Friday, December 16, 2011

Dreaded!

*wan-zamir-ff-dilaZ

Satu-satu aku tengok kawan seangkatan tarik diri dari course Diploma in Science ni. Kenapa korang keluar? Ada alasan tersendiri. Okay. Rasa sedih, takut. Sedih sebab bila lagi nak jumpa korang kan? Even duduk satu negeri, nak jumpa bukan main susah. Takut pulak sebab takut i'm going to be next. Hope tak la. Kalau boleh nak habiskan diploma ni, and teruskan mencapai cita-cita saya! YESSS

Semester ni kena struggle okay Faris Fikri!! Semester lepas jatuh teruk. Teruk sangat. If I keep jatuh lagi, I might tak boleh teruskan cita-cita untuk sambung degree. Dalam plan pengajian kami, result CGPA semester-4 adalah satu penimbang. If pointer lepas had minimum, korang still berpeluang teruskan cita-cita nak sambung belajar, if not, korang akan diberi laluan kerjaya. =,=

Kalau berjaya complete-kan sem-4 ni, saya tinggal dua semester je la. InsyaAllah. People says lagi naik sem, the harder it is. I will try my best. Kali ni, setiap kali balik rumah, Mak Ayah selalu ingatkan "Faris, jaga pointer sem ni, naikkan, kata nak ________. Okay?"

Pertama kali dengar parents cakap macam tu, rasa terharu, sebab all this time dorang tak pernah bagi pressure or bagitau harapan dorang, kali ni, saya rasa betul-betul bersemangat untuk STRIVE THE BEST! Terima kasih Mak, Ayah.

Dan oleh kerana itu juga la, saya akan jadi teramatlah cuak bila nak quiz or test, sebab aim saya untuk dapat full-marks! Maka dengan itu, bila dapat markah yang tak seperti yang diharapkan, hampa sikit. Takutnya, takut tak boleh buat, takut tak boleh jadi macam kakak saya. Saya nak berjaya macam kakak saya juga! Saya nak capai cita-cita saya juga!!


Setiap kali rasa sedih, rasa macam nak menangis, saya tahan. Sebab apa? Bukan sebab nak cover macho, tapi sebab tiap kali nages mesti hidung tersumbat, mood nak bersedih terus hilang. HAHAHA. Disamping tu, selalu saya doa, moga Allah tabahkan hati saya. If things goes opposite, kuatkan iman saya! Aminn Ya Rabb ;]

Awak, awak, dan awak! Ye awak la, tolong saya boleh? Tolong bagi semangat bila saya hilang semangat. Tolong marah bila saya alpa. TERIMA KASIHHHH!

1 comment:

kina said...

go abg faris ! HAHAHA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails