Monday, December 27, 2010

Lomomatrix'10

Semua gambar di atas dan di bawah di ambil dari Facebook Bro Demang & Bro Farid.

Okay kawan kawan, Semalam (Sabtu 25/12/2010), saye attend Lomomatrix yang dianjurkan oleh Lomokids di Tasik Titiwangsa!! Wuhuuuu!! Berani mati pergi sorang-sorang. Takde teman pun. Malam sebelumnya dah excited tahap gaban dah nak pergi, pagi tuh tetiba doubt pulak, pukul 9 baru mandi. Sampai LRT Titiwangsa pukul 10.10am, took a taxi, unfortunately, uncle taxi pergi bawak tempat lain. Haihhh dah la time tuh cuak gila takut lewat + kena tinggal. Boleh pulak bawak pergi HOTEL istana budaya, ada ke? orang cakap istana budaya. Adehhh sampai area2 pavillion pulak tuh weh. grrrrr. dah la meter dia cepat gila naik. sampai istana budaya rm12. GILA WEH! Haritu rm4.50 je. Geram kut, last2 negotiate la dengan dia, dapat rm6. wuhuuuu Alhamdulillah.

Sampai dah BSLN, pulak mana tah perkarangan dia, tak nampak orang kumpul2 pun. kena tinggal dah ke aku ni? tengok jam pukul 10.40am. Tanya pakguard, dia kata belakang, dah sampai belakang, entah mana ada perkarangan, carpark ada la. Ahh nampak couple ni, pangkat abg&kakak la, tengah tunjuk ke atas, ;

A: emm bang, nak tanya, tahu tak mana perkarangan?
B: adik nak pergi event apa?
A: lomomatrix
B: ah sama la dengan kitaorang, tengah carik dorang jugak ni
A: ohh okay.. (ikot bontot dorang. hehe)
B: nama apa?
A: ahh Faris..
B: Najib..
A: ohhh okay..

Naik atas tangga tuh, ah nampak Faisal, so betul la itu perkarangan dia. Sampai situ, nampak mamat ni pakai topi cookiemonster, macam peramah, adehhh tetiba segan pulak nak tegur dia. Sudahhhh tak tahu nak tegur sapa. Tak kenal sesape pulak tuh, nak tegur segan, semua nampak veteran je kan. Text reen:

F: reen, dah sampai, dah jumpa dah dorang, tapi takde kawan doe, segan pulak tuh, apa harus aku buat ni? dah macam orang bodo dah berdiri jee.. segan malu malu malu!
R: ah TOILET TOILET! pergi toilet!
F: uh? dahh mana pulak toilet dia... nak pusing belakang pun segan, aku ni haa pandang jela bumbung istana budaya...
R: pergi toilet pergi toilet! buat hal kau sendiri
F: (pusing.. gerakkk masuk dalam. ah jumpa toilet! masuk dalam tempat bowl tuh, kunci pintu, duduk)
F: wehh, makin lama makin ramai ohh..
R: carik mustakim? mana mustakim? yang comment status kau pagi tadi?
F: uh? gila. mana la aku tahu muka dia macam mana. dodowl
R: muka? muka siapa?
F: uh? muka apa?
F: ohhhh ah mustakim tuh. mana la aku tahu muka dia macam mana.
R: ohhh..

Then ulang alik la, kejap keluar, kejap masuk dalam pastu Faisal nampak, dia cakap thanks sebab datang. Then dia suruh bergaul la dengan orang lain. Jangan segan-segan. Then dia kenal kan dengan Fendy, Mimm, Munir.. Haha i just shake hand and smile. Betul segan + malu kottt.. Datang sorang sorang mati kutu... Last-last main la keluar masuk keluar masuk. masuk toilet keluar toilet. sandar dekat dinding.. Kebetulan Faisal masuk, dia tanya "ehhh kenapa lari?", uh hehehehe. (sengih je yang mampu.huhu)

Around 12pm something, Faisal panggil semua, then time tuh dah ramai gilaaa.. I heard total yang datang 49 orang.. wuhuu. not to forget ada 4 orang chinese. best kan campur2 kaum! Then gerak ramai-ramai pergi Tasik Titiwangsa, ah macam biasa, orang yang keseorangan still jalan sorang2. Sadis betul. then sampai tasik, buat bulatan, start ice breaking.. hahh sebaik tak kaku, ah time tuh la baru tahu mana satu mustakim. heheh. HEYY HOOO!

Buat bulatan besarrrrrrr... kebetulan duduk sebelah mustakim pulak kan, Alhamdulillah la. ada teman nak berborak, then dia kenal kan member kampus dia, Kak Shaza. Hi hi hi! Hah itu sebelah kiri, on my right hand side, wife Bro Demang. huhu seronok jugak duduk situ. And sangat seronok kan at last dapat jugak bukak mulut. Borak3 la. Sambil tu dengar Faisal & Shafiq briefing. Shafiq ambil attendant semua, then ambil gambar sorang-sorang guna lomolitos dia. huhaha.

Jadi dari situ, WE BEGAN OUR SESSION!! ikuti photo-photo di bawah okay;

*mana farisfikri?? ahh okay tersorok disebalik faisal (berpayung). haha


*hambek kau! malu2 sangat nak tego orang tinggal-lah dikau sensorang. haha, mustak pergi mana tah time ni, wife's bro demang pun taktahu mana.






*Bro Demang yang hujung kanan tuhh. ;]

Gambar-gambar aksi tidak ku upload sebab rasanya korang kena tunggu video tuh nanti, baru la GEMPAK! hahahaha. anyway, bawah ni menutupi entry ni. diulang sekali lagi yee, gambar-gambar ni semua diambil dari Bro Demang & Bro Farid. Okay? Umm belum mintak kebenaran lagi. aisehh esok pagi la. maaf


After all, they make my day! Sangat BESTT, FUN! Can't wait for next session. And selamat berkenalan wahai kawan-kawan baru!!! seronok dapat kenal. ;]

Mood: Now & Forever - Richard Marx

p/s; mood lagu tuh takde kena mengena pun. farisfikri suka dengar lagu-lagu begini, kebetulan dia play pulak kan, rasa macam fit it la lagu ni mendayu-dayu dengar gambar-gambar yang ada. huhuhuhu ;'[


2 comments:

ahleng ariKen said...

lomo on bro!jgn segan2..lomokids satu family..smua gila2

Fndy said...

kacak, ada gambar aku. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails