi satu ape aaa.. ahhh solaris2.. JUMPA! While Adrian tengah pack2, saye dengan Hizzam jalan keliling kedai yang comel tu. Memang la sunyi sebab baru bukak. Mr. Edmund pun ada dekat tepi tuh.. SUMPAH sangat comel semua camera tu. Rasa macam nak own semua je. hahahaha.

Faris: How much?
Adrian: RM50
Faris: (serahkan duit tanpa segan silu.. tu je duit yang ada. haha)
Faris: Ermm i heard there's a freebies for those who come..
Adrian: Ahh yeah, there is it, in the box (with sweet smile)
Edmund: Aaa dalam itu, expired film. Kita juga ada beri camera untuk yang lucky
Faris: (masukkan tangan.. ouih ade silinder, taknak la, dalam lagi.. kotak? amek jela.. alamak KODAK biase? rasa macam nak campak balik je dalam box tuh. haha)
Edmund: Ah you pun boleh ambil
Hizzam: Oh? okay... hehehe. (selupselup, keluar silinder)
Edmund: Haa itu film yang mahal punya!
Faris: (uhhh? alaa nak jugak.)
Faris&Hizzam: Thank you!

Edmund cakap next saturday dorang ade buat Opening Ceremony!! So nanti ramai la datang, meriah sikit. Semua boleh bawak camera masing2, then ada tempat scan, boleh scan gambar for FREE! then dorang ada buku2 sikit, boleh baca, dia jemput datang! For more info about the ceremony, click HERE!

And guys, untuk JALAN YANG BENAR to get to this shop, click HERE! hahahaha. Ini confirm tak sesat like we did. But still, we having fun sesat-sesat tu. Tak pernah lagi sesat dekat tempat yang 1st time pergi dengan Hizzam. haha. And nasib baik Hizzam teman, kalau sesat sorang2, mau nages tak berlagu. haha.

Lepas keluar dari shop tu, kami ke seberang ada POH KONG besarr, and ada bus metro datang, ada tulis LRT Bangsar, we just pop-into the bus. "Aunty nak pergi LRT Bangsar", "Bla3 Midvalley bla3 ramai orang...blablabla", "Huh? emm ktorg nak pergi LRT Bangsar", "Blablabla3 Midvalley, ramai orang turun harini. blabla kalau u tak turun aaa siap", OMG! apa dia aunty ni? iyakan aje la. Bus ni lalu cfs uia, mahsa, um, ppum, pastu tetiba sampai LRT Universiti, UH? "Universiti2, siapa nak turun, turun sekarang. Aaaa turunturun".

Hizzam: Nak turun?
Faris: Uh? Nak turun ke?
Hizzam: Kalau turun sini, pergi KLCC
Faris&Hizzam: Haaa turunturun!!

From there, we went straight to KLCC, as soon as we arrived KLCC, we felt RELIEVE!! Sangat relieve weh! Yela dah sampai area sendiri kan, alhamdulillah sangat-sangat! Dan dan, ini yang saya peroleh dari Journey ni:

(all the picture i took from the*click*shop)
1)Kodak Ultramax 400

contoh hasil:


2)Agfa CT Precise 100

contoh hasil:


3)Solaris 800

contoh hasil:


COOL ISN'T IT? Can't wait to try using it. wohoooo. Kawan-kawan, jemput la datang ke Opening Ceremony The *Click* Shop nanti okay!

p/s; Thank you Hizzam, i have a really great day today! and and i enjoyed going out with you.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails