Sunday, June 30, 2024

Zon Selesa di Perancis


Assalamualaikum hai! Haha. Kenot tutup laptop sebab aku rasa aku nak up gambar orang-orang yang banyakkkkk sangat tolong aku before aku fly ke Perancis. Jay & Manoj ni, husband and wife. Jay orang Kuching, Sarawak. Manoj adalah Indian mainland tapi membesar di UAE and dia kerja lama as lecturers dekat UTP, UMT.

Lepas aku decide untuk ke Perancis, instead of UK, aku search FB "Malaysian in France", join group tu. Aku post macam ni:



Then Jay replied:



Euw aku panggil dia Dee hahahahahahahah

And afterwards ktorg in contact via Messenger, dia dengan Manoj rajinnnn call aku, stay update dengan progress aku, dorang siap terang okay 1st buat ni dulu, nanti settle yang ni baru dorang guide next buat apa. Sebab literally aku takde guideline nak ke mana, buat apa. Jadi, aku sangat-sangat bersyukur Allah hantar Jay & Manoj. Hmmm rindunyaaaaa korang, termasuk Aman! Aman sekali jumpaaaa je terus klik! Ni je nearest Malaysian dengan aku waktu di Perancis dulu. Hampir tiap minggu aku akan naik bas, dari Lorient ke Vannes, untuk jumpa dorang ni. Dan tiap kali tu juga, Jay Manoj Aman akan ambil & hantar aku ke busten. We will walk together. Hmm rindurindurinduuuuuu..

Dec'22 Aman kena pindah Strasboug, pastu aku pulak ke Estonia, then ke Belgium. Jay & Manoj pula berhijrah ke United Kingdom. Tiada lagi my comfort people di Perancis, Vannes menjadi town kenangan memori indah bersama. Alhamdulillah we manageddd to went for short roadtrip ber-4! Sangatttt treasure the memory weh. Now, Aman pun dah habis pengajian dan dah balik MY for good.


Gambar kenangan bersama Mont Saint Michel. Andai korang ke Normandy menghala ke Bretagne, singgah la sini. Cantik, wajib singgah. Setelah setahun aku pengajian di Perancis, Perancis ni sangat besarrrrrrr! Bukan Paris = Perancis. Infact, Paris tu orang local panggil "ile de France" = Island of France (tho dia bukan Island), tapiii orang Malaysia juga boleh translate kepada = Paris di'pulau'kan! hahaha betul weh

France has soooooooooooo many to offer, kalau sebelum ni aku banyak promote UK UK UK, now aku nak promote France. Dorang ada pelbagai permukaan ikut kau minat apa. Aku sendiri tak habis pusing Perancis, dan insyaAllah aku would be happy to return to France again. Rindu, dan orang-orang local dia baikkkk sangat weh. Serius baik. Luar Paris, insyaAllah semua baik baik.

Aku located di Lorient dulu, West France. Area region Bretagne. Tapi orang Malaysia yang biasa, memang akan selalu ingat aku belajar dekat Paris. Ada sorang pakcik ni pernah cakap "OHHH hari hari la pergi Eiffel Tower ya?", ketahuilah Lorient > Paris, by bus adalah 7jam away. Haha. Paling laju naik train 4jam. Dekat Lorient, tiada orang Malaysia. I repeat, tiada. Paling dekat, Jay Manoj Aman ni la. Vannes ni 1jam away naik bas. Rezeki bas Flixbus murmur, 1.99EUR or 2.99EUR je nak pergi Vannes. So yeah, tu aku gigih lari habis kelas naik bas ke Vannes every week. haha


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails