Showing posts with label cousin. Show all posts
Showing posts with label cousin. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Coast

Assalamualaikum. Minggu ni minggu terakhir cuti semester. By ahad ni kena balik Pilah dah. For those yang masih mengaji di Pilah la. I am still on holiday.. Tak ada dah balik Pilah. Tak ada lagi dah title cuti semester for me.

Pejam celik, pejam celik, dah sebulan setengah dah aku kerja kopibin tu. Alhamdulillah, berjaya hafal semua alphabet untuk sign language. Belajar dari Kak Niza, dia OKU Pendengaran. I never berborak for real dengan orang OKU before. And beborak dengan Kak Niza sangat la mudah sebenarnya. Tak rasa kekok langsung. Rasa macam berborak dengan orang biasa. Cuma kadang-kadang bila tak faham, dia akan tulis atas kertas.

Sepanjang bekerja ni, bukan sahaja ilmu bekerja sahaja yang Allah beri, Allah juga beri ilmu serta skills sampingan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Disamping menerima ilmu, turut diberi juga ujian.. What I need to do is keep on trying to samakan dacing between Dunia/Akhirat. Ramadhan semakin menghampiri. Entah akan bertemu ke tidak kita. Alang kata kita bertemu, I really hope I have became a better muslim than a year before. InsyaAllah.. kena kuatkan semangat! Jaga hati, topup iman hari-hari. 

"Allahummamla' qolbii mahabattan laka"
Ya Allah penuhilah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu

Starting from today, 6th June, I took 4 days off from work, sebab my cousin is getting married this saturday. Yayayayayay balik kampung! I miss kampung!

I miss my Pilah's friends.. Teman seperjuangan. Now everyone betul-betul membawa haluan masing-masing. Busy dengan kerja part-time, busy dengan life. Rindunya ya Allah! Belek gambar-gambar waktu diploma dekat Pilah.. Alhamdulillah, Allah chose me to lived that life.

Nearly two weeks ago, a friend of mine passed away. He is my bestfriend's brother. He's 24 years old. We aren't that close, but whenever I meet him, I will always hug him! I miss hugging him.. Arwah Hisham bin Abdul Halim. He suffered from Lung and Kidney failure.. Allah loves him more.. Rasa sebak sangat. Tak sangka Hisham that I knew, dah berada di sana. Ya Allah, jagalah Hisham baik-baik di sana yaaaa! I really3 hope we will meet again soon!!!!

Taknak sedih-sedih, nanti Hizzam lagi sedih. Siblings sendiri kan. Kena redha. Allah tak laksanakan sesuatu dengan sia-sia. Everything that happens ada hikmah dia. Allah bantu arwah dari terus menderita kesakitan. Allah bantu arwah permudahkan perjalanan untuk kembali ke 'kampung halaman', yakni Syurga. I miss arwah. I know his family miss him more. Ya Allah, terima kasih sebab bagi pinjam arwah dekat kami all these while. Thank you very much! We had a blast! Alhamdulillah.

Pemergian beliau juga membawa peringatan bagi yang masih hidup. Anytime Allah boleh tarik nyawa kita. We need to be prepared! Hari-hari kena doa moga esok jadi lebih baik dari harini. Hari-hari before tidur kena makesure awak dah solat semua waktu. Hari-hari before tidur kena pastikan you take wudu', baca ayat Kursi and dua kalimah syahadah. Siapa tahu kita pergi tika tidur. Wallahualam..

Al-Fatihah untuk semua tetamu Allah ;']


Sunday, December 18, 2011

HAPPY BELATED BIRTHDAY ANGAH!

Happy 19th Birthday my dear cousin! Kita dah sama umur sekarang! YEY! Dulu-dulu, I get scared of you, because boboy ganas gila waktu tu. FarisFikri pulak kepeng lempeng. Sekali kena hempap, keluar GREEN sh*t. hahaha


Jarang jumpa, sebab Pak Long's sekeluarga duduk Miri, Sarawak. Kadang-kadang, dua tahun sekali baru jumpa. Lamaaa tak pergi rumah korang kan! HUM. Ah anyway, maaf tak tahu when is your birthday, nasib baik Faiz (adek boboy) post gambar dekat group Kerabat Tok Leman & Nek Embam. Okay nak save dalam calendar sekarang! ... DONE!

Sayang cousin-cousin semua! Cuma kita jarang jumpa, lalu tak berapa nak rapat gilaaaa. Tapi still incontact, Alhamdulillah. Boboy is the only cousin belah Ayah yang sama umur dengan saya. HBBB!! ;]


Tuesday, April 26, 2011

Thee,

Does Donnie Yen look a like like me? A friend la yang cakap.
As Salam. Harini. Tergerak hati nak baca blog kakak sedara. Wife-to-be. On this Sunday. Tu yang tak sabar2 nak habis kan paper sabtu ni. Moga2 ada orang nak angkut saye sabtu ni. ABANGGG (abg sulung)! busy tak sabtu ni? amek la orang.. can aa can aa?

Untung la orang tuh nak kahwin dah. When will i get married yee? Wah berangan tau! Tengah2 saye melahap intenet ni bagai tak jumpa setahun, housemates semua tengah study for their next paper. HELLO i should be studying right now too! Tolong sedar sikit ye farisfikri.


Tinggal lagi 3 papers. Which yang beso beso la. Chemistry, Biology & Physics. Terbaikk.. Minggu ni last, then TUTUP TIRAI SEMESTER 2! ;]

Sekejapan je dah habis. Ah u know what making my nerves? Well, GARAGE SALE, siapa tak tahu? 30th april ni dekat Taman Tasik Titiwangsa. Memang tak la kan, paper saye last on that day. HAHHH ruginye. Then Break with Lomo, dekat klcc, 1st May ni, memang idok lerr, i want to attend my cousin wedding. Ah, BookFair, memang kena habis 1st May pun kan? PANGGG..

Whatever it is, i can't wait for this Sunday. OMG, my cousin will get married!! Excited terlebih pulak. 1st cousin yang akan menjadi LEGEND! cucu pertama kahwin. Untung la kawin mudamudi, 24 yrs old. Semoga berkekalan selama-lamanya. Aminnn.. ;]

Friday, December 3, 2010

Them

Salam. Okay ini adek sedara. Nama dia Hazim. Kelmarin (1st Dec) birthday dia. Comel kan? Semua adik beradik dia comel. Serious, montel2 semuanya. Puteh pulak tu. Dulu waktu Kak Long dengan Angah dia kecik-kecik, saye la yang rapat dengan dorang. Huhu ingat la dulu korang rapat dengan abang kan. Tapi sekarang dah besar, bila saye dah besar, Kak Long cakap dengan ibu dia, abang faris dah tak main dengan Ati dah. Huhu macam sedih je bunyi dia.




Umph! Rindu nak rapat-rapat dengan dorang. Kalau my parents ajak pergi rumah Busu je, me and my sister akan excited giler! Tak tahu kenapa, dari dulu memang suka datang rumah Busu. And and, jumpa budak-budak comel ni. Datang dekat izzati je, mesti saye tepuk kiri kanan bahu dia. haha. Dekat apiz dengan ajim, cocok perot dorang. comel!


p/s; pagi tadi kan. adela orang tu. angau kat sape tah. masuk toilet, tengok cermin, tangan capai berus gg, lepas tu ambil facial foam nak letak dekat berus gg, konon nya ubat gg la tu. sebaik tak picit. haihhh angau angau!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails