Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Wednesday, September 18, 2024

1 Task je lagi nak Grad Master, InsyaAllah!!

 Bismillah. Aku perlu berdoa sendiri, perlu usaha sendiri. Cuma dalam masa sama, nak minta tolong korang doakan sekali. Semoga aku tak lemah, malas. Semoga aku berjayaaaaaa selesai Master Thesis & pengajian Master ni dengan jayanya dengan heppinyaa dengan bahagianyaaa, semoga ilmu yang diperoleh aku amalkan, aku ajarkan, aku manfaatkan buat diri dan seluruh masyarakat. Dan semoga ada rezeki terbaikkkkk peroleh kerja yang sebaiknyaaaa. Moga lebih dekat dengan Pencipta, dan bukan nikmat istidraj.

 


Sunday, July 7, 2024

Sekali sekala buka Mailbox Uni

Assalamualaikum hai korang, aku ni umum la ek dari aku Diploma dulu, procrastinate dengan aku tiada pisah! Haha. Suka kauttttt banyak-banyak benda, impian tinggi konfidennn semua boleh buat! On top of procrastinating, waktu aku kerja AMEX dulu satu TL ni highlight dekat aku yang aku ni jenis easily distracted! Mula-mula aku in-denial, lepas tu aku agree dengan dia! haha. Legit weh!

And so aku ada pelbagai on my basket right now, aku ambil pelbagai commitment, basket aku penuh. Alhamdullilah pada jam ni, settled satu! Aku pun bukak la email Uni kejap, sebab 03072024 classmate aku tanya pasal info on Forensics & Malware module ni, aku pin chat dia sebab aku belum jawab, ni dah replied baru aku unpin! Aku ni terkenal jugak orang yang lambat reply mesej manusia.

You can imagine bila aku cakap:

I am a procrastinator tegar + easily distracted person + suka sign-up for commitments with overly positive attitude + andai ada 1 item dalam otak aku yg aku rasa penting, benda lain semua aku tolak tepi until benda 1 ni settle! 

Contoh: Aku kena start Internship/Master Thesis Feb 2024. Aku dah start apply since Oct 2023, lepas settle exam on January 2024 aku duk apply apply apply, attend interviews etc. Result keluar, aku tahu aku kena retake 4x Modules, 1x je ada exam August ni, lagi 3x tu aku kena resubmit reports. So aku ada Feb-July 2024 untuk submit reports ni. Tapi, dalam otak aku letak rules macam ni "Dapattttkan dulu internship / Master Thesis offer, thennnn baru buat reports + cari kerja part time"

Bulan berlalu, Jan Feb Mac Apr May, zero offer. Hujung May Alhamdulillah dapattt. Lepastu baru menyesal aku bazir 5 months tak kerja, tak buat report, padahal can do many things. Nasi dah jadi bubur Faris.

Anyway, waktu aku buka email Uni tadi, email bawah ni latest & aku baca dulu:


Zassssss terusssss aku rasa gelabahtetekkkkkk!! Aaaaaaa Thesis.

Okay so basically benda ni tak applicable dekat aku, sebab aku kena extend. Ye aku kena extend 1-2 bulan (so far), life has it own surprises. Menangis ke apa semua aku dah buat, maka aku langgar jee terus okay, insyaAllah mestiiii wajibbbbbb graduate jugak Master ni tahun ni, Aminnn Ya Mujib!!!

Email ni applicable to 99.99% batchmate EMJM CYBERUS 22/24, exclude aku. 0.01% tu adalah batchmate aku sorang tu, nama dia Sadik. Dia orang pertama dah settled weh! Dia dah defense his Master Thesis, dah habis sapsapsoiiii hujung June 2024 baru ni. Akuuuuuuu tabikkkk gila la dia beb!!! Hebat SubhanAllahhhhhh, dia la geng aku sama-sama siputttt waktu 1st year dulu, 2nd year dia accelerated. Aku tumpang bahagia weh! Tho jujur dalam masa sama aku pun berduka, haha. Allahhh, tu rezeki dia Faris, rezeki kau lain pula InsyaAllah. Lain orang lain timeline.


Apepun korang, aku nak minta doakannnnn.. Aku ada 4 Modules kena retake,  Basically all 4x pending ni August la dateline nya. Dalam masa yang sama, aku baru start Master Thesis aku. Aku percaya aku tak push myself hard enough. Keep pushingggg Farisss, keep pushingggg please!! Tanggungjawab amanah, janji ni harus diselesaikan!!

Scattered ye gais story aku lompat2. Konon nak start dari story Perancis, story 1st year. Sekaliii zas aku throw the atom current situation haha. Sebab side buruk2 throughout aku belajar luar negara ni small circle je tahu: keluarga, batchmate, Profs, superrrduper closest friends. 

À la prochaine fois (Until next time) korang!

Sunday, June 30, 2024

Zon Selesa di Perancis


Assalamualaikum hai! Haha. Kenot tutup laptop sebab aku rasa aku nak up gambar orang-orang yang banyakkkkk sangat tolong aku before aku fly ke Perancis. Jay & Manoj ni, husband and wife. Jay orang Kuching, Sarawak. Manoj adalah Indian mainland tapi membesar di UAE and dia kerja lama as lecturers dekat UTP, UMT.

Lepas aku decide untuk ke Perancis, instead of UK, aku search FB "Malaysian in France", join group tu. Aku post macam ni:



Then Jay replied:



Euw aku panggil dia Dee hahahahahahahah

And afterwards ktorg in contact via Messenger, dia dengan Manoj rajinnnn call aku, stay update dengan progress aku, dorang siap terang okay 1st buat ni dulu, nanti settle yang ni baru dorang guide next buat apa. Sebab literally aku takde guideline nak ke mana, buat apa. Jadi, aku sangat-sangat bersyukur Allah hantar Jay & Manoj. Hmmm rindunyaaaaa korang, termasuk Aman! Aman sekali jumpaaaa je terus klik! Ni je nearest Malaysian dengan aku waktu di Perancis dulu. Hampir tiap minggu aku akan naik bas, dari Lorient ke Vannes, untuk jumpa dorang ni. Dan tiap kali tu juga, Jay Manoj Aman akan ambil & hantar aku ke busten. We will walk together. Hmm rindurindurinduuuuuu..

Dec'22 Aman kena pindah Strasboug, pastu aku pulak ke Estonia, then ke Belgium. Jay & Manoj pula berhijrah ke United Kingdom. Tiada lagi my comfort people di Perancis, Vannes menjadi town kenangan memori indah bersama. Alhamdulillah we manageddd to went for short roadtrip ber-4! Sangatttt treasure the memory weh. Now, Aman pun dah habis pengajian dan dah balik MY for good.


Gambar kenangan bersama Mont Saint Michel. Andai korang ke Normandy menghala ke Bretagne, singgah la sini. Cantik, wajib singgah. Setelah setahun aku pengajian di Perancis, Perancis ni sangat besarrrrrrr! Bukan Paris = Perancis. Infact, Paris tu orang local panggil "ile de France" = Island of France (tho dia bukan Island), tapiii orang Malaysia juga boleh translate kepada = Paris di'pulau'kan! hahaha betul weh

France has soooooooooooo many to offer, kalau sebelum ni aku banyak promote UK UK UK, now aku nak promote France. Dorang ada pelbagai permukaan ikut kau minat apa. Aku sendiri tak habis pusing Perancis, dan insyaAllah aku would be happy to return to France again. Rindu, dan orang-orang local dia baikkkk sangat weh. Serius baik. Luar Paris, insyaAllah semua baik baik.

Aku located di Lorient dulu, West France. Area region Bretagne. Tapi orang Malaysia yang biasa, memang akan selalu ingat aku belajar dekat Paris. Ada sorang pakcik ni pernah cakap "OHHH hari hari la pergi Eiffel Tower ya?", ketahuilah Lorient > Paris, by bus adalah 7jam away. Haha. Paling laju naik train 4jam. Dekat Lorient, tiada orang Malaysia. I repeat, tiada. Paling dekat, Jay Manoj Aman ni la. Vannes ni 1jam away naik bas. Rezeki bas Flixbus murmur, 1.99EUR or 2.99EUR je nak pergi Vannes. So yeah, tu aku gigih lari habis kelas naik bas ke Vannes every week. haha


Fast forward 2-tahun kemudian

Assalamualaikum korangggg! SubhanAllah. Kadang aku rasa lost dengan diri, oh okay first thing first! Andai korang perasan, dari aku start blogging 2008 dulu, aku ada letak satu cita-cita yang aku taktahu bila aku akan dakap, which is to study abroad. Alhamdulillah tahun ni, adalah tahun ke-2 aku di bumi Eropah. Weh tak sangka kan! Rezeki Allah bagi, aku dapat scholarship penuh dan currently I am in my final semester of Master Degree. 



Dear my younger self, Alhamdulillah! We made it here! Cuma still in-progress. Semoga rezeki tamat pengajian Oktober 2024 ni, Aminnn Ya Mujib!

Aku rindu la nak type, bercerita pasal what's going on. Untuk rekod memori aku. Aku dah jarang gila share dkt IG, macam entri sebelum ni aku ada mentioned. Banyak gambar, video & situasi yang jadi, aku cuma simpan dalam memori kepala aku yang Allah pinjamkan ni + memory phone. Takde share mana-mana. Dan aku rasa rugi, sebab mana lagi boleh aku menelusuri. 

Waktu awal2 aku fly, aku kerap juga update IG. Lepastu ada kawan degree sorang ni, ktorg takde la rapat mana. Tapi dia cakap dia cemburu sebab aku bujang & boleh study oversea. Dia kata dia dah married, ada anak bini, tak boleh dia nak capai cita-cita dia. Aku ada cakap, insyaAllah doable boleh plan sebab anak dia baru satu & aku memang jumpa ramai je married couple with kids sambung belajar. Tapi kawan aku tu, mungkin situasi dia tak berapa positive jadi dia memang take everything negatively + he legitly believe dia CANNOT proceed with his dream.

Jadi, disebabkan tu juga aku pun mengurangkan post pape dekat IG, sebab aku nak jaga hati orang. Aku jugak takut la terkena 'ain ke kan, indirectly. 

Anyway aku nak summarize dekat sini update diri wahaha!
  • Sejak COVID aku berfikir yang aku kena upskill diri, sebab aku perlu job sekuriti. Aku perlu ada skill yang membolehkan aku boleh masuk memana industri andai current industri affected by pandemic ke apa-apa.
  • Aku mula curate perjalanan aku nak ke mana. Ini jugak hasil didikan AMEX, dekat AMEX memang every year aku kena ada aim baru, nak kemana, nak build skill apa etc. Aku sukaaaaa gila la kerja AMEX, Alhamdulillah.
  • 4 tahun aku dekat AMEX, aku lompat2 masuk pelbagai team. Aku suka semuanya, last team aku join Global Fraud Protection Accounts. Amazingggg FinCrime! Suka weh, sumpah suka
  • Yayasan Peneraju ada buka program Fullstack Cybersecurity, free. Khas untuk yang nak masuk into the field. Kelas dia 6-bulan, setiap sabtu ahad. So Isnin-Jumaat kerja, Sabtu-Ahad kelas. TBH aku applied nak masuk program ni 3x, kali ke-3 baruuuuu rezeki diterima Alhamdulillah. Ujiannya adalah, elok aku dpt offer tu, aku jugak dapat tukar masuk Fraud tu. 
  • Dekat team Fraud ni, budak baru (walaupun kau internal hiring) yang zero Fraud skills, dorang hantar 1st Line yang handle incoming/outgoing Fraud calls. Which also means, it operate 24/7 = Kerja Shift. 11PM-8AM kerja, 9AM-6PM Kelas. Aku human being, jadi memang banyak hari aku pengsan weh dalam kelas.
  • Bagusnya batch aku & sifu, ada buat kelas ulangkaji, nak exam akan buat discussion. Waktu ni aku akan apply cuti, supaya boleh fokus. Alhamdulillah aku lulus semua 4x Certificate tu!!!
  • Rencana awal aku adalah, habis cert, apply kerja dalam bidang & cari pengalaman. Dah ada pengalaman industri, after 1-2 years baru sambung Master. Cari punya cari, HR di MY ni rata-rata akan cakap "We need formal education in IT/Computer Science", maka aku pun mula la lirik-lirik cari nak apply sambung belajar earlier
  • Aku kan memang 10 tahun aim UK, rezeki aku dapat offer Master dekat UK cuma bukan dalam Cyber Security, tapi MSc Computer Science (Conversion) di University of Newcastle, UK. Short dia: NCL. Reason Uni, sebab aku taktahu Object-Oriented Programming (OOP). Sedih, tapi aku positifff sebab aku percaya ini terbaik! Aku memang perlu basic CS ni, cuma aku risau part nak compete in large pool if aku amek CS ni, rather than focus terus ke CyberSec.
  • Rezeki Allah bagi Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdulillah, permohonan MARA GREP aku pun lulusssss! Wehhhhh sumpah sebakkkk. Tinggal nak buat medical check-up, buat Visa & fly ke NCL! Aku siap dah jumpa NCL alumni yang dah balik MY for good, minta advise NCL ni macam mana, area mana sesuai duduk, aku siap dah ada potential housemate sekali ye untuk sewa sekali. Memang like a dream! Aku siap dah berkenalan virtually dengan Malaysian di Newcastle. Sap sap soiii laaa

Tuptup...

Dapat email, keputusan permohonan Erasmus Mundus Joint Master (EMJM) CYBERUS program: Congratulation! You got accepted with FULL SCHOLARSHIP in IoT Cybersecurity specialization, and your 1st Year will start in France.

Terkedu. Aku tidak pernah sesekali imagine I will get Erasmus Mundus weh! It is a prestigious program dari POV aku. Aku versus whole Malaysia la kiranya, sebab dorang pilih 1-3 orang dari negara sama per batch.

Cuba teka aku nak proceed mana?....
Hati aku nak sangat UK, jadi aku memang nak proceed je UK. France ni aku skeptikal waktu tu, aku tak minat France, so hati aku tawar dengan France ni. Despite dia adalah full scholarship.

Benda pertama keluarga aku cakap, MARA GREP aku kena bayar balik & EMJM ni tajaan. Aku tengok muka Kakak aku, Ayah aku, sebab dorang dua adalah guarantor MARA GREP aku. Aku tak sampai hati nak buat dorang susah andai kata pape jadi dekat aku & dorang pulak yang kena tanggung.

So aku start cari student MY yang study dekat France, aku browse di FB, telegram, orang MY di sana. Aku tanya kenapa dorang suka France, apa yang bagusnya/menariknya France. Even sampai Embassy France di KL la aku minta advise, aku kata aku dilemma. Fikir-fikir-fikir, lepas beberapa hari aku decide hantar email pada MARA, aku tarik diri. Pastu aku pulun fokus administration untuk ke Perancis. Tajaan ni hanya bermula bila aku jejak kaki ke bumi Perancis, so persediaan semua tu aku terpaksa tebalkan muka pinjam duit Kakak, duit Mak, aku guna cc aku. Mahal ye last minute beli tiket flight sehala Malaysia>Paris, 4.5k RM, dapat tajaan tu baru sikit sikit aku bayar balik duit Kakak Mak. Alhamdulillah

InsyaAllah next post bebila aku update pasal apa itu EMJM, struktur nya macam mana, then how was pengalaman aku 1st year, macam mana 2nd year tetiba aku dekat Belgium pulak. Pelbagai rezeki Allah golekkan, pelbagai pengalaman, pelbagai cerita.

Korang tolong doakan aku ya. Aku ada 5x report pending, and insyaAllah a Master Thesis + Exam Retake on August. Haha ye seketul farisfikri zaman degree kena resit, hamek kau Master pun kena retake. Cumaaa ada special nya belajar di Eropah ni, insyaAllah nanti aku story sekali system dorang macam mana.

Faris, aku rindu Faris yang suka describe things macam ni, nak kena cari rentak balik je. 00h29 sini, à la prochaine fois! Assalamualaikum


  

Monday, September 1, 2014

Swing-ing

Assalamualaikum.

This morning, I frankly ask my mother, "Mak, mak tahu Pricewaterhouse tak?"

Mak cakap "Apa taktahu pulak"


And.............................. I started to get excited cerita pasal I have a friend, dah graduated from Chemical Engine, blablabla, n now masuk accounting firm. I told my mother how excited I am.. And about my current studies.. about last semester, and previous.. about how I am passionate when it comes to NUMBERS la in general nya..

Well, I keep on mourning pasal my degree ni banyak theory la, banyak membaca la, subject yang excited me so far adalah accounting tu. Seronoknya Allah je yang tahu bila wujud subject tu dalam senarai subjek semester-2. The only subject yang aku jadi diri aku. Maksud aku, aku tak rasa malas nak study, aku rasa berbaloi stay-up study memalam, rasa semangat membara-bara study.

Allahu akbar! 

Mak cakap "Tak kesah la nanti nak masuk mana"

AHA! Alhamdulillah. Selama ni bila aku cakap pasal accounting semua ni, mak akan cakap "Tak payah la masuk accounting, you will be bored, everyday hadap numbers, benda yang sama bila dah kerja nanti". Indeed aku agree dengan apa mak kata. Betul. That is based on her own experiences. Dia dah quit kerja pun at the age of 40++.

Tapi tadi. Dengar mak cakap macam tu. Tiba-tiba aku rasa sebak. Teary eyes.. Haha. Aku cakap dengan mak, InsyaAllah, I want to finish my current degree dulu, kerja dalam field degree aku ni dulu minimum 2 years, lepas tu baru decide nak buat apa untuk serterusnya.

"...Boleh jadi kamu suka sesuatu, tapi ia amat buruk bagi kamu.. Dan boleh jadi kamu benci sesuatu tapi ia amat baik bagimu. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kamu tidak tahu...."

Aku. Mungkin minat nombor. Perakauanan mungkin bukan untuk aku. Cuma ia menguja aku.

Cuba la kau tanya aku matematik. kalkulus. statistik. Subjek yang I used to love and score. Aku dah lupa. Aku taktahu dah macam mana nak buat. Aku buntu. Rasa stress pula. Aku nak ajar orang yang perlu bantuan. Tapi aku dah tak ingat apa apa. Rasa kecewa dengan diri.

Maaf. ;]

Saturday, December 14, 2013

Quick update: A week before final week 1st Semester Degree

Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulillah, all praise goes to Allah the Almighty. I met so....... many new people. Alhamdulillah. Happy sangat sangat sangat! Jumpa secara tak dirancang oleh saya, tapi dirancangan oleh Allah. MashaAllah. Indahnya dapat berkenalan dengan saudara sesama Islam. Ada dua tiga orang, kenal masa tengah tunggu bus dekat Bustop. Mostly yang baru kenal ni student UiTM Puncak Alam la.

Haaaa I had fun meyelusuri hari-hari indah yang Allah sediakan. Cuma atas kekhilafan diri ini, I had some cabaran.. yang sometimes I lose. Berpunca dari keretakan hubungan dengan Yang Maha Esa. Ya Allah..

Moga saya dapat get back on track! Terima kasih rakan-rakan sebab concern sangat mengenai aku! And lecturers too! ;]

I have another week to go through. Lepas tu study week, and will start my first paper on 11th January 2014. Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

Kadang-kadang tu rasa nak give-up, nak drop-out.. Ingatlah farisfikri! Allah tak pernah putus asa dengan kita, patut ke kita nak putus asa dengan diri sendiri?... #notetoself

Thursday, September 5, 2013

Aktiviti minggu finale bagi diploma holder 1


Assalamualaikum! Hai. Okay harini I took a day off sebab I have lunch-date with my Pilah's besties!! Alhamdulillah. Sebelum everyone of us sibuk dengan hal masing-masing, kami meet up, had some lunch, like we used to bila lama tak jumpa di Pilah. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Opie akan ke Arau doing Applied Chemistry. Wan akan ke Shah Alam doing Food Technology. Zamir still volunteering/working at the Petrosains while waiting for result rayuan to come out on 13th.. Syira pun sama. Moga mereka dan kawan-kawan yang sedang menanti keputusan rayuan mendapat khabar gembira pada 13hb itu. Aminnn InsyaAllah moga semua dapat peluang untuk sambung degree. Aminnn Ya Rabbal Al Aminn..


So after we had lunch di PizzaHut KLCC, we met Niyah & her future-husband-to-be di Signature. Around 5pm we went to Wangsa Walk to meet Wan's senior STF, jejak kasih since about 5 years tak jumpa. I asked Wan to drop me at LRT Sri Rampai.

Okay di sini mulanya expidisi saya untuk training diri jalan jauh supaya nanti di kampus baru, saya tak banyak ngomel kalau kena jalan jauh. Hahaha.

From Sri Rampai I bought ticket to LRT Cempaka untuk balik ke rumah. So here's the summary of my expedition:


First time sepanjang aku hidup, aku berjalan kaki dari LRT Cempaka (point A) sampai ke rumah (point C). Fiuhhhh Alhamdulillah berjaya! Tapi stop-by Masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. It took me about 43 minutes from Masjid (refer point B) to my house. Mengikut fakta Google Maps, total perjalanan dari LRT ke rumah, 4.9km. Huhahaha.

3 days counting. Oh and! Lupa nak bagitahu, semalam saya called Kolej Puncak Alam, asking about my appealed untuk duduk Kolej Kediaman, Alhamdulillah diterima, jadi ahad ni kena datang daftar kolej. Uwhhh rasa excited + malasnya-nak-masuk-belajar-semula-because-i-love-staying-at-home-so-much-,-I-will-miss-my-mum-ayah-kakak-and-cats-hmmmm


Monday, July 22, 2013

BM235

Assalamualaikum. Hai! Just nak update. I am no longer a science student after 5 years holding the title. hehe. Rasa sedih sikit sebab I am going to leave sciences.. Nampaknya health science is not my rezeki uh?

Tak apa, kan Allah kata, dalam Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 

Still, kadang-kadang rasa macam tak nak attend. Rasa macam nak apply la IPTS pun takpe. But, why not try je masuk. Mana tahu boleh ngam. Hehe. InsyaAllah. Aminnn. Here it goes....:


Apa itu Health Admin? Ini synopsis,



Monday, June 10, 2013

Congratulation guys! - UGM

Assalamualikum. On my way back home tadi, Wan Nur Adilah texted me, informing me a GOOD NEWS! Three of my good friends, kawan-kawan Pilah, budak Dip.Sains berjaya lulus entrance exam Faculty Dentistry, Universitas Gadjah Mada! Ya Allah. Tahniah korangggggg! Future-future dentist ni!


Aku tumpang gembira dan bersyukur korang dapat UGM ni!! Korang dah tahu laluan korang, kami yang lain masih tergantung, taktahu apa nasib kami kelak.. Huhu. Apepun, tawakal tawakal! ;]




Monday, February 25, 2013

Resah. Risau. Gugup.

Assalamualaikum. Mula-mula tak rasa. Tapi bila teringat balik muka Wan waktu lab tadi, how she betul betul risau nak final exam in few days (33 days..). Final exam yang terakhir untuk pengajian Diploma (InsyaAllah). Seram sejuk di buatnya. Final semester ni la everyone aim high gila-gila. Sebab you tinggal satu semester sahaja lagi nak upgrade your cgpa.

Harapan tinggi menggunung! Risau haruslah lebih dari gunung. Bila jawab test given my lecturer, "Alhamdulillah Alhamdulillah boleh buat. InsyaAllah aku boleh cope ni", soon after, kembali gigit jari. Apeni apeni. Gabra ***** sangat kenapa.

Mungkin sebab everything unsettled lagi kut. Syllabus tak habis covered lagi. Final project physics pun still in progress. CUAK.

InsyaAllah InsyaAllah everything will be okay. Usaha! (farisfikri kena usaha! asyik beradu je)

Orang minda besar, masalah jadi kecil.

Common! Kecil kan masalah! BESARKAN MINDA


Sunday, February 17, 2013

Apa pasal aku nak sangat ke sana?

Dulu, nak sangat belajar abroad, sebab rasa bila ke sana, barulah boleh start move one step mencari erti hidup, mencari kemanisan keindahan Islam. Tapi Alhamdulillah, jumpa dah walau di Malaysia ni. But still, ada impian nak ke abroad juga. Living the life outside comfort zone. Biar ada experience dealing with unexpected. ;]



Saturday, February 16, 2013

Need to roll dude

Assalamualaikum. Mak dah marah. Sebab aku online sahaja. Hari isnin ada Test Physics. Hari rabu ada Test Biology. Mak bebel sebab aku tak study lagi. Hahaha. Apani kata nak score! Malam ni kena pulun! Cuti tinggal 2hari je lagi ni.. Dengan lab report tak siap lagi. Astaghfirullah hal azim..

Nescafe satuuuuu!


Friday, February 15, 2013

Jumaat hari yang penuh keberkatan

Assalamualaikum. Harini, Alhamdulillah, sungguh bersemangat aku pergi Solat Jumaat. Lepas solat, Alhamdulillah, waktu nak pakai selipar tu, aku pandang belakang, ternampak Abang Shafri dengan Abang Asnita tengah berborak. Aku pun ringan mulut, tegur, salam, berdiri join dorang berborak. Rupanyaaaa dorang pun UiTM-ians! Hahaha seppppp!

Abang Shafri baru habis degree Finance. Abang Asnita tu tengah 2nd year degree Pengurusan Tanah dan Ameniti. Aku pun interview la dorang habis-habisan. Aku kan nak ambil degree, InsyaAllah.. Aku minta la suggestion dorang apa yang tengah market sekarang? Dorang kata sains komputer, software engineering.. Aku pun hapeee lagi, TOINGGGG! Keluar idea untuk apply USM tu.

USM punya no.pin tu mahal, RM40. Aku pun fikir dua tiga lima kali. Tapi sepupu aku cakap, ia merupakan pelaburan untuk future. Aku pun, okaylah. So nanti kena buat 4 choices. Aku ni kalau boleh nak kampus Penang! Induk! Besarrr... hahaha.

So sekarang ni baru ada dua dalam otak aku. Audiology n Computer Science.

On the other side, semalam Kak Piqa sent me pictures sebagai teaser untuk Medical Imaging. Ghaaaa nampak best weh! Kak Piqa cakap banyak practical, which aku love la kan! Ya Allah, terus aku tukar application untuk penerapan UiTM tu, letak MI 1st choice! haha. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, redha. ;]


Thursday, February 14, 2013

59 days to go..

Assalamualaikum. Yeahh lagi 59 hari lagi nak habis diploma. Dan lagi 37 days lagi nak final exam. Gila tak weh! Gila weh... Aku ni macam terkapai-kapai lagi ke apa.. Takpe faris! Usaha! Final semester ni! Harus semangat!!!

Project "Precious day in Pilah" tu baru berapa belas isu.. Hadoi. Ni masih tengah cuti, kena pulun habis-habisan. Lepas ni tak ada cuti dah. Ghaaaaaaa. Akan rindu zaman diploma.. Sangat-sangat! Alhamdulillah dapat lalui hidup sebagai seorang pelajar diploma. Sangat awesome! Sangat cool! Sangat precious! ;]


Saturday, January 12, 2013

Precious day in Pilah #15

Assalamualaikum. Heyhoo! Haha. Semalam Faiz Noli datang.. This time tompang tidur at my place. Sebelum-sebelum ni tempat Kamarul. Tapi Kamarul dah jadi NR-fulltime. haha. Dia checked-in at 11pm. We borak all night long till 1am macam tu.. Best la borak. I asked him pasal Engineering, course yang dia tengah attending.. Ni baru first time aku borak dengan kau setelah lama la juga kenal. haha. Now I feel like putting Engineering in-the-list juga! haha. Tapi seriously banyak calculations! You may get confused..

Apepun, it's my pleasure to have you here Faiz! Terima kasih, next time datang la lagi. Best apa ada kau dekat sini! Moga bond kau dengan Noli berkekalan till forever! And InsyaAllah, husband&wife-to-be.. Amin Ya Rabbal Al amin.. ;]


Friday, January 11, 2013

Entri Untuk Diri Sendiri - Redha (dan terus berusaha!)

Assalamualaikum. Selamat Pagi! ;] Still going to talk pasal sambung belajar. Entri bosan. Tapi nak juga catat. Tahu apa reasons I wanted to further abroad? Reasons dia sebab gambar atas ni...

Tapi main reason is, I want to jadi wakil adik-beradik yang capai apa yang Mak&Ayah capai dulu.. Sebab saya anak last, jadi kalau abang kakak saya tak dapat capai lagi, tanggungjawab saya la untuk capainya kan..

Ayah dulu budak SBP, SDAR. Non of our siblings masuk SBP pun.. Both of my parents 1st degree di Australia (under Dasar Ekonomi Baru).. Setakat ni non of my siblings 1st Degree abroad lagi. Tadi buka facebook mak, ayah, dekat info ada tulis, "Studied in University of Newcastle, Australia" "Studied in University of Canberra, Australia". automatically rasa sebak! T_T

Sedih la! Aku tanam cita-cita nak pergi 1st Degree abroad dari sekolah lagi. Tapi aku tak work hard for it! Enthusiastic sekejap je, lepas tu kembali bersantai. Teringat kata-kata ayah waktu tengok result part5 saya haritu,

"___? tinggal lagi berapa sem ni? Satu?? Macam mana nak pergi overseas ni... (nada hampa)"

Mana ayah tahu saya nak pergi abroad? Sebab I told him waktu nak apply UPU dulu. Saya nak sambung dip.sains sebab ada peluang nak sambung abroad. Tak sangka ayah ingat till today. Hummm malunya!!

Ayah pernah juga cakap, nanti pergi la sambung di Mesir, atau Europe, kawan-kawan ayah ada hantar anak mereka ke sana... Faham tak maksud seorang ayah sebenarnya? Kalau dari sudut saya lah, saya rasa ayah macam segan dengan kawan-kawan lain, sebab anak dorang semuaaa fly... Bukan salah ayah ;]

Saya nak pergi abroad! Saya tahu ayah pun nak suruh saya pergi! Tapi saya tak nak bazirkan duit Ayah! Dengan result yang average ni, SAY NO TO PEMBAZIRAN DUIT! hahaha. Looks like I just have to live with it. Keep on rolling FarisFikri! InsyaAllah, sampai masa nanti, awak betul-betul dah ready nanti, Allah bagi la awak peluang ke sana! Lagi bagus kalau dapat peluang ke Rumah Allah, Tanah Haram, Mekkah. ;]

"Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita! Mungkin Allah tidak memberi results yang besttt untuk fly sebab Iman our masih tak solid. Masih belum ready untuk hidup di dunia luar. Fragile. On the verge of tiang. Boleh jatuh ke kebaikan, boleh jatuh ke keburukan. Kita perlu sentiasa fikir. Allah tak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia.."



Thursday, January 10, 2013

Precious day in Pilah #14

Assalamualaikum. Hari ni hari ke-4 aku keep on surfing/searching for a Bachelor Degree program. Dari abroad ke local.. And I decided untuk stay local. Even nak gilaaaaa pergi abroad (seperti anda lihat di side bar kanan ni ada mention.haha). Hmm, for me, memandangkan my CGPA not that awesomeee! Cuma average. Jadi, kebarangkalian untuk guna duit PAMA (parents) yang banyak tu ada! Dengan IELTS yang kena bayar RM650 tu. Haih.

Besides, health sciences punya Fees mahal. Kalau dekat local dah harga begitu, yang abroad lagi la BEGITU. hahaha. UK & US tu boleh byebye awal-awal la, sebab mahal. Kalau you betul-betul ada keen nak ke sana, boleh je minta pinjaman MARA or etc...

New Zealand landscape scenery dia best! Yuran cheaper la dari Australia. Kira macam ni, NZ < Australia < UK&US. Oh, and yuran pengajian di Turkey pun murah bebanding others!

Okay macam ni, ada banyakkkk je ways nak pergi abroad. Tapi sebab I don't know nak sambung apa secara confirmed-nya. Kalau nak pergi abroad, choose program yang Malaysia not good at. Maksudnya kalau Radiography tu, tak perlu la pergi overseas, dekat Malaysia ni pun dah ada yang bagus-bagus!

Sekarang ni tengah google, mencari program yang suit me dari IPTA ke IPTA di Malaysia ni... Pening tahu tak. Penat nak cari yang best-fit. Phiuww... Sekarang ni, trending dikalangan kami student part6 bila berjumpa sesama sendiri, "Nanti nak sambung apa degree?".

Tidur ke mana, study ke mana, test&quiz ke mana..

Kena buat solat istikharah, May Allah ease. Aminnn ;]



Thursday, January 3, 2013

A day!

Assalamualaikum. At 9.14 A.M., I received a text message from a friend, schoolmate/classmate/coursemate/campusmate, Hasreenajua A.Rahman, informing me about her father. He passed away this morning around 7 a.m. Innalillahi wa innalillahi rojiuun.. Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman & moga dilindungi dari azab kubur & semoga ahli keluarga tabah dan redha atas pemergiannya..

Saya pun terus bangun segar! Terus forward message tu dekat kawan-kawan sekolah, uitm yang kenal dia. Kebetulan laptop terbuka, terus buka facebook, update di sana.

Chat with my classmates, Wan & Zahidah, yang merangkap kawan Hasreen juga.. We decided untuk pergi ziarah. Alhamdulillah harini ada kelas tutorial 1jam je, dah called lecturer minta kebenaran, dia kata okay. Alhamdulillah. So, ajak Zamir shoot ke Ampang around 11.50 a.m. macam tu..

We stayed at the Mosque till habis solat jenazah. Jenazah dikebumikan after asar, around 5.10pm.. On our way back to Pilah, singgah di Leisure Mall, makan & solat jamak di sana.

Sepanjang harini, I experienced satu hari yang penuh dengan input dan iktibar. Alhamdulillah. Sepanjang dalam kereta pergi-balik, waktu makan, kami non-stop berbincang secara random & relax mengenai agama, sekeliling, further study.. MashaAllah. Kira masa kami dipenuhi dengan aktiviti yang sihat dan mengembangkan minda. Alhamdulillah! Tak rasa macam wasted pun. Seharian berjalan ber-4.

I had a great & wonderful day today! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Allah! ;]


Saturday, December 22, 2012

Observation

Assalamualikum. Last few days, I sent an email to Hospital Ampang. Asking their permission untuk buat observation di sana. Untuk apa? Untuk let myself clear akan what will I face day-by-day kelak if I choose 'that' thing. hahaha. Mula-mula ingat kalau mereka reply, boleh la buat waktu cuti midsem ni. Tapi dorang tak reply, so saya tak la bawa balik baju formal balik rumah.

Oh and, HAI! My midsem break already started todayy! Tapi I've been home since petang khamis. ;]

So, tadi check email, and TADAAA ada pun email dari Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Ampang. Haaa mampu? T.Pengarah tau reply email aku. hahaha. Dia kata nanti kena inform mereka bila nak buat observation tu, sebab dia tengok kekosongan. Ada pula cerita kosong tak kosong.

Saya tak tahu nak reply apa lagi.. Sebab tak tahu bila nak buat observation tu. Minimum seminggu la kan.. Tak kan sehari dua, tak menyeluruh la macam tu. Rawr rawr..

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini." - Ayat 23-24, Surah Al-Kahf

Jzkk



Tuesday, December 11, 2012

Precious day in Pilah #8

Assalamualaikum. Hai! So I owe myself 4 entries. Sebab at least sehari satu entry. Tapi dah skipped sampai la harini. So basically my weekends tak buat apa-apa, sebab tu tak tahu nak update apa. Ini satu kerugian la, sebab tak optimized kan masa yang ada.. Sepatutnya nak jogging with friends on saturday morning, tapi erk iek ork, saya tertidur & malas nak bangun bila dikejut. So they canceled it. =.=' baru berangan nak capture moment pagi di Pilah.

Okay next on Sunday night, ada meeting pertama secara live with committee yang terlibat for a Talk bersama Prof.Ramlan mengenai Program Dana Kecemerlangan Perubatan UiTM-UNHAS. Disebabkan most of the committee tu adalah part6, so we did borak-borak mengenai pathway untuk further degree sana sini, kena buat apa, kalau nak further abroad macam mana, IELTS.. So those yang ada pengalaman tu shared their experiences. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. ;]

Monday morning masuk Lab Instrument. Instrument apa? Instrument untuk analysis. My group main dengan FTIR (fourier transform infrared spectroscopy). Haha boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. But instrument dia lebih alaf baru la! Kalau google gambar FTIR ni, itu yang jenis besar gabak punya. Yang kami guna ni telah di-compact kan. Awesome kan uitm kuala pilah ni! Semua barang-barang dia semua yang berteknologi tinggi! Alhamdulillah.

Today, kelas lecture for Instrument. Saya pernah baca, ia cakap "Kalau kita solat subuh, hari kita akan dimulakan dengan something yang AWESOME!" Dan yes! Alhamdulillah, Ya Allah bersyukur sangat! Walau aku antara orang yang lambat masuk kelas, lambat 5 minit. Bila start kelas, saya rasa sangat bestttttt! Sebab subject tu ada calculation! And calculation tu dah pernah guna last sem, dalam subject Modern Physics. Terusss bersemangat! (Thank you Ya Rabb!)

Tapi taktahu la calculation ada hanya pada bab tu je. BOO.

Last but not least, harini Birthday my sister, kalau ikut calendar Inggeris ni la. HAPPY BIRTHDAY Akak!! Rasanya tahun ni tahun ke-2 saya tak dapat join family celebrate birthday kakak dekat rumah. Next year, InsyaAllah! Jadi ayah posted gambar cake kakak je di FB, buat saya terliuq. Yumm


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails