Wednesday, March 30, 2011

Playing Truant

Tadi bukak blog Yana. Marliyana Khandani. Schoolmate. Ada post dia pasal zaman skema. haha. Pastu dia pegi attach sekali gambar2 zaman sekolah kan. Memang tak la.. AKU PUN RINDU ZAMAN SEKOLAH WEHHHH!!

Yana cerita pasal taktik2 dia ponteng sekola agama dulu kan. Teringat, aku pun pernah. BANYAK KALI. Mak cakap, antara 4 orang adik-beradik, paling malas nak pergi sekolah, FARIS FIKRI. PALING MALAS okayyy.. Dulu nak ponteng sekolah susahhhh sangat weh! Sebabnya kami adik beradik kan umur dekat2, so bila pergi sekolah, mesti sama-sama. Contoh 3 orang pagi, sorang petang. Haa yang pagi ni tak boleh nak ponteng sebab yang petang akan report dekat parents. Yang petang tak boleh ponteng sebab nanti kena report. SUSAH WEHHH!

Dulu nak ponteng, pergi sorok kasut, beg sekolah, pasti nyorok dekat atas katil double decker tu. One day, ayah dapat tahu aku tak pergi sekolah, aku menyorok dalam bilik tengah. LOCK pintu. ayah hempas pintu tu, waktu tu dah cuak gila babeng la kan. Then kena bantai. PANG PANG PANG. patah2 rotan besi tu. So dari awal memang aku dididik supaya takut pada parents. Especially ayah. BRRR zaman sekolah, takut gilerrr dengan ayah. Sekarang dah besar, ayah baik. ;]

YANA! Aku nak attach gambar kau boleh tak? sebabnya aku tak boleh nak upload gambo. lembab.




Bila kisah lama-lama dikupas balik. Teringat pasal blog aku ni. Dah lama dah. Since 2008. 2009 baru bergiat aktif sikit. Ada la kenangan lama-lama dalam blog ni. Rasa macam nak pick satu hari, nak baca balik dari awal. Ya saye mengaku, dulu cara penulisan lain. Kebudak-budakan. Typical. Gedik.

Ada entry tu, i shared my 1st Test punya marks waktu form4. Teruk nauzubillah.
bm =48,
bi =71,
maths =53,
admath =33,
hist =42,
bio =40,
chem =18,
phy =57

Waktu form4 la paling banyak subject failed. Ingat lagi, final exam form4, 6 SUBJECTS failed. Sekarang, dah berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah. Kena belajar dengan ikhlas, kena jaga pointer. Moga dapatlah peroleh segulung certificate Diploma nanti. Amin Ya Rabb ;]

2 comments:

MGMSabri said...

salam, ouh, bgs lah...
nnti score semula iyer ubtuk test2 yg berikutnya...
amin...semoga dpt cemerlang...

Marliyana Mk said...

thankkkssssss faris. hahahaha.. klaka laa. tak pe..tu semuee cite dulu zaman hingusan.

skg ni pandaiii dah. keep your DL ohkayyy :D hehehe

gudluck!! :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails