Assalamualaikum hai korang. Selalu benda-benda ni aku post video + text dekat FB aku. Cuma sejak dua menjak ni ada yang memerhati, aku nebes haha. Aku bukanlah post sebab aku baik or dah baik, aku post sebenarnya sebab aku nak benda tu untuk aku, cuma alang2 tu nak share dekat orang lain juga moga ada manfaatnya.
Point-point Ustazah Norhafizah Musa yang bagi aku best buat diri, sebab manusia ni fokus & filter apa kita nak dengar je haha. Iman, Ingin berubah, Mujahadah
Perbaharui IMAN dengan zikrullah Laa illaha illallah. Tiada ada sembahan/pengabdian diri selain kepada Allah, betul2 digemakan dalam hati & hidup kita. UHM kata paling2 cuba 1000x zikir ni, aku belum lagi berjaya haha banyak weh 1000x.
Nabi SAW kata: "Semua umatKu akan masuk Syurga, kecuali yang taknak." Siapa yang taat kepada perintah Allah & Rasullullah SAW, dia memang nak masuk Syurga. Siapa yang mengingkari, adalah orang yang memang taknak masuk Syurga. Kesungguhan orang yang nak syurga ni, dia kuatttttt mujahadah, cara hidup dia sangat berbeza dgn orang yg taknak ! Sayanglah dah percaya yakin dengan Allah, tapi taknak taat.
Kereta (yg pakai minyak), hebat pelbagai feature canggih punnn tak akan boleh jalan tanpa minyak, tiada manfaatnya bila takde minyak. Daya & Potensi digerakkan oleh minyak.
Potensi Manusia ni banyak: Akal, hati, penglihatan, pendengaran, emosi, pancaindera, tapi andai takde minyak IMAN (percaya teguh yakin kepada Allah SWT), jadi tak bersyukur. Jika minyak tak ada, ada mata telinga hati pun tak berguna, tak boleh bawak ke Syurga. Kita ni, tak berdaya lalui hidup tanpa IMAN. Kita takde kekuatan yg gagah nak depani tggjwb, amanah, ujian hidup, laksanakan perintah Allah, nak tinggalkan larangan Allah, kita takde kekuatan itu tanpa IMAN + AMAL SOLEH
Perbaharuilah IMAN kita yang lusuh tu. Manusia, semua pakaian barang2 yang lusuh, kita dah taknak guna. Tapi kita bolehhhhh ek guna Iman yang lusuh. Cari ilmu, tambahkan Iman. Teguhkan IMAN dgn memahami Quran, nak baca Quran. Jadi orang yang sentiasa nak kembali kepada Allah, nak baiki lagi kedepan. Bila Allah uji, check IMAN kita teguh ke tak teguh.
Kadang Allah uji, hilang semuaaa nikmat yang Allah bagi, waktu tu Allah bagi kita nikmat IMAN, "Aku ada Allah". Allah bagi Syurga, Allah bagi Pelindungan sebagai satu penghormatan buat hamba yang berIMAN & katakan Tuhan kami adalah Allah & istiqamah
Dunia Akhirat tak akan bergerak jadi baik, andai takde IMAN. Orang yang berIMAN, yang sedia berhijrah (boleh buat perubahan supaya jadi lebih baik), & org yang berjuang di jalan Allah (konteks kita, kita ambil berjuang dengan nafsu, sikap)
MALAS
Orang malas ni, lemah keinginannya, lemah harapan kepada Allah. BUKAN ADA ORANG HALANG. Perjuangan dalam diri terlalu lemahhhh. Jangan sebut nak berjuang angkat senjata kalau dalam diri sendiri pun tak mampu nak berjuang. Doalah "lindungi kami dari penyakit lemah & malas"
Nak pergi hantar Poskad, perlu rajin tak nak pergi Pejabat Pos? Perluuuu. Andai malas, memang sampai sudah tak pos-pos. Macam aku, 4hb Ogos dah tulis 2x Poskad, sampai ke harini 10hb Ogos tak keluar-keluar rumah, tak pergi Pejabat Pos, sebab rasa malas nak keluar. Allahhh... haha. Kau tahuuu kau kena keluar, tahu kena rajin, tapi beramal tak? Tadabbur tak?
Rahsia orang yang kuat berjuang tu:
- Terlalu menginginkan rahmat Allah SWT
- Fikir pandangan Allah
Ya Allah aku mentelaah belajar buku, & ilmu, buat laporan, kajian ini kerana mengharapkan rahmatMu Ya Allah, pandanglah aku Ya Allah dengan kasih sayangMu, dengan belas kasihanMu, Aku nak dapat kebaikan dari apa yang aku belajar, nak amalkan apa yang aku belajar, insyaAllah Allah angkat rasa mengantuk & gagahkan langkahmu! Orang yang menyeru Tuhan dengan rasa takut & harap rahmat Allah. InsyaAllah langkahnya akan semakin kuat, gagah & hebat!
FAKTOR BESAR kenapa kita buat benda tu? Apa benda yang kita nak dgn buat benda tu? Kalau yg kamu nak adalah dunia? Ingat Nabi SAW sebut, orang yang tagih Dunia, sudah ada dua lembah emas pun tetap masih mahu yang ke-3. Hijrah kita susah kekal lama andai niat tujuan harapan tu bukan untuk Rahmat Allah, sebab bila kita tak dapat apa kita nak, nanti kita kecewa
Jangan kita pandang rendah kpd kebaikan, hargai bertemu dgn semua orang dengan wajah yg manis. Andai orang menyakitkan hati kita, sabar kita mendekatkan kita kepada Rahmat Allah. Semua yang Allah bagi, orang-orang yang kita jumpa adalah modal kita masuk Syurga.
Macam mana kita lihat sesuatu dalam hidup kita ni PENTING! Kita taktahu jalan mana yang Allah berikan utk dapat rahmat Allah. Orang yang beriman & beramal soleh, mereka itulah penghuni-penghuni Syurga. Kekal di dalam Syurga selama-lamanya. Teguhkan IMAN & tambah AMAL SOLEH
No comments:
Post a Comment