Tuesday, June 26, 2012

Cabaran - Masa Tidur

Dua tiga empat hari ni, kerap tidur lewat & bangun extra-sangat-lewat! Mungkin telinga dah lali dengan bunyi alarm phone yang dahulunya saya akan bangun cepat-cepat, tapi sekarang macam tak berbunyi langsung.

Event pagi selalu saya missed. Bangun-bangun dah tengahari buta, which is pukul 3 petang. Mak selalu cakap "Rugi la bangun lambat, tak rasa nikmat pagi tu". Betul la mak cakap tu, saya memang rinduuuuuuuuu sangat-sangat nikmat bangun pagi tu! Sangat rindu!

Kalau boleh, saya taknak pergi kelas lambat. Saya taknak rushing gila bangun, mandi, siap-siap pergi kelas. Saya taknak jalan laju-laju sampai nak tercabut kaki sebab takut lecturer dah masuk. Penat. Tahu tak. Hanya kerana awak tidur lewat tanpa sebab munasabah, you tend to manjakan diri dengan benarkan diri awak tu dibuai tidur.

Kak Fath (senior), pernah cakap "Amanah tu kena jaga". Amanah apa? Amanah parents yang diberikan kepada saya. Untuk belajar. Mana boleh lebihkan tidur yang awak boleh bila-bila masa dengan waktu belajar yang sangat berharga. Mana boleh suka-suka hati nak postpone everything dan bagi laluan untuk awak membalas waktu tidur yang di-short-kan oleh masalah yang ditimbulkan oleh diri sendiri.

Awak ingat awak sorang je penat? Tak cukup tidur? Ada ramai lagi la. Kenapa mereka boleh je bangun awal, jumpa Allah, pergi kelas awal, jalan relax-relax, fokus dalam kelas. Tapi awak, tidurrrr je. Nanti awak dah tidur selamanya, tak ada lagi bangun pergi kelas semua. Tak ada.

Tolong la hargai apa yang ada, buat la sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Don't take it for granted. Bila kelas hari tu start at 2pm, jangan la tidur sampai pukul 1pm. Beringatlah sikit, awak sebenarnya ada banyak benda yang nak dibuat. Tolong.

Kalau awak sendiri tak berusaha untuk ubah diri awak sendiri untuk jadi lebih baik, apa guna awak berdoa siang malam minta tolong dengan Allah untuk bantu awak berubah jadi lebih baik. Allah tak akan bantu orang yang tak bantu diri dia sendiri.

Semester ni, saya dapat kolej yang agak a distance dari Pusat Islam. Jadi, semua Azan yang ada, tak dapat dengar langsung dari bilik saya. Ini cabaran ye farisfikri! Awak tak boleh nak harap orang kejut awak, ingatkan awak hari-hari 24/7. Dah 20tahun pun, usaha sendiri, berdikari. InsyaAllah boleh!

Usahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails