*ini gambar dengan housemate, Anip. Salam. Semalam, hari jumaat kan? Haa ikutkan ada 3 kelas. But then kelas petang dibatalkan, then physics pun dibatalkan. So tinggal biology je la, 9-10 am. Miss cakap nak buat quiz. Okay la semua dah alert pasal tu.
9.23 a.m. KRINGGG! KRINGG! A: Hello? B: Weh kau dekat mana? B: Kita-orang dah habis buat quiz dah A: Whatt?? (aisehhh) A: Pastu aku macam mana? B: Kau datang je la jumpa Miss A: Oh okay okay..
KRINGGG RINGGG! A: Hello? B: Heloo FF, kau dekat mana? B: Nape tak pergi quiz? A: Ah jap jap aku nak siap-siap (mandi okayy!) B: Okay nanti kau pergi jumpa Miss bilik dia tau A: Ah bilik dia dekat mana? B: bla3... A: okay thanks!
Demmmmm lambat lagi. Minggu ni disaster. Sekarang ni tak kira tidur awal ke tidur lambat ke still bangun lewat. Ini yang lecturer selalu cakap MASALAH ATTITUDE. Alhamdulillah Miss bagi ambil quiz tuh pukul 3pm. Miss nasihat "ehh tak boleh macam tu, tak elok".. Hidayat pun said the same thing to me that morning. terima kasih!~~
Salam. Nampak tak nampak tak? Baju yang sama. YESSS! Bulan ni, every monday pakai baju yang sama, seluar yang sama, semua benda sama kecuali pakaian dalam la. haha. Ada yang panggil 'pengawas' la. Saya ulang sekali lagi ye kawan-kawan, bukan pengawas tapi LIBRARIAN!~
Sila compare gambar di entry ni dengan entry bawah, nampak perbezaan tak? apa? yee rambut. haha. Cut my hair last two week. Kerana apa? takut kena merit waktu ko-ko. Lagipun, rambut tuh dah panjang pun. Rimas kut panjang-panjang. Isnin haritu ada sesi ambil gambar kelas(group). Harini hari apa yee?? Aaa hari rabu.. esok khamis.. then jumaat.. thennnn? CUTI MID-SEM la kawan! wuhuuu tak sabarnya.. Apa nak buat apa yer cuti ni, MAK... apa plan pergi bercuti mana-mana tak? humhum
Ah, semalam, 1st time sepanjang saya belajar dekat uitm ni, 1st time skipped class. Perlu ulang ke? tak perlu kut. Reason? okay macam ni. Disebabkan faris fikri dah biasa sangat tidur lewat since cuti semester lepas, terbawak-bawa sampai ke harini. Paling awal pun 2.30 a.m. baru tidur. Paling lewat? aishhh tak perlu mention la kan, tak tidur sehari pun ada. The night before, i decided to sleep early dengan harapan bangun awal la kan, TUPTUP teramat lewat! Class pukul 9.00, 9.50 baru sampai depan pintu kelas tu, memang tak berani nak masuk la kan, free free je dapat 'O'.
Apa-apa pun, terima kasih to my classmates yang sangat perihatin, call, text.. bukan sorang okay, lebih dari sorang. Terima kasih! Sebenarnya, 9.11 tuh dah terjaga, but then BERNIAT BURUK. Nak ponteng class, baru baring 2 minutes, member bagi texts & calls. Tak menjadi terus niat buruknya. haishhhhh
That evening, during english class, my lecturer bagi suggestion nanti apa-apa assignment yang memerlukan seseorang untuk buat essay, post dekat blog je. BLOG? bukan blog peribadi la. Satu class sepakat buat satu je blog. THEN THIS IT THE INTERESTING PART! the queen sat down and ate the heart.. -------- tibatiba cerita snow white pulak. Then, Miss A. , walked besides me and say "Saya ada baca blog awak. Kerink kerink something...". ERKKKK? "Secara kebetulan je, kawan saya check2 apetah, then dia tanya saya, eh ini your student kan?" MALUUUUUUU "Apa nak malu pulak? I enjoyed reading your blog. Maybe next time saya comment pulak".
HAHAHAHA. sampai begitu sekali tau si Faris Fikri ni mengcapap. THANK YOU miss.A, terharuuuuu (rawrrr malumalu. haha)
p/s; nickname yang dapat while dekat k.pilah, "Mesra Alam", "Mr.World"
p/s/s; harini online guna beruk honolulu(anip). line wifi uitm still dingdong! Tak reply lagi comment2 dekat entry pasal gegar2 tuh, balik KL la. InsyaAllah ;]
Salam. Last night, i spend my whole SLEEP TIME with Ariff & Farid. My first and my last time, step into Ariff's room. Starting from today, 20th January 2011, Ariff isn't Kopilah-ians anymore..He will be transfering to UiTM Lendu, Melaka. Why? Because his application to change his course has been approved by UiTM. He decided to continue his studies in Mass Communication instead of Technology Textile. Ohhh I will miss him.. We just started to get close to each other.. He such a nice friend. I love to be friend with him. I am comfort with him. Haha. When Ariff & Farid bergabung, fuhhhh MERMAID MERMAID!! hahaha. They are dem hilarious. They make spontaneous humors. I love it so much!
We didn't have any chance to snap a picture together.. Ahhh why i do not own a camera. I mean digital camera. To capture those moment that i would like to kept. Hahhhh.. Anyway, we were gossiping all night long.. Then me and ariff exchanged our past stories.. I asked him a lot. How he started his first business. Do you know that Ariff, eventhough he's still a teenager like me.. Like 19 years old HELLO! he already own his own businesses. Yela yela, memang la ada je orang lain buat business. Tapi Ariff, for me, he's different. Ahh i adore him on how he manage to gain his own income di usia muda. humhum
ARIFF!! Good Luck dekat sana. Rindu rindu la dekat aku dengan Farid. haha. Moga kau dapat kawan baru yang baik-baik, and not a back-stabber. Pergi chase your dreams! And and jangan lupa, apa yang kita bet, strive to get 4.00 FLAT!! InsyaAllah. And Ariff, if you're reading this, nak cakap TERIMA KASIH for the AmbiPur.. Sangat wangi bau dia.. Bau ROSE! Rawrrr hehe. Saaaaaayang kau weh! Ada masa jom la hang-out together with Farid while semester break nanti ke kann.. InsyaAllah.
Around 5 a.m. We were just finish watching WET DREAM 2. baru la semua dah sleepy gilaa.. Farid dah tertidur-tidur dah. Ariff cakap solat subuh dulu baru tidur. Then we had a big hug.. uwuwuwu apeni emosi emosi ni. Haha. Cakap bla3, then saya naik tangga ke tingkat 4. Sampai rumah 41, pegang tombol pintu.. PEKKK! (adehh dorang kunci ke pintu nih?). Call Hanif 3 kali tak angkat. Tengok scenery, cantik nya, Subhanallah. Bulan pun cantik. Bersandar je la dekat dinding luar tuh tak tahu nak buat apa.
KREK KREK.. (ehh ada bunyi la dekat dalam..) TOK TOK TOK! TOK TOK TOK! SEKELEPAPPPP, KECIK KECIK..
A: Laa kau pergi mana? B: Eh tak tidur lagi? Pergi rumah kawan, dia nak blah dah esok.. B: Call Hanif, dia tak angkat. Ingat semua orang dah tidur, tetiba terdengar bunyik dekat dalam, so ketuk la.. hehe A: Aku ingatkan siapa la ketuk-ketuk tadi.. B: Napa tak tidur lagi? A: Ohh baru habis tengok movie. A: Kau nak tidur ke? Kau tak payah la tidur, nanti kau bangun lambat. B: Umm tak kut, dah pukul 5 lebih. Pukul 8 dah start LDK kan.. Nanti waktu ceramah tuh tidur la. hehehe A: Okay.. um nih napa kau ke hulu ke hilir nih? B: Tak tahu nak buat apa.. A: Main la laptop.. B: Memang nak main, tapi laptop bawah bantal, mirul tidur atas bantal tuh.. A: Laa amek je la.. Jap aku tolong..
ZAPPPPP!! EH MIRUL, TIDUR TIDUR, SAMBUNG TIDUR..
A: Nahh.. Senang tu pun nak kena aku ambilkan ke.. B: Heee terima kasih!! A: Selamat hari raya! B: Uh? Raya apa? Thaipusam? Itu Anip.. A: Hahaha a'a, esok kau bagitau dia happy thaipusam.. B: Nak tidur dah ke? A: A'a.. aku takde LDK esok pagi. B: Ohh a'a la kan.. B: Eh tak pergi Batu Caves ke esok? A: Tengok la kalau Anip pergi, aku ikut la. B: Ohh okay, SELAMAT MALAM!! selamat pagi. ;]
Ehh mana aku letak battery laptop ni aa.. Ahh dalam beg. Eh takde.. Manakah? Ahh guna power supply je la. Turn ON laptop, pinjam headphone Anip, duduk atas meja study. Tengok line wifi uitm takde, aisehhh.. Dengar music je la. Main Spider Solitaire. Game yang digemari oleh me and my mum bila bukak computer then tak tahu nak buat apa dah. Haha. Internet takde.. Dah nak masuk hari ke-4 tak online. Didn't care much punn.. Tergerak hati nak update blog, so type dulu dekat dalam Notepad, nanti ada line, copy&paste la dekat belog.
6:33 A.M. already.. Take care everybody! Moga-moga lah ceramah pagi ni bosan, boleh la tidur dalam Lecture Theater nanti. hahahaha. Not to forget, to those who celebrate THAIPUSAM, HAPPY THAIPUSAM!!. Assalamualaikum ;]
Salam. Terkejut! Kenapa? Mula-mula terkejut sebab previous post tentang Blogger Gegarkan 'U' tuh ada 16 comments. Tak pernah kut ada comment sebanyak tuh. Entry tuh pun macam biasa-biasa je, but then ramai pulak orang datang bertandang, TERIMA KASIH yeeee!!! Faris Fikri nakkk balas comment korang and and nak comment entry korang juga nanti. Tungguuu... Maaf kalau lambat. ;]
Selain dari terkejut seperti di atas, tadi bukak student portal, then nampak ada Calendar Academic baru untuk 2011-2012. Guess what? Tahun ni sahaja, budak diploma akan duduki TIGA semester. Gila cepat! Then akan graduate cepat, aaaa taknak grad cepat-cepat lah!! Besides that, budak diploma TAK AKAN jumpa budak DEGREE/master/phD, sebab budak diploma masuk, budak degree cuti sem, budak degree masuk, budak diploma cuti sem.
Bayangkan, dah la kampus UiTM N9 tuh baru lagi, budak degree berapa kerat je. Boleh kira guna jari. Macam mana la dorang nanti, sikit je dekat sana sepanjang semester, then makan dekat Anjung, dia tengok muka dia, dia tengok muka dia, BORING KANNN? humm i do not know about that. Anyway, calendar tuh telah pun diluluskan oleh Senat UiTM. Nak bukti, sila VIEW DI SINI!!! Terima kasih. ;]
p/s; Tadi pergi popular dekat Ampang Point, terpikat dekat satu buku ni. BEING MALAYSIANS. Sangat tertarik & menarik. Try la baca. Tak bosan punn... wink2
Salam. Haha tadi tengok blog Abg Afiq Naufal & Mimi buat benda yang sama. Tak notice pulak benda ni dah expired ke belum. Wuhuuu. Anyway, berdasarkan tajuk di atas, well Abg Ben, dia dengan otak aktifnya mewujudkan segmen ni. In order to add more network, selain itu dapat merapatkan ukhwah. hehe.
Eventhough macam simple post je, but still, NAK JUGAKKK!! hehe. Well, start with BELAJAR DI MANA? umm most of you dah tahu kut, but still ada yang tak perasan saye dah tulis dekat sebelah kiri blog ni. Ada tercatat di situ yee.. Apa-apa pun, saja nak repeat banyak kali kan, redundant, haha tetiba redundant, tapi betul la, Faris Fikri selalu cakap benda yang sama berulang-ulang kali. Macam ter-repeat involuntary.
Back to the main point, saye sedang belajar di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan di bawah jurusan Diploma Sains. Sains? Sains apa? Well.. general science.. Apa yang belajar waktu SPM tuh, haa benda yang sama cuma deeper.. And and ada jugak belajar math, which is CALCULUS la. haha. I am currently in my second semester, tahun ke berapa?? Umm entah la.. tak sure.. heheh. Anyway, kami July Intake 2010 merupakan batch ke-3 yang enter UiTM N9 ni. Nyamannn sangat duduk sini eventhough quite ISOLATED okayyy! Nak tahu more pasal uitm bla3, diploma sains, ask me nanti yeahh..
Meneruskan perenggan, saye asal orang Selangor Darul Ehsan. Duduk dekat Ampang okay.. Ampang area mana? HAH that's my problem! Bila orang tanya, saye tak dapat nak jawab secara specific, because saye pun tak tahu area mana. Just, nearby Hospital Ampang, and and, dekat area2 before nak naik Hulu Langat tuh. Haa tuh je yang mampu saye explain. hehe. Lahir dekat Kuantan, Pahang. Uwww anak Pahang yaww!! My mum asal Sg.Lembing, Pahang. Gituuwww perlu ke bagitau farisfikri oii! AHH, umur, ummm I AM 18 YEARS OLD.
KENAPA AMBIL JURUSAN TU? Kenapa ambil diploma sains? Umm.. Well, masa spm dulu bercadang nak ambil Graphic Design. Kenapa? Sebab waktu tu just nak belajar lebih pasal Illustrator. Heheheh. Lepas didedahkan kepada bla3, pastu kena toche dengan my aunt kann.. Pastu my dad pulak waktu tuh cadang ambil Pharmacy (layak ke? tak minat pun), my aunt cakap jangan ambil computer science, my dad cakap tak payah ambil architecture/quantity surveyor, and ayah cakap, Pilih course yang Science & Technology. So i did. Lagipun memang berniat nak sambung ke bidang sains pun, just tak sure nak ambil apa. Jadi Alhamdulillah la sebab wujudnya DIPLOMA IN SCIENCE ni & saya diterima masuk. heee
CITA-CITA? Terus terang saye cakap, saya tak punya ambition dalam bidang kerjaya, TAPI saya ada my own goal, nak jadi orang Cerdik, nak dapat result yang menarik, nak graduate dengan gemilangnya! Siapa taknak kannn? haha. Moga Allah berkati kita semua. Aminn..
p/s; i still tak dapat nak decide nak specialized dalam bidang apa. heee ;]
sumpah malu gila salah orang kut. sebaik la orang sebelah that guys saye kenal. hahaha. gilaaaaaaaaaaaaaaaaa malu!! sebaik cover baikkk punyer kan, tebalkan muka. haishhhh maluuu. dah la kuat gila tepuk bahu dia. confident je kan. haha.
Situasi 2
*jalanraya area kolej kediaman
AIFAAAAA!!!
ERK. okay salah orang. maluuuuuuu
Situasi 3
*dekat lorong OSS
AIZADDDDDDD!!!!!
Zamir: Tu bukan aizad la.
AIZAD LA..
Zamir: bukannn.
(Jalan dekat sebelah that guy.. intai muka)
OKAY BUKAN. MALUUUUU.. nasib baik dia tak pandang. hump
B: Aku dekat dalam bilik (huarghhh baru bangun). Kau?
A: Aku dekat bangunan pentadbiran ni.
B: Yeahhh??? Bila kau sampai?
A: Baru je sampai. Orang tuh suruh aku pergi tingkat 3
B: Kau lama tak dekat situ??
A: Tak tahu lagi, kenapa?
B: Kalau lama, aku ingat nak datang sana jap. hehe (tersengih2 betul time ni)
A: Haa datang la!!
B: Okay okay. See you!! (terus bangun, mandi, siap2)
Terkejut satu rumah tengok Faris Fikri bangun dengan terkinja2-nya pastu mandi. Dah siap, pakai baju formal last week, turun dengan EXCITED-nya!! Aaaaaaaaa NIZAM!! Excited betul nak jumpa nizam. Mwah mwah!
Nizam yang call tadi, harini dia datang daftar. So tadi jumpa dia, Dari jauhhh, EH FARISS!!, NIZAMMMMMMMMMMMMMMM!!! (lompat dua kali lepas tuh lariii..). Happy betul jumpa kawan karib dekat sini. Seronok sangat!! Waktu perjalanan ke admin pun tersengih2 je.. Alhamdulillah, yeyy ada dah kawan dekat Kuala Pilah ni.
Tadi jumpa parents dia, kakak, abang dia.. WOHOOOO! Lama tak jumpa mak nizam. HAI MAKCIKKK!! teman nizam isi borang yang banyak tuh, then teman dia pergi fotostat dekat OSS. Borak-borak. Nanti nizam belajar dekat Kampus Melang (kampus lama), sebab dekat sini ada faculty Applied Science dengan Agrotech je. Nizam under Faculty Business, so dekat Melang lah dia. Eventhough tak sama tempat, still rasa macam AAAHHHH seronoknya! Nanti boleh la balik dengan dia. heeee.. Hope he will find some good friends there. Aminnn
Anyway, harini saye tak ada class langsung. Seperti yang MPP bagitahu (eceh ter-formal pulak), kuliah 8am-12tghari dibatalkan, yang lain seperti biasa-lah kan. Sepatutnya ada class pukul 2-4, english. Tapi Class Rep cakap kelas takde, so for the whole day, I'M FREE!! Happy & lil bit bored.. Nak buka facebook? HELLO harini isnin (weekdays) okay, office hour tak boleh buka Facebook, Twitter, YouTube. Almaklumlah, menumpang wifi uitm kan. hee.. Alhamdulillah Blogger boleh buka, kalau tak, ZZZZZ
Tumpang happy tengok adik eijat excited nak isi form upu fasa ke-2 untuk masuk Universiti! Good Luck adek, all the best! Kalau dapat result seperti yang tidak diharapkan, jangan bunuh diri tauu? Ada banyakkkkk lagi cara nak masuk Universiti, stay strong okay! On the other hand, seronok betul tengok Pu3 Naga mencandat sotong dengan orang tersayang di Klebang. Wuyoooo! I pun nak main layang-layang!! ~~~~
p/s; semalam jeritt nama HASIFFF from sp1, seronokk+segan2, but who cares. haha. and yeah dia pandang sebab tingkap dia terbukak LUASSSS gilerrr! pagi tadi sepatutnya brunch dengan FBians, tapi as usual, bangun lambat, tetttt. Now, i'm alone in this house/apartment, housemate pergi class. Jadi? LETS HAVE A PARTY!! Party apa? party b*gel? oh no no no, party tiang je. heheh ;]
Tadi online Facebook, nizam IM, nizam cakap dia nervous nak masuk uitm. HEY YAWW! dia dapat uitm n9 jugak. hehe. But then nanti dia belajar dekat kampus melang. Hum, takpe boleh jumpa nanti. InsyaAllah. Then nizam cakap, tadi dia search google 'uitm n9' keluar my picture. UHUM? ada ke? so saye pun pergi la search, tadaaaaaaaaa! tak jumpa, tapi saya jumpa blog seniorita waktu sekolah dulu. Setahun atas saya. Kak Hamizah, sedang belajar di UPM, ambil kos apa tak tahu la, tapi ada pasal haiwan-haiwan. hehe.
*kiri=syaza, atas=redha, bawah= firdaus&mira
Then dalam tuh ada la jumpa, dia cerita pasal member2 sekolah dulu, which is my senior la kan, yang belajar dekat UiTM. Ada yang masuk Penang, Perak, Kelantan, Perlis. Ada yang dapat sama. Kira ada geng la kan.. Disebabkan oleh kebosanan semester ni duduk di Kuala Pilah, saye mula berfikir, kenapa saye tak satu UiTM dengan dorang? baruuu best! Abg Firdaus, uitm penang.. uhmm mesti bestkan uitm penang? Kak Mira, perlis... humm.. farisfikri rindu zaman sekolah ke? entahh la.. Merata-rata budak tasik ada.. Maybe nanti junior2 saya pulak tengok kan, wahh Abg Faris Fikri dekat uitm n9 la.. ececece
Hari silih berganti, umur makin meningkat, masa berjalan pantas je.. Semua ada haluan masing-masing.. Membesarlah Faris Fikri! Kalau kau satu uitm dengar dorang pun, macam dorang layan kau je, dorang mesti ada member2 mereka sendiri kan. But then, for me, sekurang-kurangnya nampak muka dorang once in a while pun okay, menandakan Faris Fikri tak keseorangan la. umhp! dua tahun setengah lagi.. then grad, InsyaAllah. Brrrrr Brrr Brrr tak boleh balik ke sekolah lagi.
Hujung minggu dekat kampus, lagi bosan, super sunyi! Bila Faris Fikri sunyi, dia ingat hometown, ingat orang-orang lama, ingat orang tersayang, ingat zaman sekolah dulu, pastu sedih.. pastu nages.. apakah? Mana Faris Fikri yang melantun-lantun bak kata Hasif. haha. Melantun-lantun ye? tak sangka pulak ramai orang sedar kehadiran saye dekat kampus. Saye happy bila orang happy. Saye melantun-lantun bila environment disekeliling melantun-lantun. haha. Rinduuuuuuuuuuuuu apeni beremosi-emosi ni. SHUT!
Salam. Another boring day! Ahhh sumpah bosan sangat 1st week ni. Sangat sangat sangat! then tak HUHAHUHA pun. Kolej kediaman pun sunyi sepi, maybe sebab ramai student dah duduk luar kut? Ahh.. memang terasa sangat sepi. Harini merupakan hari ke-5 di Kuala Pilah dan ianya sangat bosan. Bangun... tidur... online.. HUMP! Maybe sebab 1st week kot. Segala mood semua takde. MALAS. Housemate ajak keluar, malas. Kawan ajak keluar, malas. Member ajak keluar, malas. Pokoknya memang malas nak keluar. Tapi bila Wan cakap, nak pergi MidValley tak? terus celik, NAK! asal kan KL je, nak. Tapi tu la, keluar duit lagi. Malas la macam ni.
Haritu ada perjumpaan FBians, sikit je, tak macam selalu ramai-ramai. Zamir pun dah duduk luar. Faris Fikri nak buat kecoh dekat anjung pun tak terasa lagi. But still, nak keep maintaining the smile.. hehe. Nanti ada orang cakap farisfikri sombong. TAK NAK! Ah kenal kawan baru, Hasiff.. same batch with me, tapi baru kenal. Ah dengan haritu jumpa adek Faisal. Adek Mustakim tak jumpa lagi. hehe.
Bosan? Dja cakap blog la. tak tahu nak post apa. jadi saye post emosi la yeh. emosi kebosanan. tengok movie? malasnyaaaaaa.. Sungguh malas. Tidur? penat la asyik tidur je.. Envy dengan students yang english superB! hum. Need to read more, learn more, practice more, GO FARIS FIKRI! hehe ;]
Next week ada kempen derma darah. Faris Fikri? underweight la buddy. Tak pernah lagi derma darah. Whatthe.. Tadi baca memo dekat bawah, ada cakap pasal semua pelajar dekan July-Nov'10, ada perjumpaan dekat Lecture Theater next tuesday. Rasa semangat tetibe! Can't wait!!
Salam. Ahah! Malam ni malam terakhir cuti semester July-Nov 2010. Esok dah balik Kuala Pilah. Daftar kolej. Malas la nak balik awal-awal. Humm will miss 2010. HELLO 2011!! Akan bermula-lah semester ke-2, Jan-May 2011. Perlu teruskan perjuangan!! Susah? Mana awak tahu susah? Awak tak laluinya lagi, jadi, THINK POSITIVE! Macam Abang Shamsudey cakap,
"don’t ever think what u gonna face in the future just plan it, don’t get scared by it"
Kawan-kawan, jumpa nanti yee. Next time. My midsem break 29Jan-5Feb. cepat kan? rasanya tu sekali dengan Chinese New Year kut. Anyway, don't worry, i won't forget you guys! Apa? my goal for 2011? Biarlah saye sorang je yang tahu. hehehe. takut tak menjadi nanti. heee. Ahhh jangan lupa, LOMO ON!!!
p/s; film ultramax ade satu je. mana cukup. aishhhh.
Salam. Hey guys! We meet again. Just want to inform you guys that i already uploaded my lomography photos in my facebook account. Do check it out, you will find there's some photos that have my finger included. Forgive me for that, i didn't realized it till i developed it. hehe. Anyway, you can check it out here, makesure you log in first, and be my friend, because i've change the album privacy from everyone to friends only. huhu.
Sorry guys, but don't worry. Will upload it in my lomography.com account & my flickr account soon.
Semalam or sekarang kan banyak orang main status yang "inbox me number 1 to ...." tuh kan. So just buat la apa dorang suruh. Seronok & Thank you kawan-kawan! Sayang korang ketat ketat!! Ini number yang saya pilih:
3011(tarikh kenal this person) : Caring je, manje...hahahaa :D baek aty laa...~ tak mudah ambik aty, p salu tak tepati masa...n salu je tak dgr cakap...huhh!
0110 (this person birthday date): apekah 0 di depan kau ni? hehe. well you're cute and toooo white i mean fair guy. ;) gosh, sgt friendly n warm person. aku suka character kau sgt2. buat org selesa n tak kekok. btw next time turun kl ajak lah aku doo -.- sorry if sometimes bila serempak aku yg tak terperasan kau yeh? good friend. swear! cute smile ♥
Ah tu je la setakat ni. Anyway guys, saya taknak megah, bangga, riak, takbur, saya taknak okayyy. Yang atas2 ni, kalau korang rasa macam over, anggap je la mereka saja je berkata begitu, nak kasi ayat vogue! okay? ;]
Another thing is, ini kan dah hujung-hujung 2010 kan, so saye nak mintak maaf if ada salah silap dengan korang semua. I know, saye tak la berapa selesa kan orang, banyak je yang rasa tak selesa dengan faris fikri. I know.. I still a human being, i admit i did a lot of mistakes during 2010. I am truly apologizes to all of you. Next year is a new year for us. I want to make it better. I want to be a better person. I want this word to be real in my life next year(2011), ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS. Happy New Year t0 all my friends.. no matter you are blogger or my social networking friends, to me, those who knew my name, knew a bit about me, they are my friend! And guys, thanks for being my friends. I LOVE YOU. Especially you! :]
KREKKK KREKKK.. bunyi yang dikeluarkan. Sangat comel okay! Lebih-lebih lagi waktu ramai-ramaikan. Time buat lomomatrix tuh, kan semua pakai analogue camera, hahhh masa nak shoot tuh, tak ke semua kena krekkk krekkk benda tuh. Bunyi dia sangat best. Sangat comel. Korang pernah dengar kan waktu nak kerat keratan attendant dalam dewan exam tu. Hahh bunyi dia macam tu la. Seronok kan?
Anyway, petang tadi pergi Wangsa Maju, ditemani bff, Hizzam Halim, pergi sana buat apa? Pergi Foto Mega. Buat apa? Well... develop film la. haha. First time weh, okay kali ni tak sesat. Kami print map, kami salin alamat. And and sangat dekat dengan LRT Wangsa Maju okay. Jalan kaki je. Nak terima kasih dekat Abg Konductor bus metro 49, sebab bagitau mana dia Desa Setapak tuh. huhu. Dekat je.. And and dah jumpa fotomega, and esok menanti.. Esok datang semula ambil hasil dia. hehehe.
Saya ada 3roll, so cuci semua la kan. Dua negative film, satu slide. So yang negative tuh saya cuci color je. Yang slide tuh kita kasi CROSS-PROCESS!
Normal - Develop+Scan = RM14 Cross-Process - Develop+Scan = RM15
Tak tahu la apa akan jadi. Mesti most of the picture akan BLUR. sebab Faris Fikri kan punya tangan yang bergetar. Hehe. Uncle Tremor. huhu. Humm.. rawr! And and, lepas balik dari Wangsa Maju, pergi KLCC, rancangan ZAPPP!! pergi tengok movie. hahah. Cerita Narnia!!! Bestttt. Suka suka suka. I miss NARNIA.... uwuwuwuw ;'[ Last movie with Hizzam before farisfikri balik uitm. huhu. Jumpa lagi nanti tau hizzam! Will miss u la kawan! mwah mwah (huggie!!)
Semua gambar di atas dan di bawah di ambil dari FacebookBro Demang & Bro Farid.
Okay kawan kawan, Semalam (Sabtu 25/12/2010), saye attend Lomomatrix yang dianjurkan oleh Lomokids di Tasik Titiwangsa!! Wuhuuuu!! Berani mati pergi sorang-sorang. Takde teman pun. Malam sebelumnya dah excited tahap gaban dah nak pergi, pagi tuh tetiba doubt pulak, pukul 9 baru mandi. Sampai LRT Titiwangsa pukul 10.10am, took a taxi, unfortunately, uncle taxi pergi bawak tempat lain. Haihhh dah la time tuh cuak gila takut lewat + kena tinggal. Boleh pulak bawak pergi HOTEL istana budaya, ada ke? orang cakap istana budaya. Adehhh sampai area2 pavillion pulak tuh weh. grrrrr. dah la meter dia cepat gila naik. sampai istana budaya rm12. GILA WEH! Haritu rm4.50 je. Geram kut, last2 negotiate la dengan dia, dapat rm6. wuhuuuu Alhamdulillah.
Sampai dah BSLN, pulak mana tah perkarangan dia, tak nampak orang kumpul2 pun. kena tinggal dah ke aku ni? tengok jam pukul 10.40am. Tanya pakguard, dia kata belakang, dah sampai belakang, entah mana ada perkarangan, carpark ada la. Ahh nampak couple ni, pangkat abg&kakak la, tengah tunjuk ke atas, ;
A: emm bang, nak tanya, tahu tak mana perkarangan?
B: adik nak pergi event apa?
A: lomomatrix
B: ah sama la dengan kitaorang, tengah carik dorang jugak ni
A: ohh okay.. (ikot bontot dorang. hehe)
B: nama apa?
A: ahh Faris..
B: Najib..
A: ohhh okay..
Naik atas tangga tuh, ah nampak Faisal, so betul la itu perkarangan dia. Sampai situ, nampak mamat ni pakai topi cookiemonster, macam peramah, adehhh tetiba segan pulak nak tegur dia. Sudahhhh tak tahu nak tegur sapa. Tak kenal sesape pulak tuh, nak tegur segan, semua nampak veteran je kan. Text reen:
F: reen, dah sampai, dah jumpa dah dorang, tapi takde kawan doe, segan pulak tuh, apa harus aku buat ni? dah macam orang bodo dah berdiri jee.. segan malu malu malu!
R: ah TOILET TOILET! pergi toilet!
F: uh? dahh mana pulak toilet dia... nak pusing belakang pun segan, aku ni haa pandang jela bumbung istana budaya...
R: pergi toilet pergi toilet! buat hal kau sendiri
F: (pusing.. gerakkk masuk dalam. ah jumpa toilet! masuk dalam tempat bowl tuh, kunci pintu, duduk)
F: wehh, makin lama makin ramai ohh..
R: carik mustakim? mana mustakim? yang comment status kau pagi tadi?
F: uh? gila. mana la aku tahu muka dia macam mana. dodowl
R: muka? muka siapa?
F: uh? muka apa?
F: ohhhh ah mustakim tuh. mana la aku tahu muka dia macam mana.
R: ohhh..
Then ulang alik la, kejap keluar, kejap masuk dalam pastu Faisal nampak, dia cakap thanks sebab datang. Then dia suruh bergaul la dengan orang lain. Jangan segan-segan. Then dia kenal kan dengan Fendy, Mimm, Munir.. Haha i just shake hand and smile. Betul segan + malu kottt.. Datang sorang sorang mati kutu... Last-last main la keluar masuk keluar masuk. masuk toilet keluar toilet. sandar dekat dinding.. Kebetulan Faisal masuk, dia tanya "ehhh kenapa lari?", uh hehehehe. (sengih je yang mampu.huhu)
Around 12pm something, Faisal panggil semua, then time tuh dah ramai gilaaa.. I heard total yang datang 49 orang.. wuhuu. not to forget ada 4 orang chinese. best kan campur2 kaum! Then gerak ramai-ramai pergi Tasik Titiwangsa, ah macam biasa, orang yang keseorangan still jalan sorang2. Sadis betul. then sampai tasik, buat bulatan, start ice breaking.. hahh sebaik tak kaku, ah time tuh la baru tahu mana satu mustakim. heheh. HEYY HOOO!
Buat bulatan besarrrrrrr... kebetulan duduk sebelah mustakim pulak kan, Alhamdulillah la. ada teman nak berborak, then dia kenal kan member kampus dia, Kak Shaza. Hi hi hi! Hah itu sebelah kiri, on my right hand side, wife Bro Demang. huhu seronok jugak duduk situ. And sangat seronok kan at last dapat jugak bukak mulut. Borak3 la. Sambil tu dengar Faisal & Shafiq briefing. Shafiq ambil attendant semua, then ambil gambar sorang-sorang guna lomolitos dia. huhaha.
Jadi dari situ, WE BEGAN OUR SESSION!! ikuti photo-photo di bawah okay;
*hambek kau! malu2 sangat nak tego orang tinggal-lah dikau sensorang. haha, mustak pergi mana tah time ni, wife's bro demang pun taktahu mana.
*Bro Demang yang hujung kanan tuhh. ;]
Gambar-gambar aksi tidak ku upload sebab rasanya korang kena tunggu video tuh nanti, baru la GEMPAK! hahahaha. anyway, bawah ni menutupi entry ni. diulang sekali lagi yee, gambar-gambar ni semua diambil dari Bro Demang & Bro Farid. Okay? Umm belum mintak kebenaran lagi. aisehh esok pagi la. maaf
After all, they make my day! Sangat BESTT, FUN! Can't wait for next session. And selamat berkenalan wahai kawan-kawan baru!!! seronok dapat kenal. ;]
Mood: Now & Forever - Richard Marx
p/s; mood lagu tuh takde kena mengena pun. farisfikri suka dengar lagu-lagu begini, kebetulan dia play pulak kan, rasa macam fit it la lagu ni mendayu-dayu dengar gambar-gambar yang ada. huhuhuhu ;'[
Salam. Hey guys! Just got back from Lomography Talk by LomoKids dekat Balai Seni Lukis Negara(BSLN). Talk tuh began at 4pm till 6pm. After that, me, Wana, Wani & Daidai pergi Sogo. Uwwww year end sale!! Tapi tak bawak duit lebih, so tak jeling2 pun. Ah pastu tadi nampak Adik Syahrol a.k.a. Adik Dann. Dia kerja dekat tempat perfumes.. Tak tegur, takut salah orang. hahaha
Anyway, back to the topic, quite fun la pergi talk tuh. Kami lewat 20 minutes, but still tak miss pape sangat pun. Talk tuh berlangsung dalam auditorium. Ini first time kami jejak BSLN, mula-mula salah masuk, pergi masuk Istana Budaya, no wonder pelik semacam kenapa banyak orang2 dewasa pakai batik. HAH!
Ahh what i get from the Talk? Emm 1st thing 1st, dapat jumpa secara live dengan orang-orang kuat LomoKids. Tak semua, just few of them. Then tahu la serba-serbi latar belakang LomoKids ni. Tadi ada Abg Jibam, Abg Moqh, Encik Anip, Faisal, Iyann (adik abg moqh), Mimm(icon lomo dalam Fokus SPM 2009).. pastu ada la lagi, tak ingat nama. haha
Sejarah LomoKids, starting from 2006.. eh yeke? or 2004.. macam tu la. haha. Dorang start join event Rantai ni since 2006. Dengan adanya Rantai, dorang dapat spread more pasal Lomography to others. Malaysian people ni tak berapa tahu menahu sangat bab Lomography ni. But still, ada RAMAIIII lomographer dekat Malaysia ni, cuma tak ter-unite. haha. Ah, ni, LomoKids start dengan 4org. Then lama-lama berkembang la.
Macam mana nak jadi ahli LomoKids? Nak join nak nak?! Abg Moqh kata, whoever yang join LomoKids, either dekat group facebook or else, automatically dia bergelar ahli LomoKids. Haa lebih kurang macam tu la. So untuk kenal lebih dengan lainlain, korang kena la active turun if dorang ada buat pape.. outing ke, event ke. Nanti InsyaAllah korang akan rapat gituwww. 2010 ni merupakan tahun LomoKids berehat sebentar. So next year, get ready guys, LOMO ON! haha. Dorang cakap nanti maybe dorang nak buat bengkel or whatsoever yang interesting, AYUH JOIN!
Another thing about LomoKids, kenapa nama dia LomoKids? Abg Moqh cakap, dedulu, waktu mereka ber-4 ni pergi outing, shooting lomo.. orangorang sekeliling panggil dorang 'budak lomo'. Lalu ditranslate kan ke english, jadi la LomoKids.. Budak? okay realitynya, ada semua generasi.. anak muda, bujang, dewasa, bapak orang, bujang telajak pun ada (bro jibam punye ayat).
About camera, okay macam ni, semua camera yang guna film, itu dipanggil ANALOGUE CAMERA. LOMO camera merupakan nama brand sesebuah camera tuh. Ni abg jibam bagi example, NIKE&ADIDAS, kalau kasut tuh nike, nike la dia kan, bukan adidas. haa macam tu la. Camera itu dipanggil Lomo Camera sebab dia punya brand namanya LOMO. Yang HOLGA tuh, Holga camera. Yang Superheadz, Superheadz camera. Fungsi mereka semua ni SAMA SAHAJA! Nama brand dia je lain. Yang penting, semua nya namanya Analogue Camera.
No such thing DIGITAL LOMO CAMERA. Tak ada okay? Analogue Camera/Lomo Camera merupakan camera yang menggunakan film sahaja. Yang digital tuh, bukan lomo lah. Means dia digital, dia punya effect dah sedia ada, alahh ni, macam korang guna camera digital biasa, then edit je dekat computer. Haaa macam tu la, Iyan cakap, kalau nak TRUE punyer, guna la the TRUE analogue camera. ;]
Pastu apa lagi yee? haa dorang ada la cerita pasal nak develop film.. Then pasal chemical2.. Common chemical adalah C-41. Pastu ada la cerita pasal cross process. Then i asked them what is the different between 'slide film' dengan normal film. Then dorang cakap kalau guna film ni, tak ada limit.. means that, kalau korang nak develop sebesar2 klcc tuh pun, still cantik je. Kalau digital camera kan ada megapixel tuh kan? haaa itu kan terlimit tuh. Ni, dorang cakap, tengok magazine National Geographic, haa mereka semua guna film camera, lagi cantik! *wink2*
Ah pastu kan, Faisal cakap, kalau korang nak kasi vignetting, korang ambil gambar waktu matahari terpacak.. then posisi dia macam ni.. MATAHARI.. KORANG.. OBJECT.. Makesure bayang2 korang tuh ade dekat depan korang. Haa nanti insyaAllah jadi la vignett tuh.. aww!
Lomography is all about experimental, berani la buat benda-benda pelik, it's fun! Such as, genggam/komot2 kan film before you develop it, ia akan meninggalkan effect yang unpredictable. Ahh do you know that you can develop a film by using COFFEE & VITAMIN C? Youtube ada video-video on how to do it. hehe interesting isn't? Nak buat benda-benda pelik, tak tahu macam mana? Internet ada disekeliling anda. Type-in sahaja. And and veteran cakap, dekat utube ada video dia. Ahh pastu Bro Jibam kata, dia pernah guna Condom, untuk menggantikan cover dalam air. I mean, kan ada cover camera untok masuk underwater tuh kan, haa dia takde cover tuh, so dia replace guna CONDOM. wahahah muat ke? i don't know, muat la kut. hehehe.
Anything else? Ni, kan korang nak pergi develop kan, kalau korang pergi kedai biasa, Jangan lupa cakap dengan orang tuh, if anything happen, gambar jadi or tak, TOLONG JANGAN SENTUH APA-APA. Sebab itu la hasil yang unpredictable tuh. kan kan kan? haha. Umm apa lagi yee tapi tak ingat. haha. Ini pun baru teringat. nanti ada lagi, saye update yee. hehe.
Guys, last but not least, nak invite semuaaaa kawan-kawan yang berminat, mari la turun ke BSLN sabtu ni. Pukul 10am. LomoKids nak buat LOMOMATRIX! Super cool weh!! Apa itu lomo matrix? korang tengok video dekat bawah ni ehh, COOLIO!! Umm faisal kata, kumpul dekat depan BSLN, then gerak ramai2 pergi Titiwangsa. wuhuuuu best weh! nak joinnn.. tapi takde camera doo. Tapi dorang kata datang je, JOIN! jom jom jommmmmm!!
p/s; Ah nak tambah, harini sahaja, saye dapat 2 orang kawan baru! Faisal & Mustakim. Rancak berborak2 dengan mereka di FB. hehe. Sebelum ni dah kenal dengan Adik Aisyah.. Haziq Farid.. Edmund Li.. Zaki.. Wandy.. dan lain lain. haha
Salam. Saya nak glasses seperti di atas boleh tak? Sangat comel la. Ape? Tak nampak? Ouhh maaf la. atas tu saye gedik pegi cellophonetape (tak ingat macam mana nak eja.haha) dia. Ah nak tengok yang betul punya. Ni ni dekat bawah ni.. haa nampak tak? di hitam-putih kan. Curik gambar sorang budak ni. Nampak speck dia macam comel je. Maaakk! bila nak betul kan my glasses ni?
Eh since when farisfikri pakai glasses ye? dah lama dah. Dulu-dulu cuba sedaya upaya merabunkan mata so that akan peroleh glasses kepunyaan sendiri. Pakai mak punya speck, pakai ayah punya, tengok tv dekat2. Last last masa form 2 kot. dapat! Tapi tak pakai pun. haha. Waktu tu bingkai bodo2 je, sebab who cares kan. haha. Tak guna pun, guna bila nak meng-capap tunjuk budak baik la kononnya pakai glasses kan.
Dah masuk Universiti ni haa, baru la sedar kegunaan glasses aku ni ha. Haha. Selalu kalau terlambat, erk selalu? a'a selalu lambat wehh.. tak percaye tanya groupmate, siapa lambat masuk class? nama farisfikri akan tersenarai. heee. Ha sambung balik. Ni kan masuk lambat, so kena la duduk belakang, huihhh punya cantik lecturer tulis! tapi tak dapat nak baca apa pun. Sumpah bosan + takde mood gila bila tak dapat nak baca pape weh.
Dengan ada nya cermin mataku yang serba kekurangan dengan kesengetan akibat diduduk oleh saye sendiri (terhimpap la. bukan sengaje.), suasana belajar rasa lebih ENERGETIC! seronok sangat. nampak benda semua sharp je kan. hehe. Sebut pasal energetic, ni semalam, depaa dok main 'my 1st impression about you' dekat facebook. then couple of my friends buat dekat my wall..
My first impression about you : Hyper. Hehe.
What I like about you : Friendly. Kalau nmpk aku selalu kau tegur.
My first impression about you: to much energetic....!!
What I like about you: friendly
Haha hope i can maintain impression people towards me macam tu. Kata-kata itu satu doa. Haha. Inilah nikmat Allah. seronok! eh guys, ff dah lupa dah macam mana i WAVEEEE dekat korang while kita di kampus.
p/s; FARISFIKRI officially tak jadi balik uitm on 24th Dec due to some mistakes, i don't really care. Just want to wish my fella yang berjaya meloloskan diri untuk jadi PM, BEST OF LUCK! Jangan lupa femeskan FarisFikri nanti yeahh! (uwww perasan!)
p/s/s; tadi bukak twitter, nampak kak noure punya tweet, dia kata dia homesick, so dia nyanyi lagu Soft Kitty. Dengan rasa curious nya, pergi la google, comel lagu dia.. Soft Kitty.. Warm Kitty... blurblurblurblur(tak tahu apa dia sebut. hehe)
Every morning.. Back then, when i was in form 3.. My mum used to send me to school..
A: (radio apetah..) Aaa ma.. lagu ni lagu ni!
A: (nyanyi) Nyalakan asap membumbung.. Padukan tekad nan wajaa.. Susuri ombak bergunung.. menuju ke pulau jitra..
Tadi baru tergerak hati nak google lagu ni. Tajuk dia 'Nyalakan tekad'. And guess what? Apa yang saye nyanyi selama ni salah. patut rasa macam pelik. malunya. Anyway, i like this song so much. suka sangat dengar during pergi sekolah dulu. Nowadays, lagu tuh tidak lagi diputarkan diwaktu pagi seperti dulu.
Ouh! Nak pergi weh. Alhamdulillah sempat lagi pergi before balik uitm. Kalau boleh nak pergi waktu Sue Anna Joe bagi photography talk tuh. Dia sangat femes. Sumpah baru tahu pasal dia semalam. Mula-mula baca blog HBPS, cerita pasal kak PS pergi Maysaa Fashion Show.. Then ada la gambar-gambar, then kak PS cakap kalau nak tengok lagi gambar klik link countthethread.blogspot.com so i did. And bukak la blog Sue Anna Joe ni.
Dia nampak biasa je. Nampak cool gila, a mother to a son. Super cool! And super femes! I like her photograph.. sangat cantik.. And cara dia approach people pun macam senang je. And semalam jugak saye kenal Maria Elena. Haha kakak ni sangat selamba. Cool jugak! And she's HILARIOUS! Gabungan Kak PS, Kak Maria & Kak SAJ = BOOOOMM! begitu stylish dorang ni. See see muslim also can be fashionable sambil tutup aurat tau. So girls, tak teringin ke? hehe
THE MOST, nak pergi Lomography Workshop by Lomokids. Oh my Allah Almighty, ini wajib pergi! Hari khamis, 23rd dec. Sempat sempat. Wana Wani bring me along with u guys okay! Nak ikut!! Korang nak tahu more pasal schedule RantaiArt Gravity ni? HERE IS IT. See you guys there, InsyaAllah. ;]
Salam. Tadi bukak facebook. Ada message dari ayah, bertajuk 'Budget pakaian baru'. OUH okay 1st time dapat macam ni. And and ayat ayah sangat amat teramat formal. Seperti ini:
Dimaklumkan, ayah & mak telah meluluskan budget pakaian utk sem. 2 sebanyak RM 00.00 ( Ringgit Malaysia: .. Sahaja).Memandangkan Faris akan pulang ke kampus lebih awal utk membantu mahasiswa baru, peruntukan ini akan di kreditkan ke dalam akaun MBB sebelum 24 hb bulan ini. Sekian t.k
Okay sangat pelikkan? Sangat formal gila. Selalunya just chat-chat biasa.. Ini perghh sangat formal. Aihhh macam tak sangka next week je. Tinggal seminggu je before 24th tuh. Aiyaaaa tak puas bercuti but at the same time, bosan la cuti ni, tak buat pape. Weekdays duduk jela dekat rumah, weekends baru berbidan2 orang ajak keluaq.
Senior Farid cakap i need to read Buku Peraturan Akademik tuh. Yang mana? Alaa yang saya simpan leklok dalam kotak pastuh letak bawah katil tuh. Haha. Ala yang warna ala-ala oren tu. Aaa yang tu la. haha. Since dapat, tak baca pun. Malas. Tadi baru belek sikit, baru tahu semua benda-benda yang a student should know ada dalam tu. So yang pergi tanya dekat MPP soalan2 yang buku tuh dah jawab, SAH ANDA TAK BACA BUKU PERATURAN AKADEMIK.
Anyway, i need to read that book so that i'll be fully (fully la sangat) prepared myself before being asked with tons of questions by the parents or the new students.. Hahh.. Jadi, WNA, AH, ZA, jangan lupa belek buku tuh yee..! ;]
Salam. Yeahh, seperti yang korang baca di atas, Pembantu Mahasiswa (PM). Bila diperlukan? waktu orentasi pelajar baru. Apa kena mengena PM with me? Well.. last sem, before cuti, me and my friends apply untuk jadi PM. And tadi, orang uitm called ;
FF: Heloooo?
Him: Umm ni Faris Fikri ke?
FF: (eh mamat mana pulak ni. kawan aku ke? siapa dia yee..) Ah? a'a.. siapa ni?
Him: Ni nak bagitau, 24hb awk kena balik uitm, daftar, 25&26 ada bengkel, 27 student baru dtg daftar.
FF: Ohhh dapat jadi PM yeah??
Him: A'a.. Semua dapat.. itu pun kalau awak nak la.
FF: Ouhhh hah okay okay! Eeee yeyyy..
Him: Emm awak kenal Zamir Aliff tak?
FF: Kenal kenal! Kenal sangattt!!
Him: Aaa nanti tolong bagitau dia sekali eh.
FF: Okehhhh!
Him: Ah dengan Mohd Iqbal sekali.
FF: Iqbal? Okay itu tak kenal. hahah
Him: Ohh okay takpe, awak bagitau Zamir Aliff je eh.
FF: Okayy terima kasih! Assalamualaikum.
Okay seronok sebab dapat. But then, 24th?? OH MY... next friday.. kemalasan nye nak balik uitm awal-awal. Umph! Wan & Abg Farid cakap, experience tuh yang precious. And i'm just like.. okay.. saya nak pergi tapi tak aspect la kena balik seawal next week. hahaha. Okay okay, now think positive.. Wan cakap, uitm dah bagi kita kemudahan, kita kena berkhidmat untuk membalasnya.. Umm okay la kalau macam tu. EH TAPI! my mum balik hujung bulannn.. Sape nak hantaq? Nanti homesick macam mana? Ahhh nak bawak laptop la. hee ;]
p/s; Ah abg farid cakap, jangan lupa khatam kan buku peraturan akademik tu dulu. emm nanti mesti homesick! teruk betul. ;'[
Pagi tadi, after subuh. Dengan guts yang tak seberapa ada, berani mati pergi roll balik film yang sudah pasang di dalam Macek Pink tuh. Sebab apa? Sebab nak tengok either shutter tu terbukak tak if saye press the button.
And yeah, TAK TERBUKAK langsung. Jadi kononnya nak jadi hero la kan, pergi la main bukak2 screw. Ingatkan boleh fix la kan.. kot nye la dia senang macam nak fix shutter Diana F+ tuh. Then, okay fine kena bukak screw dalam lagi, malas la. kang tak tahu pasang pulak. Okay tak, actually, tak tahu macam mana nak bukak tu tu tu yang halang daripada bukak tepi lens tuh. Grrr dah la saye ni jenis kalau geram, tarik je sekuat hati. So, i stop.
Eleh bukak takat tu pun saye dah patahkan button nak rewind tuh. Plus, geram giler tak dapat nak screw balik screw yang super-duper kecik tu dekat dalam tempat letak film. HAH! At the end, pasang je apa yang dapat pasang, then simpan dalam kotak balik. Film dia, masuk balik dalam silinder & simpan dalam refrigerator. Why? veteren cakap ia akan membantu film mengekalkan warnanya. Wallahualam.
Dan dan dan, now i know, next time, kalau nak beli, dekat kedai yang tak sediakan warranty. Try tekan button capture tuh, and tengok shutter dia terbukak tak? MUST TRY! If not, u the one yang rugi.
p/s; tadi wannuradilah called, dia cakap tadi HEP called her, tanya, "Awak nak jadi PM tak?". Oh my goshh when is my turn??
Salam. Alhamdulillah. Semalam tidur awal dari malam sebelumnya. Hehe. Emm pukul berape ek tidoq.. around 2.00-2.30am la. Sebelum tidur tuh, guling2 lagi, then grab earphone, dengar ikim.fm.. Dia cerita pasal makanan effect brain functions.. Ada la dengar2 lepas tuh dah kabur2. haha
4.00 tepat! Terdengar lagu Keluarga Bahagia by Saujana dekat telinga... Sambil tidur tuh, sambil nyanyi mana yang tahu. Rasa macam dah lama gila tak dengar lagu tu. Lalalala tetiba ouh! sedarkan diri terus. Mula-mula mata terkebil2 lagi, then grab my phone, text kawan2, haha kawan2 jadi mangsa. I don't know why, setiap kali ada pape, i'll text my friends, tak mengharapkan balasan pun, just suka update status macam tu. huhu
Lepas terjaga, nak tidur balik.. LAPARRR! again, text kawan-kawan. Haha kawan2 yang selalu dapat my updates adalah Wan Nur Adilah & Adilah Zakaria. heeee.. And sometimes Adek Azrul & Fariq. Fall asleep balik pukul berape pun tak sedar. And Alhamdulillah, terjaga pun pukul 6.30am, Thank you Allah! ;]
Excited betul muka. Gambar ni dah lama. Ahh my mission semalam BERJAYA!! yuhuuu. Harini pun nak lebih better dari semalam kalau boleh. And and you know what? Semalam baru perasan apa yang buat saye tidur lewat. Actually waktu waktu macam ni saye dah sleepy dah, but THEN, online.. tahan mata kejap... tahan lagi.... tahan tahan tahan...
Pergi dapur, MAKAN NASI/ROTI, segar semula! kembali online. Entah bukak ape je. Kadang-kadang pergi membalas kunjungan blogger2, kekadang layan facebook yang bila makin lewat makin bosan tuh. Dengar lagu.. Dulu ada la nak skyping dengan orang. Sekarang tak lagi. Hum.
Semalam, before offline, pergi la search pasal how to repair lomo camera bla3 kan. Sebab saye rasa camera tuh macam tak boleh guna sebab dia tak keluar kan bunyi. So semalam jugak, i post a topic dekat LomoKids punya FB, and tadi ada la veteren2 tolong jawab. Dorang cakap, just try je capture apa-apa, sampaiiii habis film tu then pergi develop. DON'T THINK, JUST SHOOT!
Bila dah develop nanti, tahu la either camera tuh rosak or still berfungsi. OKAY.. Ikut cakap veteran2. Ahhha! Esok.. hehe. TAK SABARNYA!! Esok i will just stay at home.. Taknak gerak. Why? Nak tunggu POSLAJU datang. Tunggu apa? A parcel. Apa dia? SECRET! hehehe. ;]
p/s; tadi uninstall YM, then install balik. and... takkeluarpapehuruflagilagilaaaaa
Nampak my sayang tak? Haaaa zooom in!! Anyway, ini my 1st time gambar ber-bar-mark or should i say watermark? Tapi tak rupa water pun. Gambar yang berasal dari saye lepas ni akan ada bar tuh. Saje nak meng-capap. hahah. Um kalau gambar yang diambil dari orang lain, takde la bar tuh kan. And if gambar yang saye rasa public, saye tak letak la bar tuh okay? TQ. ;]
Salam. Aha! Ini entah hari yang ke berapa tah saye tido after subuh. Actually malam tadi dah mengantuk gilerr! Around 11.30-1.30 p.m. Tapi tahan mata.. tahan.. tahan.. last last AMBEKKK kau! Dah pukul 5 pagi. Haishhhh... Ingat nak tidur, tapi dah tak offline offline. Tunggu je la sampai subuh. Then mandi, solat, baru tidur okay? Eventhough kemalasan, kena lawan. LAWANNNN!!
Harini lama la jugak online. Dari pukul 10.30pm, tak lekang mata... duduk depan lappy till now.. so around 7hours. hump. Anyway... I'm missing someone... And i can feel that someone missing me too.. Is it you? Or you? Aaaa i bet everyone miss me! hahaha. Mesti media player dengan lappy ni kepenatan kan layan Faris Fikri. hump, okay, azam untuk esok, TIDUR AWAL dari harini. Okay? Morning everyone! ;]
Salam. Dahulu waktu mula-mula masuk menengah rendah, saya tak care pun pasal FAIL. Tak heran. Betul. Mula-mula memang la sedih, tapi lepas tu entah kenapa, buang jauh jauh rasa sedih, and i don't really care pasal FAIL. And sepanjang form4, i failed addmaths, phy, chem, bio.. and sometimes maths, english, sejarah. Terukkk sangat. Sangat teruk.
Usia makin dewasa, minda mula berfikir tentang masa hadapan, waktu form5 baru trying to catch-up everything. Alhamdulillah, yang tak faham jadi faham. Well, addmaths, tahu la kan? Betul orang cakap, usaha tangga kejayaan. And waktu Trial XM baru la my addmaths lulus. And SPM, tak sangka dapat B+. Alhamdulillah. Maybe graf turun, tapi yang pasti, Allah bantu saya! ;]
Saban tahun, sepanjang duduk di bangku sekolah, saya cukup cemburu dengan rakan-rakan yang selalu dapat Top10. Top5. Top3. Cemburu dengan mereka yang dapat pergi Hari Anugerah Cemerlang. Naik turun pentas. Me? Bilaa la.. Lepas spm, masuk Universiti, well korang akan rasa sendiri macam mana rasanya nak berusaha sangat-sangat so that dapat Dean's List (DL) waktu first semester. Kenapa 1st semester? Sebab dari 1st sem tuh la pointer korang akan dibawa ke next sem, kalau 1st sem teruk, susah nak naik kan. TAPI JANGAN LUPA BERUSAHA!! INSYAALLAH, ALLAH TOLONG
Masa orentasi dulu, dengar sorang-sorang Senior cakap "Alhamdulillah Dekan" "Alhamdulillah Dekan" "Alhamdulillah Dekan". Waktu tu, teramat membara2 nak dekan weh! betul tak tipu. Waktu tu semua junior membara2 nak dapat dekan. Pertengahan semester, semangat tuh makin mudar dek carry mark yang tak seberapa.. macam2 la. Fiuhhhh
Dulu, waktu pmr, pernah bercita-cita nak masuk ASiS. Harapannn.. Cemburu tengok mereka2 masuk SBP, MRSM.. Dulu saya super-duper malas dari sekarang. Makin membesar ni, tengok kakak2 abang2 yang belajar di Luar Negara, saya pun nakk!! And and, dorang juga pembakar semangat saya supaya tak malas. Supaya sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang saya nak. Waktu dekat kolej, bila malas nak buat assignment/study, bila saya teringat dekat kakak2 abang2 yang belajar overseas, TERUS SEMANGAT wehhh!! TQ sangat dekat korang!!
Saya nak ucapkan terima kasih dekat semua. SEMUA. Parents, Family, Friends, Lecturers.. Saya panjatkan kesyukuran kepada hadrat Ilahi. Alhamdulillah. Terima kasih dekat semua secara langsung atau tak langsung. Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu bertapa gembiranya saya. Saya nak kongsi my happiness with you guys. And and Alhamdulillah I got DL. ;]
Ini 1st time saya dapat keputusan cemerlang. Menangis kegembiraan pagi tu (nages sensorang la kan. haha). Nanti ada Dean's Dinner. It will be my 1st dinner ever. I mean.. yela before this tak pernah langsung dapat cemerlang okay? Tak pernah. I really want to share my happiness with all my friends!! And and i hope i can maintain the status. InsyaAllah. Dan dan, saya nak kamu kamu kamu tahu, saya taknak riak/takbur. Saya taknak pun. Moga dijauhkan dari semua tu. Saya just terlalu gembira, tak sangak, terharu. Nak share dengan korang. Nak LOMPAT LOMPAT sama-sama dengan korang!
TAHNIAH kepada semua student UiTM!! Tak kira la dekan ke tak, TAHNIAH jugak!!! Hanya kepada Allah sahaja kita meminta pertolongan. Sesungguhnya orang yang sentiasa meminta, tak akan dikecewakan oleh Allah yang Maha Esa. Sujud Syukur. ;] p/s; entah kenapa rasa macam entry ni formal sangat. Tak bersahaja macam biasa. hum