Friday, December 7, 2012

Precious day in Pilah #6

Assalamualaikum. Selamat pagi! Salam Jumaat! Have a Gardenia Quick Bite for breakfast. Yummy! Jangan lupa untuk baca Al-Kahf, nescaya Allah akan terangi anda sepanjang antara dua jumaat. ;]

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”

Harini tak ada kelas, jadi advencer tu tak bermula lagi. Just to share satu dua pengalaman yang I bet everyone dekat Pilah pernah lalui..

Kalau dekat sini, kolej lelaki la, kalau you stayed up malam-malam till late, sepanjang tu you akan dengar kadang-kala bunyi orang seret kerusi dari bahagian atas. Mula-mula memang ingat budak atas kut yang study. Tapi, bila saya yang duduk tingkat paling atas pun still dengar benda yang sama, faham-faham la. hahahah

Nenek saya cakap, jangan takut! And selagi malaikat & Allah are with me, Alhamdulillah okay je. Just! Don't think about 'them'. Kawasan ni tempat mereka. Kita menumpang je. Kalau awal-awal masuk tu kena tindih, kena ganggu sikit-sikit, anggap la itu sesi pengenalan korang.

Mesti sentiasa ingat tujuan kita datang sini, nak belajar. Bukan sahaja belajar dalam kelas, sepanjang duduk sini, di mana-mana je boleh dapat ilmu baru. Even tengah duduk makan pun.

Contoh, kita makan pakai polystyrene, dekat Anjung, minum pula air kotak/bekas plastik. After makan kita patut buat apa? Mesti la buang dekat dalam tong sampah right? Tong sampah banyak je. Tapi every time saya datang Anjung, ada sahaja orang-orang yang tak bertanggungjawab tinggalkan sampah atas meja. Tolong la aware.

Kalau foreigner yang makan dekat McD pun mereka bawa tray makanan mereka & buang sampah di tempat nya, kenapa kita yang local people ni boleh tinggalkan je sisa/sampah makanan atas meja?

Memang Anjung tu ada Cleaner, memang McD tu ada pekerja untuk bersihkan. Tapi apa salahnya korang tolong sikit-sikit. Dapat pahala tahu tak? Paling kurang pun angkat la sampah sendiri. Allah ada cakap, kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita di dunia & akhirat.

 Semoga korang dapat la sikit ib'rah. Jazakumullahu Khairan Kathira (Jzkk)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails