Anyway, back to the topic, quite fun la pergi talk tuh. Kami lewat 20 minutes, but still tak miss pape sangat pun. Talk tuh berlangsung dalam auditorium. Ini first time kami jejak BSLN, mula-mula salah masuk, pergi masuk Istana Budaya, no wonder pelik semacam kenapa banyak orang2 dewasa pakai batik. HAH!
Ahh what i get from the Talk? Emm 1st thing 1st, dapat jumpa secara live dengan orang-orang kuat LomoKids. Tak semua, just few of them. Then tahu la serba-serbi latar belakang LomoKids ni. Tadi ada Abg Jibam, Abg Moqh, Encik Anip, Faisal, Iyann (adik abg moqh), Mimm(icon lomo dalam Fokus SPM 2009).. pastu ada la lagi, tak ingat nama. haha
Sejarah LomoKids, starting from 2006.. eh yeke? or 2004.. macam tu la. haha. Dorang start join event Rantai ni since 2006. Dengan adanya Rantai, dorang dapat spread more pasal Lomography to others. Malaysian people ni tak berapa tahu menahu sangat bab Lomography ni. But still, ada RAMAIIII lomographer dekat Malaysia ni, cuma tak ter-unite. haha. Ah, ni, LomoKids start dengan 4org. Then lama-lama berkembang la.
Macam mana nak jadi ahli LomoKids? Nak join nak nak?! Abg Moqh kata, whoever yang join LomoKids, either dekat group facebook or else, automatically dia bergelar ahli LomoKids. Haa lebih kurang macam tu la. So untuk kenal lebih dengan lainlain, korang kena la active turun if dorang ada buat pape.. outing ke, event ke. Nanti InsyaAllah korang akan rapat gituwww. 2010 ni merupakan tahun LomoKids berehat sebentar. So next year, get ready guys, LOMO ON! haha. Dorang cakap nanti maybe dorang nak buat bengkel or whatsoever yang interesting, AYUH JOIN!
Another thing about LomoKids, kenapa nama dia LomoKids? Abg Moqh cakap, dedulu, waktu mereka ber-4 ni pergi outing, shooting lomo.. orangorang sekeliling panggil dorang 'budak lomo'. Lalu ditranslate kan ke english, jadi la LomoKids.. Budak? okay realitynya, ada semua generasi.. anak muda, bujang, dewasa, bapak orang, bujang telajak pun ada (bro jibam punye ayat).
About camera, okay macam ni, semua camera yang guna film, itu dipanggil ANALOGUE CAMERA. LOMO camera merupakan nama brand sesebuah camera tuh. Ni abg jibam bagi example, NIKE&ADIDAS, kalau kasut tuh nike, nike la dia kan, bukan adidas. haa macam tu la. Camera itu dipanggil Lomo Camera sebab dia punya brand namanya LOMO. Yang HOLGA tuh, Holga camera. Yang Superheadz, Superheadz camera. Fungsi mereka semua ni SAMA SAHAJA! Nama brand dia je lain. Yang penting, semua nya namanya Analogue Camera.
No such thing DIGITAL LOMO CAMERA. Tak ada okay? Analogue Camera/Lomo Camera merupakan camera yang menggunakan film sahaja. Yang digital tuh, bukan lomo lah. Means dia digital, dia punya effect dah sedia ada, alahh ni, macam korang guna camera digital biasa, then edit je dekat computer. Haaa macam tu la, Iyan cakap, kalau nak TRUE punyer, guna la the TRUE analogue camera. ;]
Pastu apa lagi yee? haa dorang ada la cerita pasal nak develop film.. Then pasal chemical2.. Common chemical adalah C-41. Pastu ada la cerita pasal cross process. Then i asked them what is the different between 'slide film' dengan normal film. Then dorang cakap kalau guna film ni, tak ada limit.. means that, kalau korang nak develop sebesar2 klcc tuh pun, still cantik je. Kalau digital camera kan ada megapixel tuh kan? haaa itu kan terlimit tuh. Ni, dorang cakap, tengok magazine National Geographic, haa mereka semua guna film camera, lagi cantik! *wink2*
Ah pastu kan, Faisal cakap, kalau korang nak kasi vignetting, korang ambil gambar waktu matahari terpacak.. then posisi dia macam ni.. MATAHARI.. KORANG.. OBJECT.. Makesure bayang2 korang tuh ade dekat depan korang. Haa nanti insyaAllah jadi la vignett tuh.. aww!
Lomography is all about experimental, berani la buat benda-benda pelik, it's fun! Such as, genggam/komot2 kan film before you develop it, ia akan meninggalkan effect yang unpredictable. Ahh do you know that you can develop a film by using COFFEE & VITAMIN C? Youtube ada video-video on how to do it. hehe interesting isn't? Nak buat benda-benda pelik, tak tahu macam mana? Internet ada disekeliling anda. Type-in sahaja. And and veteran cakap, dekat utube ada video dia. Ahh pastu Bro Jibam kata, dia pernah guna Condom, untuk menggantikan cover dalam air. I mean, kan ada cover camera untok masuk underwater tuh kan, haa dia takde cover tuh, so dia replace guna CONDOM. wahahah muat ke? i don't know, muat la kut. hehehe.
Anything else? Ni, kan korang nak pergi develop kan, kalau korang pergi kedai biasa, Jangan lupa cakap dengan orang tuh, if anything happen, gambar jadi or tak, TOLONG JANGAN SENTUH APA-APA. Sebab itu la hasil yang unpredictable tuh. kan kan kan? haha. Umm apa lagi yee tapi tak ingat. haha. Ini pun baru teringat. nanti ada lagi, saye update yee. hehe.
Guys, last but not least, nak invite semuaaaa kawan-kawan yang berminat, mari la turun ke BSLN sabtu ni. Pukul 10am. LomoKids nak buat LOMOMATRIX! Super cool weh!! Apa itu lomo matrix? korang tengok video dekat bawah ni ehh, COOLIO!! Umm faisal kata, kumpul dekat depan BSLN, then gerak ramai2 pergi Titiwangsa. wuhuuuu best weh! nak joinnn.. tapi takde camera doo. Tapi dorang kata datang je, JOIN! jom jom jommmmmm!!
p/s; Ah nak tambah, harini sahaja, saye dapat 2 orang kawan baru! Faisal & Mustakim. Rancak berborak2 dengan mereka di FB. hehe. Sebelum ni dah kenal dengan Adik Aisyah.. Haziq Farid.. Edmund Li.. Zaki.. Wandy.. dan lain lain. haha
No comments:
Post a Comment