Monday, May 31, 2010

Gaza Flotilla dalam bahaya!

Copy&Paste from Joegrimjow
Credit to Joegrimjow & Aimi Nabihah.

Misi kemanusian ini di sertai 50 buah negara untuk membantu rakyat palastine yang 'tercedera minda dan fizikal' disana. Malaysia juga menghantar wakil seramai 8 orang untuk kesana. Misinya bukan untuk berperang, tapi menghantar makanan + ubat2an dan sebagainya sahaja. Walaupun begitu, israel yang bengong + keji + zalim + macam setan + terhina ini telah MENYERANG kapal ini dan telah merampas kapal dan kesemua penghuni kapal di bawa ke suatu tempat. Setakat sekarang, tiada lagi berita pasal keadaan semasa, entah macam mana keadaan dalam kapal itu tidak diketahui disebabkan sudah terputus hubungan.

Mari kita sama-sama membantu dengan membaca Qunut Nazilah semasa solat fardhu, dibaca selepas iqtidal selepas rukuk rakaat terakhir:


Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Amiin.

Maksud:

Semoga mereka semua dilindungi Allah Taala. Amin ya rabbal al-amin.

Thursday, May 27, 2010

Kilometrico - iColors

Salam. Kiometrico i-colors.. Pagi tadi bangun awal.. tak tahu nak buat apa. malas nak online pagi pagi.. then teringat la haritu ada beli pen kilometrico banyak-banyak kaler ney. satu packet RM4.90 kut.. Kat Carrefour.. So dari tak buat pape, saja je la nak conteng-conteng even though saya tahu saya tak reti bab lukis-lukis ney. But so what? conteng jeh la kan. Tadaaaa!! kat atas tuh la hasil contengan saya. hahaha. Warna-warna pen tuh comel comel. Dan saya rasa bestt sangat sebab akhirnya kilometrico (jenama fav.) keluarkan jugak pen warna-warni. heee..

Okay saya mengaku tak semua contengan saya guna pen tuh, saya ada juga pinjam pencil kesayangan untuk melakukan beberapa tugas. huhu.. Faham tak apa saya contengankan? Saya conteng, UiTM Kuala Pilah 3rd Batch.. Okay okay i know you all dah tahu dah, saja je nak nak bagitahu.. mana la tahu ada orang tak perasan. huhu.. Okay di atas ney pulak barisan dibelakang takbir.. huhu.. Tukang conteng punya muka terlupa nak ambil. Takpa next time.. tettt

Ada 5warna ja.. pink, biru(bby blue fav.), green, purple & orange.. Berminat? Dapatkan nya sekarang di Kedai-kedai menjual alat tulis berhampiran.. Kalau dorang tak jual, cari la dekat super/hyper market.. end.

p/s; penat la online FB hari hari.. duduk rumah tak buat pape.. FB saja.. lama lama bosan.. Tadi ada problemo sikit dengan seorang girl se-campus tuh.. humm biarlah.. Rasanya saya patut jauhkan diri sekejap dari facebook. betul tak? haha. pape, just text me yeahh! take care. salam. ;]

Wednesday, May 26, 2010

Oldtown

Credit to Google
Salam. Hahhh tengahari tadi Ammar ajak lepak Oldtown dengan Fatin & Nizam, pukul 2.30pm Ammar & Fatin jemput dengan kereta, Ammar jadi driver. huhahaha. Then pergi rumah Nizam pulak. Kiteorang pergi Oldtown Ampang Waterfront. Nak tahu tak? Hah this is my first time menjejakkan kaki ke Oldtown.. Percaya tak? angguk2.. haha. All this time i don't have the guts to step into Oldtown because I thought that place is only for the rich people..

Fatin & Ammar
Then before pergi tu saya tanya Dila Femes, mahal ke kat sana? Tak pernah la jejakkan kaki ke Oldtown, selalu Starbucks je.. Then Dila cakap Starbucks lagi mahal.. I'm just like.. Oh really? And Dila's true.. huhu. Quite okay la.. Rasa macam nak lepak sana lagi je nanti. hehe.. Bawak lapps online sambil minum white coffee + borak-borakan.

Eh do you know what? hahaha. Masa sampai kat Oldtown tuh, duduk je, saya perasan seperti someone watching me.. TUP! there SHE is.. hahaha. Tak berapa jauh la, tapi yang pasti dia duduk opposite dengan saya, mean dia menghadap saya, saya hadap dia. Haihhh she's cute lah. huhu. I keep looking at her when i got a chance. She's busy talking to her friends which is a couple.. Maksudnya dia single la kan. Saya tanya Fatin, rasa-rasa umur girl tuh berapa? Atin kata baya-baya kita jaa.. hahaha! good. ;]


Tengah sibuk-sibuk tolong atin buat blog dia(baru buat..), saya jeling la girl tuh lagi sekali, teka apa saya nampak? DINDING! sebab girl tuh dah blahh.. bila masa?? Nizam cakap dia baru je blahh tadi, naik kereta Myvi Hitam. Girl, if you read my blog, Can i be your friend? *wink2*

Credit to Ammar Phone
Overall, lepak-lepak dengan kawan-kawan sekolah sangat seronok.. Terima kasih kepada driver, Ammar. hehe. Eventhough 2jam je kita lepak, tapi aku rasa puas. Kan best kalau lagi ramai yang join.. Eh eh kawan kawan, on 5th June 2010, Ammar nak buat Party Birthday dia, he still figuring where the Venue will be.. But he hopes that people that knew him, if you are free on that day, please join us.. tq. ;]

Sunday, May 23, 2010

Polaroid Camera

Siapa tahu pasal polaroid camera? Dekat mana jual camera ni? Berapa harga dia? Macam nak camera ni la. Comel. Senang. Tangkap gambar terus keluar.. Instant. then dia ade border. hehe comel. dah check dekat mudah, tak jumpa la.. Siapa tahu, bagi tahu ehh..

Ini Nikon PREVIEW Polaroid Camera. antique kan? lepas tuh dia kata Nikon ni, SLR. ouhh best nya kalau own one. seronok seronok. hehe. already searched Nikon ni punya harga, tak jumpa pulak. and and tak tahu ini model apa, dia just tulis Nikon Preview Polaroid Camera. Siapa tahu? Angkat tangan! hehe
yang ni pun not bad, comel la jugak. dia kata yang ni baru keluar.. comel kan comel kan? ish3.. mula-mula dulu nak DSLR tak kesampaian sebab duit tak sampai beribu-ribu lagi. Then nak Lomo Camera, Diana F+, hampir dapat beli, tapi disebabkan berhenti kerja awal, so tak sempat nak beli.. apa kes? And sekarang macam nak polaroid camera ja.. Senang, ambil gambar, terus tercuci. Tapi.. duit takde lagi pun.. dream dream je. Seeking info about polaroid camera ni dulu. huhu. ;]

p/s; siapa berminat? sepsep! hahaha

Saturday, May 22, 2010

My bestfriend, Hizzam Halim

Nama: Muhammad Hizzam bin Ab.Halim
Umur: 18 tahun
Universiti/Course: CFS IIUM/Foundation in Allied Science

Salam. Harini, 22nd May 2010, my bestfriend blahh Petaling Jaya.. Ingat lagi waktu dia tak berjaya mendapat kan tempat di IPTA, semangat dia untuk belajar terus down.. Dia cakap dia taknak belajar lagi la, dia nak kerja. Next year baru sambung belajar. Then dia kata nanti dia nak apply Mass Comm la.. Kami rakan2 lain dah kenal dia, cita-cita dia kekal untuk menjadi seorang Doktor. Jadi kalau dia cakap dia nak ambil benda lain, nak tinggalkan dunia sains nie, JANGAN PERCAYA! hahahaha. Dia cakap macam tu sebab nak sedapkan hati dia jaa. hehe. tettt

Hizzam Hizzam, kau ingat tak macam mana kita kenal dulu? Dulu masa darjah dua, kau jadi ketua kelas 2I, aku pulak murid biasa je kat 2J.. Tapi yang pasti kau kelas yang ke-4 while aku yang ke-3. hahahaha! Kau ingat tak antara class kita, ada satu lobang tuh.. quite lebar la, muat la untuk kiteorang sapu-sapu sampah then masukkan kat class korang. hahaha. Hari-hari gaduh.. teruk teruk.. Since kau darjah 2/1 kau bawa jawatan Ketua Kelas till kau darjah 5 kan? Pastu kau sambung kembali dari form1 then kau stop. Hehe.

