Assalamualaikum hai korang, aku going through benda ni, untuk pelbagai episod. Benda ni buat aku berfikir, kadang berhari-hari kerja amanah hakiki tak gerak sebab otak aku, masa aku, aku 'busy' apply kerja sana sini, apply part-time, rasa kusutnya takde financial availability ni. Aku memikir macam mana, macam mana, macam mana.
Disebabkan hidup sendiri pun uncertain, aku memang put aside soalan nak kahwin ke apa, sebab aku tak ada financial availability tu. Terlaluuu memikir, kadang getus benak fikiran negative aku "Si dia tu xxx, untungnya dapat Intern situ, dapat gaji lebih nilainya dari duit tajaan, duit tajaan pun dapat, tak perlu dia fikir pasal duit" "Si dia xxx tu, tak praktis pun (Muslim), tapi lancarrr mudah je financial dia flow"
Zupzupzup Allah cecepat tegur aku "Tu rezeki dorang Faris, rezeki kau insyaAllah lainlain, masa lain", and not practicing doesn't work for me. Serius, tried & not working, aku memang Alhamdulillah Allah rezekikan kena praktis baruuuuuuuu things fall into places, at the right time, insyaAllah. Ada masa aku sampai level zero expectation dah harapkan usaha sendiri, doa manusia, zero dah idea nak buat apa, WHICH Alhamdullillah it leads to aku bergantung sepenuhhhhnya kepada Allah. Allah rindu kau meminta bersungguh-sungguh dekat Dia, Faris.
Ayat ni aku hold closely "Ya Allah, hanya kepadaMu sahaja aku meminta & memohon pertolongan".
------------------------------------------
Aku bukan nak bukak aib sendiri, bukan juga nak tagih simpati. Aku cuma nak coretkan struggles aku di sini, untuk aku baca balik di masa akan datang.
Umur 32 tahun ni, kau memang taknak susahkan sesiapa. Even kau sesak tak ada duit, Mak Ayah Abg Kakak tanya, kau tetap akan cakap "InsyaAllah cukuppp, insyaAllah adaa" sebab kau well aware yang semua orang ada keperluan masing-masing. Termasuk Mak Ayah. Dan kau dah 32, take responsibility on your ownself. Memang taknak pinjam duit sesiapa sebab kau kena bayar balik (which uncertain bila akan keberadaan duit tu). Tak best ada hutang dengan orang, rasa unsettle. Apatah lagi fikir soal kahwin, nak kahwin tapi kau mampu ke nak sara anak dara orang? Aku financially unavailable.
Aku ada simpan-simpan duit, tapi selalu ada je benda yang aku akan terpaksa keluarkan & guna. Jadinya, bila aku kena extend study without no longer ada tajaan, aku jadi runsing. Nak bayar bilik sewa macam mana Faris, nak apply Graduate Visa kena tunjuk Proof of Fund macam mana Faris. Lepas dapat offer Master Thesis haritu baru aku pulun cari kerja part-time. Selalunya apa-apa yang stuck dalam otak aku, aku memang brain-block dari buat benda lain2 till benda ni settle (which pada waktu tu untuk dapatkan Master Thesis & Internship). 5 Bulan ya aku wasted, tak kerja ke apa, Kenapa this kenapa that. Nak menyesal, dah jadi bubur, tapi memang begitu pattern aku (need to find work around benda ni).
Setakat ni ada 3x orang kenalan pelbagai fasa tanya aku: "Faris kau ada Adult ADHD ke?"
Aku taktahu. Aku tak hyperaktif pun, easily distracted & lose focus tu ya. Aku question diri aku lately, aku ada Adult ADHD ke selama ni? Kelmarin baca Reddit orang bercerita, aku rasa resonate. Aku menangis sebab situasi orang tu share tu, sama dengan apa aku lalui zaman degree, zaman kerja. Tapi aku taknak self-diagnose, kena juga usaha pergi rujuk pakar, tahu betul ke, andai ya thennn belajar work around it. MindaKita ada buat online Assessment untuk ADHD Assessment, tengok harga nak bayar tu berfikir 10x, serius takde duit for extra macam ni. Tapi aku book juga book Clinical Interview minggu depan rdv nya InsyaAllah. While kept telling myself, kau memangggg akan suffocate soal duit ni midway, but I need to know to reconfirm, may it helps me navigating myself better insyaAllah.
------------------------------------------
Summer ni by right ada banyak la peluang kerja part-time, di Brussels boleh dapat la insyaAllah. Cuma musim Summer ni European memang wajibalghunnah dorang ni bercuti, maka organisasi yang continue operating tak cukup manpower, maka dia hire la students. Tapi memandangkan aku di Itali ni, peluang English Speaker macam aku, tipis. How I wish I am in Belgium. Takpasti la aku salah percaturan decided untuk pindah sini sebab sewa murah, atau inilah caturan Allah. Aku takpernah impi nak ke Italy ni, tapi aku happy sangat dapat the only offer, dapat datang sini, Landlord dari Syurga, Torino ni dekat dengan Gunung-ganang nature which aku suka tengok view seluas mata memandang, environment baru. Cuma tula, aku belum jumpa kerja part-time, plus no longer staying near city macam di Brussels. Di Torino ni aku duduk jauhhhhhh 1jam dari city center, cuma di sini aku ada basikal Alhamdulillah.
A close friend di Belgium cakap, "Faris, sekarang ni priority kau habiskan belajar ni, kau ada reports pending, retake exam in coming week, ada Master Thesis to submit. Stop fikir pasal duit ni. Kau kena habiskan belajar Oktober ni & baru fokusss cari kerja". Aku setuju, aku faham priority aku lari.
Satu hari tu, aku berfikir "Okay la Faris stopppp! Stop cari kerja apa-apa. Fokus amanah janji yang ni dulu. Bulan-bulan takde tajaan nanti, kau fikir nanti, insyaAllah moga Allah tolong la. Dalam berfikir macam tu, aku fikir jugak "Kalau tak usaha, macam mana nak tawakkal macam tu". Pastu kejap je geng aku tak mencari, bila masuk SMS SMS kena bayar etc etc, aku sambung balikk cari kerja. Cuma belum rezeki, Ya Allah semoga dapatlaaaaa rezeki kerja Part-Time apa-apa in EURO.
------------------------------------------
Audio Ustazah Fatimah Syarha "Cinta Alat vs Cinta Matlamat", aku dapat dari seorang mahasiswi back waktu zaman degree 2015 dulu haha. Terbakar weh waktu dapat audio ni dulu, aku kept it with me & dengar from time to time.. Aku letak soal kahwin ni aside, until aku Financially Stable.
Semalam, aku dengar balik audio ni. Nafkah zahir, aku masih belum boleh provide. Jadi, kita pause balik niat apa yang berputik. Pagi ni ada Allah datangkan seorang hamba ni, despite berlalu pergi, dia stay & cakap dekat aku:
"Bernikah tu bukanlah semestinya Allah berikan kekayaan harta tapiii Allah janjikan hamba yang bertakwa & berniat nikah Lillahi Taala, Allah akan cukupkan rezekinya dari source yang tidak disangka-sangka, dan insyaAllah Allah akan adakan jalan keluar buat setiap kesukaran kesulitan. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi hambaNya"
Corong speaker laptop aku petang ni mengalunkan "Nasyid Nostalgia" dekat YouTube, antara favorite audio aku sering bukak. Harini lagu Nadamurni - Alangkahnya Hidup Bersama Tuhan seolah-olah Allah re-highlight dekat telinga aku apa hamba Allah pagi tadi tu mentioned, soal Rezeki. Lirik part dia mentioned:
Tawakkal kepada Illahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan darinya
Bila takwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan
No comments:
Post a Comment