Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Simple update 25/10/2012

Assalamualaikum! Hai! Selamat berpuasa semuaaa! Harini nak balik kampung sempena Hari Raya Aidil Adha. Every year akan balik Kuantan, Pahang. And we love it. Mungkin sebab belah sana kampung kampung kut.

Oh haritu, baru tahu one of my friend, kampung dia pun nearby my kampung. Which dalam kampung yang sama, cuma lorong lain. AWESOMEEE! Nanti kut-kut la terjumpa.. nomnomnom

For the past few days, after balik dari uitm, I've been tidurrr sepanjang hari. Which, bosan gila. Malas nak keluar. Tapi akan keluar bila ada benda nak beli, macam haritu beli novel Adam & Hawa dekat Kinokuniya, ada 10% discount sebab guna Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia.

AND yeah, I didn't go to the Aktiviti Lomowall tu. Mula-mula rasa macam, hmmm okay la. Tapi bila tengok facebook, dorang upload gambar, berapa kerat je datang, sian pula rasa sebab tak join membantu. Apapun, abang Rafiq cakap dah siap & ready untuk exhibition tu. ALL THE BESTT ;]

Wednesday, August 3, 2011

Entry Puasa 1/2011

As Salam. Hai! Saya online harini. Ingat taknak online, tapi ter-online jugak. Harini skip tarawih, which i suppose shouldn't do. Tu la makan banyak sangat, suap-suap-suap, last-last rasa berat nak ke P.I.

Apa pun, online bersebab. Housemate cerita ada fadhilat solat tarawih, pergi la search tadi, Alhamdulillah jumpa entry dari seorang sahabat, Dady Rahman, baca entry dia, walaupun panjang, tapi sebab curios nak tahu, habiskan jugak. Hadis Palsu. Ingatkan nama hadis tu Hadis Palsu, rupa-rupanya hadis itu adalah FAKE! haaa, taknak la share, nanti orang lain baca, dia ingat hadis betul. Nak tahu lebih lanjut, baca dekat sini.

Okay another thing is, my student card dah HILANG!!! Baru perasan petang tadi lepas balik bilik, nak bukak la tali dekat leher ni, tiba-tiba TADAAA tinggal ring tu je terbukak. Dah lalu balik dah jalan yang sama. And I end up dengan tengok TV dekat Anjung. Hahaha. Cerita Nikita. Lama betul rasanya tak layan cerita dekat TV. Seronok! Macam biasalah, ada part geram, geram betul. Layan sorang-sorang, orang lalu-lalang tenung je.

And paling best sekali, dapat pun tengok JEJAK RASUL! Humm bestnya. Nak tengok lagi.. tapi esok ada koko. Tadi saya sorang je kongker TV tuh, boleh la tukar-tukar channel ikut suka. Seronok tahu tengok, baca, tahu apa-apa benda mengenai Islam waktu bulan Ramadhan. Rasa tenang, Alhamdulillah. Thank you Allah. ;]

Ahhh macam mana puasa korang? Okay? Moga-moga bertambah baik. Sekejap je puasa ni, kena grab betul-betul, rinduu nanti.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails