Saturday, September 18, 2010

Rainbow

Salam. Comel tak kek sarawak dekat atas ni? Mak Long Sarawak yang buat. hehe. Memang setiap tahun, mak long mesti pos or bawak balik kek sarawak. Ade pelbagai jenis kek sarawak, macam macam bentuk. comel + sedap + menarik! Leceh juga la nak buatkan sebab dia berlapis2 berwarna-warna. Nak buat satu satu tuh, memang ambil masa la. Mak Long memang buat kek sarawak pun. Dah nama anak bumi kenyalang kan. hehe. Tahun ni Mak Long's family tak balik Melaka, tapi, dorang akan balik bulan 12 nanti. ;]

Guys, harini hari sabtu. Pagi ni balik Melaka satu family sebab ada orang kampung kahwin, ayah nak pergi. Alang-alang balik kampung, hala balik KL hari ahad nanti, ayah hantar saya dengan kakak balik kolej. humhum. Malas ada. Tak sabar nak balik kolej pun ada. Duduk rumah tak pegang buku pun. Tutorial, assignment, notes tak buat buat. teruk betul kan. Padahal the following weeks nye ada test test test then FINAL. hah!

Kawan kawan sihat? Macam mana Raya? Dapat duit raya? Apa theme Raya tahun ni. Saya perasan ramai pakai purple. *wink2* hehe. By next week dah ramai start bekerja macam biasa, belajar macam biasa, yang exam UPSR, PMR, goodluck! Trial SPM pun, good luck! All the best! Buat sungguh2 so that dapat masuk Uni yang bagus bagus. ;]

Ahhh ayah dah turun dah.. My things almost fully packed. Harini tak dapat pergi dua event. Satu, tak dapat pergi open house rumah Amirrur dekat Cheras Baru. Dua, tak dapat pergi tengok show orchestra dekat KLCC pukul 3.30pm harini. hummmmmm! teringin sangat nak dengar.. tengok. bestnye! insyaAllah ada rezeki next time. amiin.

Eh di samping itu, meh nak tolong iklan kan satu Mini Konsert Maher Zain,

Iklan Jualan tiket dah keluar hari ni utk Showcase Maher Zain di Malaysia... apa tunggu lagi, cepat rebut. 1400 seats sahaja buat masa ini! Terhad tu!
Dibawakan khas untuk anda! Showcase Maher Zain, “Save The Soul”
Untuk dapatkan tiket, hubungi :

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)

2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)

3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)

2 tarikh untuk showcase ini :
a) 14 Oktober 2010 (Khamis)
b) 15 Oktober 2010 (Jumaat)

Waktu : 8.00 malam

Tiket : RM 200, RM 150, RM 100 & RM 70

Sesiapa yang ingin menempah tiket, boleh private mesej saya di http://www.facebook.com/aljengkari?v=wall. Sila sertakan nama, no phone, harga tiket dan untuk berapa orang. (Sebelum jam 5 petang)

Kemudian, saya akan memaklumkan kepada pihak penganjur. TQ - akhi fairuz al-jengkari

Note : pihak admin bukan penganjur. kami hanya pemudah cara di sini. TQ (^__^)

1 comment:

OCEANİDE said...

Selam mohd faris fikri. I saw your blog accidentally and ı like it.Also you are a muslim I m intrested in writings and me too.=) I understoond Some of your writings nice :) Im new in blog world.You can visit my blog.

http://www.oceanide-diary.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails