Friday, June 24, 2011

Personal Post.

As Salam. Awak, saya rindu awak! Rindu sangat sangat sangat! Lama tak jumpa awak kan. Malam ni saya nak spend kan masa saya dengan awak. Walaupun pendek je. Takpe, janji ada. Serius rindu sangat-sangat-sangat.

Awak awak, minggu ni dah 4th week untuk semester ni. Sekejap je. Next month dah July, then August puasa, then Raya Puasa, then final exam THEN CUTI SEMESTER! haha. Hum. Sekejap je awak. Well, minggu ni dah start dah datang ombak-ombak assignment. Another two weeks, dah cuti middle semester.

Haritukan awak, saya call kawan saya, Nizam Jaapar. Alhamdulillah dia sihat. Dia semakin serius dengan study. Dia belajar betul-betul. Saya compare cara dia belajar dengan saya, sudah tentu dia lagi smarter. Dia habis kelas je, revise balik sampai faham apa yang dia belajar untuk haritu. Saya? Subject math je saya revise balik, chemistry tertinggal macam tu. Ah biology lagi la kan. Ada assignment baru la terkial-kial belek buku Campbell tu.

Awak-awak, harinikan saya rasa mengantuk sangat. Kelas 8-9, 9-10, 10-11, 11-12, 2-4, 5-7. Saya tak sempat nak tidur petang macam selalu pun. Malam ni saya online, sebab esok pagi ada satu kelas je, 10-11. Tapi saya mengantuk la awak. Saya bukak facebook, ada banyak noti, saya baca noti dulu lah. Saya rindu awak gila-gila-gila. So saya nak lepaskan sikit rindu sekarang, nanti kalau jumpa lagi, kita lepas rindu puas-puas okay!

Sekarang ni, saya dalam bilik sorang-sorang. Saya tak tahu rumet saya pergi mana. Saya play music player. Hummm... Sebulan pertama ni sangat boros ke apa? Mak bagi duit, tak sampai seminggu dah run-out-of-money dah. Ada satu hari tuh, baru keluarkan duit, bayar tu bayar ni, TADAAA tinggal 10 je. Tebalkan muka, mintak mak duit.

Kadang-kadang, saya tak sampai hati nak mintak mak duit. Sebab saya rasa saya dah mintak banyak dah. Taktahu kenapa selalu tak cukup. Memang tinggal saya sorang je yang tengah belajar, tapi itu tak bermakna duit bulan-bulan mak untuk saya sorang je. Kakak baru je start kerja. Alahai farisfikri, start saving okay!

Saya bukan sengaja boros, it just, tiba-tiba je kena bayar ini, bayar itu.. So bayar aje lah kan.. Tak bayar tak boleh. Awak awak, awak rasa duit gaji yang saya dapat tu, patut saya beli camera Holga tu or tak. Ke patut je saya simpan untuk tampung perbelanjaan semester ni. Tak perlu mintak mak duit dah. Ah cakap pasal camera Holga, kawan saya, Hamiza Hamidon, bagi saya pinjam Holga 135BC dia tadi. Tadi first time saya pegang holga tu awak. Excited. Tapi lens dia kan tak wide macam UWS saya, so agak kekok sikit.

Banyaknya benda saya luahkan dekat awak malam ni. Next time kita sambung lagi ye. Take care. Selamat Malam. Mimpi indah! Assalamualaikum ;]


3 comments:

BB.B.Com said...

abg suke baju yg faris pakai tu

saye kerink said...

suka? haha. terima kasih. baju tu macam bebudak sikit. tapi takpe la. sebab beli pun sebab nak pakai waktu kazen kahwin haritu, dia cakap tema merah. then kebetulan bday party my besfren sorg tuh, tema merah jugak, so pakai la baju sesame street tu. hehe ;]

NRN MJZ said...

faris , kau nmpk tggi lah!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails