Friday, June 25, 2010

95% packed!

Salam. Yeyyy 95% packed!! See the above picture, that's all. Ehem2. Okay i lied.. haha. I bring along my school backpack.. then.. um um. thats all!! hahahaha. Uwww i'm nervous! hehe ;]

I bring along these photo's too!! ;]

Take care guys! Will reply your comment soon! Thanks for everything! ;]

I'm going tomorrow...

Salam. ;[. Macam nak pergi jauh jauh je. Kuala Pilah je la sygs! hehe. But still, goodbye my friends.. huu sedih nya. Kenapa sedih ni. Takmo la sedih sedih okay? Korang take care okayy.. blog ni maybe akan jarang update kut. Sebab saya tak bawak lapp(memang takde pun) pun pergi sana. Then kalau saya balik Ampang/KL, saya habaq naa.. Nanti tak sabar nak story pasal kat sane. huhu.

(dalam Grand Mosque Abu Dhabi. cantik gilerr!)

First time ni nak start duduk Uni.. fiiuhhh macam macam rasa ada. Biarlah ia perap dalam hati. Saya gerak esok pagi, harini kerja mem-pack barangbarang je. Eh lupa, nak jumpa Reen sekejap then pergi kedai gambar amek gambar semalam (see i bring along yr pictures tau! huhu). Akan rindu semua orang yang kenal saya.


And saya nak minta maaf dekat semua yang rajin datang BLOGwalking. Nanti saya ada masa saya jenjalan blog korang pulak okay? tinggalkan link okay! Mintak maaf jugak sebab tak berkesempatan comment entry korang. InsyaAllah ada masa saya jalan ookay! take care everybody!

Bye bye Ampang, HELLO KUALA PILAH!! ;]

p/s; Tak dapat tengok England vs Germany sunday ni. Dekat kampus ada tv tak? hehe

Tuesday, June 22, 2010

Cool!!

Lihat la header latest Abg Joe, cool kan? sumpa terpesona gila. Dah macam my rutin la hari hari online je mesti bukak my blog then tengok list dekat sebelah kanan, tengok siapa update then view la blog sekor2. bukak new tabs.. sampai tak muat dah. My mum tengok pun terkejot Woahh banyak nye kau bukak. hahahaha.

Then dah lepas baca & comment sekor2 sampai la akhirnya dekat blog Abg Joe, than my eyes tak blink pun sebab terpesona. And rasa uhh nyesal nya tak online while dekat kampung. Haha. Rasa macam saya orang last tahu la. hahah. but seriously memang terpesona kan? *blink2*

I wonder macam mana Abg Joe susun/letak buttons 'komik', 'videos', tuh kan.. Dah tanya dekat comment Abg Joe tuh, but tak tahu la either dia reply & tell me briefly ke tak. So incase dia lupa or susah nak explain kan, saya nak tanya ni.. hahah. Anyone? siapa tahuu? Put your hand up! yeyyy..

Humhum, saya suka tengok header Abg Joe tuh, sangat menarik tertarik yeahh dia memang THE BOMB. haha. Saya suka tengok je. And one day nak jugak buat something macam tuh BUT tidak akan diletakkan di blog ini, sebab nanti macam menyemak kan. So kalau nak buat header pun, i prefer buat untuk blog lain. domain sendiri ke oor whateva janji bukan di blog ni. hehe. ;]

By the way, thumbs up! to Abg Joe atas kejayaannya. jenjen. Last but not least, siapa pergi gathering GENG BLOGGER pada 10th July 2010 di Taman Tasik Putra Putrajaya? have fun okay! Rasa macam nak pergi tapii segan la. Dorang semua amateur punya blogger. Pastu semua 20 and above. huhh segan segan. Lain la kalau Cik Zida kita turun sekali ke. haha. Eh tapi, nak pergi Putrajaya tuh naik ape? helipkota doremon ke? haishhh..

p/s; Terima kasih dekat Abg Nas sebab wish goodluck to me & my friends for our next journey at UiTM Kuala Pilah. Terima kasih yee Abg Nas, nama TOP JUNIOR tersenaraii.. read his blog for further info. ;]

Saturday, June 19, 2010

Untitled

Salam. Hahhh blog makin lembab tak nak load? sebab kalau lembab, saya ingat nak delete post yang ada video video dekat bawah bawah ni. hahaha. Semak kan? By the way, tadi nampak link pasal POSTER, hahah dulu dulu selalu main main dengan Photoshop dekat desktop rumah. Bila tak tahu nak buat apa je, bukak photoshop. Even though tak reti, main main je la kan, so what? hahaha.

Waktu jumpa link tu, teringat, ehh macam mana la aku buat benda ni ekk.. dah tak reti dah. hahah. dah lama kut tak bukak photoshop. Desktop rumah tuh RAM dia kecik. Mak taknak upgrade.. lembab.. so malas nak bukak dah.. humhumhum. Eh eh saya still berminat nak belajar guna Adobe Illustrator & Adobe Photoshop la.. Ada sesiapa berminat nak ajar saya? Or should i just search it on google.. Saya memang nak belajar guna pon especially Illustrator.. Nak main main.. comel tahu! hahaha. Jealous je pergi mana mana tempat or website yang ada corak comel comel uhhh comel nyeee

Haritu masa keluar dengan Aizad, Aishah & Wan, pergi Youth'10, saya rasa dorang perasan saya suka tengok art&design yang macam mana. hahahaha. banyak comelcomel mase tuh. uwww best nye kalau saya pun dapat buat macam tu.

Eh eh, korang rasa tak my blog dah makin bosan? haha. And my post makin lama makin panjang berjela-jela. Ouhh dah tak rasa seri dah my blog ni. Kalau dulu-dulu, baca blog sendiri rasa seronok, tapi sekarang bila baca blog sendiri rasa bosan sebab panjang2 sangat + tak best langsung. haihhh...

p/s; Haha kelakar tak bila LIKE entry sendiri. heee. biar la orang nak like. huhu. syok sendiri ;]

Linkin Park

Old time favourite! ;]





Yeahhh and others.. uhhh i love LP, SP, and others, but still, i didn't remember the lyrics.. huhahaha

Shut Up!

Lagu saya suka,

Salam. Okay ini hanya beberapa lagu yang saya suka. Fyi, saya suka lagu evergreen. English Evergreen. Malay.. ekk kurang. hahahahahaha. Umm i just share few songs yang saya dengar sekarang ni je..

Rosie Thomas- Say Hello


MYMP- Especially For You


MYMP- Only Reminds Me Of You


And and lagu rockin yang saya suka & saya dengar selalu right after habis paper SPM.. And waktu before ambil result;

Bowling For Soups- High School Never Ends


You want more?? Hahaha next time okay.. Dah lewat ni. Good Morning everyone!! ;]

Blink 182

Salam. hahaha. Nothing. Just nak share few lagu Blink182 je. Emm dulu dulu, saya suka lagi I Miss You.. Siap hafal lagi lyric dia. Still ingat lagi lagu dia. And i learn new verb iaitu Morgue. hehehe. Ini lagu diia...


Bawah ni pulak lagu yang dah lama saya carik and tadi baru jumpa itu pun kebetulan je. I asked my friend, Arif, lagu Blink182 apa yang best.. Then dia suggest la beberapa. Tetiba dengar, eh lagu ni la! hahaha... All The Small Things



Bawah ni pulak lagu pasal perceraian.. Quite okay la.. tajuk dia Stay Together For The Kids..


Emm bawah ni pulak Down. hahah tak tahu nak comment apa. okay la kut lagu lagu ni.. hum


Haa ini sesat. hahah lagu Cemetry by Silverchair.. Okay la. Not bad. ;]


Actually tengah bosan sekarang ni. Waktu di telepon menunjukkan pukul 4:45. huhahahahaha. tetottettot

EH EH!! Saya akan baliik kampung la petang ni. YEYYY!! Balik melaka. dengan abg2 & kak wati. Kakak tak dapat ikut sebab dia tengah posting kan.. Balik sehari je pun.. but still, excited la jugak sebab dah lam tak balik kampung. You know what? tadi Abek D tanya, "Dah telepon nenek dah kita nak balik esok?". Nak tahu kenapa dia tanya? sebab dia hoping nenek masak siap siap. haha. Teringat masa last year, eh last year ke this year, balik kampung, satu family except ayah, kakak la, baru je angkut dia dekat kolej, masuk masuk keta dia tanya "Nenek masak ape?" hahah. dodowl kan..

Thursday, June 17, 2010

YouthSays

Salam. Hahh! Tak tahu la kenapa sehari dua ni saya tengok ramai yang post entry pasal YouthSays. Well, sehari dua ni jugak, saya aktifkan diri di YouthSays. hehe. Tak tahu la. Register YouthSays since masa nak Youth'10 Festival tuh. And semalam baru tergerak hati nak bukak balik. Belek-belek sekeliling. Kumpul Contribution Points(CP). Semalam check ada 99. Asalnya 100. then haritu, saja je try post 'shoutout', pastu tetiba dia tolak 1point. And i'm just like, whatt?! haha.


Tetiba rasa semangat pulak nak cerita apa yang saya tahu pasal YouthSays ni. Em semalam, explore la YouthSays ni. Then ada tab 'community', saya click, then dia keluar la tempat tanya soalan & jawab soalan. Kita boleh create soalan kita sendiri untuk ahli YS yang lain jawab or kita jawab apa soalan yang ada. Even though kedengaran seperti simple & kurang menarik. Tapi best! Ahli-ahli YS yang lain pun okay. Semalam (pukul 2.30 a.m.), saya ingatkan takde orang online, rupa-rupanya ada. Hah! back to the topic. haha.


Saya tergerak hati nak tanya soalan.. So soalan dia ialah "Who got blog?", description dia "Lets share your blog here!". Mula mula ada la dua tiga orang reply, and bagi url. Saya pun bukak la blog dorang. Jalan-jalan.. Then dapat satu comment/teguran dari Senior YouthSays, Akay. Dia cakap, seseorang ahli dilarang tanya soalan yang boleh mewujudkan perbincangan yang kurang baik. Of course la ia ditujukan dekat saya kan. And time tuh i'm just like, huh? why? There's no terms&condition pun pasal nak post new question. Then dia explain-explain, dia cakap topic macam tu dah banyak dah orang buat..

Ia tidak sihat sebab once seseorang tuh nampak share blog, nanti dorang ke arah lain. So kira tak sihat la tu kan. So i apologized to him. Almaklumlah budak baru belajar kan. Learn from trial&error. Then Bro Akay cakap, if admin nampak question ni, and dia spam, automatic saya kena minus 10CP. Masa tuh saya cuak la, sebab yela CP saya baru sikit lepas tu nak kena tolak 10. haihh.. I asked Bro Akay what should i do? Macam mana nak delete question tu? Ada apa2 lagi benda yang saya perlu buat & tak perlu buat ke?

Bro Akay cakap, question/comment tak boleh di delete, sebab bila delete, dia akan minus point korang. So macam lagi rugi la kan. Then dia kata kalau 10CP hilang, boleh je kumpul balik by answering some poll or survey yang ada dekat YouthSays tuh. Actually saya tak tahu pun CP tuh untuk apa, then i asked him, dia cakap CP digunakan whenever korang nak post new POLL or nak post new EVENT or korang nak BID apa-apa, so dia akan deduct CP korang. Then dia cakap for further info, baca dekat FAQ. So saya pergi la jenguk2. hehe.

Tapikan, kebanyakan yang selalu post question tuh malays.. Em so dorang kebanyakan nya guna short form yang short yang tak ramai orang faham. Kena jugak ingat, ini satu Malaysia, ada semua kaum, bangsa, kena la bertimbang rasa. Nak berbahasa malaysia pun, type la dengan betul. I mean, panjang2, formal, yang kaum lain boleh faham. AND you know what? Ada la orang-orang yang sangat bosan maybe, suka post question yang entahapeape. Ish3.

Haa lupa nak mention, everytime korang post new question, korang gain 1CP. then kalau jawab poll or survey yang ada, korang gain 1CP. lepas tu kan ada advertising kan? Haa korang boleh tolong support campaign2 yang ada. Korang just click SUPPORT THIS CAMPAIGN, then tulis ayat2 yang berkenaan, then nanti dia bagi korang link. Link tuh la korang spread kat orang orang. Cara dia macam nuffnang jugak, sekali unique click, korang gain RM0.20. okay la tu kan? lagi better dari nuffnang kut. hehe. Then orang daftar bawah korang, korang gain lagi RM0.20. Not bad. Nanti dah sampai RM50, korang boleh keluarkan duit tuh. Quite fun la hangout dalam YS ni, ada macam-macam competition

BERITA TERKINI: Baru je LOG IN, hahh, my points sudah kena deduct 10CP & Question yang saya tanya tuh dah pun di-delete oleh admin. Huu belajar dari kesilapan. And from now on, kena berjaga-jaga sebab Bro Akay kata, kalau kita keep doing mistakes, korang boleh kena ban dari YS. Katakanlah korang masuk competition then dapat hadiah, hadiah tuh korang tak boleh tuntut sebab korang ada buat perangai. Haa macam tu la. So WE(ahli YS&admin) tak mahu ia berlaku kepada sesiapa pun. Baik sungguh mereka kan? Terharu sekejap hehe. And sekarang nak post shoutout, tak kesah sangat, tolak 1CP je pun. huhu.


So siapa-siapa yang berminat nak join, EH KEJAP! ADA HAD UMUR YAA.. 15-35 years old. hehe. So siapa yang dalam range umur tuh sila sila, JOIN YOUTHSAYS! ;]

Wednesday, June 16, 2010

Happy vs Unhappy

Salam. Yeahhh tadi keluar dengan member tengok cerita KARATE-KID!! best best best. ceriita diia bestttt DAN sangat lama.... from 6:45 till 21:00. ookay la tuh kan. berbaloii. huhaha

Pagi tadi belek newspaper. Jumpa tajuk pasal Biasiswa JPA tuh. then just ignore it. Lepas tuh tadi bukak blog Oh! Malaysia, uwaaa sedih sedih. Bukan takat harapan budak yang baru nak amek SPM lebur. Ni budak yang dah habes SPM but still hoping one day dapat sambung deg overc ni pun coklat dah mencurah-curah. Yeahh i realized dorang memang dah kekurangan duit. It just.. hump! lemah longlai terus. tah pape je la. baik tido kan. Gdnite! ;]

p/s; Alaa takpe, kan banyak lagi scholar kan. Mudah-mudahan scholar lain tak tutup jugak la. Haritu pernah nampak kata-kata hikmah kat tepi ni ---> dia cakap, "Satu pintu tutup, 1000 pintu terbuka". Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Tuesday, June 15, 2010

Pagii

Salam. Hahhh almost 4 a.m. bangga bangga je kan plan dengan DilaZ nak tidur before pukul 3. last last hambekkk kau. Mula mula tadi tak busy sangat. tapi dah bosan, so belek belek la blog sorang sorang (tuh dekat my right side kan berderet.haha). Last last pukul 3.35 a.m. dah. haiihhh.. Perlukan pertolongan si Dia lagi untuk bangun subuh. huhu.

By the way, tadi dah lari pergi 7e, dah topup, dah buat super savers, dah tepon dia, tapi dia tak angkat. dodowl betol. hahaha. takpelah, will try again pagi nanti, before 10 a.m. of course. Sebab supersavers luput pukul 10 pagi.

Hahh korang tahu tak, okay ada yang dah tahu, but yang tak tahu, korang tahu tak haritu my YM kena virus siamsial tuh. huhu. Then haritu jugak saya un-install YM.. dah un-install, INSTALL la balik.. TETTTT error. I tried dozen times, but still tak boleh. So sekarang dah tak boleh webcam/conference macam selalu lah. Kalau nak conference & video call pun dengan budak2 uitm sajaa through SKYPE!! terima kasih encik skype. hehe.

Sekarang ni saya online YM guna http://webmessenger.yahoo.com sahaja. huhu. tuh tuh seperti yang di atas.. Tak boleh wc, boleh chat biasa biasa jaa.. nak BUZZ pun tak boleh, nanti org buzz, dia keluar <.ding.>.. hahaha. yang tengah online YM sekarang semua I'm Mobile. haishhh PANGG karang baru tahu. haha okay okay nak tidur. Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Layan lagu ni best! Aqid yang ajar buat player comel ni. thanks! ;]


p/s; tak tengok bola, so siapa tengok, what happen sekarang? By the way, jangan lupa baca ini okay.. ;]

Monday, June 14, 2010

Tidakkk!

Yeah once again khayal layan Facebook ni.. Tahu tak? Saya tak mandi lagi. haihhh penat penat. Haritu dah okay dah duduk jauh dengan Facebook ni. Oh Oh, and ini first time saya dengar IKIM.fm dari pukul 7pm sampai sekarang non-stop sambil online. Baca blog blog wajib. Layan facebook.

Ahhhhh tidakkk! uwaaa uwaa nak pukul 12am dah. First thing first, memandangkan esok merupakan Birthday someone special to me, so need to wish him.. BUT! kredit pulak kekosongan. Jadi perlu perlu perlu pergi 7eleven sekarang. I mean like, RIGHT NOW!

Perancangan, topup, buat supersavers, call him! Walaupun saya tahu dia dah tidur, tapi apa salahnya call dia kan. Mana tahu dia angkat. heheheh. Okay okay, 23:45 already. 7e! i need you right now now now. Uhhh best nya dengan lagu Maher Zain ni.. No u can't take it when you go.. No u can't take it when you go.. When you go.. when you go.. ;]

Hasbi Needs Help

Salam. Saya baru tahu tentang "Hasbi Needs Help" ini dari blog En.Ben Ashaari. Bacalah kisah Saudara Hasbi yang merupakan pelajar tahun satu bidang perubatan di GEF-MSU-International Medical School (IMS), India. Bagi umat islam yang berkemampuan, bantulah beliau dengan ikhlas. Moga Saudara Hasbi tabah mengharungi ujian Allah s.w.t.

Sesungguhnya ini bukan la satu penipuan tetapi ini merupakan kisah benar. Ikuti kisah beliau.. Tuan Mohd Amirul Hasbi bin Tuan Pail. Sama-sama kita umat islam, mendoakan beliau agar dapat menjelaskan bayaran sebelum tarikh akhir 10th August 2010. Moga Allah membantu & bersama beliau bila beliau memerlukan pertolonganNya. Amiin

LinkWithin

Salam. Haha. belek my friend, Zainul, punya blog. hahh tengok dia pakai linkwithin tuh. Actually dah ramai dah pakai benda tuh, tapi saya tak berminat pun nak pakai. then tengok Zainul punya, dia punya ber-list. Tak macam orang lain punya kan bergambar sekali. So berminat la nak try. Just click the link. Then fill the form, install the widget, tadaaaa!

Baru la tahu, dia campur campur. Bergambar & kadang kala tidak bergambar. Random! But i'm okay with that selepas tengok balik, EHH ADA ENTRY YANG LAMA LAMA laa.. then bukak new tab, baca balik.. Seronok! hehe. tak tahu la kenapa suka sangat baca entry sendiri. haha SyokSendiri. Tapi seronok la dapat baca balik entry2 dedulu. waktu mula mula ada blog. then waktu mid term. then cerita pasal adikadik zaman sekarang. then waktu baru belajar mengenali cerebrum.. then lepas habis paper chemistry (hari last pakai uniform sekolah).. Dan banyak lagi. Comel! I'm glad I install the widget. hehe. ;]

Korang yang tak install lagi, taknak install ke? besttt.. dapat baca balik kisah kisah lama. Then new visitor boleh la baca apa apa entry lama yang mungkin menarik hati dia untuk baca. Although I know semua ni merupakan my personal life. huhh.. by the way, I wonder, kenapa Zainul punya (tuh yang atas tuh), in english while mine in malay? ke dia random je? nak english jugak. haha

p/s; Eh! Baru perasan Abg Nas (senior Kopilah) followed my blog. huhu. terima kasih yee! Kalau agak agak blog ni dah tak BOOM, boleh je stop following. By the way, since kerap sekali tengok Abg Joe selalu letak linklinkclickblingbling, so saya pun ikut. thnks ;]

Testoos!

Hehe, belajar dari Kak Noure. comel kan? hehe. By the way, uwaaaaa sedihnya Dja nak blah matrik esok/harinii 14th June. sediih sediih. takpe takpe. Dja, kalau kau berkesempatan, baca la wallpost nii. Take Care tau!! ;]

Faris Fikri Djaa..................kau pergi matriks yee? ;'[.. okay.. buuat baik baik yee kat matrik! kau matrik mane? take care.. seronok dapat kenal dengan kau.. Nanti ada masa, kita jumpa yeahh. lepak same same.. tarik sheera huda skalik. huhu. Byebye Dja.. belajar leklok! Jumpa kau bila aku jumpa kau. ;]

24 minutes ago · · · See Wall-to-Wall
Adilah Zakaria
Adilah Zakaria
eh dee pegi mane satu ni? bkn dia pilih uitm ke? *pening den
4 minutes ago
Faris Fikri
Faris Fikri
entah dia. uwaa semalam die cakap die pergii diip.. pastuh tadi aku baca dekat wall Aiizad, dia kata diia pergii esook. ;[
2 minutes ago ·

Saturday, June 12, 2010

;]

Salam. Hah! Yeyy Hizzam datang rumah saya! hehe. rindurindu. He told me about life in CFS IIUM, PJ. Sangat best! Eventhough budak uia, but still, dorang layan lagu lagu rock2. Mula mula lil bit shocked, huh? wahh budak uia.. Then Hizzam cakap actually semua sama je. Even though uia or not, sifat gila-gila tuh still ada. hehe. Hahh and once again i forgot to read his new post which is like a week ago.. And guess what? hahh! Hizzam pun beli Kilometrico i-colours tuhh.. hahaha. And and dia pun buat contengan hasil dari penggunaan pen tuh. Comel!

hah! isn't that sweet? simple sebab nak cepat. ;]

By the way, haritu, hari jumaat bersamaan dengan 4th June 2010. haha. Saya, Hizzam & Ammar, pergi lepak Oldtown Cheras Baru. Ammar la, dia nak discuss pasal Birthday Party dia keesokkan harinya (5th June 2010). Gambar Birthday tuh ada.. Banyakkkkk sangat! Daripada 415, di-minus2 jadilah 263. haha. Semua ada dalam facebook. Saya akan buat entri about than Birthday Party soon yeah (mood malas.hahaha).

hahh ini dia Hizzam Halim dok layan makan roti Butter Kaya. hehe

okay ini cik faris fikri & Mr.Ammar ye. haha

Um um.. tuh je kut. hahaha. Entry ini takda pape sangat pun. Hajat sebenar, saja nak femes kan Hizzam kejap. And contengan dia tuh. huhahaha. ;]

Thursday, June 10, 2010

Who wants to be an ACTOR?

Just now my friend, Mr.Deen, called, he asked me to spread about this.. Who wants to be an actor? Age, 13-18 years old. Chinese, Indians, Malays. Kindly please, try your luck and go for casting at FILEM NEGARA MALAYSIA (which is at PJ) TODAY & TOMORROW at 2.30 p.m. For further info, please call Mr.Deen at 016-5892440 as soon as possible. thank you.

I AM SERIOUS OKAYY..

Tuesday, June 8, 2010

Salam. Tadi turun tangga, radio IKIM.fm tengah bergendang2.. Ingat nak tutup, tetiba terdengar dorang tengah cerita pasal Ambil Wuduk.. So i would like to share what were they discussing about and REMIND to all of you & myself.. Setiap perbuatan yang kita buat tuh, ada tujuan dia.. Dia ada doa dia for every perbuatan. Tapi saya tak ingat. So dia cakap just niat dalam hati je la..

Mulut (kumur2) - Bersih dari kotoran, sebab mulut ni kita guna untuk kebaikkan seperti baca Al-Quran

Hidung - (waktu masukkn air..) minta supaya dapat cium bau syurga.. (waktu hembus..) moga dilindungi daripada bau neraka

Muka - diputihkan muka dengan Nur(cahaya) pada hari kiamat & jangan digelapkan.

Tangan - (kanan..) moga diberikan buku amalan hisab ditangan kanan. (kiri..) dilindungi daripada diberikan buku amalan di tangan kiri/belakang.

Kepala - (to be continue next week....)


Info tambahan : Waktu basuh muka, dari Dahi -> Dagu. Untuk wanita, rambut dekat tepi tuh jangan tolak belakang, tapi tolak ke depan, basahkan sebab rambut tuh berasal dalam area muka jugak.

Sunday, June 6, 2010

Time flies..

Salam. Yeahh 3weeks left.. Time flies.. To be accurate, 20days left.. huu.. Lepas tu saya akan join budak-budak UiTM dekat atas tuh and tinggalkan kawan-kawan sekolah.. kawan-kawan sepermainan.. kawan-kawan rapat.. port favourite.. ampang.. kuala lumpur.. dan bermula la journey fasa ke-2 saya.. humm rasa berat hati + sedih nak tinggalkan Ampang + kawan-kawan sekolah, kawan-kawan lama, rumah kesayangan & sofa favourite! haha. Tapi dalam masa yang sama, saya rasa heppy + excited + gerun nak masuk UiTM dan mulakan University Life. Orang kata Uni Life bergantung kepada diri sendiri, Uni Life paling best but paling mudah untuk rosak..

Mudah-mudahan saya tidak akan tergolong dalam golongan orang yang rosak and saya harap sangat budak-budak se-campus semua tidak akan tergolong dalam golongan orang orang yang rosak. Kalau rosak, pulihkan. Dengan jejaknya kaki saya di University, arah tuju saya akan menjadi makin jelas & terang. Saya akan tahu ke mana harus saya tuju, apa matlamat saya & apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan apa yang saya impikan. Moga Allah s.w.t. permudahkan jalan saya dan mudah-mudahan semua nya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kita perlu beristiqamah dalam apa yang kita buat untuk sampai ke menara gading & dalam masa yang sama untuk mendapat keredhaan Allah Almighty.. ;]

Huu harini kakak saya akan pergi posting lagi. Kali ni dekat Damansara Specialist pulak.. 2months and a week.. Disebabkan hari saya daftar uitm nanti hari sabtu & saya nak pergi pagi, kakak tak dapat follow sebab sabtu dia half-day.. Masa Shahmi(my 2nd bro) daftar utem, saya tak dapat pergi sebab masa tuh sekolah.. Masa kakak daftar kpjic saya pun tak ikut sebab tengah sekolah. Dan sekarang saya pulak nak daftar uitm, kakak tak dapat follow, shahmi tak tahu la dia ikut ke tak.. Mak & my Aunties kot yang akan hantar. huu.. Okay la tu, macam nak pergi jauh jauh je. Kuala Pilah je pun which is 2jam dari KL.. humhum. Tadi upacara coklat dengan kakak. huuu nanti ta jumpa dia 2bulan.. hehehe. selalu kalau duduk rumah kekdg 2minggu sekali kakak balik. tak pernah lagi jauh lama lama dengan kakak. tetttt

But still saya harap saya dapat sesuaikan diri dengan environment kat sana. Almaklum lah, kat sana kampung betul betul kampung. Saya pulak dah biasa duduk bandar. Ayah cakap okay la tuh duduk kampung, kurang distraction to focus on study.. hmm ;] Faris Fikri you can do it!! Berusaha, Istiqamah, Bertawakal.. haihhh dalam masa yang sama saya takut la. Okay okay think positive.. SPM dah lepas, tak kesah la sama samaada saya dapat result spm paling rendah antara my coursemate. Tak kira lah berapa banyak budak ex-boarding school yang merupakan my coursemate, I'll do my best.. Semua orang sama ja. Semua 0-0.. haha (tengah muhasabah diri ni.. huhu). Hizzam cakap mula-mula kebanyakan budak2 daily school akan homesick.. huu macam mana la nanti kan. hah! pape je. Yang pasti, kawan-kawan uitm sentiasa ada disamping saya. wahhhh!

Sayang kawan-kawan lama! (click the picture to enlarge) Cepat masa berlalu.. Semua dah membesar.. Semua dah sambung belajar.. Sedih nya huuuuuu... Faris Fikri, life must go on!! ;[ Kawan-kawan, aku sayang korang tau! Korang jangan lost contact okay.. Pape facebook, text phone or call je la okay! Skype je pun boleh. hehe. Huu sedihnya weh ingat kisahkisah kita tahun lepas. Bila lagi la nak jumpa korang kan! Kepada kawan-kawan yang belum ada rezeki untuk sambung belajar tuh, tabah okay! InsyaAllah. Allah dah sediakan tempat yang lagi better untuk korang.. Ada jodoh ada masa kita jumpa lagi yee! Tahun ni Raya Aidilfitri, tak dapat la kita raya sama sama macam tahun lepas dan tahun tahun yang lepas.. keluar pakai baju raya masing2 singgah rumah kawankawan & jalan mengelilingi KL. haha. I hope you guys perform well & excel in your second phase of life! take care. iloveyouall. ;]

Tadi my sis bagitau serba sedikit barang yang perlu & xperlu bawa pergi hostel. haha. Saya yang tanya dia.. Almaklum la, since kecil kalau balik kampung, saya lah paling banyak bawak baju, alasan- "Prepare incase tak cukup baju". Tapi betul jugak la kan, nanti kalau bawak baju cukup cukup, nanti tak cukup macam mana? And and kalau balik kampung, paling sikit bawak baju Shahmi.. atas Shahmi, Kakak Nadia. hahaha. Paling banyak saya lah! huuu. Ye la mana la ada pape experience duduk hostel. So bawak ikut suka je la kan. Kakak cakap tak payah bawak banyak sangat.. Ala kadar je la, then saya cakap "Abes tu kalau tak cukup?".. Laa bukannya tak basuh pun.. ouhh yeah forgot about that. hahaha

sesuai layan lagu ni... THANKS wancun. ;]


p/s; uhh baru ingat tak revise papepun. tinggal 3minggu je lagi. dah almost 6months habiskan masa ber-enjoy and now it's time to start all over again. dah matang sikit kan? pandai2 lah jaga diri okay. dubidu dubidubidubidubidu bidu~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails