Umur: 18 tahun
Universiti/Course: CFS IIUM/Foundation in Allied Science
Salam. Harini, 22nd May 2010, my bestfriend blahh Petaling Jaya.. Ingat lagi waktu dia tak berjaya mendapat kan tempat di IPTA, semangat dia untuk belajar terus down.. Dia cakap dia taknak belajar lagi la, dia nak kerja. Next year baru sambung belajar. Then dia kata nanti dia nak apply Mass Comm la.. Kami rakan2 lain dah kenal dia, cita-cita dia kekal untuk menjadi seorang Doktor. Jadi kalau dia cakap dia nak ambil benda lain, nak tinggalkan dunia sains nie, JANGAN PERCAYA! hahahaha. Dia cakap macam tu sebab nak sedapkan hati dia jaa. hehe. tettt
Hizzam Hizzam, kau ingat tak macam mana kita kenal dulu? Dulu masa darjah dua, kau jadi ketua kelas 2I, aku pulak murid biasa je kat 2J.. Tapi yang pasti kau kelas yang ke-4 while aku yang ke-3. hahahaha! Kau ingat tak antara class kita, ada satu lobang tuh.. quite lebar la, muat la untuk kiteorang sapu-sapu sampah then masukkan kat class korang. hahaha. Hari-hari gaduh.. teruk teruk.. Since kau darjah 2/1 kau bawa jawatan Ketua Kelas till kau darjah 5 kan? Pastu kau sambung kembali dari form1 then kau stop. Hehe.
Start darjah tiga, kita satu kelas! yeyy.. waktu tu aku skema&pendiam (jangan tak percaye!). hehe. Then then kau, aku & Hazmi Shah jadi bestfriend.. Masuk Darjah 4, kita still satu kelas tapi Hazmi Shah pindah semenyih.. so tinggal kau dengan aku je.. Kau ingat tak wakti darjah 4, kita gaduh sebab kau bocorkan rahsia aku, time tuh kau memang terkenal dengan mulut tetttt. Pastu aku marah kau, aku cakap kita bukan bestfriend lagi! Tup tup esok kau datang pujuk aku, then kita jadi bestfriend balik. Sayang kauu! Pastuh baru aku tahu masa darjah 3 kau kapel dengan Fatin S.. ohhh kau secret dengan aku eh! haha. Ha then then aku ingat lagi, waktu kita darjah tiga kutt.. Sekolah pagi kan? Haa setiap pagi ayah kau hantar naik motor, aku tunggu kat kantin, setiap pagi kau nyanyi lagu Hindustan.. Kochi kochi huta heyy.. (almaklum la time tuh bollywood famous.)
Masuk darjah lima, emm takde pape best kut, haa ada, waku cuti, kita main2 kat taman perumahan kau, first time aku tengok kau pakai seluar tight pendek kaler kuning pulak tuhh. hehe. Masuk darjah 6 , kau kena tukar kelas sebab kau dah bertambah bijakk kan.. hehe. So cikgu kumpul kan budak2 harapan sekolah dalam satu kelas, bye-bye hizzam! Then aku jumpa Baby.. aku rapat dengan dia lepas tu.. Kurang dah dengan kau. Masa rehat, aku rehat dengan kau jugak kadang-kadang, pastuh aku cakap nanti form1 aku nak masuk SMK Pandan Mewah. Masa tuh sekolah tuh baru je bukak.. so aku nak sangat masuk sane. Pastuh dah sedih sedih, kau pun cakap kau nak pindah.. Tup tup, permohonan aku nak masuk PM tak diterima, so aku masuk sekolah sebelah je SMK Taman Tasik, ehhh jumpa kau kat sane!! Kau kelas Dinamik, aku Dedikasi, Top 2. hehe. Waktu agama je kita satu kelas sampai lahh form3..
Masuk form4, waktu orentasi aku tak datang sekolah, malas.. Kau datang, balik tuh kau text aku, "Kita satu kelas!!!" and aku pun really? Aaaaaa! yey yey yey! Then aku tanya kau kelas apa? kau cakap sains dua. Aku pun, huh? biar betol.. Dengan result yang aku dapat, aku bajet dapat akaun.. Bersyukur sangat sebab dapat kelas sains dua and satu kelas dengan kau. Kita bertambah rapat dan bertambah matang. Kau apply untuk jadi pengawas, kau ajak aku, aku tak minat. So bluehippo la kau jadi. Dalam kelas kita time tuh ramai je yang shy shy nak bercakap etc.. Masuk form5 semua jadi lantang.. termasuk aku and THANKS TO YOU! Sebab kau inspire kiteorang. Aku seronok sangat sebab kau ubah kiteorang jadi lebih friendly tanpa kau sedari. Setiap hari kau nyanyi lagu lagu yang TOP (english of course).. Then mula-mula semua orang suruh kau shut-up! tapi lama lama, aku pun terikut-ikut 'I forgot my name.. I forgot my telephone number...' haha. Then semua orang terikut-ikut. huhu! Sejak dari tu mula la macam macam lagu kau nyanyi..
Kau ingat tak ada satu hari tuh, satu kelas kita, 1Malaysia nyanyi lagu 'Love Story' secara spontan.. Sorang start semua join.. Best sangat bunyik dalam kelas time tuhh... HEPPI je weh.. And and kita nyanyi tuh right before pergi lab bio. Ingat tak kita(tak termasuk budak study) memang pemalas nak masuk LAB BIO sampailah Sir Tan kena jemput kita kat kelas. hahaha. Bukan melayu je tau.. Chinese Indian pun satu kepala dengan kiteorang.. hehe. Every exam, kau mesti ada dalam Top 10 while aku tercampak mana tah. haha. Markah biology kau selalu the highest. Waktu trial, tiba-tiba aku atas kau, kau rasa tergugat, so kau work hard gila-gila till kau dapat B+ untuk SPM kau while aku C+. hahaha. Kita sama sama ambil 10subject, while most of our classmate ambil 9 je sebab dorang drop EST..
Waktu hari susun meja dalam dewan Ibnu Khaldun, tiba-tiba, Ehhh kau duduk sebelah aku lah! haha. tak sangka.. huhu. Kau mempunyai keyakinan yang tinggi.. Aku ingat lagi waktu paper Chemistry, aku dah tak tahu nak jawab ape.. aku tengok kau, Kau semangat tulis tulis.. aku jealous sebab kau boleh jawab.. huu.. balik tuh aku cakap dengan kau, TIBATIBA, kau cakap, "hahaha! pandai tak aku berlakon? Sebenarnya aku pun tak tahu jawab, aku merapu-rapu je". hehh? dodowl betol ouh. Then then waktu hari ambil result tuh, kita jumpa setelah lama tak jumpa, berebut-rebut kau ambil dulu kau ambil dulu.. Aku ambil, then aku lari jauh.. kira dapat apa.. then aku terus pergi kat meja Kaunselor.. Kau datang, kau tanya aku dapat apa? Then aku cakap la. Tettt. EH MACAM MANA BOLEH SAMA DAAA? kami tak meniru okay! haha
Aku tak target pape pun, tapi aku memang harapkan lagi better tapi aku bersyukur sebab aku dapat result tu.. Kau pulak, kau telepon mak kau.. Mak kau cakap "Sikitnya..".. Kau sedih time tuh, sebab mak kau cakap cousin-cousin kau yang lain semua dapat banyak A's.. Hehh? apa la mak kau, jaga la hati anak.. Kesian kau.. Lepas ambil result, kita pergi jalan-jalan, and kau lupa pasal apa mak kau cakap tuh.. bagus bagus! ;]
Then kau dapat PLKN, baru dua minggu kau masuk, tetibe kau text aku, hari jumaat kot. Aku tanya kau, Eh? bukan hari sabtu baru dapat phone ke?. Kau kata kau dah balik rumah, kau tak lepas ujian kesihatan kat sana, jadi kau dikecualikan, aku tanya kau sakit apa? kau tak nak bagitahu.. Aku nekad tanya abang kau, Hisyam, dia pon sekongkol tak nak bagitahu. siott betol.. Aku risau.. Kau text aku, "Kalau aku dah takde nanti, jangan lupakan aku yee". Aku takut.. kau kenapa? kau tak bagitahu aku pun... Then haritu kau 1st time datang rumah aku lepas kau balik dari PLKN, aku orang first kau jumpa(selain family la), ehh hizzam, kau ke tuh? Aku tenung kau lama sangat.. sebab kau nampak totally lain.. Badan kau jadi tough.. Pastuh kau lagi matang.. then BOTAK. hahaha. then kau cerita hidup kat PLKN, kau cakap bestt sangat! Jealous nya aku tak dapat plkn.. Then kau cakap parents kau siap pergi Jabatan untuk mohon benarkan kau masuk PLKN balik, tapi tak dapat.. Legasi Legasi Hizzam Legasi, kau selalu sebut tuh.
Dari darjah 3 aku kenal kau sampai sekarang, kau still bestfriend aku! Kau lah translater aku, kau tahu apa aku nak cakap. Pokok nya aku tak boleh nak berahsia dari kau, sebab kau kan HIZZAM.. hahaha. Walau macam mana pun aku sorok, mesti kau akan tahu jugak. hehe. Cayalah beb!! Kita berangan-angan nak duduk sama kat Penthouse.. then kita sambung belajar sama-sama.. And today, kau register dekat CFS IIUM, PJ.. Kau dah blah sana.. Next month baru aku masuk UiTM.. Setelah hampir 10tahun kita kawan.. kau dengan aku terpaksa berpisah jugak.. Selalunya kau ada je dengan aku.. Lepas ney kau kat sana, aku kat situ.. Huuu sedih sedih. Aku sayang kau weh! Kau belajar betul betul tau.. Jadi Doktor Opthamology yang terbaikkk!! Aku ingat lagi dulu kau kata kau nak jadi Dr. Cardio.. hehe.
Jaga diri kat sana tau! Nanti ada jodoh, ada rezeki kita jumpa lagi okay? Will miss you my friend! Pergi sana belajar tau, jangan naughty2. hehe. Bai bai!! Pagi tadi kau text aku, kau kata kau dah sampai, nak register dah. Kau kata ada banyak ***** cute. hahah. heyyy! ilysm Hizzam Halim. <3<3<3
p/s; Tadi pagi PosLaju datang.. Dengan muka pisat2 nya keluar.. MOHD FARIS FIKRI? ye saya.. tulis nama, ic, tt.. okay dah. hehhh???? UNISEL? Foundation in Science. Siap hantar PosLaju kauu.. UiTM dihatiku lah! ;]
7 comments:
Fewhhhhh seb bek UiTM di hatiku...
Hahah,kalau tak faris dah boleh nak fly dah ni..heee
Unisel lagi uuu
waa...sdeh2
nak nges
isk2..
jaga persahabatan baik2...
kenangan menjadi ubat.
belajar rajin2...
weyh...
aq stuju dgn ko...
ms form 4...smua x da mood nk berbicara dgn ssm sendiri...
tp Hizzam btl2 ubh aq...selain dr kisah aq yg maybe kau tahu...yg ubh aq tanpa aq sdr...
aq tingat kata kau...
kau ckp noren tanya ko nape nana berubah...x mcm form 4 dlu...ms tuh br aq sdr bhwsnya...aq da berubah....
aq tanya Hizzam...Hizzam ckp...aq berubah utk kebaikan....x leh biarkan org pijak kpl...
like u...thx a lot to Hizzam...sb ubh aq...
then thx gak kat ko sbb selalu je memekakkan telinga aq ms form 4-now...mcm ms jumpa hr tuh...hehhee
memekakakkan aq dgn soklan2 sejarah...almaklumlah...aq kan expert sej [riak jap]
nanti xda da...senyuman tayang gigi...pekakkn yg membuatkan aq menyampah..[dlm ht tersenyum senang]....
will miss him...you...and Sc 2 08/09 of SMKTT... a lot..
thx trimas...arigato...sbb ubh aq kpd seorg yg x friendly...x cukup open minded...to the one u see now...
thx a lot naa....
*start to crying*
to Wan,
hehh? unisel boleh fly ke? taknak la. aku tak rasa aku boleh bawak foundation tuh. eh eh kalau aku masuk unisel, aku xdapat la jumpa lepak study dengan korang! aku sayaang budak2 DIS kita. huhu ;]
to Qid,
Sedih qid? jangan la sedih. cerita ney tak sedih mana punn.. biase lah tuh adat setiap pertemuan pasti ada perpisahan. hehe. Qid, aku rindu kau lah! ;]
to Bro Sabri,
hehe. okay.. terima kasih! ;]
to Nana,
huuu.. kau buat aku sedih sebab aku teringatkan member2 class kita. rindu weh. si noren tuh, nak balik duduk perak dah.. sedey sedey.. nana, aku glad kau berjaya lupakan kisah lalu kau dan move on! aku doakan supaya kau sentiase tabah & friendly.. Ignore people yang cakap kau macam2. aku rindu kau weh, kau pun ape kurang nye.. selalu potpetpotpet sebelah aku. hahaha! and nana, thanks sebab tolong aku dgn sejarah. hehe. gg tuh, aku akan kekal kan menayang nya di UiTM, tapi kalau dah kuning, aku tak tayang dah la. hehe. take care nana, good luck at RCMP and your farmacy!! salam. ;]
Sayang awww.KAWAN SEJATI.
assalamualaikum ! saye laa hizzam halim ! HAHAH , tq faris sbb tulis post yg panjung berjela , n ingt kisah2 lame , hee , x pew , insyaalah , kitew sahabat dunia akhirat , selalu ingt kaw dlm doa laa weyh .. ^_^
Post a Comment