Start darjah tiga, kita satu kelas! yeyy.. waktu tu aku skema&pendiam (jangan tak percaye!). hehe. Then then kau, aku & Hazmi Shah jadi bestfriend.. Masuk Darjah 4, kita still satu kelas tapi Hazmi Shah pindah semenyih.. so tinggal kau dengan aku je.. Kau ingat tak wakti darjah 4, kita gaduh sebab kau bocorkan rahsia aku, time tuh kau memang terkenal dengan mulut tetttt. Pastu aku marah kau, aku cakap kita bukan bestfriend lagi! Tup tup esok kau datang pujuk aku, then kita jadi bestfriend balik. Sayang kauu! Pastuh baru aku tahu masa darjah 3 kau kapel dengan Fatin S.. ohhh kau secret dengan aku eh! haha. Ha then then aku ingat lagi, waktu kita darjah tiga kutt.. Sekolah pagi kan? Haa setiap pagi ayah kau hantar naik motor, aku tunggu kat kantin, setiap pagi kau nyanyi lagu Hindustan.. Kochi kochi huta heyy.. (almaklum la time tuh bollywood famous.)

Masuk darjah lima, emm takde pape best kut, haa ada, waku cuti, kita main2 kat taman perumahan kau, first time aku tengok kau pakai seluar tight pendek kaler kuning pulak tuhh. hehe. Masuk darjah 6 , kau kena tukar kelas sebab kau dah bertambah bijakk kan.. hehe. So cikgu kumpul kan budak2 harapan sekolah dalam satu kelas, bye-bye hizzam! Then aku jumpa Baby.. aku rapat dengan dia lepas tu.. Kurang dah dengan kau. Masa rehat, aku rehat dengan kau jugak kadang-kadang, pastuh aku cakap nanti form1 aku nak masuk SMK Pandan Mewah. Masa tuh sekolah tuh baru je bukak.. so aku nak sangat masuk sane. Pastuh dah sedih sedih, kau pun cakap kau nak pindah.. Tup tup, permohonan aku nak masuk PM tak diterima, so aku masuk sekolah sebelah je SMK Taman Tasik, ehhh jumpa kau kat sane!! Kau kelas Dinamik, aku Dedikasi, Top 2. hehe. Waktu agama je kita satu kelas sampai lahh form3..

Masuk form4, waktu orentasi aku tak datang sekolah, malas.. Kau datang, balik tuh kau text aku, "Kita satu kelas!!!" and aku pun really? Aaaaaa! yey yey yey! Then aku tanya kau kelas apa? kau cakap sains dua. Aku pun, huh? biar betol.. Dengan result yang aku dapat, aku bajet dapat akaun.. Bersyukur sangat sebab dapat kelas sains dua and satu kelas dengan kau. Kita bertambah rapat dan bertambah matang. Kau apply untuk jadi pengawas, kau ajak aku, aku tak minat. So bluehippo la kau jadi. Dalam kelas kita time tuh ramai je yang shy shy nak bercakap etc.. Masuk form5 semua jadi lantang.. termasuk aku and THANKS TO YOU! Sebab kau inspire kiteorang. Aku seronok sangat sebab kau ubah kiteorang jadi lebih friendly tanpa kau sedari. Setiap hari kau nyanyi lagu lagu yang TOP (english of course).. Then mula-mula semua orang suruh kau shut-up! tapi lama lama, aku pun terikut-ikut 'I forgot my name.. I forgot my telephone number...' haha. Then semua orang terikut-ikut. huhu! Sejak dari tu mula la macam macam lagu kau nyanyi..

Kau ingat tak ada satu hari tuh, satu kelas kita, 1Malaysia nyanyi lagu 'Love Story' secara spontan.. Sorang start semua join.. Best sangat bunyik dalam kelas time tuhh... HEPPI je weh.. And and kita nyanyi tuh right before pergi lab bio. Ingat tak kita(tak termasuk budak study) memang pemalas nak masuk LAB BIO sampailah Sir Tan kena jemput kita kat kelas. hahaha. Bukan melayu je tau.. Chinese Indian pun satu kepala dengan kiteorang.. hehe. Every exam, kau mesti ada dalam Top 10 while aku tercampak mana tah. haha. Markah biology kau selalu the highest. Waktu trial, tiba-tiba aku atas kau, kau rasa tergugat, so kau work hard gila-gila till kau dapat B+ untuk SPM kau while aku C+. hahaha. Kita sama sama ambil 10subject, while most of our classmate ambil 9 je sebab dorang drop EST..

Waktu hari susun meja dalam dewan Ibnu Khaldun, tiba-tiba, Ehhh kau duduk sebelah aku lah! haha. tak sangka.. huhu. Kau mempunyai keyakinan yang tinggi.. Aku ingat lagi waktu paper Chemistry, aku dah tak tahu nak jawab ape.. aku tengok kau, Kau semangat tulis tulis.. aku jealous sebab kau boleh jawab.. huu.. balik tuh aku cakap dengan kau, TIBATIBA, kau cakap, "hahaha! pandai tak aku berlakon? Sebenarnya aku pun tak tahu jawab, aku merapu-rapu je". hehh? dodowl betol ouh. Then then waktu hari ambil result tuh, kita jumpa setelah lama tak jumpa, berebut-rebut kau ambil dulu kau ambil dulu.. Aku ambil, then aku lari jauh.. kira dapat apa.. then aku terus pergi kat meja Kaunselor.. Kau datang, kau tanya aku dapat apa? Then aku cakap la. Tettt. EH MACAM MANA BOLEH SAMA DAAA? kami tak meniru okay! haha

Aku tak target pape pun, tapi aku memang harapkan lagi better tapi aku bersyukur sebab aku dapat result tu.. Kau pulak, kau telepon mak kau.. Mak kau cakap "Sikitnya..".. Kau sedih time tuh, sebab mak kau cakap cousin-cousin kau yang lain semua dapat banyak A's.. Hehh? apa la mak kau, jaga la hati anak.. Kesian kau.. Lepas ambil result, kita pergi jalan-jalan, and kau lupa pasal apa mak kau cakap tuh.. bagus bagus! ;]

Then kau dapat PLKN, baru dua minggu kau masuk, tetibe kau text aku, hari jumaat kot. Aku tanya kau, Eh? bukan hari sabtu baru dapat phone ke?. Kau kata kau dah balik rumah, kau tak lepas ujian kesihatan kat sana, jadi kau dikecualikan, aku tanya kau sakit apa? kau tak nak bagitahu.. Aku nekad tanya abang kau, Hisyam, dia pon sekongkol tak nak bagitahu. siott betol.. Aku risau.. Kau text aku, "Kalau aku dah takde nanti, jangan lupakan aku yee". Aku takut.. kau kenapa? kau tak bagitahu aku pun... Then haritu kau 1st time datang rumah aku lepas kau balik dari PLKN, aku orang first kau jumpa(selain family la), ehh hizzam, kau ke tuh? Aku tenung kau lama sangat.. sebab kau nampak totally lain.. Badan kau jadi tough.. Pastuh kau lagi matang.. then BOTAK. hahaha. then kau cerita hidup kat PLKN, kau cakap bestt sangat! Jealous nya aku tak dapat plkn.. Then kau cakap parents kau siap pergi Jabatan untuk mohon benarkan kau masuk PLKN balik, tapi tak dapat.. Legasi Legasi Hizzam Legasi, kau selalu sebut tuh.

Dari darjah 3 aku kenal kau sampai sekarang, kau still bestfriend aku! Kau lah translater aku, kau tahu apa aku nak cakap. Pokok nya aku tak boleh nak berahsia dari kau, sebab kau kan HIZZAM.. hahaha. Walau macam mana pun aku sorok, mesti kau akan tahu jugak. hehe. Cayalah beb!! Kita berangan-angan nak duduk sama kat Penthouse.. then kita sambung belajar sama-sama.. And today, kau register dekat CFS IIUM, PJ.. Kau dah blah sana.. Next month baru aku masuk UiTM.. Setelah hampir 10tahun kita kawan.. kau dengan aku terpaksa berpisah jugak.. Selalunya kau ada je dengan aku.. Lepas ney kau kat sana, aku kat situ.. Huuu sedih sedih. Aku sayang kau weh! Kau belajar betul betul tau.. Jadi Doktor Opthamology yang terbaikkk!! Aku ingat lagi dulu kau kata kau nak jadi Dr. Cardio.. hehe.

Jaga diri kat sana tau! Nanti ada jodoh, ada rezeki kita jumpa lagi okay? Will miss you my friend! Pergi sana belajar tau, jangan naughty2. hehe. Bai bai!! Pagi tadi kau text aku, kau kata kau dah sampai, nak register dah. Kau kata ada banyak ***** cute. hahah. heyyy! ilysm Hizzam Halim. <3<3<3

p/s; Tadi pagi PosLaju datang.. Dengan muka pisat2 nya keluar.. MOHD FARIS FIKRI? ye saya.. tulis nama, ic, tt.. okay dah. hehhh???? UNISEL? Foundation in Science. Siap hantar PosLaju kauu.. UiTM dihatiku lah! ;]

Friday, May 21, 2010

Youth'10 Festival


Mari ramai-ramai memeriahkan Malaysia's largest youth festival, Youth'10 di Putra World Trade Centre (PWTC) starting from 28th May - 30th May 2010. Go GET YOUR FREE PASS NOW!!

Thursday, May 13, 2010

Hitam & Putih

credit to reeyn.
Salam. Hahh tahun ni memang saya malas kut nak update blog. Tak percaya? cuba tengok dekat archive tuh.. sampai February pun hilang. Okay, ini entry pertama untuk bulan May 2010 ni. First of all, kenapa saya letak title 'Hitam & Putih', sebab saya ada kisah hitam dan putih yang nak diberi tahu, hitam= sedih.. putih= happy..haha


Kita mulakan dengan HITAM dahulu, seperti yang korang semua tahu, 10.Mei.2010 haritu, merupakan hari pendaftaran matriks kan? Jadi ramai la kawan kawan yang pergi daftar kecuali saya dan beberapa kawan lain yang satu kepala(decided taknak pergi matrik). Kenape? ehem2.. Yeahh masa hari pendaftaran, ramai la kawan kawan text cakap diorang dah sampai, nanti ada masa jumpa lagi and etc lahh.. sampai coklat mencurah-curah ke ladang gandum!! yeah yeah setiap kisah ada pertemuan&perpisahan.. huu sedihnya berpisah dengan diorang.. hitam hitam, lagi? itu je kut.

PUTIH, (1.) nak tahu tak nak tahu tak? cerita ni dah basi, tapi saya tak bagitahu semua orang lagi.. Syukur Alhamdulillah, YEYYYY!! Saya dah lepas test JPJ setelah 2kali kecundang. hehe. So sekarang tengah tunggu lesen P siap.. selepas itu.. voooommm vooommm!! (2.) Kenapa saya tak pergi matrik? sebab.. saya dapat IPTA! yeyy(syukur alhamdulillah).. seronoknya. Okay okay honestly mula mula tak heppi sangat. haha.. Tak se-heppi dapat matriks.. Lama-lama, jadi heppi bila saya mula jatuh cinta pada si UiTM.. betul orang kata, tak kenal maka tak cinta..

UiTM? yeahh UiTM.. tapi bukan satu Kampus dengan Cik Hanis Zalikha yee. Haha. Saya dapat Kampus baru.. YEY LAGI!! Baru sahaja di-launch on 25th March 2010.. UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan.. Course apa? AS120.. apa itu? search google sendiri. hahaha. Saja je nak suruh korang merajinkan diri yang sedikit malas tu. ;p



look carefully, ada gambar saya dengan reen. hehe. pergi la Kieyls KLCC. ;]
(itu nikon D3000 reeyn. pinjam. hee)
uppps! ter-sensored pulak.. 18sx.haha

Terima kasih kepada Cik Facebook, kerana telah mempertemukan saya dengan kawan-kawan seangkatan(batch ke-3 UiTM Pilah) yang lain yang bermula dengan Fan Page MPP UiTM N9..Dari situ, saya kenal ramai kawan baru..Zaim, Udin, Zamir, Mia, Mun, Mira (kenapa girls semua huruf M?haha) and Dila. YEYYY!! Belum masuk Uni tapi dah kenal kenal.. And yeahh dah kenal lah beberapa senior. Cth : Bro Afiq, Bro Leman, Bro Farid, Sis Miza.. Hope diorang tak terkejut la jumpa saya nanti. heee. ;]

kakak ni kan, dia kan, akan fly ke Al-Azhar this September, she's taking dentistry, Doakan kejayaan kakak ni. Amin. ;]
imsym nisa --> kmp.

ini nama nya reeyn.
Emm.. apa lagi good news aa? Humm Humm.. haaa, last saturday, rumah Reen buat kenduri doa selamat, so kitaorang ambil peluang yang ada untuk gather ramai ramai before dorang pergi matriks.. uwuwuwuwuu..



minom minom minom borak borak sampaii pukul 12am. ish3.

~~kelmarin dah buat x-ray, next week baru test urine bla3. semalam dah bayar yuran uitm + bukak bimb. harini, fotostet fotostet je kot. gambar?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails