Tuesday, June 26, 2012

Cabaran - MUET

In less than two weeks, I will be sitting for my MUET (Malaysian University English Test) . Gila scaryyy ke apa!

I AM NOT READY.
I AM NOT READY.
I AM NOT READY.
I AM NOT READY.
I AM NOT READY.
I AM NOT READY.
I AM NOT READY.
I AM NOT READY.

I WILL BE READY!
I WILL! I WILL! I WILL!!

sitting for MUET is the most dreaded thing to me for now.

Cabaran - Masa Tidur

Dua tiga empat hari ni, kerap tidur lewat & bangun extra-sangat-lewat! Mungkin telinga dah lali dengan bunyi alarm phone yang dahulunya saya akan bangun cepat-cepat, tapi sekarang macam tak berbunyi langsung.

Event pagi selalu saya missed. Bangun-bangun dah tengahari buta, which is pukul 3 petang. Mak selalu cakap "Rugi la bangun lambat, tak rasa nikmat pagi tu". Betul la mak cakap tu, saya memang rinduuuuuuuuu sangat-sangat nikmat bangun pagi tu! Sangat rindu!

Kalau boleh, saya taknak pergi kelas lambat. Saya taknak rushing gila bangun, mandi, siap-siap pergi kelas. Saya taknak jalan laju-laju sampai nak tercabut kaki sebab takut lecturer dah masuk. Penat. Tahu tak. Hanya kerana awak tidur lewat tanpa sebab munasabah, you tend to manjakan diri dengan benarkan diri awak tu dibuai tidur.

Kak Fath (senior), pernah cakap "Amanah tu kena jaga". Amanah apa? Amanah parents yang diberikan kepada saya. Untuk belajar. Mana boleh lebihkan tidur yang awak boleh bila-bila masa dengan waktu belajar yang sangat berharga. Mana boleh suka-suka hati nak postpone everything dan bagi laluan untuk awak membalas waktu tidur yang di-short-kan oleh masalah yang ditimbulkan oleh diri sendiri.

Awak ingat awak sorang je penat? Tak cukup tidur? Ada ramai lagi la. Kenapa mereka boleh je bangun awal, jumpa Allah, pergi kelas awal, jalan relax-relax, fokus dalam kelas. Tapi awak, tidurrrr je. Nanti awak dah tidur selamanya, tak ada lagi bangun pergi kelas semua. Tak ada.

Tolong la hargai apa yang ada, buat la sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Don't take it for granted. Bila kelas hari tu start at 2pm, jangan la tidur sampai pukul 1pm. Beringatlah sikit, awak sebenarnya ada banyak benda yang nak dibuat. Tolong.

Kalau awak sendiri tak berusaha untuk ubah diri awak sendiri untuk jadi lebih baik, apa guna awak berdoa siang malam minta tolong dengan Allah untuk bantu awak berubah jadi lebih baik. Allah tak akan bantu orang yang tak bantu diri dia sendiri.

Semester ni, saya dapat kolej yang agak a distance dari Pusat Islam. Jadi, semua Azan yang ada, tak dapat dengar langsung dari bilik saya. Ini cabaran ye farisfikri! Awak tak boleh nak harap orang kejut awak, ingatkan awak hari-hari 24/7. Dah 20tahun pun, usaha sendiri, berdikari. InsyaAllah boleh!

Usahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


Cabaran - Diri Sendiri

Aku adalah sangat teruk bila ada di hadapan komputer riba. Sangat teruk. Seolah-olah masa terhenti untuk aku. Untuk aku berjalan sesuka hati di alam maya. Bukan sekali-sekala, tapi selalu. Memang selalu.

Kadang-kadang kalau boleh taknak buka laptop langsung, even bila boring gilaaaa. Tapi bila nak buat assignment, nak cari bahan rujukan di internet, di slides, kena buka. Ye memang saya fokus pada mulanya, dah siap buka semua yang diperlukan. Tapi ia hanya memerlukan satu saat, untuk saya alpa tentang objektif utama buka laptop.

Dan selalunya, bila mata dah merah & mengantuk tingtong, semua slides & bahan rujukan itu untouched, ditutupnya macam tiada apa yang berlaku, dan baru lah terasa menyesal sebab lari dari objektif.

Kali ni, benda yang sama juga berlaku, EXCEPT! I can change from tutup files belajar hidup-hidup atau buka mata luas-luas, muhasabah diri, rajinkan diri, study!

Esok tau farisfikri, Miss tu nak uji pengetahuan awak. Esok, 8 pagi. Ingat! Oh dan, jangan lupa pula untuk study subject lagi satu tu. Study awal-awal, supaya tak blurr bila lecturer bagi lecture. Toodles! ;]

Monday, June 25, 2012

Timeline 1

As Salam. Uhuuuuuu sebak tiba-tiba. Tadi buka laptop, buka folder ni, jumpa cerita ni dalam bentuk notepad. I read it through. Rinduuuuuunya zaman tu! Rindu orang-orang tu. Ariff, Abg Fahmi, Hanif. Semua tak ada lagi dengan saya di kolej ni. ;'[

Pastu, bila lalu lalang dekat fakulti, poster Star of The Week last semester : Kak Syafiqah Jasmin, still lagi terletak di dinding-dinding utama. Teringat dekat Kak Syafiqah ni, senior physics yang terbaikkkk! Kak Piqa, sem ni kita ambil subjects yang Kak Piqa ambil dulu, takutnya....

Kelas 'material science' dah start. Basically we're revising benda-benda yang dah pernah belajar. Unfortunately, I didn't remember apa-apa pun. Sangat-sangat-sangat sedih. Dulu pernah gemarrrr sangat benda tu, sekarang hilang macam tu je, tak ingat apa pun. Astaghfirullahalazim.

Sebab saya dah semester-5 sekarang, juniors selalu datang cari, tanya soalan, minta tolong ajarkan. I WOULD LOVEEEE TO! But... saya tak ingat. Ya Allah, sangat-sangat rasa kecil bila tak dapat tolong juniors. Aku belajar apa selama ni? Tukar niat tu, belajar kerana Allah, bukan kerana nak dapat gred bagus untuk final exam.

Kak Piqa selalu inform, kalau ada apa-apa nak tahu/belajar pasal apa-apa subjects especially physics, buka lah KhanAcademy dekat youtube. Saya pernah buka few times, tapi dah lama sangat tak buka. Bila buka tadi, folder physics KhanAcademy tu, sepanjang scroll down list video-video tu, terkenang balik, 'dulu aku pernah belajar semua yang ada ni, tapi tak bestnya, aku tak ingat pun mengenainya, sedihnya'.

Mood sad-sad & reminisce ni akan bermula bila mula dengar lagu love love evergreen ni. Oh dan sudah pasti, saya sedang mendengar LATE NIGHT LOVE SONGS - Red.fm ;]

Wednesday, June 13, 2012

How's Minggu Destini Siswa? MDS Jun 2012

*Ada 4 orang tak masuk dalam gambar. Kak Fath, Shahrin, Nizam & Zulfikar

As Salam. Alhamdulillah. It went great! Precious and priceless experience I had! Belajar banyak benda, kenal ramai kawan baru. Dapat meningkatkan keyakinan diri. Alhamdulillah. I've been selected untuk masuk Biro Program. Biro Program la yang incharge in all program yang berlangsung except anything pasal Majlis Perasmian Penutup. haha.

Saya belajar bercakap depan crowd. Belajar pegang microphone & mengeluarkan suara dari microphone. Saya menimba ilmu ilmu sepanjang menjadi PM (pembantu mahasiswa). Asah soft-skills. Dan tak lupa juga, mengeratkan ukhwah antara PM PM yang lain. Hasiff keep on repeating the same words, "Pecahkan lagi ais tu". Thanks to hasiff, ice tu memang completely melt, sampai dah mixed together, equilibrium. Alhamdulillah.

(Biro Programs, Tikah, Ash, Faris & mimi)

Sangat sedih bila nak end the whole thing. No more post-mortem malam-malam till late night. No more scold juniors bila mereka ingkar arahan. No more jadi role model sekejap infront of the juniors. No more lari-lari ke depan untuk buat annoucement. No more panggilan PM Faris. Hahaha. Will miss semua PM & PBs (Pelajar Baru).

Thank you guys! & Thank you Cik Hanim sebab jadi orang yang handle semua PMs. Dan saya paling berterima kasih to Allah Almighty!

Oh ni, ada video, juniors Pre-Diploma yang buat. They did mention us, uwaaa terharu weh! Terima kasih adik-adik PB! Belajar rajin-rajin! Capai kecemerlangan! Belajar ni tiket untuk maju kehadapan, disamping tu, jangan lupa hubungan dengan Tuhan. Dan juga, asah soft-skills tu okayh! Jaga diri!! ;']

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails