Tuesday, May 21, 2013

I am a graduate

Assalamualaikum. It has been almost 2 weeks result keluar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sangat dan teramatlah bersyukur. I have completed my 3 years Diploma studies. Ya Allah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan bahagianya. Alhamdulillah. Dengan itu, there will be no more post regarding 'Precious day in Pilah'. Hanya mampu update takat 25 post sahaja. huhu

And it has been almost a month I have been working with Coffee Beans, as a Trainee. And today, after I went through 2 days of training in the HQ, went though few quizes.. Alhamdulillah. Me and my other 14 new friends has been awarded the Maroon shirt & we are now a QUALIFIED COFFEE BEAN'S BARISTAS! Alhamdulillah

Tapi, bila dah dapat qualification ni, lagi la aku cuak. Sebab I am not really well in E&B (espresso & brew) station. Having some difficulties to memorize the ounces, ingredients, steps.. And I am 110% sure, tomorrow, my outlet manager and senior will test me & akan ber-sarcastic la bila aku terkial-kial buat. Hah. Takpe, aku belajar. ;]

Apapun, saya bersyukur sangat dapat pergi Training yang awesome! Jumpa kawan-kawan barista from different outlets, then Trainers yang cool!

Oh and I nearly drop a tear early this morning when one of the trainee has been 'released' by the HR. Sebab he didn't passed both quiz for yesterday. Dia kurang faham bahasa inggeris.. He can learn.. Give him time, second chance.. Jangan la kejam sangat. Sedih weh bila HR tu cakap "You did bad in your quiz yesterday, I am really sorry, we had to let you go"




Sunday, May 5, 2013

Counting the days till 9th May 2013

Amek kau! Gigit jari aku. Counting the days....... Ya Allah moga semua orang mendapat keputusan yang cemerlang! InsyaAllah. Amin amin amin ya rabbal al amin!


Another sub-topic


Assalamualaikum. Haiiii!! Ya Allah rindunya. ;]

It has been 12 days I'm working with Coffee Bean & Tea Leaf, short name, CBTL or Coffee Bean. Haha. Outlet Wisma Selangor Dredging (SDG). I applied through email to CBTL Human Resource. And I did mention I want to be place in outlet Ampang Point because it's nearer from my house. I kept on mumbling why dapat SDG bla3.

Tahu tak He planned the best! I thankful for what happened! Alhamdulillah dapat SDG sebab SDG merupakan the only outlet yang Mon-Fri (7am-8pm) Sat (8am-5pm) Sun (10am-5pm) and closed on Public Holiday! HAH! Tahu tak outlet lain, tutup at late night. 11.30pm, 1.30am pun ada, just like outlet Ampang Point tu. hahaha

On 1st of May, I celebrated the Labor Day! Sebab saya merupakan seorang labor pada ketika itu. Hoooooorrayy! And tomorrow saya dapat Rest Day. Wohooo! Tu yang boleh update status.

Fiuhhhh Alhamdulillah! Alhamdulillah! Oh and, I asked my friend yang kerja TopMan/TopShop, sebab nak compare salary. Kalau TOP tu, for part-time, sejam rm6. CBTL, sejam rm5. Mula-mula rasa macam nak tukar ke  Top, but! Alhamdulillah, Allah led me to rethink deeply the pros&cons. Memang beza rm1, tapi sebenarnya banyak beza & kerja dengan CBTL lagi untung. Makan minum ditanggung, balik awal, pubhols cuti etc etc. COOL!

Oh anyway, nama saya tu akak tu salah eja. She thought Faris with the Z, tapi it's actually Faris with the S. haha. Takpe lah, nevermind.. Banyak input berguna yang Allah bagi sepanjang kerja dekat situ. Saya kenal dengan akak pekak&bisu, learn the sign-language with her, then I made new friends, ada yang from Nepal. Awesome la! Alhamdulillah

Since started working ni, balik rumah, penat. Like always. And it has been 5 years la juga tak join bidang F&B ni. Dulu Kenny Rogers, kali ni cuba benda baru.

Ada la juga yang tertanya, kenapa ubah dari Sains Tulen tiba-tiba ke Coffee Bean. Haha. I said, saja nak cari pengalaman. Kerja part-time pun. Moga Allah berkati & redha ;]


Thursday, April 18, 2013

Ice-skating for RM10!

Assalamualaikum. Yesterday, saya, Zamir, Aizad and Wan Nur Adilah went to Sunway Pyramid. Main ice-skating. This was my first ever time pergi Sunway, and first time main ice-skate. Oh and, sekarang tengah promotion RM10 all day long till 26th April 2013. Pergi la! Pergi pagi-pagi best sikit, ice licin lagi. ;]

Thank you Allah!
Thank you kawan-kawan!

Frankly speaking, pagi tu memang malas sangat nak pergi. Rasa nak tidur all day long. Tapi terfikir Hasifullah cakap, "Life is too short to do the same thing twice", aku pun cepat-cepat la, "Ya Allah, jauhilah aku dari penyakit lemah dan malas..", ulang banyak kali. Sambil tu gerakkan badan mandi dan siap-siap semua. Alhamdulillah! I had a blastttt!


Allah jaga Puteh dekat sana nanti okay!

Assalamualaikum. Ini Puteh. Kucing kami sekeluarga. Dilahirkan waktu hampir nak puasa tahun lepas. Ada 5 ekor adik-beradik, 2 mati sebab virus, 1 mati kena langgar kereta, 1 lagi taktahu ke mana hilangnya. Tinggallah Puteh sekor sahaja dengan ibunya Bella.

Pada umur 3-4 bulan macam tu, Bella pregnant lagi. Jadi dia dah tak layan Puteh. Kamilah tempat Puteh bermain, menumpang kasih. Masa berjalan dengan pantas. Waktu Puteh umur 5 bulan, dia dah mengandung, Alhamdulillah.

16th December 2012, Bella melahirkan 4 ekor anak kucing. Macam-macam warna. Soon, waktu umur mereka mencecah 4 bulan. Bella tidak endahkan anak-anak dia lagi. Dia jadi bengis. Dah jarang pulang ke rumah. Sebab dia pregnant lagi.

16th February 2013, Puteh melahirkan 3 ekor anak kucing yang comel. 2 betina, 1 jantan. Anak-anak Bella menumpang kasih dengan Puteh. Puteh pun selalu main dengan sisters dia. Dia rajin betul jilat sekor-sekor anak Bella a.k.a. adik-adiknya.

Pagi ini, i'm on my way to my former school, nak minta pengesahan dokumen, mak called. Informing me Puteh dah takde. Dia kena langgar kereta early in the morning tadi. Tengah jalan kaki tu, I stopped. Terkejut. Tak sangka. Mak ada cakap, ayah balut Puteh dengan kain dulu, mak balik kerja ni mak nak tanam.

As I arrived home, 11.30am, saya cari mana kain tu. Saya buka.. Puteh.. dia dah keras. I cried. Her eyes were not in placed. There were blood all over her ears.. mouth..

Rasa kaget. Last night I fall asleep lepas solat isyak. Tak main pun dengan Puteh. Tak belai pun Puteh. Patut la tak nampak Puteh sebelum keluar rumah tadi. Ingatkan Puteh pergi jalan-jalan..

You're joining your brother n sisters di sana. Rest in peace okay Puteh! Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab kurniakan kami Puteh dan pinjamkan dia sementara pada kami. We had a blast! ;']


Monday, April 15, 2013

Current mood: Malas

Assalamualaikum. Hello! Seminggu lepas balik rumah, 24/7 tidur. Macam tak tidur sebulan. Bangun, tidur sokmo. Pastu online. I need hari yang produktif! Hah. Okay, harini ada improvement bila mana bangun awal. Alhamdulillah. Pagi ni, a friend posted a video, music video. Ditujukan khas untuk Cohort 3 - AS120, UiTM Negeri Sembilan. Lirik dia sangat kena lah. Haishh.

 

On the other hand, a friend of mine. kawan diploma juga, is getting married end of this month. WOAHHHH! I'm happy for you! Best gila kahwin kahwin awal ni! Hahaha. She's getting married to a man, yang dah bekerjaya, so terjamin la masa depan, InsyaAllah. Ingat nak pergi wedding dia nanti, dekat Kota Tinggi. InsyaAllah ;]

Oh and! Do you know ada application Whatsapp for PC? To those yang tak ada smartphone, like me, you can still join your friends ber-whatsapp. How? Search dekat Google "Whatsapp for PC", nanti kena download emulator dulu, then baru boleh download apps. It's awesomeeeeeeeeee! I print-screen my very first Whatsapp-ing! haha


Now everyone can Waseppp! haha

Saturday, April 6, 2013


Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan utk menghadapi perpisahan ini...amin...
#moga menjadi perpisahan sementara utk aku dan kaum kerabat uitm kuala pilah yang disayangi ;)

Friday, April 5, 2013

Unofficially done.

Assalamualaikum. Alhamdulillah! 10.35 a.m., we're done with our last final exam paper for Diploma. InsyaAllah. Alhamdulillah Alhamdulillah

Teringat waktu dalam Hall tadi, bila invigilator cakap "Anda dibenarkan keluar dewan", everybody stand up and "WOOOOOOOOOOOO!". It was like sorakan kemenangan. Ya Allah, tak sangka cepat masa berlalu. Dah habis diploma (insyaAllah).

Every single person started having tears in their eyes. Penuh Foyer Fakulti dengan student part6. Hugging, capturing pictures, mohon maaf sana sini, sebak semua. All in the mood! Sebaknya rasa. I nearly drop one. I decided untuk stay lama sikit dekat kolej. Because I hate leaving. I hate leaving others. For me, biarlah aku orang last balik. Aku nak tengok semua orang tinggalkan tapak UiTM Kuala Pilah (Beting) ni. Aku nak byebye korang. Fi Amaanillah!

T_T sedih. Sebak. 6 semesters we're in this, together! Kalau korang budak lepasan diploma, korang tahu rasa dia macam mana. Lepas ni, diverse. Akan diverse sangat. Tambah pula Diploma Sains. Degree boleh masuk apa-apa you want. Most of it la. I wish kita semua satu kampus lagi. But I know, it's impossible untuk semua se-campus. Kalau se-campus pun, belum tentu boleh selalu bertembung macam dekat Pilah ni.

Asal pun lain. Bukan semuanya duduk area KL, Selangor. There's Sarawak, JB, Johor, Melaka, Terengganu, Kedah, Perak, Kelantan, Kuantan..

Oh and, Awok. She gave me her Terjemahan yang saya pinjam semester ni. Awok kata dia ada lebih, ambil la. Uwuwuwu terima kasih Awok! Barakallahu fik.

Aku akan ingat korang semuaaaaaa sampai bila-bila! InsyaAllah. Kawan forever weh!

And to those yang masih ada papers, ALL THE BEST! All out! Keep calm, and finish your diploma! Hehe. I wish you all the best! Moga dipermudahkan. Jumpa korang lagi bila Allah said so. ;]

LOTS OF LOVE



Tuesday, April 2, 2013

Precious day in Pilah #25

Assalamualaikum. Hai! Two papers down, 1 to go!! Hoyeahhhh!

For the past few days, lot of memories has been made. With different peoples.. Orang yang sama pun ada. Staying at the faculty till late night with Farah, Farisa, Faiq. Study biology like crazy with help from Syaza, Izzaty, Si Unique Asmahan and Faiq dekat PTAR. Had a hi-tea with Hasreen. Tak la Hi-Tea mana.

It has been such a journey juga la aku nak settlekan paper biology tu. Asal baca je, tidur. Baca, tidur. And end up pagi tadi gelabah gila baru nak finalized everything, Alhamdulillah. Tak dapat jawab 100%, 80% pun dah good! I thank Allah most! Put your trust in Him. InsyaAllah everything will be smooth.

Oh and last night I met someone. Officially kenal la. Selama ni kenal-kenal gitu je. Senyum bila terserempak. Alhamdulillah. Allah led me to him. We shared stories, tanya soalan, berborak panjang la juga. 99% pasal Deen. It's fun knowing people & knowing your Deen!

Bila kita niat nak ber-hijrah, Allah will send good people surrounded you. Awesomee kan? Oh and I asked him, macam mana nak khusyuk solat. Frankly speaking, selalunya tengah-tengah solat, fikiran ke laut, kemudian "e'eh apa aku ni, solat solat". Thank Allah cuz you sedang solat ber-jemaah. Kira tak ada la terlupa/tertinggal apa-apa.

1. Selalu buat solat sunat sebelum & selepas
2. Selalu buat solat sunat taubat
3. Selalu buat solat sunat hajat

All these solat train kita, train mind kita untuk fokus. Dia macam kalau kita nak exam, kita kena buat latihan dulu. InsyaAllah boleh!

And last but not least, my mum, dad, kakak and my eldest brother went to Umrah last saturday (saturday baru lepas ni). Tak berkesempatan nak ikut hantar ke KLIA, sebab I have my first paper at 2 p.m. Alhamdulillah. Ayah ada text, dah sampai semua, and everything okay. I really hope moga pekerjaan Umrah mereka di terima Allah, moga mendapat keredhaan Allah, moga berjalan dengan smooth & moga selamat pulang ke tanah air semula. Aminn ;]



Thursday, March 21, 2013

Precious day in Pilah #24

Assalamualaikum. Last nightttttttt was awesome! Ya Allah. Alhamdulillah. Allah gave me chance untuk pergi Pre-Graduation Dinner. My first ever DINNER. Dulu waktu part1, tak dapat pun pergi Dinner Anugerah Dekan, sebab belum rezeki. Then waktu part3 pun not my rezeki untuk join Dinner Persatuan. Alhamdulillah rezeki dapat join dinner yang teramat lah precious.

MY pre-grad dinner. Rasa fun, rasa awesome, rasa best dapat dinner dengan kawan-kawan diploma yang dah 3 years bersama-sama mendaki.. Ya Allah harini pula my last class for Diploma, InsyaAllah. Rasa sedih la. Sedih sebab akan berpisah dengan semuaaaaaaaaaaa kawan-kawan. Kawan-kawan dah selama 6 semester ni, jumpa setiap semester, bertegur sapa, berborak gembira. =']

Thank youuuuu so much kawan-kawan! Thank you soooooo much Allah! Alhamdulillah. Sekarang ni tinggal work-hard-smart-super untuk final exam yang another seminggu ni. May Allah ease.

Akan rindu sangat semua. Kawan-kawan. Lecturers. Staffs. Cik Fara (hehe). UiTM Negeri Sembilan (Kampus Beting). Semualah! Seronok dapat bergambar dengan kawan-kawan malam semalam. Cuma kenapah aku tak ada ambil gambar dengan Mokhzani... Wehh mana kau wehhh... haha.

Now, i really-really-really want all thoseeeeeee photos yang entah siapa-siapa punya camera tah. Please. I want it all. Kenangan. Sepanjang diploma ni, I learnt so many things, luar dan dalam. Bersyukur ke hadrat ilahi sangat-sangat. Thank you Allah.


Oh and, pagi tadi was our presentation untuk Physics Final Project, and it went well. Alhamdulillah. Smooth. Simple. Madam pun tak berkerut-kerut. Alhamdulillah dipermudahkan.

Selalu pagi-pagi, kalau tak dapat solat dhuha, I will tend to baca Doa Solat Dhuha. Baca dalam tone UNIC bawa tu. Kalau tak ingat arab nya, baca la melayu nya. And everyday, before keluar rumah, baca "Bismillahi tawakal tu ala Allah, La hawla wala quwatta illa billah". Pastu bila masuk rumah, amalkan baca Surah Al-Ikhlas 3kali. Then before tidur, ambil wudu', baca Ayat Kursi, Dua kalimah Syahadah, 3 Qul. Kalau dekat rumah, before makayah or kita masuk tidur, salam cium mereka. ;]

Ini yang saya cuba untuk istiqamah buat everyday.. And I tries to ajak orang lain buat juga. Tapi tak ada la paksa. I just bagitahu, up to you nak buat ke tak. Amalan baik, I share. Buat dapat pahala, tak buat pun tak salah. Cuma recommended la untuk buat! Ohhh and! Not to forget! After solat, amalkanlah Sujud Syukur. ;] Kadang-kadang saya tak buat pun, sebab takut what will others think i'm doing kan

Sebenarnya! Ingatlah, "Jangan fikir apa yang orang fikir, tapi fikir apa yang Allah fikir". Itu la yang I keep on trying to utilize in myself. Masih belum 100% yakin. Astaghfirullahalazim..

Dan, not to forget brothers and sisters, Doa Qunut Nazilah. Orang kita ni, kalau benda dah teruk jadi viral semua baru nak baca doa Qunut Nazilah. Istiqamah la baca. Muslims all over the world, contoh Palestine tu, non-stop berjihad. Kita doakan lah untuk mereka. Everyday. Mana tahu pahala keep on mengalir je non-stop untuk kita nanti.. Wallahualam.


Monday, March 18, 2013

Shoutul Harokah - Bingkai Kehidupan

Assalamualaikum. Heard this song for the very first time this morning. In the library. Zahidah showed to me satu karangan luahan hati seorang sahabat kepada Arwah Abang Iman Shafiq Abd Rahman yang telah dijemput Allah kembali kepada-Nya petang sabtu kelmarin. Saya dapat tahu mengenai Arwah serba sikit pun sebab baca through status Encik Erfino Johari di facebook subuh Ahad semalam. Even I've never met him, tak pernah kenal langsung, tak pernah bersua, tapi dari membaca wall Facebook Arwah, saya pun turut rasa hiba.. Bergenang airmata. Ya Allah, engkau tempatkanlah beliau bersama golongan-golongan orang yang beriman serta tempatkanlah beliau bersama-sama orang yang mati syahid.

Sesungguhnya, arwah merupakan seorang pendakwah yang sentiasa berusaha, beristiqamah mentarbiyah berdakwah serta menjalankan Syahadatul Haq dengan orang-orang disekelilingnya. MashaAllah..

And one of sahabat arwah attach rangkap kata-kata yang mereka selalu cakap. Which ada dalam lagu Bingkai Kehidupan ni. Ayat ini touched me. I asked Zahidah apa maksud dia, and she showed me the lyrics..   ;']


Allahu Ghayatuna,
(Allah adalah tujuan kami)
Ar-Rasul Qudwatuna,
(Rasulullah teladan kami)
Al-Qur'an Dusturuna,
(Al Qur'an pedoman hidup kami)
Aljihad Sabiluna,
(Jihad adalah jalan juang kami)
Al-mautu fi sabilillah, asma'amanina.
(Mati di jalan Allah adalah, cita-cita kami tertinggi)

Semua ni, memang banyak link dengan apa yang Abang Abu Hanifah share waktu Daurah sabtu yang baru lepas ni. Kira sabtu kelmarin merupakan input, dan apa yang berlaku ni merupakan contoh-contoh bagi mengukuhkan pemahaman.

Jzkk. Al-Fatihah

Sunday, March 17, 2013

Precious day in Pilah #23

Assalamualaikum. Pagi tadi I have Physics' Test. My very last physics paper untuk sepanjang diploma ni, InsyaAllah. Alhamdulillah, berkat doa mak serta bantuan dari Allah, boleh la juga jawab. Dan tidak rasa ralat. Walaupun study berselang-seli dengan layan internet sepanjang malam.

I am surely will miss Physics! Aww...

I thought hari ni sabtu, esok ahad. Esok is Isnin. I is so sad face. Literally. ;p

Habis test, stay library with my teammates untuk Final Project Physics, tinggal settlekan thesis & present hari khamis ni. May Allah ease, Aminn.. Saja nak attach gambar slides-in-the-making. Sleknya, muka Wan tak nampak pula. Tapi I won't letak gambar ni for REAL la. Saja nak tambah semangat sambil buat slides.. ;] Thank you mates!






















UPDATED.
Aku saja tunjuk zamir gambar tu, pasti dia kata cantik and rugi muka Wan tak nampak. Therefore, I decided, aku tampal jelah gambar Wan ni. But I'm not pro bab edit thingy, thus, it's obvious aku tampal gambar Wan tu. hahaha























19 days left.. InsyaAllah

Assalamualikum. Yeahh, Alhamdulillah semua budak 3rd Batch Diploma di UiTM Kuala Pilah, Kampus Beting dah tamat belajar, EXCEPT student Diploma in Science. Which is saya dan rakan-rakan la. Jadi status Shah tu memang untuk semua budak DIS. haha.

Yeah Yeah KEEP CALM AND FINISH YOUR DIPLOMA


Saturday, March 16, 2013

Precious day in Pilah #22

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini diberi peluang untuk join Daurah. Apa itu daurah? It's like a seminar la. Tapi more to santai-santai sikit. Tak la formal. Tadi pun buat dekat rumah salah sorang brother IKRAM. Aku tak aspect aku akan sendiri hadir. Sebab hari-hari sebelum dan pagi itu juga, i felt malas nya nak pergi. TAPI! Satu je that kept me thinking, and reminding myself. "Faris, kau selalu bagi makan minda, lets bagi makan hati pula.. Dah lama hati kau berpuasa.."

Tadi perkongsian oleh Abang Abu Hanifah, more to Sirah kata Amin. Cerita pasal Dakwah Rabbani. Maksudnya, berdakwah yang menuju ke Allah. Baca (3:79). Kenapa kita buat dakwah? Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri buat dakwah. Dakwah ni dimana kita share-share ilmu. Dari situ kita dapat tarbiyah diri, topup iman kita, persediakan diri kita untuk apa-apa perjuangan akan datang. InsyaAllah.

Dakwah Rabbani ni ada prinsip. Prinsip yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Dakwah ni tak susah. Tak rigid. You can do anything, sharing moment secara langsung atau tidak terhadap seseorang or segerombolan. Contoh macam, Akhlak. Tunjukkan akhlak yang baik. Macam Rasulullah buat dulu. Dari Akhlak yang baik, orang lain boleh tergerak nak revert ke Islam. MashaAllah. Kuasa Allah semua tu.

Haritu pernah dengar dekat Ikim.fm, Ustaz tu cakap "Orang yang tahu, tak semestinya di sedar. Orang yang sedar, InsyaAllah dia tahu". Jadi, jangan assume kawan-kawan kita yang tahu hukum hakam tu sedar. Tanggungjawab kita, as a muslim. Saudara muslim. Mengingatkan satu sama lain. Kita yang dah sedar ni, kena selalu tarbiyah diri, kena selalu topup iman kita. Sebab Istiqamah ini tidak mudah. Ada sahaja possibility untuk kita jatuh semula.

"Buat segala apa yang kami mampu ke jalan Allah, ingatlah macam mana golongan emas (zaman Rasulullah serta Sahabat-sahabat) memperjuangkan Islam, menginfakkan harta ke jalan Allah. Niat Lillahi taala, harapkan redha Allah"

Read (3:146)

Lets keep on berdakwah, tarbiyah, sebab Allah dah janji Islam akan menang. Cuma tak tahu bila. Thus, kita kena keep on usaha. Eratkan ukhwah fillah. Moga kita semua sama-sama masuk Jannahtul Firdaus. InsyaAllah

"Jangan kita lihat orang setelah dia berjaya, sebaliknya, lihatlah macam mana susah payah yang dilalui sebelum dia berjaya"

Hubungan Allah kena KUAT, barulah hubungan dengan manusia kuat.

Ingatlah "Bila kita nak berubah ke arah kebaikkan, Allah akan hantar orang-orang yang baik mengelilingi kita". Alhamdulillah.


Tuesday, March 12, 2013

Precious day in Pilah #21

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi tadi was my last day masuk Laboratory, pakai lab coat semua. LAST weh. Lasttttt InsyaAllah...

And I met NEKO Nara waktu masuk library tadi, and I met Ain Rais dan Faya Hamdan. Masuk library sebenarnya nak siapkan kerja sikit, tapi tahu la, bila jumpa kawan yang dah lama tak jumpa dan akan sukar lagi nak jumpa selalu like always terserempak dalam kampus, aku rela spend time dengan mereka-mereka-mereka dari buat kerja.

You know, tinggal few days je lagi duduk dengan dorang. For yang dah habis praktikal pulak, habis presentation, ramai chow dah. Lagi lah kan. So bila ada chance datang for me to sit back and enjoy every moment yang ada, I WON'T LET IT GO. And I thank you Allah banyak-banyak sebab gave me segala nikmat ni. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ate lunch with Ain and Faya. Took some photos using my UWS. Tak ada smartphone, UWS pun awesome! Thank you Faya Ain for lunch today! ;]


Monday, March 11, 2013

Precious day in Pilah #20

Assalamualaikum.


Harini precious sebab malam tadi we went for a dinner. Six of us. Bertemu, gather kembali, dan taktahu when akan jumpa lagi. Last dinner ber-6 di Kuala Pilah. Semuaaaaa duduk area-area Selangor, KL.. But it doesn't mean we can meet always.. Mesti ada kekangan sana sini,..

Korang! Shah, Zamir, Wan, Opie, Niyah! Thank you for tonight! I decided to be silent the whole night, bukan apa, saja, nak enjoy every bit of the memories.. Seronok dengar korang berborak, bernyanyi dalam kereta, bergurau senda semua. It is fun! So much fun! Alhamdulillah Allah kurniakan korang jadi my friends.. Almost 3 years kita kenal, kita berkawan di UiTM Kuala Pilah, Beting sepanjang mengaji diploma.. Banyak dah memories telah tercipta. Moga kita meet again next time, InsyaAllah ;]

And to all my part6-diploma-science-mates sekalian! All the best okayyy untuk final exam ni! InsyaAllah nanti kita Grad sama-sama tauu! Aminnn Ya Rabbal Al Amin....


Precious day in Pilah #19


Assalamualaikum

Hai! It supposed to be DAYS. Precious DAYS in Pilah. Since khamis yang lepas lagi. Why? Sebab budak-budak praktikal start balik Pilah semula, untuk hantar report and buat Presentation.

Alhamdulillah... dapat jumpa mereka-mereka kembali. Thank you korang sebab balik jumpa kami. Happy-nya wehhhh, jalan3, jumpa budak batch part6! Starts with budak tekstile, then microbs, ladang.. tinggal budak foodtech je tak balik-balik lagi. Ibarat macam 'Sirih Pulang ke Ganggang'. Sebaknya kena say 'Fi Amaanillah' dah.. Entah bila akan kita ketemu lagi kan

Part6 tinggal budak Diploma Sains je tak habis belajar lagi sebab kami ada Final Exam. Ghaaaa serius akan rinduuu sangat3 semua budak diploma 3rd batch UiTM Kuala Pilah. Lotssss of looooooveee~


Saturday, March 2, 2013

Precious day in Pilah #18


Assalamualaikum. 

Harini best! Ada 'Finishing School Module'. Modul paling best sepanjang diploma ni! Tambah pulak dapat fasilitator, Cik Fara, Alhamdulillah. Awesomeee!

Tadi belajar preparing diri untuk kerja. So ada belajar buat resume, belajar macam mana nak jual diri you to company. Oh and, goshhh ada Mock-Interview! Memang la mock je, tapi sumpah terketar-ketar gila. Tremor + Nervous = Trevoussssss. Siap aku terbuat muka cuak lagi lepas habis jawab soalan.

Hah. Apapun, thank you Cik Fara, thank you UiTM sebab preparing us untuk ni semua & provided us knowledge untuk face kerjaya-life. Alhamdulillah ;]

"Dah final semester ni, make sure awak ALL OUT! Sebab kalau tak nanti, awak rasa fatal. Awak boleh buat sebenarnya, tapi tak buat sehabis baik"

At the end of the modul, Cik Fara cakap "Part-6, dah nak grad dah awak. Awak grad, saya pun nak pindah dah. Saya bertukar ke Jengka, atas sebab keluarga. Mak saya sakit, jadi saya nak duduk dekat dengan mak saya. Jadi kita sama-sama BYE-BYE BETING"

"InsyaAllah, awak konvo nanti, saya datang!" (sebak lah waktu dengar ayat ni..)

Terima kasih Cik Fara for everything! Dari saya part-2, dari saya start join program, Cik Fara, Miss Su, banyak membantu. Miss Su dah pindah, Cik Fara pun dah nak pindah. ;'] Will miss moment-moment join programs semua.. 

Terharu Cik Fara ingat nama saya walaupun dulu waktu program, saya budak biasa-biasa je. 

28days left kawan-kawan! ALL-OUT okayyy! #pesanankhasbuatdirisendiri


Monday, February 25, 2013

Resah. Risau. Gugup.

Assalamualaikum. Mula-mula tak rasa. Tapi bila teringat balik muka Wan waktu lab tadi, how she betul betul risau nak final exam in few days (33 days..). Final exam yang terakhir untuk pengajian Diploma (InsyaAllah). Seram sejuk di buatnya. Final semester ni la everyone aim high gila-gila. Sebab you tinggal satu semester sahaja lagi nak upgrade your cgpa.

Harapan tinggi menggunung! Risau haruslah lebih dari gunung. Bila jawab test given my lecturer, "Alhamdulillah Alhamdulillah boleh buat. InsyaAllah aku boleh cope ni", soon after, kembali gigit jari. Apeni apeni. Gabra ***** sangat kenapa.

Mungkin sebab everything unsettled lagi kut. Syllabus tak habis covered lagi. Final project physics pun still in progress. CUAK.

InsyaAllah InsyaAllah everything will be okay. Usaha! (farisfikri kena usaha! asyik beradu je)

Orang minda besar, masalah jadi kecil.

Common! Kecil kan masalah! BESARKAN MINDA


Thursday, February 21, 2013

Precious day in Pilah #17

Assalamualaikum. Heyhoo! Okay, hari-hari precious, cuma harini extra precious. Sebab harini birthday Zamir Aliff! Wan & Opie ada MUET harini, dorang kan perempuan, jadi, memang ada aje lah masa nak buat kek-cepat or apa-apa yang boleh untuk celebrate ala kadar. 

So they both did a cake named, Polomiloreobury. Haha. Sedappppp! Unexpected! haha. So itu on the evening. Zamir's birthday will be the last Birthday yang dapat disambut bersama- sama before habis Diploma ni. Ghuuuu terima kasih teman-teman! Thank you Allah for everything! Alhamdulillah. And my quiz went well, Alhamdulillah.

 On the night, lepas isyak tu makan dengan Faiq, habis tu lepak di pondok borak-borak, then Aifa lalu, We say Hiiiiiiiiiiii! From there, borak macam- macam! Lamaaa sangat tak jumpa Aifa. So i took this chance untuk update la pasal masing-masing. I felt happy gila sebab dapat spend time dengan kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa. Eventhough i have two tests for tomorrow, aku tak sedikit pun tak rasa menyesal lepak dengan korang tadi!

 Dua tiga menjak since dah tinggal lagi beberapa hari je nak habis diploma ni. Aku lebih suka spend time dengan kawan- kawan, lebih suka buat something yang sendiri rasa happy. Walaupun kalau selak tirai tu, banyak je bangunan runtuh, goyang. haha. Tapi Takpe! Itu masalah aku. Aku pun tak berapa serabut sangat, jadi korang tak perlu risau. I'm fine. InsyaAllah. ;]

 "Allah tempat meminta segala sesuatu" (al-Ikhlas: 2)

 Selalu teringat kata-kata Prof.Dr.Muhaya, "Orang minda besar, masalah jadi kecil". So I really want to be orang yang minda besar! If rasa tak larat gila nak jalan, rasa tak boleh buat, rasa masalah membesar, rasa macam nak mengadu-ngadu, turn to Allah. He always there. Serius! May Allah ease our urusan. InsyaAllah 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah daripada Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan, maka kepada-Nyalah kamu meraung meminta pertolongan" (an-Nahl: 53)

 "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (al-Fatihah: 5)


Sunday, February 17, 2013

Apa pasal aku nak sangat ke sana?

Dulu, nak sangat belajar abroad, sebab rasa bila ke sana, barulah boleh start move one step mencari erti hidup, mencari kemanisan keindahan Islam. Tapi Alhamdulillah, jumpa dah walau di Malaysia ni. But still, ada impian nak ke abroad juga. Living the life outside comfort zone. Biar ada experience dealing with unexpected. ;]



Saturday, February 16, 2013

Need to roll dude

Assalamualaikum. Mak dah marah. Sebab aku online sahaja. Hari isnin ada Test Physics. Hari rabu ada Test Biology. Mak bebel sebab aku tak study lagi. Hahaha. Apani kata nak score! Malam ni kena pulun! Cuti tinggal 2hari je lagi ni.. Dengan lab report tak siap lagi. Astaghfirullah hal azim..

Nescafe satuuuuu!


Friday, February 15, 2013

Jumaat hari yang penuh keberkatan

Assalamualaikum. Harini, Alhamdulillah, sungguh bersemangat aku pergi Solat Jumaat. Lepas solat, Alhamdulillah, waktu nak pakai selipar tu, aku pandang belakang, ternampak Abang Shafri dengan Abang Asnita tengah berborak. Aku pun ringan mulut, tegur, salam, berdiri join dorang berborak. Rupanyaaaa dorang pun UiTM-ians! Hahaha seppppp!

Abang Shafri baru habis degree Finance. Abang Asnita tu tengah 2nd year degree Pengurusan Tanah dan Ameniti. Aku pun interview la dorang habis-habisan. Aku kan nak ambil degree, InsyaAllah.. Aku minta la suggestion dorang apa yang tengah market sekarang? Dorang kata sains komputer, software engineering.. Aku pun hapeee lagi, TOINGGGG! Keluar idea untuk apply USM tu.

USM punya no.pin tu mahal, RM40. Aku pun fikir dua tiga lima kali. Tapi sepupu aku cakap, ia merupakan pelaburan untuk future. Aku pun, okaylah. So nanti kena buat 4 choices. Aku ni kalau boleh nak kampus Penang! Induk! Besarrr... hahaha.

So sekarang ni baru ada dua dalam otak aku. Audiology n Computer Science.

On the other side, semalam Kak Piqa sent me pictures sebagai teaser untuk Medical Imaging. Ghaaaa nampak best weh! Kak Piqa cakap banyak practical, which aku love la kan! Ya Allah, terus aku tukar application untuk penerapan UiTM tu, letak MI 1st choice! haha. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, redha. ;]


Thursday, February 14, 2013

59 days to go..

Assalamualaikum. Yeahh lagi 59 hari lagi nak habis diploma. Dan lagi 37 days lagi nak final exam. Gila tak weh! Gila weh... Aku ni macam terkapai-kapai lagi ke apa.. Takpe faris! Usaha! Final semester ni! Harus semangat!!!

Project "Precious day in Pilah" tu baru berapa belas isu.. Hadoi. Ni masih tengah cuti, kena pulun habis-habisan. Lepas ni tak ada cuti dah. Ghaaaaaaa. Akan rindu zaman diploma.. Sangat-sangat! Alhamdulillah dapat lalui hidup sebagai seorang pelajar diploma. Sangat awesome! Sangat cool! Sangat precious! ;]


Tuesday, February 5, 2013

Em-goi

Assalamualaikum. Hai! I've been home for 4 days now.. Sabtu petang lepas angah+cousin ambil dekat UiTM. I have been sicked since dekat rumah lagi.. hari ahad, 27th Jan. Sakit tekak.. sampai UiTM waktu lab bio dah start bertukar-tukar suara. Esoknya demam teruk. Dan demam.. dan demam.. dan demam.. dan Alhamdulillah, harini dah tak demam. Tapi masih batuk dan selsema.

Saya plan nak balik UiTM semula esok. Kawan-kawan cakap, "Tapayah balik la, cuti terus sampai habis CNY, hari jumaat takde kelas pun..".. I have to balik UiTM. Duduk rumah jadi macam tak cukup baju, sebab banyak dekat UiTM. haha. CNY pula kami cuti seminggu. ghaaaa orang lain cuti seminggu, aku cuti 2 minggu + 4 hari. Hahahaha berbekalkan 1 hari MC. Mampu?

Cuak betul aku kut tiba-tiba nanti UiTM keluar surat "Pengajian anda di-extend!". Nauzubillah min zalik... seminggu lebih tak attend kelas, rasa Ya Allah ruginya... banyaknya aku tertinggal... Tinggal less than 2 months nak Final Exam.. (wuuuu menangis aku nanti).. Tapi! Kena ingat! Everything happens for reasons.. Redha, Tawakal. ;]

I still haven't buy any pin number untuk sambung degree... Adakah ini one of the thing-that-should-let-it-be? I don't know.. I want to buy, tapi tak ada effort pun untuk pergi beli.

Akhirkata, I would like to give my gratitude to my fellow UiTM friends yang sangat super kind, care, helpful, loveable, concern!! Terima kasih wehhh, terharu sangat.. Will miss korang lepas habis diploma ni!

Aku sangat susah nak demam. Jarang. Bila kena sekali, zuppppppp seminggu kau! Thank you mak ayah sebab suruh makan, sediakan, this and that, kakak for being 'physio-in-the-house' ;]

Jzkk



Tuesday, January 29, 2013

Precious day in Pilah #16

Assalamualaikum. Hai! Arrived at Pilah petang tadi, stay rumah sewa Zamir sekejap, then off to lab biology, 4-6pm. On the night, we continued our physics project dekat atas pentas dataran. Zamir, si Chef, brought along spaghetti. SANGAT SEDAPPP! Alhamdulillah. ;]


Monday, January 28, 2013

Don't take it for granted

Assalamualaikum. ;]

This is a reminder for myself and to my brothers & sisters.

As we all known dalam Al-Quran ada banyak cerita-cerita pasal umat-umat terdahulu? Okay, perasan tak every time umat-umat itu ingkar dengan utusan Allah, mereka dapat 'bayaran tunai' from Him. Now, have you ever wonder why, kita, umat Nabi Muhammad S.A.W. bila ingkar arahan Allah, we still alive! Tak ada tiba-tiba 'final destination'..

And, have you ever wonder why in 2004, Dia hantar Tsunami dekat Aceh, and the news spread all around the world dengan pantasnya.. Kita panggil apa? Natural Disaster. And where does the 'natural' come from? It came from Allah, the Creator. Why He sent the Tsunami? He know what we don't know. And Dia nak warn everyone di Dunia dan Dia nak tunjukkan kebesaran Ilahi.

Yet.. mereka, kita masih di-awang-awangan. Ada satu ketika dahulu, Baginda mohon kepada Allah, hold 'bayaran' terhadap umatnya. Why? Sebab Baginda sayang sangat dengan kita. And Allah agreed. Why? Sebab Allah juga turut sayang dengan kita. He's giving us chances.. So many chances.. No payment needed. Free oxygen, etc.. Hoping that one day we will realize and repent. Repent is not a choice. It is an obligation.

Do you want, because of what we do, Rasulullah S.A.W. weep. He will cry because He feel pity for us, our action will lead us to opposite of the Jannah. How can He, a lovely, kind, Prophet tengok umat dia astray.. After all the signs that has been shown to us, from Allah..

All the Malays, yang muslim.. We have been raised in a muslim family, thus sometimes kita rasa "Tak apa, tak ___, aku dah Islam". Do not take it for granted. Haven't you look around? Those Reverts, ilmu Islam mereka lebih mendalam dari kita. I salute them! MashaAllah. Bila dalam Majlis Ilmu, penceramahnya adalah seorang Revert. Yang akan banyak tanya soalan tentang itu-dan-ini dalam Islam, is orang Islam yang dah bertahun-tahun dalam Islam. Tak rasa segan ke? Kita yang sejak kecil dah mengaji Quran, still kekurangan ilmu agama.

Why? Sebab kita take it for granted! Para reverts, once they enter Islam, they work so hard, mendalami Islam. They appreciate Islam macam itu la nyawa mereka. They do lot of researches  readings, untuk fully understand Islam, and live as a Muslim ikut Al-Quran & Sunnah.

Ya, memang benar dalam Ayat Kursi ada sebut "Allah hanya akan beritahu kita apa yang Dia hendak kita tahu". Tapi, kalau kita tak berusaha nak ambil tahu, memang forever la you tak akan tahu.

Allah tak akan ubah kita selagi kita tak ubah diri kita sendiri.

Read the Al-Quran daily, and understand the meaning. Baca terjemahan. If ada tak faham, ask around, Ustaz/Ustazah.

Oh and! Always renew your Syahadah.. Penting! ;]

"There is no Illah except Allah"

JZKK




Saturday, January 12, 2013

Precious day in Pilah #15

Assalamualaikum. Heyhoo! Haha. Semalam Faiz Noli datang.. This time tompang tidur at my place. Sebelum-sebelum ni tempat Kamarul. Tapi Kamarul dah jadi NR-fulltime. haha. Dia checked-in at 11pm. We borak all night long till 1am macam tu.. Best la borak. I asked him pasal Engineering, course yang dia tengah attending.. Ni baru first time aku borak dengan kau setelah lama la juga kenal. haha. Now I feel like putting Engineering in-the-list juga! haha. Tapi seriously banyak calculations! You may get confused..

Apepun, it's my pleasure to have you here Faiz! Terima kasih, next time datang la lagi. Best apa ada kau dekat sini! Moga bond kau dengan Noli berkekalan till forever! And InsyaAllah, husband&wife-to-be.. Amin Ya Rabbal Al amin.. ;]


Friday, January 11, 2013

He replied! ;]

Few hours after I posted entry below, keluar la post ni di Timeline Facebook. See how much Allah loves you! ;] Alhamdulillah


Entri Untuk Diri Sendiri - Redha (dan terus berusaha!)

Assalamualaikum. Selamat Pagi! ;] Still going to talk pasal sambung belajar. Entri bosan. Tapi nak juga catat. Tahu apa reasons I wanted to further abroad? Reasons dia sebab gambar atas ni...

Tapi main reason is, I want to jadi wakil adik-beradik yang capai apa yang Mak&Ayah capai dulu.. Sebab saya anak last, jadi kalau abang kakak saya tak dapat capai lagi, tanggungjawab saya la untuk capainya kan..

Ayah dulu budak SBP, SDAR. Non of our siblings masuk SBP pun.. Both of my parents 1st degree di Australia (under Dasar Ekonomi Baru).. Setakat ni non of my siblings 1st Degree abroad lagi. Tadi buka facebook mak, ayah, dekat info ada tulis, "Studied in University of Newcastle, Australia" "Studied in University of Canberra, Australia". automatically rasa sebak! T_T

Sedih la! Aku tanam cita-cita nak pergi 1st Degree abroad dari sekolah lagi. Tapi aku tak work hard for it! Enthusiastic sekejap je, lepas tu kembali bersantai. Teringat kata-kata ayah waktu tengok result part5 saya haritu,

"___? tinggal lagi berapa sem ni? Satu?? Macam mana nak pergi overseas ni... (nada hampa)"

Mana ayah tahu saya nak pergi abroad? Sebab I told him waktu nak apply UPU dulu. Saya nak sambung dip.sains sebab ada peluang nak sambung abroad. Tak sangka ayah ingat till today. Hummm malunya!!

Ayah pernah juga cakap, nanti pergi la sambung di Mesir, atau Europe, kawan-kawan ayah ada hantar anak mereka ke sana... Faham tak maksud seorang ayah sebenarnya? Kalau dari sudut saya lah, saya rasa ayah macam segan dengan kawan-kawan lain, sebab anak dorang semuaaa fly... Bukan salah ayah ;]

Saya nak pergi abroad! Saya tahu ayah pun nak suruh saya pergi! Tapi saya tak nak bazirkan duit Ayah! Dengan result yang average ni, SAY NO TO PEMBAZIRAN DUIT! hahaha. Looks like I just have to live with it. Keep on rolling FarisFikri! InsyaAllah, sampai masa nanti, awak betul-betul dah ready nanti, Allah bagi la awak peluang ke sana! Lagi bagus kalau dapat peluang ke Rumah Allah, Tanah Haram, Mekkah. ;]

"Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita! Mungkin Allah tidak memberi results yang besttt untuk fly sebab Iman our masih tak solid. Masih belum ready untuk hidup di dunia luar. Fragile. On the verge of tiang. Boleh jatuh ke kebaikan, boleh jatuh ke keburukan. Kita perlu sentiasa fikir. Allah tak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia.."



Thursday, January 10, 2013

Precious day in Pilah #14

Assalamualaikum. Hari ni hari ke-4 aku keep on surfing/searching for a Bachelor Degree program. Dari abroad ke local.. And I decided untuk stay local. Even nak gilaaaaa pergi abroad (seperti anda lihat di side bar kanan ni ada mention.haha). Hmm, for me, memandangkan my CGPA not that awesomeee! Cuma average. Jadi, kebarangkalian untuk guna duit PAMA (parents) yang banyak tu ada! Dengan IELTS yang kena bayar RM650 tu. Haih.

Besides, health sciences punya Fees mahal. Kalau dekat local dah harga begitu, yang abroad lagi la BEGITU. hahaha. UK & US tu boleh byebye awal-awal la, sebab mahal. Kalau you betul-betul ada keen nak ke sana, boleh je minta pinjaman MARA or etc...

New Zealand landscape scenery dia best! Yuran cheaper la dari Australia. Kira macam ni, NZ < Australia < UK&US. Oh, and yuran pengajian di Turkey pun murah bebanding others!

Okay macam ni, ada banyakkkk je ways nak pergi abroad. Tapi sebab I don't know nak sambung apa secara confirmed-nya. Kalau nak pergi abroad, choose program yang Malaysia not good at. Maksudnya kalau Radiography tu, tak perlu la pergi overseas, dekat Malaysia ni pun dah ada yang bagus-bagus!

Sekarang ni tengah google, mencari program yang suit me dari IPTA ke IPTA di Malaysia ni... Pening tahu tak. Penat nak cari yang best-fit. Phiuww... Sekarang ni, trending dikalangan kami student part6 bila berjumpa sesama sendiri, "Nanti nak sambung apa degree?".

Tidur ke mana, study ke mana, test&quiz ke mana..

Kena buat solat istikharah, May Allah ease. Aminnn ;]



Sunday, January 6, 2013

Happy Birthday!!

Assalamualaikum. Kalau ikut kalendar Gregorian, today is my eldest brother punya birthday. Oh and seorang kawan, Shahrol Fahmie. So, HAPPY 26th BIRTHDAY ABANG! and HAPPY 21st BIRTHDAY SHAHROLE FAHMIE!

Sila ambil tahu your REAL birth-day according to Hijri Calendar. Mine is on 3rd Jamadil Akhir 1413 A.H. ;]

Aku ni kalau dalam siblings, kira macam outlier la. Tak satu kepala dengan sesiapa. Cuma dulu, selalu berborak dengan kakak. Kalau kakak dekat hostel, I will masuk bilik dia, dan menangis sebab rindu. Saya tak rapat dengan abang-abang, hanya dengan kakak.

Dah besar ni, kakak pun dah kerja, dah ada future-to-be-husband, saya pun tak rapat dah dengan kakak. Kakak masih rapat dengan both of my brothers. Nasib baik ada Mak, Mak la jadi tempat saya berborak kalau ada apa-apa. Alhamdulillah.

Dan bila makin besar juga, my eldest brother semakin bersikap ke-abang-an. Dia ambil tahu hal adik-adik, dia lebih care pasal adik-adik. Dia express ke-abang-an dia.. Terharuuuu sangat! Sebab dulu none of my brothers care. Kami jangal untuk berborak.

Abang saya wish birthday saya tahun lepas, dia kata dekat wall FB "Happy Birthday my little brother! ;]". And tadi bila I text him Happy Birthday, dia reply "Thank you adik~~~~ ^^"

Ya Allah. Rasa bersyukur sangat! Now baru rasa macam ada abang. ;']


Saturday, January 5, 2013

Precious day in Pilah #13

Assalamualaikum! Harini, seperti yang telah di-niat, tapi ia terjadi dalam keadaan tidak sedar. Kira tak sabotage la. I over slept till 10am. Jadi, tak pergi la main Galah Panjang tu. My phone pun tak ada orang called or message pasal Sukan Rakyat tu. So okay lah! haha

After Zuhur harini, saya, Wan dan Zamir went to Kedai Hardware, Bengkel kereta, Kedai Runcit sebab nak cari bahan-bahan yang kami perlukan untuk Project Physics kami. Alhamdulillah, berjaya la jumpa egg-cartons yang dijual murah sangat3! Dan kotak, dan siap dapat free cushion kereta from bengkel lagi! Baik uncle tu!

After Asar, we'olls start bertukang di belakang Kolej Sri Pilahs.. Buka cushion kereta, ambil foam dia sahaja.. potong kotak, measure sikit-sikit. Sampai kalau orang tengok, kami ni macam buka bengkel pula dekat atas jalan belakang kolej tu. Juniors lalu lalang pun dengan muka yang penuh tanda tanya.. hahaha

I had fun today! Will remember lah semua kenangan manis ni! Thank you Allah! Alhamdulillah. ;]

Precious day in Pilah #12


Assalamualikum! Selamat pagi! So few days ago, hari rabu malam, my blok buat perjumpaan dekat bawah blok. Ada bacaan Yassin sebab ada kes kecurian laptop again. Okay aside from that, MT blok bagi talk sikit pasal aktiviti oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Nama event ni Variation of Intelligence (VOICE). So ada la game indoor&outdoor yang every blok kena hantar wakil.

So disebabkan I'm on my last semester here, nak la masuk apa-apa kan! Aku orang first isi borang untuk Sukan Rakyat. Saya masuk Galah Panjang. Lama tak main Galah Panjang. And the game is tomorrow morning! Ada perarakan bagai, which I LOVE la kawad-kawad ni. haha.

Okay, so memandangkan it is tomorrow, ada la banyak dinosaurs in my tummy. Terus macam-macam rasa, rasa macam tak nak muncul la esok, takut la pulak. Sebabnya kalau selalu main dengan cousins or friends. Ini main for blok. Haruslah lelaki-lelaki lain akan lebih bersemangat kan. Wakil blok! While me, I just nak having fun. Plus, segan.

Haritu punyaaa la excited nak masuk la, saja nak challenge diri la. Tuptup, bila another hours je lagi, teruss rasa nak duduk dalam bilik je for the whole day. Yang MT blok yang uruskan benda ni pun tak contact apa. Tak bagitahu pun esok pakai baju warna apa ke, tunggu dekat mana ke, gerak saing ke.. etc.. Hmm mungkin sebab dia budak baru kut, tak tahu yang dia kena ambil berat pasal benda tu..

Okay on top of others, today is Wan Sharifuddin Birthdayyy (according to Gregorian calendar)!! Wan ni merupakan my friend since tadika. Best la ada kawan macam dia! Borak pun okay, cerita problem pun okay, semua okay. Alhamdulillah. Bersyukur sangat ada kawan macam dia! Terima kasih sebab called aku tadi! It has been a year since kita last jumpa/borak. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur & beri rezeki lagi..

Sekarang ni I have 3 orang kawan yang saya panggil dia WAN. 1. Wan Sharifuddin (kawan since tadika), 2. Wan Noraishah (kawan since sekolah rendah), 3. Wan Nur Adilah (kawan since masuk diploma). ;]


Thursday, January 3, 2013

A day!

Assalamualaikum. At 9.14 A.M., I received a text message from a friend, schoolmate/classmate/coursemate/campusmate, Hasreenajua A.Rahman, informing me about her father. He passed away this morning around 7 a.m. Innalillahi wa innalillahi rojiuun.. Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman & moga dilindungi dari azab kubur & semoga ahli keluarga tabah dan redha atas pemergiannya..

Saya pun terus bangun segar! Terus forward message tu dekat kawan-kawan sekolah, uitm yang kenal dia. Kebetulan laptop terbuka, terus buka facebook, update di sana.

Chat with my classmates, Wan & Zahidah, yang merangkap kawan Hasreen juga.. We decided untuk pergi ziarah. Alhamdulillah harini ada kelas tutorial 1jam je, dah called lecturer minta kebenaran, dia kata okay. Alhamdulillah. So, ajak Zamir shoot ke Ampang around 11.50 a.m. macam tu..

We stayed at the Mosque till habis solat jenazah. Jenazah dikebumikan after asar, around 5.10pm.. On our way back to Pilah, singgah di Leisure Mall, makan & solat jamak di sana.

Sepanjang harini, I experienced satu hari yang penuh dengan input dan iktibar. Alhamdulillah. Sepanjang dalam kereta pergi-balik, waktu makan, kami non-stop berbincang secara random & relax mengenai agama, sekeliling, further study.. MashaAllah. Kira masa kami dipenuhi dengan aktiviti yang sihat dan mengembangkan minda. Alhamdulillah! Tak rasa macam wasted pun. Seharian berjalan ber-4.

I had a great & wonderful day today! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Allah! ;]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails