Sunday, June 30, 2024

Zon Selesa di Perancis


Assalamualaikum hai! Haha. Kenot tutup laptop sebab aku rasa aku nak up gambar orang-orang yang banyakkkkk sangat tolong aku before aku fly ke Perancis. Jay & Manoj ni, husband and wife. Jay orang Kuching, Sarawak. Manoj adalah Indian mainland tapi membesar di UAE and dia kerja lama as lecturers dekat UTP, UMT.

Lepas aku decide untuk ke Perancis, instead of UK, aku search FB "Malaysian in France", join group tu. Aku post macam ni:



Then Jay replied:



Euw aku panggil dia Dee hahahahahahahah

And afterwards ktorg in contact via Messenger, dia dengan Manoj rajinnnn call aku, stay update dengan progress aku, dorang siap terang okay 1st buat ni dulu, nanti settle yang ni baru dorang guide next buat apa. Sebab literally aku takde guideline nak ke mana, buat apa. Jadi, aku sangat-sangat bersyukur Allah hantar Jay & Manoj. Hmmm rindunyaaaaa korang, termasuk Aman! Aman sekali jumpaaaa je terus klik! Ni je nearest Malaysian dengan aku waktu di Perancis dulu. Hampir tiap minggu aku akan naik bas, dari Lorient ke Vannes, untuk jumpa dorang ni. Dan tiap kali tu juga, Jay Manoj Aman akan ambil & hantar aku ke busten. We will walk together. Hmm rindurindurinduuuuuu..

Dec'22 Aman kena pindah Strasboug, pastu aku pulak ke Estonia, then ke Belgium. Jay & Manoj pula berhijrah ke United Kingdom. Tiada lagi my comfort people di Perancis, Vannes menjadi town kenangan memori indah bersama. Alhamdulillah we manageddd to went for short roadtrip ber-4! Sangatttt treasure the memory weh. Now, Aman pun dah habis pengajian dan dah balik MY for good.


Gambar kenangan bersama Mont Saint Michel. Andai korang ke Normandy menghala ke Bretagne, singgah la sini. Cantik, wajib singgah. Setelah setahun aku pengajian di Perancis, Perancis ni sangat besarrrrrrr! Bukan Paris = Perancis. Infact, Paris tu orang local panggil "ile de France" = Island of France (tho dia bukan Island), tapiii orang Malaysia juga boleh translate kepada = Paris di'pulau'kan! hahaha betul weh

France has soooooooooooo many to offer, kalau sebelum ni aku banyak promote UK UK UK, now aku nak promote France. Dorang ada pelbagai permukaan ikut kau minat apa. Aku sendiri tak habis pusing Perancis, dan insyaAllah aku would be happy to return to France again. Rindu, dan orang-orang local dia baikkkk sangat weh. Serius baik. Luar Paris, insyaAllah semua baik baik.

Aku located di Lorient dulu, West France. Area region Bretagne. Tapi orang Malaysia yang biasa, memang akan selalu ingat aku belajar dekat Paris. Ada sorang pakcik ni pernah cakap "OHHH hari hari la pergi Eiffel Tower ya?", ketahuilah Lorient > Paris, by bus adalah 7jam away. Haha. Paling laju naik train 4jam. Dekat Lorient, tiada orang Malaysia. I repeat, tiada. Paling dekat, Jay Manoj Aman ni la. Vannes ni 1jam away naik bas. Rezeki bas Flixbus murmur, 1.99EUR or 2.99EUR je nak pergi Vannes. So yeah, tu aku gigih lari habis kelas naik bas ke Vannes every week. haha


Fast forward 2-tahun kemudian

Assalamualaikum korangggg! SubhanAllah. Kadang aku rasa lost dengan diri, oh okay first thing first! Andai korang perasan, dari aku start blogging 2008 dulu, aku ada letak satu cita-cita yang aku taktahu bila aku akan dakap, which is to study abroad. Alhamdulillah tahun ni, adalah tahun ke-2 aku di bumi Eropah. Weh tak sangka kan! Rezeki Allah bagi, aku dapat scholarship penuh dan currently I am in my final semester of Master Degree. 



Dear my younger self, Alhamdulillah! We made it here! Cuma still in-progress. Semoga rezeki tamat pengajian Oktober 2024 ni, Aminnn Ya Mujib!

Aku rindu la nak type, bercerita pasal what's going on. Untuk rekod memori aku. Aku dah jarang gila share dkt IG, macam entri sebelum ni aku ada mentioned. Banyak gambar, video & situasi yang jadi, aku cuma simpan dalam memori kepala aku yang Allah pinjamkan ni + memory phone. Takde share mana-mana. Dan aku rasa rugi, sebab mana lagi boleh aku menelusuri. 

Waktu awal2 aku fly, aku kerap juga update IG. Lepastu ada kawan degree sorang ni, ktorg takde la rapat mana. Tapi dia cakap dia cemburu sebab aku bujang & boleh study oversea. Dia kata dia dah married, ada anak bini, tak boleh dia nak capai cita-cita dia. Aku ada cakap, insyaAllah doable boleh plan sebab anak dia baru satu & aku memang jumpa ramai je married couple with kids sambung belajar. Tapi kawan aku tu, mungkin situasi dia tak berapa positive jadi dia memang take everything negatively + he legitly believe dia CANNOT proceed with his dream.

Jadi, disebabkan tu juga aku pun mengurangkan post pape dekat IG, sebab aku nak jaga hati orang. Aku jugak takut la terkena 'ain ke kan, indirectly. 

Anyway aku nak summarize dekat sini update diri wahaha!
  • Sejak COVID aku berfikir yang aku kena upskill diri, sebab aku perlu job sekuriti. Aku perlu ada skill yang membolehkan aku boleh masuk memana industri andai current industri affected by pandemic ke apa-apa.
  • Aku mula curate perjalanan aku nak ke mana. Ini jugak hasil didikan AMEX, dekat AMEX memang every year aku kena ada aim baru, nak kemana, nak build skill apa etc. Aku sukaaaaa gila la kerja AMEX, Alhamdulillah.
  • 4 tahun aku dekat AMEX, aku lompat2 masuk pelbagai team. Aku suka semuanya, last team aku join Global Fraud Protection Accounts. Amazingggg FinCrime! Suka weh, sumpah suka
  • Yayasan Peneraju ada buka program Fullstack Cybersecurity, free. Khas untuk yang nak masuk into the field. Kelas dia 6-bulan, setiap sabtu ahad. So Isnin-Jumaat kerja, Sabtu-Ahad kelas. TBH aku applied nak masuk program ni 3x, kali ke-3 baruuuuu rezeki diterima Alhamdulillah. Ujiannya adalah, elok aku dpt offer tu, aku jugak dapat tukar masuk Fraud tu. 
  • Dekat team Fraud ni, budak baru (walaupun kau internal hiring) yang zero Fraud skills, dorang hantar 1st Line yang handle incoming/outgoing Fraud calls. Which also means, it operate 24/7 = Kerja Shift. 11PM-8AM kerja, 9AM-6PM Kelas. Aku human being, jadi memang banyak hari aku pengsan weh dalam kelas.
  • Bagusnya batch aku & sifu, ada buat kelas ulangkaji, nak exam akan buat discussion. Waktu ni aku akan apply cuti, supaya boleh fokus. Alhamdulillah aku lulus semua 4x Certificate tu!!!
  • Rencana awal aku adalah, habis cert, apply kerja dalam bidang & cari pengalaman. Dah ada pengalaman industri, after 1-2 years baru sambung Master. Cari punya cari, HR di MY ni rata-rata akan cakap "We need formal education in IT/Computer Science", maka aku pun mula la lirik-lirik cari nak apply sambung belajar earlier
  • Aku kan memang 10 tahun aim UK, rezeki aku dapat offer Master dekat UK cuma bukan dalam Cyber Security, tapi MSc Computer Science (Conversion) di University of Newcastle, UK. Short dia: NCL. Reason Uni, sebab aku taktahu Object-Oriented Programming (OOP). Sedih, tapi aku positifff sebab aku percaya ini terbaik! Aku memang perlu basic CS ni, cuma aku risau part nak compete in large pool if aku amek CS ni, rather than focus terus ke CyberSec.
  • Rezeki Allah bagi Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdulillah, permohonan MARA GREP aku pun lulusssss! Wehhhhh sumpah sebakkkk. Tinggal nak buat medical check-up, buat Visa & fly ke NCL! Aku siap dah jumpa NCL alumni yang dah balik MY for good, minta advise NCL ni macam mana, area mana sesuai duduk, aku siap dah ada potential housemate sekali ye untuk sewa sekali. Memang like a dream! Aku siap dah berkenalan virtually dengan Malaysian di Newcastle. Sap sap soiii laaa

Tuptup...

Dapat email, keputusan permohonan Erasmus Mundus Joint Master (EMJM) CYBERUS program: Congratulation! You got accepted with FULL SCHOLARSHIP in IoT Cybersecurity specialization, and your 1st Year will start in France.

Terkedu. Aku tidak pernah sesekali imagine I will get Erasmus Mundus weh! It is a prestigious program dari POV aku. Aku versus whole Malaysia la kiranya, sebab dorang pilih 1-3 orang dari negara sama per batch.

Cuba teka aku nak proceed mana?....
Hati aku nak sangat UK, jadi aku memang nak proceed je UK. France ni aku skeptikal waktu tu, aku tak minat France, so hati aku tawar dengan France ni. Despite dia adalah full scholarship.

Benda pertama keluarga aku cakap, MARA GREP aku kena bayar balik & EMJM ni tajaan. Aku tengok muka Kakak aku, Ayah aku, sebab dorang dua adalah guarantor MARA GREP aku. Aku tak sampai hati nak buat dorang susah andai kata pape jadi dekat aku & dorang pulak yang kena tanggung.

So aku start cari student MY yang study dekat France, aku browse di FB, telegram, orang MY di sana. Aku tanya kenapa dorang suka France, apa yang bagusnya/menariknya France. Even sampai Embassy France di KL la aku minta advise, aku kata aku dilemma. Fikir-fikir-fikir, lepas beberapa hari aku decide hantar email pada MARA, aku tarik diri. Pastu aku pulun fokus administration untuk ke Perancis. Tajaan ni hanya bermula bila aku jejak kaki ke bumi Perancis, so persediaan semua tu aku terpaksa tebalkan muka pinjam duit Kakak, duit Mak, aku guna cc aku. Mahal ye last minute beli tiket flight sehala Malaysia>Paris, 4.5k RM, dapat tajaan tu baru sikit sikit aku bayar balik duit Kakak Mak. Alhamdulillah

InsyaAllah next post bebila aku update pasal apa itu EMJM, struktur nya macam mana, then how was pengalaman aku 1st year, macam mana 2nd year tetiba aku dekat Belgium pulak. Pelbagai rezeki Allah golekkan, pelbagai pengalaman, pelbagai cerita.

Korang tolong doakan aku ya. Aku ada 5x report pending, and insyaAllah a Master Thesis + Exam Retake on August. Haha ye seketul farisfikri zaman degree kena resit, hamek kau Master pun kena retake. Cumaaa ada special nya belajar di Eropah ni, insyaAllah nanti aku story sekali system dorang macam mana.

Faris, aku rindu Faris yang suka describe things macam ni, nak kena cari rentak balik je. 00h29 sini, à la prochaine fois! Assalamualaikum


  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails