Wednesday, March 30, 2011

Playing Truant

Tadi bukak blog Yana. Marliyana Khandani. Schoolmate. Ada post dia pasal zaman skema. haha. Pastu dia pegi attach sekali gambar2 zaman sekolah kan. Memang tak la.. AKU PUN RINDU ZAMAN SEKOLAH WEHHHH!!

Yana cerita pasal taktik2 dia ponteng sekola agama dulu kan. Teringat, aku pun pernah. BANYAK KALI. Mak cakap, antara 4 orang adik-beradik, paling malas nak pergi sekolah, FARIS FIKRI. PALING MALAS okayyy.. Dulu nak ponteng sekolah susahhhh sangat weh! Sebabnya kami adik beradik kan umur dekat2, so bila pergi sekolah, mesti sama-sama. Contoh 3 orang pagi, sorang petang. Haa yang pagi ni tak boleh nak ponteng sebab yang petang akan report dekat parents. Yang petang tak boleh ponteng sebab nanti kena report. SUSAH WEHHH!

Dulu nak ponteng, pergi sorok kasut, beg sekolah, pasti nyorok dekat atas katil double decker tu. One day, ayah dapat tahu aku tak pergi sekolah, aku menyorok dalam bilik tengah. LOCK pintu. ayah hempas pintu tu, waktu tu dah cuak gila babeng la kan. Then kena bantai. PANG PANG PANG. patah2 rotan besi tu. So dari awal memang aku dididik supaya takut pada parents. Especially ayah. BRRR zaman sekolah, takut gilerrr dengan ayah. Sekarang dah besar, ayah baik. ;]

YANA! Aku nak attach gambar kau boleh tak? sebabnya aku tak boleh nak upload gambo. lembab.




Bila kisah lama-lama dikupas balik. Teringat pasal blog aku ni. Dah lama dah. Since 2008. 2009 baru bergiat aktif sikit. Ada la kenangan lama-lama dalam blog ni. Rasa macam nak pick satu hari, nak baca balik dari awal. Ya saye mengaku, dulu cara penulisan lain. Kebudak-budakan. Typical. Gedik.

Ada entry tu, i shared my 1st Test punya marks waktu form4. Teruk nauzubillah.
bm =48,
bi =71,
maths =53,
admath =33,
hist =42,
bio =40,
chem =18,
phy =57

Waktu form4 la paling banyak subject failed. Ingat lagi, final exam form4, 6 SUBJECTS failed. Sekarang, dah berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah. Kena belajar dengan ikhlas, kena jaga pointer. Moga dapatlah peroleh segulung certificate Diploma nanti. Amin Ya Rabb ;]

verb-log

Esok malam ada test physics. Tak study lagi. Kelas pagi esok takde. So class start tengahari. Tadi try siapkan laporan kelab pelancongan. ALMOST siap. Happy nya! Tinggal laporan dari bendahari je. Then dah boleh print out and hand it to HEP.

Need to settle things up. Everyday akan ada je kerja baru datang. So kalau postpone2, nanti jadi superMISERABLE! Tadi beli nescafe 3in1. Beli sebab ingat nak over night malam ni. Study through youtube. Tapi wifi macam tett je kan. Ohh WiFi! Tolonglah lancar sampai habis final. Beli nescafe, nak minum. Tapi air panas takde. Hampa di situ. Tadi ada water heater, cari balik, dah hilang.

Selalu malam2/pagi2 macam ni, ada je teman yang tak tidur lagi dalam rumah ni. Harini, takde. Sorang-sorang je tidur lewat malam ni. Anip pergi Shah Alam, attend IID. Dalam mulut, sebelah lips, ada ulcer. Its growing. Its hurt. Garam takde. Bibir kering, tak cukup minum air ke? Hari-hari minum. Phone? kredit RM0.00. Topup? Takde mood nak topup.

Studies? still diawang-awangan. Oh, HAPPY BIRTHDAY to my groupmate, Izzuddin Salleh ;]

Tuesday, March 29, 2011

Beepbeep

BERSYUKUR sangat-sangat sebab dapat markah rendah. Sebab? Sebab kalau tak jatuh, memang tak akan sedar la condition macam mana sekarang. So dah tahu if i keep doing this bad routine, i will get BAD result. Jadi oleh itu, marilah kita melakukan perubahan minda! "Jika minda anda tidak berubah, tiada apa yang akan berubah!" ;]

p/s; jealous betul tengok budak course lain ada dinner. every semester. dip sains dekat sini, takde pape. maybe sebab ramai sangat kut. 1k ++. lagipun kampus baru kan. redha je la.

Monday, March 28, 2011

Yet

Pagi tadi, kelas math. Madam lalu sebelah, tanya : "Awak tak faham ke? Mengantuk?". Tak la madam saye okay je. Madam cakap my Test 2 teruk. "Saya tengok awak banyak tinggalkan tempat kosong. Tak sempat nak jawab ke apa?". Um? yang mana. (gugup dah waktu ni). Dalam hati waktu tuh tengah muhasabah diri.

monolog dalaman: "Biarlah markah rendah. Boleh motivate diri. Semester ni memang teruk pun. Biar la markah rendah.".

Then madam bagi kertas Test 2. FARIS FIKRI. 19/40. GULP. lowest in the class (rasanya la). Habis la carry marks semester ni. Habis la pointer turun. Betul la dorang cakap, semester ni ramai yang down. Takpe la faris, asyik dapat markah tinggi je, sekali-sekala dapat markah rendah bagus jugak. Boleh motivate diri. Start dari bawah semula. Okay?

Lepas math, Test Biology. BLANK. blank bukan sebab baca then tak ingat. blank sebab memang blank sebab tak baca. Dia satu set. Tak baca, tak hafal, tak faham, tak boleh jawab. Semalam malam buat apa je? online. yes! Memang facebook tuh masuk test pun kan.

Apa-apapun, final another 2weeks. All the best ;]

Sunday, March 27, 2011

Promoting!


SPM'10 Candidate, still in dilemma? Tak tahu nak ambil course apa? Still berminat dalam bidang sains? Tak tahu nak ke aliran physics atau biology? Jemput-jemput lah masuk 'Diploma in Science'. General Science. After diploma, peluang degree anda luas. Nak jadi engineer? Boleh. Nak jadi dentist? Boleh. Doktor perubatan pun boleh.

Please note that, you will re-learn physics, biology & chemistry. Oh not to forget, Calculus. But little bit deeper than SPM syllabus. ;]

Saturday

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Pagi tadi ada perjumpaan dengan penasihat akademik. Mula-mula merungut la, siapa la PA ni. Tak kenal. potpetpotpet. Dah jumpa. Teruja! Bersyukur sangat-sangat dapat dia jadi PA. She's COOL!! almost 40 years old. Yet, she's still OKAY! Among 29 students on the list, 7 orang je hadirkan diri, which is us la. YEYY saye satu PA dengan Anis Asila! Yang datang tadi 4 orang budak part2 (semester 2) & 3 orang kakak part4 (semester 4).

Balik bilik, bukak lappy, lappy hang, last2 tertidur selama 3jam. Tersedar, dapat banyak texts, salah satunya dari Abg Afiq Naufal: "Eh tak turun bilik gerakan JPK ae?". Cessss betul-betul-betul terlupa! Maaf. After that, again tertidur lagi sekali till 5.30pm. Hasifff cakap: "Kau penat sangat ni.". NO! TIDAKKKK aku tak penat papepun. Tidur-tidur nafsu je tadi tu. ;]


Malam ada meeting Kelab Pelancongan, meeting pasal Broga Hill! Hey yawww moga-moga takde la pape halangan melintang. Tak pernah pergi Broga Hill. So ni untuk hujung2 semester, nak pergi. Wuhuuu! TAPI, demm camera UWS kesayangan ditinggalkan dekat rumah. Macam mana ni. I nak capture memory dekat Broga Hills guna UWS. Perlu ke balik rumah on friday then balik uitm semula on saturday?

And last but not least, makan ice-cream dengan roommate tadi. Dia baru habis test, pergi anjung. Makan ice-cream drumstik. Duduk bawah kipas, angin dingin2. Ahhh nyaman weh! Pastu beli ice-cream kali ke-2. Untuk farisfikri, itu merupakan ice-cream ke-3 untuk harini. Sebelum meeting dah makan satu. hehe.

TAMBAHAN! I got my 1st jersey babehhhh!! Ada tulis 'uitm negeri sembilan' lagi. Jersey kelab badminton. FEEWITTT dah try it on, cantik wootwoot! Nanti la nak attach picture sekali.

Saturday, March 26, 2011

Terbang

*syusyu,zaty,ff
**rambut sarang tebuan. malas nak urus. ;]
As Salam. Semalam nak update blog. Nak jugak. Tapi terlupa. So harini nak update. Just a short update. Saja nak update current status. Semalam (25th March), mak text, mak cakap

"Mak dekat klia dah ni. Flight pukul 12.40pm. Jangan lupa study & solat"

Call mak balik, cakap-cakap kejap. Ye saye aware mak nak terbang. Pergi tempat ayah. Untuk apa? mak terbang sana sebab nak tolong ayah. Pack his things, belonging. Ayah nak balik Malaysia dah. For good. Huaaaa tak dapat pergi Dubai lagi. Takpe lah, sekali pun bersyukur la. Atleast once. Ayah balik around April-May.. Mak cakap ayah nak rest sekejap. Hum. Sila rest. You deserve it daddy!

Wednesday, March 23, 2011

hate + love

Nak update blog. Nak include kan sekali gambar. Tapi tak lepas-lepas nak uploadnya. benci benci benci. sebab tu macam tak berminat nak update blog dekat kolej. Sebab tak boleh nak upload gambar. Nak update tumblr pun terbantut-bantut. Berzaman! Aaaaaa..

Harini kembali menghadap laptop. Tadi pagi kenal kawan baru, LOMORANGERS yaww! Tak sangka ada jugak sekutu dekat uitm ni haa. Selamat Berkenalan! Makin lama makin ramai, good good. Nanti weekends boleh outing sama2. haha. Tambah-tambah dekat pekan mati ni kan. Em tadi jumpa Aizad, he reminds me about duit rumah sewa yang dah bayar last semester. Haaa akan dapat refund balik sebab tak jadi duduk situ kan.

Kira-kira-kira, ehem2. Cukup untuk develop 5 roll films & buy g*kken**ex. eh salah, r*ce**y tettt.. Kena PM abg demang ni. Hehe. wink3. Rambut makin long. Bangun pagi macam sarang tebuan. Ber-ropol2 lagi. Most of the time rasa rimas.

p/s; less than a month nak final. esok ada test chemistry. farisfikri study? online je weh. ****

Sunday, March 20, 2011

Aktivity Bertagging

1) Adakah anda rasa hot?
I DON'T THINK SO

2) Upload print screen desktop anda


3) Cerita pasal wallpaper tu
UMM COLOURFUL?

4) Bila kali terakhir makan ayam?
HARI.. HARI KHAMIS

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
UMM.. APA EK?

6) Apa yang anda tengah buat selain buat tag ni
TADI MANDI. SKRG RASA NAK TIDUR SEBAB NAK HUJAN.

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
KERINK, FY, BUDAK KECIK, DEKCIK, INGGUS, FF,

8) Tag 6 orang
SEMUA ORANG YANG TERBACA ENTRY NI

9) Siapa nombor 1 yang di tag?
UNKNOWN

10) Katakan sesuatu kepada nombor 5 yang di-tag
HI! HOW ARE U? TQ

11) Apa hubungan anda dgn orang no-3?
FRIEND?

12) No.4?
FRIEND..

13) Pesanan buat no.6
HAVE A NICE DAY!

14) Persamaan lembu dengan kambing?
RUMINANT?

Camp!

As Salam. Last week.. 11th-13th March 2011, i went to a camp called 'Kursus Rekreasi Darat Tahap 1' at Kg.Pasir Besar, Gemas. The place where we camped is a historical place. I've lost my words while posting this entry. Let the pictures tell you the story;






Going to the camp is an exciting experience. We only clean ourselves once during the three days we were there. And we only permitted to wear only one cloth, outbound shirt also known as 'baju besi', except for sleeping purpose la. Yes i admit, it is quite tiring, but I need to stay strong, because the following week, i got tons of test & quizzes.

Wednesday, March 9, 2011

What a day.

Start from my room to the Faculty, Faculty to the Admin, Admin to the Student Center, Student Center back to the Admin, Admin to College, from College i went back to the Admin, from Admin to Student Center, Student Center back to my room at the college. huh. what a 'journey'. My business aren't finish yet. Need to do some more things. Hope it will go smooth as i planned. Aminn

Saturday, March 5, 2011

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?

Hah? hah? bila agaknya result SPM 2010 akan keluar yee?? Berdebo-debo tak candidates 2010? haha. Zahidah Maulida yang tag suruh join contest ni. So just join untuk suka suka. Main teka-teka bilakah tarikh nak ambil result SPM. According apa yang di-observed la kan, selalunya memang dalam bulan March pun dia akan keluar result.

Faris Fikri rasa.. hehehe tak pandai betul aku bab meneka-neka ni. Kalau 2009 keluar 12 Mac, haritu kami keluar 11 Mac, Hum hum hum... I guess.. For 2010, it will be announce on

10 Mac 2011.

Tag 3 orang blogger:
Hizzam
Akmal

Siapa yang lain yang nak join contest ni sila ke link Penganjur. . ;]
Ini dia link ke Penganjur --->> CONTEST TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010


Redha..

As Salam. Petang semalam, on the way nak balik KL dengan Zamir, Anip & Dayat, singgah Ulu Bendul kejap. Dorang nak makan. Then farisfikri and zamir pergi la jalan-jalan kejap dekat area kolam belakang tuh. Main air dekat tepi tepi tangga kolam.

BLUPPPP!!

z: ff ff cepat angkat cepat angkat!!
f: uh?? (blur)
f: what is that? what is that?
z: phone kau!
f: uh?! aaaaaaaa
z: cepat keluar kan battery & sim kad
f: eh menyala lagi la. ahh tak rosak pun

ZZZZ ZZZ

f: eh dayat call la, eh eh kenapa ni??
.............tittttt..............

Apa yang penting dalam phone tu?
• Semua notes yang ada dalam notes
• Semua notes yang ada dalam draft
• Semua reminder yang ada dalam calendar

Apa yang penting dalam sim kad?
• Semua phone number.

Friday, March 4, 2011

Fashion Show

Our hosts for that day! Ash & Farid Fischer!! ;]

Ushers for that night!

The Judges! ;]

The Crowds.. Sumpah panjang gilerrr!! Sampai kehujung-hujung belakang sana. Crowd yang datang around 400++.. Ramai wehh!

Belakang tadbir 1 ;]

Belakang Tadbir 2

Saja nak share satu,dua,tiga gambar. Ada banyakkkk lagi, di sini -->> FASHION SHOW! tapi rasa macam korang tak boleh view sebab member ni private kan khas untuk friends sahaja. humhum

p/s; tinggal sebulan setengah je nak final weh. boleh ke survive dengan keadaan macam ni hah farisfikri?

Tuesday, March 1, 2011

LomoPiknik Zoo Negara


As Salam. Nak bagitau korang haritu. Tapi takde masa. Ni LomoRangers akan mengadakan satu LomoPiknik di Zoo Negara pada 5hb March ni. Ohhh Allah, I hope tak ada angin arah melintang. Nak pergi nak pergi. Maluuuuuu tapi mahu. Haha. Malu sebab takde member. HUMP! Harap-harap hari jumaat ni dapat balik awal, then siap2, beli film bagai, then keluar hari sabtu. Dan yang terbaiknya kan, the following week tuh penuh dengan test. TERBAIKKK!

Korang-korang, yang berminat nak berlomo-an sambil ber=piknik berramai2, jom la join. Ticket Zoo korang tanggung sendiri la ye. Ni for more info, PLEASE! Read it here. Thank You. ;]

p/s; i feels sangat seronok bila ter-list dalam committee LomoRangers. You know bila u on the list, rasa macam lagi semangat. haha. excited weh, rasa macam part of them. Alhamdulillah. ;]

p/s/s; tadi baca blog Hidayat Isa. Dia punya dream dari dulu, iaitu nak belajar di Kobe University, Japan. FarisFikri ada dreams macam tu tak? hum

About,


As Salam. Ahh RevoFiesta dah tamat. Officially hari ahad, 27th February. Nak tahu serbi-serbi summary pasal RevoFiesta, boleh la baca dekat blog Abg Farid Fischer & Kak Syafiqah Jasmin. Dorang ada la jugak updates sepanjang RevoFiesta berlangsung selama seminggu. Apa tugas farisfikri? Well mula-mula tak terlibat papepun, then Wan & Aizad ajak join crew Ceremony&Protocol Department. Kena tahu flow sepanjang seminggu tuh la kalau tak silap. Mula-mula blurr blurr kan sebab tak pernah pun involve.

Sepanjang RevoFiesta, i hold jawatan sebagai Crew CnP, Usher's Leader, Secretariat Info&Pubs, what else aa?? Haa masa opening ceremony & fashion show I jadi usher. Haha. It's fun yaww!! Experience. Bila lagi la nak dapat experience macam ni. Mula-mula farisfikri takde function sangat pun masuk CnP, sebab masuk lambat, so tugas semua dorang dah bahagikan. Waktu tu rasa macam, apa function i'm holding the title as crew CnP kalau tak buat kerja pape kan. Tengok je dorang ke hulu ke hilir. Alhamdulillah, dapat jugak job untuk closing ceremony. THANK YOU WAN, AIZAD, OPIE, ZAMIR, WANA, HASZ, AIMAN & SYAZA. Tak lupa juga to all ushers yang terlibat & urusetia2 yang lain.

Nak thank Kak Shaza, Kak Syafiqah Jasmin sebab bagi tunjuk ajar. Nak minta maaf dekat semua kalau farisfikri ada mengcacat-cela memana. Kalau orang ada buat salah silap, tegur la eh. Even-though asalnya plan GRAND-ing sangat, tapi budget kena potong banyak kali, but still, semua orang berjaya laksanakan nya!! YEYY CONGRATS untuk korang semua yang terlibat. Will miss kelolaan MPP 2010/2011. Walioooo

? mark

"Macam mana study?"

Uh terkejut kejap ada member tanya. Awat pulak la dia tanya out of sudden kan. Rupanya dia cakap dia punya study sekarang dah kelam-kabut. HEYYAWW!! Sama la dengan farisfikri. Tangguh-tangguh last-last hambekkk kau bergunung-ganang. Time tu la nak buat tutorial, time tu la nak study sebab nak test, time tu la nak kena prepare untuk presentation, time tu la nak tidur, time tu la kemalasan mula bergerak aktif, time tu la busy tiba-tiba. SEMUA HAPPEN WAKTU TU. berapa minggu lagi je tinggal before final?

Thursday, February 24, 2011

Short Post.

As Salam. Hai hai hai! Yeahh farisfikri di sini okay. Nak update status, blog tak sempat. Haritu ada election untuk MPP 2011/2012. And hari mengundi dia semalam (22/2/2011), pemenang pun dah diumumkan. Tahniah la kepada yang dapat jawatan tu, sila tunaikan janji2 manifesto anda. ;]

Okay doesn't care much pasal MPP whatsoever, just would like to thank MPP 2010/2011, thanks for all your hardwork. Aha then tadi ada Physics Test. dan dan, ianya K.O. tettt. Sekarang ni tawakal je okai? Apa lagi? Ahhh sejak kebelakangan ni, bila duduk dekat meja study, mesti teringat nenek di melaka. Rinduuuu... lama sangat sangat sangat tak balik. Bila last balik aa?? rasanya macam Raya tahun lepas je. Seriously waktu cuti sem haritu tak balik pun. Rindu nenek, nenek sihat? datuk? tok? tokki? Moga-moga ada lah rezeki nak jumpa lagi nanti. InsyaAllah.

What am i doing right now? sepatutnya tulis surat excuse untuk Miss.A, tapi tak buat lagi. Rasa macam nak update macam-macam status dekat facebook, tapi tak terkeluar kata-kata itu secara lisan. Ah esok hari khamis dah, aaaaaaaaa takutttnya. What am i afraid of? Okay guys, yeahh korang tak tahu, sebab farisfikri tak inform. Macam ni:

From 20th Feb till 27th Feb UiTM Negeri Sembilan menganjurkan satu Fiesta yang diberi nama RevoFiesta. Banyakkkk sangat aktiviti/event yang ada sepanjang seminggu ni. FarisFikri merupakan one of the Ceremony and Protocol Department (CnP) committee for the opening ceremony & closing. Okay apa saye takut? Takut sebab nak dekat hari ahad dah wehhhh... I bet starting tomorrow mesti banyak gila meeting kena attend, banyak gila benda kena discuss, banyak benda in and out.

Masa opening ceremony saye tak buat banyak tugas pun, jadi USHER yaww.. And now, for closing ceremony, they (Wan,Aizad,Zamir,Opie) asked me untuk jadi Leader for the ushers. WHAT? Cuak kot weh. Nak makesure the event go smooth.. Usher, yeah maybe macam senang, yet, not for me. Ah my roomate dah tidur la, thats mean farisfikri pun kena tidur. Selamat Malam. Assalamualaikum ;]

Saturday, February 19, 2011

At Night

ONLINE!! Haha. Yesss farisfikri online. Terbaik lah kan. Tadi dah penuh khusyuk dah nak lentok, kejap lagi teringat, OUH tak online lagi, esok pagi tak boleh online FB,Blog, sebab wifi free ni sekat ikut office hour. Bila online, tahu la risiko dia kan, which is;
- Akan tidur lambat
- Khayal
- Cita-cita & Impian nak tidur awal musnah.

Anyway, tadi baru perasan Miss.A comment dekat entry bawah ni. And and Miss, i'll send the apologized letter for not coming to your class last thursday to you. hehehe. Ada sebab, but then eventhough tak kukuh, akan ku kukuhkan juga. wink2

Ah dan tadi jugak baru perasan Miss.A dah masukkan drawing2 kami untuk di-vote. The other day, we were given a task. Each group consist of 5 members rasanya. Then kena dengar a song, What A Wonderful World by Michael Buble. Then jot down as much information yang you dapat from that song, then make a drawing yang resemble what the writer/singer had wrote/sang. Lagu tu farisfikri sangattttt suka! Haha suruh Miss.A repeat banyak kali. WUHUUU
Anyway, pergi la tengok2, vote la drawing mana yang korang rasa cantik & kena dengan lagu tuh. Korang boleh dengar lagu tuh di bawah ni haaa.. And di sini farisfikri nak promote la our group punya poster kan. Di lukis oleh Syuhada Nazri a.k.a. Syusyu. TQ ;]


p/s; Ahad ni start RevoFiesta. GRRR serammm ;]

Wednesday, February 16, 2011

Good? Not really

Tadi bukak blog Miss.A(blog umum), nak tengok my name on list ke tak? Yes i am in it! But... with a bracket (LATE). Hah! I thought by changing the time could give me a chance for not being label as late. But yeahh.. but but... i really doing it at that time.. around 11 pm something.. but then i can't think of anymore idea, so i decided to save it in the draft and continue typing it this morning.. Okay afternoon actually. HUMP. Takpe la, janji dah submit. ;]

Monday, February 14, 2011

EMS 2011 @ UTP

As Salam. EMS stand for Event Management Seminar which were organized by UTP Media Technology (MedTech) Club. Our UiTM have been invited to join the seminar since one of our curriculum activities is Event Management. So ngam la kan.. I am not part of the EM.. I joined Outward bound, and i have to stay there for three semester. Okay whatt.. KEMBARA! ;]

Okay macam ni, how did i get involve? Well, macam ni, UiTM cakap dia tak akan hantar students pergi event tu kalau student yang akan pergi tu tak cukup satu bus, so that's mean MUST have around 40 students. EM committee if i am not mistaken only have around 30.. so they need about 10 more students to join them, therefore they invited PEERS Club, only 10 seats available. I didn't know anything about this, of course i do knew about Zamir, my classmate, which is also a Project Manager for a becoming event called Street Soccer organize by EM, he and his EMers will be going to UTP on 11th February for the seminar.


On thursday, 10th February, i receive a text message from one of my senior, offering me to join the Seminar. He's PEERS club member, well I AM NOT. But it's okay la kan, dah orang ajak. My first intention to go to UTP is because HELLO it's UTP yawww! I never been to UTP before. Therefore i am daring to go there.. OMK! Tak sabar sungguh. ++ not to forget, ada la jugak niat nak meng-capap-kan sebab Abg Afiq Naufal cakap there will be others Universities participating. WAWWW hebak kan? 1st time ni 1st time. haha. And i accept the offer.

On Friday, 11th February evening, we took off from our campus around 6pm, and we take a break at R&R Seremban to have our dinner. yumyum! And we reached UTP by midnight. 5 hours yawww! UTP located at Tronoh.. quite far away from the 'pekan'.. Jalan nak masuk dia pun sangat la jauh kan, lagi jauh dari nak masuk uitm pils ni. Tapi dia lagi better la kut, sebab jalan dia straight and lebar je. UTP ada tasik.... besarrr.. ada banyak round about, then ada grass yang banyak sangat! ada padang yang luas then Mosque yang cantik, Masya-Allah. Ada surau, ada banyak sangat kolej kediaman.

Dekat sana, dorang panggil Village. They have 6 villages.. Each village further divided into block A, B, C, D & E? Haa rasanya la.. V1, V2, and V6 is an old buildings, UTP bought it from USM years ago. UTP built new villages, V3, V4 and V5. The new village concept is sort like an apartment. From what i heard from one of the student, the higher the number of the village, the higher the rental. EXCEPT for V6. V6 is the cheapest! Sebab sangat old kan. Huhu. Most of the participants stayed in V2. Mine is V2D.. One room for two person, the toilets are at the 'hujung' of the level. V2 ni pelik sikit, sebab in one block, it consist of two sex. Maksudnya macam ni, level atas-atas, for males.. While level 1 for females.. Hahaha. scary mary tak? Pelik pun ya. But then ada la divider, pintu, doors yang menghubungkan tu dikunci rasanya.


Okay lets talk about EMS pulak okay? Well as you all know, my intention going there is because I WANT TO GO TO UTP, have a visit to UTP. I have mindset my brain for not to cares about the Seminars.. BUT THEN, on our first day of the seminars, i found that the seminar is not as bad as i think. It isn't bored as i expected it to be. The speakers really attract people to hear what they are saying.. And i really-really into it. Tak tahu la pulak kalau orang lain rasa lain. But for me, it's cool! At first i didn't mind much about event management bla3, after going through these 2 days of Seminar.. It really open up my mind.. I start to think.. Oh this is the way they do it.. Oh to organize an event this is what i should do.. Oh this is the way to make a proposal.. Oh these are the some steps/things that i need to care of when i'm organizing an event..

I learned TONS of knowledge here! I also learned that joining an event organized by others or being part of the committee to organize an event is VERY-VERY-VERY important! Why? Because it will be our advantage to get a job later on. Add some extra-activities besides academic. Of course, as a student, studies is the priority, but we also need to gain and own the soft skills.. Extra-activities could help us gaining extra info, extra skills, extra experience that might help us in our future. "Event can up-lead your human potential". Impressive isn't it? I also like those four speakers that had gave their speech smoothly and attractively;

*from the bottom right, Mr. Koo, bottom left, Ms. Sylvia, & top right, Mr.Idham
The women on the top left, i am not sure if she had came and be one the speakers or not, she doesn't looks like Ms. Raja Yasmin. This is Ms. Raja Yasmin:


Ms. Yasmin brief us about the Ceremony,Protocol and Ushers. We learned about the seating arrangement, then about protocol, what is protocol bla3, then about the ushers attire, about Master of Ceremony (MC), about the etiquette. She own a company named ALL ABOUT COMMUNIQUE. You can read and have a glance about it by visiting their website.

Ahh what else aa? Ah! I would like to thank to the organizer for organizing this event. According from what i heard, this year is the 6th year they organized the EMS. It is an annual event. Berminat? Tunggu next year tau! huhu. Tersangat-sangat terima kasih to all EMS committee, MC, participants from schools such as MRSM/SBPI/SBP/SMS and from universities, UNITEN, USIM, UTAR, UniKL MICET, UiTM Pahang, UiTM Negeri Sembilan, and others.. I couldn't remember who else.. humm..

I am looking forward to see you guys in the future! And 1 more! A request from me, please please please, add me up in the Facebook. If you feels like you seen me in the hall or elsewhere and would like to become my friend, you're most welcome! You can search me by name or email. I suggest you search me by email because i believe my name quite common among peoples. farisfikri_rusli@yahoo.co.uk


Last but not least, thanks for this exciting experience, maybe this is my last time going there, to UTP, InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi. Take care guys! (ecehh macam aku kenal semua je kan). Just one more thing, i bought a CD, consist of photos during the seminar, it just, during the seminar, i bet i will be like 200-300 pictures.. Because i can see the photographers everywhere. Inside the cd only consist of 124 photos.. I am not satisfied with it. haha. Apa-apa pun, it's okay lah. Assalamualaikum

p/s; we reached back uitm n9 at 01:14, 14th February.

p/s/s; 5 a.m. in the morning! And i believe i didn't submit my essay about the Movie Review yet. The due date is today, 14th February 2011. OMG! I'm doom... Come on ideas, come into my head... ;]

Sunday, February 6, 2011

Wave~~

Facebook-ing with Adek Azrul tadi. Haritu dia cakap dia tak faham physics.. topic Wave Interference.. WAVE? waww used to be my favorite topic back then. So entah kenapa berkobar-kobar kan nak belek balik pasal physics form5.. Ask him apa yang tak faham, then dia cakap semua pasal interference tuh la.

Saye dengan semangatnya nak la explain kan. TUPTUP tetttt terlupa lah pulak apa yang perlu diberitahu. Then teringat dulu, time zaman nak SPM, selalu lawat website Sir Physics. Tak tahu apa nama sir tuh.. OKAY sangat cara dia. I mean like, saye faham la apa dia cuba sampaikan. Lama dah tak lawat website tuh lepas habis spm.. Hope he's doing fine.

Then i suggest la dekat Adek Azrul, website tuh. Asked him to bookmark it. And he did, i asked him to take a look at the website tomorrow memandangkan adek azrul nak tidur dah. Humm i really hope he will understand sedikit sebanyak.. Ahhh farisfikri rindu zaman spm.. Nak masuk form5 & took spm once again boleh tak? Just for fun.. humhum

Okay stop talking about the past, HELLO FARIS FIKRI, awak punya assignment physics yang depan mata ni pun tak ter-siap lagi ada hati nak balik ke form5. Aaaahhh i'm doom.. Esok nak balik dah. Ingatkan I'm the only one yang kemalasan sangat nak balik Pils, rupanya ramai lagi. ish3. Kenapa malas nak balik Pils? Sebab assignment tak siap. Boleh tak bagi reason macam tu? haha

Packing? urrghh not now.. esok lah. 1jam before balik baru kemas. demdemdooommmm

Saturday, February 5, 2011

Universal Studios Singapore

Salam. Entry ni tertangguh berapa hari aa.. haa 3hari. Last sunday, my family + moksu's family + husband&wife-to-be pergi Singapore. Hajat utama nak pergi Universal Studios Singapore. 3 hari 2 malam di Singapore. Comel tak fridge magnet atas tu? comel, tapi ambil gambar guna phone, so kurang menarik la. Bought it for $5.90. okay la kut.

Currency MYR-SGD, RM2.345=$1. Hum. Barang dekat sana memang la nampak WAHH MURAH, but for local people there la. Untuk kita, bila convert, agak TETT la kan. Bergerak dari KL around 3pm, saturday, pergi Skudai, poksu's hometown. Tidur dekat sana satu malam, ahad pagi gerak pergi Singapore. 1st time 1st time. (okay kejap im losing my way of blogging...)


The 'airport' sangat la besar kan.. serious macam nak naik aeroplane je, but then, lepas immigration, naik bus to Singapore (Kranji). WALIAOOO 1st time 1st time. HELLO SINGAPORE!! the city of lion.. right? From Kranji, we took MRT to Orchard. Buat apa dekat Orchard? well.. we went to.....


Yep. Pergi borong perfumes. Sorang satu botol pulak tu. 1st day dah borong perfumes, itu baru 1st day, the next day pun beli till the last day pun still beli perfumes tau. Dah la kedai perfumes belambak dekat sini, the price pun much cheaper than Malaysia la.. So hantu-hantu perfumes ni borong la sorang satu EXCEPT! Faris Fikri yang kurang interested ni. Memang la suka bau perfumes, but then, malas la nak angkut satu, sebab bila masanya nak pakai. kan kan kan? hum



After beli perfumes, pergi jalan jalan sekitar, agak letih sebab angkut barang2 semua kan, after tu pergi ke tempat penginapan di Geylang Serai.. So we took MRT pergi City Hall then tukar tren ke Paya Lebar. Dekat Singapore nak pergi jalan-jalan satu Singapore senang sebab ada MRT. MRT dia lebar.. And and yang bestnya, most of the station ada dibawah tanah, so tak ganggu la atas darat. And and LAJUUUUU!~~



Escalator dekat MRT sangat la laju, rasa macam nak tergolek. I wonder kenapa orang sana, berjalan dengan pantasnya, tak tahu dorang kejar ape. HUM? Ape lagi, umm. Ahh dekat certain station, orang yang mengunakan MRT tersangat la ramai. Dekat Singapore sikit je yang guna kereta, therefore ramai la guna public transport. TAP TAP TAP! tap the ticket! ticket dia main taptap je. and and, lepas sampai dekat destinasi, kita boleh tuntut ticket deposit, $1. okay la tu kan? ada bayaran balik deposit tauu..



That night we went to Bugis Street. Lebih kurang macam Petaling Street tapi tak meyeramkan macam Petaling Street la. Everytime jumpa benda yang berkenan, tanya harga dulu, then tekan calculator. haha ngeng kan? Untung betul la orang yang kerja dekat singapore ni, datang Malaysia, dapat double the money. Ahh do you know? Dorang punya cctv, 360o. Cool kan? kalau Malaysia buat macam tu, agak-agak, dapat tak tangkap penjenayah?


The next day, pergi UNIVERSAL STUDIOS!! Brrrrr.. Dekat Malaysia hujan kan? Dekat Singapore pun. Jadi, nak gerak sana sini perlukan perlindungan dari hujan, oleh itu, kami beli la raincoat $1 ni. TADAAAA


~~~~~~~



*roller-coaster dekat Mummy ni the best for me.. GELAP SANGAT!
Kami naik benda ni twice! Sangat best wehh.. Semua terkejot-terkejut. SUMPAH! Recommended! Korang naik la. Perjalanan nak sampai dalam tu sangat jauh, macam KOTA SESAT. So jalan leklok yeee... Aaaaa paling suka roller-coaster dekat sini. GRRR nak naik lagi

*with Abg Nadly Aizat
HAH waktu turun dari roller-coaster dekat The Lost World, pusing la belakang, guess who i saw right behind me? Abg Nadly Aizat. Tak sangka kan. Ni first time jumpa dia live, dia travel all alone. COOL kan? Tanya dia tak takut ke? kenapa travel sorang-sorang? Dia cakap sebab dia jadi rasa jadi TRAVELLER. ;]


Best sangat jalan satu USS tuh, berbaloi la harga ticket tuh kan. Pergi tengok WaterWorld.. Pergi Jurassic Park.. Pergi mana lagi? Hah tengok shrek 4D tuh. Korang nak pergi, pergi la? Satu hari dia limit kan 3000 ticket sahaja, so takde la crowded sangat nanti. Ah what i bought dekat USS? Memandang kan t-shirt dia punya size S teramat la BIG, so i bought towel. Haha. Sebab my towel pun dah koyak-rabak, so ni la masanya untuk tukar tower baru. JENG JENG JENG. My mum macam biasalah beli fridge magnet, my sis beli polo-t, my bro beli tshirt..

Keluar USS tuh around 7.40pm.. Ada TONS lagi pictures yang terkumpul, tapi tak kan la nak upload dekat sini kan, korang tengok je la dekat facebook nanti eh. Ah another thing that i like about the MRT is, dia punya map station by station tuh, seperti di bawah, next station akan berkepil2 warna MERAH, yang warna hijau tuh station yang belum di-terjah la. Once dah sampai satu-satu station tuh, dia tak berwarna dah. So kalau passenger tak dengar apa orang operator tuh cakap, boleh tengok dekat map atas tuh je.


HOW'S THE ENDING UH? Okay.. That's all for today. (cerita dah hampir basi memang begini penulisan nya, kurang menarik.)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails